Lewat petang semalam, sekitar jam 5 – 8 malam, 28 Mac 2010, di Dewan Kedah Johor PWTC, Anugerah Pekomik 2010 telah dilansungkan dengan jayanya. Anugerah buat kali kedua ini dilansungkan dengan meriah berbanding tahun pertamanya. Tidak perlulah diharapkan acara ini sehebat Juara Lagu atau anugerah-anugerah lainnya. Belum sampai masanya. Satu hari nanti pasti!
Berikut adalah senarai pemenang anugerah ini. Dipilih hasil debat para juri professional 100%, khabarnya sampai tahap nak bergaduh berdebat mengapa sesorang atau sesuatu karya itu adalah pemenang!. Tak mahu kontroversi seperti tahun lepas hah? 😀
Pemenang-pemenang Anugerah Pekomik 2010 adalah :
1. Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)
Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila oleh Jaafar Taib
2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).
Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh Cabai
3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).
Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh Jayaputra
4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
– Raja Hamzah
5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz
6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover)
Pemenang: Popcorn#2 oleh Puppeteer
7. Ilustrator traditional /digital Terbaik (Best Painted Artist)
Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer
8. Warnaan Terbaik (Best Colourist)
Pemenang: Maid Maiden oleh Sunny
9. Komik Amatur terbaik (self-publish zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist)
Pemenang: Love Letter oleh Chin Yew
10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine)
Pemenang: Popcorn
11. Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist)
Pemenang: Bumble Bee oleh Chee
12. Penulis Terbaik (Best Writer)
Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho
13. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series)
Pemenang: Makan Malam, Gempak#239 oleh Scho
14. Komik Baru Terbaik (Best New Comic)
Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho
15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih
Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer
16. Komik Terbaik (Best Comic)
Pemenang: TwinX#2 oleh Pac
Semoga anugerah ini semakin hebat dimasa akan datang! Oh, saya tak terasa nak mengulas lanjut, terlalu banyak yang menarik sebenarnya walaupun saya datang lewat akhir waktu kerana kurang sihat… 😀
Mahu lagi gambar? Layari topik anugerah ini di Pergh.com! Eksklusif! dari jurufoto2 rasmi dan tidak rasmi!
Disini : http://pergh.com/forum/index.php/topic,14194.0.html
No comments yet.
Post a comment?