Home › Forums › Research And Developement › B01/2006 Rumah Melayu Nusantara & Persekitaran
Aku rasa ramai sangat arkitek kat dalam pergh nih..
Topik ini dimulakan juga sebagai contoh : “apa yang perlu dalam room nih”
dan aku jugak rasa.. tak banyak sangat maklumat dalam net nih yang ada ttg bebende camnih..
so that's why aku wujudkan satu room macam nih..
Dulu ada rumah pak abu.. di Gombak? tak pakai sebatang paku pun..
teringat aku.. awal rumah nenek aku kat kampung tuh pun dulu2 tak banyak pakai paku.
termasuk alang, tiang seri dan sebagainya..
begitu jugak dengan awan larat , kipas layang tah ape.. aku pun tak tahu..
so eloklah kita tahu2 kan ramai..
Evolusi rumah2 melayu .
dari dinding buluh ke masa kini?
kita bincang2.. dan kemudian kita compile.. ataupun ok gak sebagai penambah ilmu
Dari http://www.hbp.usm.my/wanb/papers/arkitektursbina.htm
Senibina adalah ciptaan yang berasaskan pengetahuan lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi lain. Walaupun demikian, adalah dipercayai bahawa pengetahuan ini, sungguhpun tidak tersebar luas atau pun tidak diakui sepenuhnya oleh jurubina tradisional, adalah berasaskan prinsip-prinsip yang disenaraikan dalam kitab Tajul Muluk Al Marsudda' (Maktabat Wamatabi'at, Darul Ma'arif, Pulau Pinang, m.s. 146). Pengubahsuaian kepada prinsip ini melaui pengalaman binaan dijadikan pegangan dan kemudiannya diwarisi secara lisan. Ciri senibina tradisional dapat dilihat dari imbasan ini. Senibina tradisional tidak mempunyai atau memerlukan arkitek. Konsepsinya tergantung kepada “tukang besar-besar” atau jurubuna.
Untuk pelaksanaannya, senibina tradisional tidak memerlukan pelan-pelan-pelan dan lukisan terperinci. Sama seperti seni pahat san seni-seni lain, senibina adalah hasil interaksi naluri jurubina dengan medianya. Segala perubahan berlaku di dalam proses penciptaan dan semuanya dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana tiada ketetapan terpeinci sebelum pembinaan. Dalam binaan, terutamanya bangunan kediaman, kerja-kerja dilakukan secara sukarela, bergotong-royong dan menggunakan abdi atau pekerja upahan. Hasil dari itu, senibina merupakan persemadian cinta, kerjasama dan titik peluh ramai berlandaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman tukang. Ini juga membezakan senibina dari arkitektur.
Prinsip-prinsip atau peraturan yang terdapat pada senibina tradisional contohnya Rumah Melayu, adalah ketara dan dapat digunakan untuk rekabentuk. Prinsip ini didapati dari pemahaman peraturan-peraturan yang mengikut asas, rangka, bumbung, lantai, dinding, tangga dan unsur tambahan, kesemuanya dikelaskan sebagai Unsur Fizikal. Unsur Ruangan, iaitu rumahtangga, anjung, serambi, iburumah / rumah ibu, lorong, dapur, pelantar, bilik dan luarumah (lihat Wan Burhanuddin, The Malay House: Rationale and Change, 1981), jika terus diselidiki memang banyak lagi peraturan yang berkemungkinan seperti ritma susunan panel dalam aspek estetik (lihat Borhanuddin A Rahman, Sistem Senibina Rumah Tradisional Melayu di Kuala Terengganu dan Persekitarannya, Kajian Ilmiah PBP, 1983). Begitu juga dengan Unsur Spiritual yang cuba diketengahkan oleh pelajar-pelajar (Idris Ahmad, Pendekatan Spiritual dalam Pembinaan Rumah Melayu di Seberang Perai, Kajian Ilmiah PBP, 1984; lihat juga Tengku Mohamed Affandi, Penggunaan Unsur-unsur Spiritual dalam Arkitektur Tempatan, Kajian Ilmiah PBP, 1984).
ape plak pak abu…?!
RUMAH PAK ALI laa… tahun bila la terbakar dah umah tu.. mmg jadi abu la.
tak tau la kalau sekarang dibina balik atau tak.
Rumah nusantara, interesting tajuk..
