Hai! Saya, Nizam Ahamad, a.k.a Mysticmind.
Ya, betul, mysticmind yang itu, bukan yang lainnya.
Pada tahun 2023 ini, saya merancang untuk menghidupkan kembali forum ini, yeah, walaupun forum bukan lagi bende yang ‘in-trend’ pada zaman social media ini, tetapi kita semua mempunyai memori manis, pahit, indah, panas dan sebagainya, dan mungkin mempunyai special place didalam hati kita masing-masing di domain ini. Saya juga memerhati beberapa laman yg hampir sama di intertional masih mampu hidup dan aktif dalam niche tersendiri, seperti quora dan reddit. Jadi ada kebarangkalian ia masih relevant bagi sesetengah niche tersebut.
PERGH.COM?
Saya masih satu-satunya pemegang milik domain pergh.com ini sejak awal pembeliannya pada Ogos 2001 sehinggalah hari ini. Namun beberapa tahun lalu saya memutuskan untuk offline dan merehatkan ia atas beberapa sebab dan isu yg timbul, antaranya kesibukan kerja dan penat nak menjaga sistem yg kerap di spam oleh spambot yang tak pernah putus asa mengacau sistem web. Ia juga termasuk cubaan2 hack dan script injection, sangat banyak kali berlaku, yg adakalanya sangat-sangat memenatkan untuk membaikpulih dan fix segala masalah ini. Ia memakan masa dan memeningkan sel-sel otak yang sedia ada pening dengan pelbagai perkara lain. Apatah lagi, secara jujurnya ia tidak mendatang sebarang hasil dari sudut kewangan dan ekonomi bagi saya sendiri khususnya.
PERGH! yang baharu?
Saya akan run web ini pada kali ini lebih kepada Business Oriented. Yang mana ia akan mempunyai banyak elemen selling. Walaupun akan masih ada iklan-iklan dari google, tapi sepengalaman saya, penghasilan darinya adalah tidak banyak, bahkan sejujurnya sangat sedikit atau hampir tiada langsung. Jadi, saya berharap dengan cara baru ini, sekiranya ia mampu menjana penghasilan, ia akan membuatkan saya dan kita semua lebih semangat!.
Kita semua? Ya, kerana saya juga merancang ini adalah win-win situation, Busines to busines dengan ahli2 yang ada. Saya akan usahakan dan fikirkan apa yg boleh di jual keseluruh masyarakat malaysia, dan nusantara, (dunia kita letak tepi dulu jgn over optimis). Jadi apa yg anda fikir, apa anda boleh jual, kita cuba buat bagi boleh jual. Saya akan detailkan bab ini di satu masa yang lain. Jadi…
APA YANG AKAN DIBUAT?
Dengan ini, SEDEKAH / DONATION / RE-STARTUP CROWD FUNDS DIBUKA.
Sekian .
Nizam Ahamad @ Mysticmind.
Founder dan webmaster Pergh.com since 2001.
© 2023 Pergh.com. All Right Reserved By Vasqtech Media
Code with love, from $enawang, Malaysia