Teringat balik ketika aku sembang dgn sorang brader masa naik bas nak balik KL. Brader tuh citer yg dia gi kembara untuk melihat salasilah keluarganya, disamping itu dia terjumpa sesuatu yg benda yg terdapat kat malaysia, atau lebih tepat di perlis, iaitu rumah.
Di perlis banyak terdapat rumah2 kampung yg berasaskan kayu mempunyai tiang tumah yg tinggi. Skala ketinggian melebihi 8 kaki atau ukuran tinggi lelaki dewasa. Rumah yg direka sedemikian mungkin mempunyai alasan dan fakta logik nya yg tersendiri. Kebanyakannya rumah deimikian selalunya terdapat di tengah2 kawasan sawah padi.
Rumah kampung seperti ini terdapat banyak di Acheh. Skrg selepas tsunami aku tatau ada lagi ke tak. Mmg ramai keturunan acheh di perlis. Faktor utama adalah jarak yg dekat di antara kepulauan tanah melayu (bahagian perlis n kedah) dgn kepulauan tanah Acheh ketika itu mudah dihubungi melalui pengangkutan laut.
Rumah seperti ini tidak memerlukan kipas apatah lagi econ, sebab pengaliran angin mmg selesa. Menjimatkan. Ada tak sesapa mengkaji rekaan rumah kampung lalu diterapkan dalam rekaan rumah moden terutama pada bahagian pengaliran angin? Atau aku yg tak tahu… bagi la tahu… :sengih:
Satu lagi bab ukiran kayu pada bahagian tertentu jugak memainkan peranan penting dalam rekaan rumah kayu. Tak sempat aku belajar dgn tok wan aku, dia pergi dulu sebelum aku besar.
ape plak pak abu…?!
RUMAH PAK ALI laa… tahun bila la terbakar dah umah tu.. mmg jadi abu la.
tak tau la kalau sekarang dibina balik atau tak.
Pak abu ke pak ali.. pak ali ye?
dgr mmg nak bina semula.. tapi mustahil cam asal.
skang tebuk bleh pakai Drill jer.. dulu2 pakai Pahat dan penukul.
kayu pun jenis ape.
Rugi aaa.. ilang begitu saja..
Krom : tak heran laa mengapa rumah zaman skang nih asik panas..
rumah dulu2 nak bina pun siap kaji arah angin datang mana kemana.
pelik gak orang tua dulu2 dah pikir jauh camtuh.. Harapkan kompas pun tak wujud lagi zaman tuh .
sekarang main taram jer.. tuh pasal la rumah pagi2 dah panas, silau melampau ptg2..
kompeni korang nanti bleh buh la.. pakar dalam design termasuk pengudaraan yang baik
Sapa ada tau ttg TIANG SERI ? rata2 rumah2 dulu tiang seri nih bukan sekadar tiang.
arkitek mmg buleh design dengan menggunakan elemen tradisional dan moden.
cuma masaalahnya klien…..selalunya developer takkira elemen2 tu, yg penting
rumah siap dgn kos minimum, lepas ni aku huraikan lagi termasuk tiang seri tu.
gila ah. topik ni orang dah discuss berpuluh tahun hahaha… gila betul.
anyway, adzakael pegi quote wanburhanuddin punya statement tu, aku rasa pelik sikit aaa. ini kerana wanB insists bahawa architecture dan senibina adalah dua benda berbeza, and he preaches this. ini bercanggah dengan pendapat majoriti profesor senibina di malaysia, yg menyatakan dengan jelas bahawa architecture IS senibina (and vice versa).
so quote tu agak misleading, especially kalau ko baca last sentence dalam 1st paragraph tu. bukan aku nak mengatakan bahawa statement tu salah, tapi it is not the common accepted view of what architecture is. even ramai orang di USM pun disagree dengan statement tu.
rumah pak ali pulak, sekarang ni lukisan terukurnya ada dalam simpanan pusat KALAM di UTM. sekarang ni memang tengah tunggu budget/sponsor utk bina balik exactly seperti asal. takde paku, drill, engsel dan sebagainya. apa yg ada kat rumah asal, itulaa yg akan dibina.
aku teringat masa aku still belajar dulu, KALAM reconstruct rumah dato' biji sura kat terengganu (kalau tak silap laa). ada documentary construction rumah tu pernah disiarkan kat RTM. dinding pagar rumah tu dulu diperbuat dari pasir, batu dan putih telur. YEA… PUTIH TELUR beb!
so dalam dokumentari tu tunjuk laa camane diorang bina balik dinding pagar tu piece by piece, dengan beberapa besen penuh dengan putih telur… (jangan tanya apa diorang buat dengan kuning telur tu…)
so aku rasa sentimen diorang takleh bina exactly seperti asal tu tak usah laa diketengahkan. di malaysia ni kita ada ramai historian yg bukan calang2 orangnya. even kita ada ramai pakar2 yg mempunyai standard yg tinggi yg takkan mengalah selagi takleh bina EXACTLY macam yg diorang nak. and all of them are certified under conservation body UNESCO.
WanB punya statemen bukan selalu kontroversi ke?
lepas ni buleh dengar prof Aza punya controversial note.
salah satu matapelajaran asas dalam pembelajaran senibina ada lah 'measured drawing' ,
KALAM tu salah satu badan yang menyimpan lukisan terbina bangunan-bangunan lama,
UITM aku tak tau sapa pegang semua measured drawing,
Prof. Ghani kot?UM ada hanta beberapa orang dibawah yayasan bukhari ke
Acheh selepas tsunami tahun lepas.(maklumat masih kabur) untuk buat
measured drawing Masjid Acheh (yg mana aku akan pastikan balik)
Aku dulu beriya nak dihantar ke teluk intan buat measure dwg, last2 skali semester
lepas recession terus pegi padang jawa je buat kerja kursus. ampes….
Ouh en azarimy (M) , aku ada simpan dokumentasi lepaan putih telur pada bangunan
lama kat melaka, cuma…mana ntah aku campak mende tu.
ouh mistik, kompas dah lama wujud, cuma bukan dalam bentuk moden,
kompas yang paling kuno adalah arah matahari dan bintang (malam) (astronomi)
(kalau tak mcmana org dulu2 nak tau arah kiblat?)
________________________________________________________________
Tahukah Anda?
Kebanyakan teknologi binaan rumah tradisional adalah diaplikasikan
dari pembuatan kapal dan sampan nelayan?
koleksi rumah-rumah melayu dan pribumi sarawak
________________________________________________________________
Tahukah Anda?
Chengal (Neobalanocarpus hemii), juga dikenali sebagai Raja Kayu adalah
pilihan utama untuk struktur tiang seri?
Aku rasa dalam urusan bangunan2 lama ni, kita patut tahu kewujudan badan2 yg berkaitan dengannya:
i. badan warisan malaysia
badan ni involved not only pada bangunan, tapi semua sejarah2 dan kerja2 pemuliharaan dan pemeliharaan objek, tradisi dan sebagainya. diorang ni certified under kerajaan malaysia dan juga UNESCO. diorang ni jugak badan yg bertanggungjawab utk certify bangunan yg patut dipelihara/pulihara dan grading assessment pada bangunan2 tersebut.
ii. KALAM (pusat kajian alam lingkungan melayu) UTM
badan ni memfokus kepada kajian universiti terhadap bangunan2 lama terutamanya yg dah lebih dari 70 tahun. semua data disimpan dalam bentuk lukisan terukur (very, very accurately measured drawings), kompilasi sejarah yg dibukukan dan sebagainya. semua bahan ni boleh diakses sekiranya korang datang sendiri ke UTM, sekarang ni tengah dalam proses digitization. aku tak sure bila benda ni semua boleh available online. dalam stok ada dekat 150 bangunan lama dah direkodkan, termasuk bangunan yg dah runtuh.
Istana Papan
Salam EidulAdha,
Masa balik raya bulan puasa haritu aku sempat singgah kat Papan, Perak
saja nak meninjau-ninjau, orang kata ada sebuah rumah besar milik Melayu
kat situ…Papan hari ini dah tiada Melayu cuma tinggal sisa2 masyarakat Tionghua
daripada zaman keagungan bijih timah dahulu, pekannya pun hidup segan…
Istana papan yang aku nampak bukanlah 100% asli architecture Melayu tapi
dah mix dengan influence kolonial..Rumah Besar (dipanggil jugak istana) papan
ni milik Raja Bilah, satu2nya pengusaha bijih timah Melayu di daerah ini satu ketika dulu.
Raja Bilah adalah dari suku Mendailing dan rumah besar ini adalah menjadi monumen
kedatangan awal dan sejarah kejayaan orang Mendailing kira2 seabad yang lalu..
So warga pergh kalo ada yang Mendailing patut bangga ni…
Shot aku boleh ambik dari luar aje…tak dpt nak masuk dalam…
1:: shot dari pintu gerbang, istana tu macam atas bukit skit.
2:: dah 110 tahun dah..
3:: ada macam rumah kampung kat tepi istana ni, difahamkan penghuninya adalah
dari keturunan Raja Bilah, mejaga istana ini. Di hujung jalan tu ada belok ke kiri,
kedapatan surau lama
4:: view dari barat daya, dari dalam macam mungkin bilik orang awam,
tapi dah tiada bumbung la..(agaknya la-aku pun tatau pelan dia cemana)
:pompom: ceria!
kerajaan johor ada buat beberapa jenis rumah melayu lama. atau dikenali dgn nama rumah limas…aku tak tau sgt pasal benda ni..dikatakan rumah limas ni mewakili 7 daerah di johor…setiap daerah mmpunyai bentuk yg berlainan tp masih kekal dgn identiti melayu…sekang rumah2 tu ada dipamerkan kt danga bay…aritu aku tgok..diorg tgh buat lagi beberapa jenis…ntahla…x dah lama x jenguk sana…
ada sesapa tau lg pasal rumah limas?
seperti yg aku mentioned above, di bawah adalah link bagi KALAM, pusat kajian alam lingkungan melayu di UTM. apparently diorang dah setup website, tapi tak bagitau aku. kurang ajar betul! link di bawah akan bawak korang terus masuk ke senarai bangunan mengikut negeri yg telah dikaji.
http://www.kalam.edu.my/activity_md_state.htm
list ni masih diupdate. banyak bangunan2 lama kat beberapa negeri belum masuk list pasal tengah tunggu clearance. even bangunan2 kat KL pun belum masuk list.
jejakakejam:
rumah limas ni actually adalah reference kepada bentuk bumbung tu, iaitu bumbung yg bercerun di setiap sisi. maksudnya kalau rumah tu 4 segi, maka ada 4 cerun pada bumbungnya, instead of 2 cerun seperti rumah terengganu. contohnya gambar di bawah (pinjam kromosom punya) adalah contoh bumbung limas (tapi style johor lain sikit).
rumah melayu tipikal
rumah pembesar
rumah orang kaya
rumah singgah
bumbung tu trademark senibina melayu terengganu
________________________________________________________________
Tahukah Anda?
tupai-tupai dan kuda-kuda bukanlah binatang, sebaliknya ia adalah jenis-jenis
konstruksi dalam senibina melayu lama.
Adakah lagi tinggi tiang rumah, tinggi jua status tuan rumah?
atau
Tiang itu dibina mengikut situasi geografi kawasan tersebut?
Sila jawab tuan hamba krom, hamba ingin tahu sahaja.
actually, tak.
walaupun ada tendency utk berkata demikian. tiang2 tinggi ni cuma asalnya wujud di terengganu sahaja. aku tak ingat samada kelantan ada atau tak. rasanya ada. reasonnya ialah area diorang selalu banjir.
ini berbeza berbanding dengan johor, yg biasanya tiangnya lebih kurang 0.9m – 1.2m (3 hingga 4kaki). johor jarang banjir.
kalau nak ikut status, biasanya kita compare bumbung rumah, serta ukiran2 yg terdapat dalamnya.
rasa-rasanya aku setuju dengan apa yg dikatakan oleh mr. azarimy tu……
aku pernah jugak buat research pasal rumah2 melayu ni masa study dulu…..pernah gak gi tanya tuan2 punya rumah kat negeri2 tu…actually diorang bina rumah tinggi untuk mengelakkan dari terkena banjir…then sesetengah dari mereka…..menggunakan bawah rumah sebagai tempat untuk penyimpanan dan penyidaian kain2 semasa musim hujan tiba……
ermmm…lagi apa yek? banyak yg dah lupa..nanti la korek2 balik fail lama2…
kat sini ada contoh rumah moden di gabungkan dengan ciri tradisional..
satu projek Felda utk membina bandar dikenali sebagai Feldajaya
[img]http://www.felda.net.my/IMAGES/FeldaJaya/IMG_0382.JPG[/img]
aduh….banyak design tak solve nih.
elemen di interpertasikan secara visual, bukan dari pendekatan
keberkesanan rekabentuk, rupa tanpa jiwa.
rumah melayu dulu sebenarnya kalau nak diikutkan
ketinggian memang dua tingkat, sebab kat
bawah tu memang boleh berjalan tanpa tunduk pon,
tapi banyak rumah mcm tu kat tepi sungai je,
kalau kat bukit bawah tu sedang elok untuk merangkak je.
aha..lagi satu, yang ni pakai skala aku yang besar..ahahha
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ni sedikit nak kongsi pasal rumah…semua ni terdapat kat melaka mini malaysia..
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
1 lagi..
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
herm bercakap pasal rumah nusantara ni…nak tanya…sapa ada info pasal rumah kutai perak…bos kat tempat aku praktikal ni suruh aku buat kajian berkenaan rumah kutai, pasal office ni dapat projek kat perak…
kat internet dah carik dah..tak banyak..
sebenarnya semester lepas, aku ada kena buat tugasan pasal rumah2 melayu..tetapi kumpulan aku kena buat rumah bumbung gajah menyusu pulau pinang..itu pun buat di taman mini malaysia dan rujukan buku.. kalau ada masa nanti aku upload la sikit2 info dari assignment aku tu..tapi tak lah sedetail mana..
p le buat case study + site visit + claim kat clien semua case study fees
lepas tu post kat sini.
taman mini malaysia tu tak detail sgt, nak detail kena pegi territory
rumah tu senirik, jumpa tok penghulu, interview dan buat measured drawing.
ni aku google
copyright to the respective photo owner
kalu gamba tak kuar tgk kat sini
http://tyailyana.fotopages.com/
buleh le kontek diaorang pinjam assignment + sambil mintak no tepon
diorang pegi kompleks pasir salak kat perak.
chamne nak g sana?
erm, thread ni sangat bergune utk aku
10hb April ni bertolak ke Indon untuk Heritage studies (measured drawing)
bangunan objek adalah Keraton di Yogyakarta…
dikatakan kompleks istana raja dulu2
bagus gak ade reference kat sini
p/s: sori kalo kuar tajuk
erm, thread ni sangat bergune utk aku
10hb April ni bertolak ke Indon untuk Heritage studies (measured drawing)
bangunan objek adalah Keraton di Yogyakarta…
dikatakan kompleks istana raja dulu2
bagus gak ade reference kat sini
p/s: sori kalo kuar tajuk
takper… tak lari topik..
at least ianya memberi semangat pada yang berusaha..
terasa dihargai.. tak gitu..
Krom.. satu bende aku rasa aku muskil..
kalau sedar la.. mengapa semua rumah melayu lama2 nih..
tandas mesti asing dari rumah kan..
tandas mesti duk luar rumah.. rumah kecik yang takder design..
Selain dari 'awan larat' aku rasa banyak lagi motif lain.. cuma mungkin takde orang kumpul jer..
aku ada follow tv3 nyer majalah 3 ke apa eik…
bila baca singgah ini thread tingat lak yg aku x tulis nama pemilik umah tue…
dia cina. tokoh budayawan ke… tapi rumah dia konsep melayu laaaa… gabungan moden tp seingat aku dia ada anjung.. ada tempat lepak dengan alasan2 kenapa didesign mcm tue..
silap betul aku x salin nama dia…
tandas kat luar sebab dulu sumber air letak kat luar, mana ada air paip dlu, semua air telaga.
anjung berfungsi sebagai tempat bermesyuarah dan tempat berjumpa orang secara formal.
kira mcm bilik mesyuarat la.
awan larat ni salah satu je dari motif tradisional, ada lain lagi mcm makara, gunungan,
tunjuk langit,
jentayu (ke?) dll lagi, yang mempunya fungsi tersendiri, tapi di ukir sampai jadi
cantik.
_____________________________________________________________________
Tahukah anda?ada sesetengah rumah ditepi pantai trengganu yang menggunakan
paku tembaga? sebab dia tak berkarat mcm besi.
a more elaborate reason kenapa tandas mesti kat luar:
i. kita tak ada sistem perparitan utk najis. semua rumah “kecik” dibina di atas lubang yg digali di dalam tanah. so basically bila dah penuh, kambus. pastu bina kat tempat lain. (the first mobile architecture in malay world hahah)
ii. macam yg krom cakap: takde sumber air dalam rumah.
iii. kita iklim tropika panas lembap. so bila tengahari, bau naik BAIK PUNYA.
iv. pasal orang melayu (Islam) disarankan supaya menekankan kebersihan. since toilet dianggap tempat kurang suci, maka diletakkan jauh2 dari rumah
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia