Home › Forums › Research And Developement › animasi malaysia ………………………….
Dah lama aku tak join club ,cuma takat jenguk je…………………forum ni…dan nampak gayanya tiada lagi perbincangan hebat seperti dulu2.
Perdebatan negetive tetapi sebenarnya adalah pembuka minda kepada lecture2.pegiat animasi dan animator2 dimalaysia .tentang kemana dan apakah yg sebenarnya arus animasi kita .
sebenarnya terdapat dua jawapan kpd yg berada didalam indusrti ini.pertama kepada yg terbuka mindanya kearah kemajuan, akan menganggap perdebatan dahulu itu adalah pencetus kepada “mahu menuju kearah kemajuan”………………tahniah aku ucapkan
Tetapi kepada yg menganggap dirinya hebat dgn falsafah dan pendirian maka disitu lah takuknya ,kerana keegoan diri dan bakat yg ada, telah mengsamarkan minda kemajuan ……..agar melihat jauh lebih kehadapan………………….tentang kemajuan org sekelilingnya
kalau ditanya apakah tahap skill mereka selapas beberapa bulan berlalu….?
mungkin aku ada jawapannya …..tetapi biarlah mereka jawap sendiri……………………………….kerana diri yg ampunya badan lebih ikhlas jawapannya dari aku…………………….
aku akan datang lagi…….terima kasih.
3 topik yg sama ,aku minta maaf kpd yg ampunya Pergh…….boleh lah kiranya di delete kan yg 2 dibawa… tajuk ini.
dah didelete.
actually aku tak paham sangat motif topik ni. adakah nak menyeru ke arah kemajuan, atau sekadar membanding2 perkara lama dan baru? i thought semuorang dah progress maju ke depan selepas topik ni dibincangkan 2-3bulan dulu.
dah didelete.
actually aku tak paham sangat motif topik ni. adakah nak menyeru ke arah kemajuan, atau sekadar membanding2 perkara lama dan baru? i thought semuorang dah progress maju ke depan selepas topik ni dibincangkan 2-3bulan dulu.
aku pun tak tau………………………………tapi dari apa yg perhatikan perkembangan animasi kita tetap begitu.aku masih contact dgn geng lama yg masih aktif didalam industri ini ……………………..
utk mencari animator2 yg bagus amat lah payah .boleh dikira ….dan tak sampai 10….itu yg 2D…..yg 3D pula ramai tetapi malas.itu yg aku dengar dari komen org lama…
animator 2D yg baru gread .sangat mendukacita industri…kpd yg pernah mengambil mereka2 utk, berkerja mungkin lebih tahu…
so basically the schools are not producing the right man power for the industry?
another thing, aku nak tau sebesar mana industri animasi negara ni? aku tak terlibat, so aku mengambil pendirian sebagai orang luar. nak tau gak ape ceritanya.
mungkin kau boleh baca ” 500 animator “( topik yg telah dipangkah oleh Mysticmind )…disitu ada masalah yg dibincangkan…disitu ada banyak kebenaran tentang animasi kita.dan org yg terlibat…dan para2 tenaga pengajar di kolej2 yg ada mengajar animasi.
……………kepada sesiapa pernah melihat hasil kerja dari disney…kira2 1 @ 2 bulan lepas…pukul 7.30pm.” legend of the ring fire”…..
disitu adalah satu cabaran utk kita…..hasil kerjasama disney dan india…dimana sebuah production dari india telah terpilih utk manjalankan proses2 animasi siri tersebut…dan lihat hasilnya………………
emm… komplen banyak sangat!!. kalau aku pun.. mungkin sependapat ngko pasal perkara ni. Tapi sebagai sebahagian daripada lapisan baru aku malas nak pointkan perkara camni. Aku lebih prefer buat ajer.. biar susah dahulu.. bersenang kemudian. Sama samalah kita bersepakat!, InsyaAllah…
p/s – aku ikuti gak pekembangan thread panas tu.. tapi aku tak gemar nak reply.. terlalu ramai yang mengalah.. dan terlalu ramai gak salahkan kaum @ negara sendiri. Benda ada depan mata.. tinggal cuba dan buat je… barulah nanti hasilnya sampai ke tahap tu sekali.
Bg aku la, membina cara menghentam org bermodalkan kekurang masa lepas kurang memberi kesan yg baik. lebih mewujudkan permusuhan bukan penyatuan. Tanpa penyatuan sampai bila nak maju. Nak buat animasi yg baik bukan kerja sorang2.
masa lepas adalah sebuah pandangan dan ikhtibar.dan harus menjadi modal dimana mencari kelemahan kita.bagi aku yg lepas itu adalahsatu perbincangan yg amat 2 Extreme.dan ia patut kita kaji benar atau tidak apa yg diluahkan.
menjawap pertanyaan en skyrocket.
aku ada tengok cerita tu.memang satu cabaran kpd kita semua mau 2D ataupun 3D. tq
ok then. kalau semua prefer to keep a level mind dalam benda ni, aku rasa memang perkara ni patut dibincangkan. frankly, tuduh menuduh is VERY non-academic. if we're pointing out problems, then do provide solutions as well. sekurang2nya possibilities of solution. itu baru dinamakan progress.
aku memang ada follow 500animator tu. but i didnt post one bit. pasal bukan bidang aku, dan masa aku join baca tu pun… dah berpuluh2 post. rasa tak kena nak masuk campur. anyway, since this is a new topic, then aku rasa kat sini lebih sesuai.
solutions. what are the possible solutions?
problems kita dah banyak discuss. sampai bergaduh pun.
masa lepas adalah sebuah pandangan dan ikhtibar.dan harus menjadi modal dimana mencari kelemahan kita.bagi aku yg lepas itu adalahsatu perbincangan yg amat 2 Extreme.dan ia patut kita kaji benar atau tidak apa yg diluahkan.
Yeap dan perlu menjaga hubungan yg baik. Musuh jgn dicari.
Apa yg aku dgr skrg ni pun RTM dah tak sediakan slot utk production house atau org perseorgan, dia bagi pada agensi tertentu seperti IKIM dll. (Byk la cerita animasi berunsur islam nanti). Kalau betul mcm tu tak dpt lagi animator cari makan cara biasa lagi. Mutu perlu ditingkatkan segera dan perlu teroka pasaran luar pulak
RTM.. emm…..
hehe.. job animasi rtm pun company aku keje dapat dulu.. hehe.. kisah lama..
Kalau diberi peluang, tak dinafikan ada yang jenis malas, “ahh lain kali lah…” “ah orang lain boleh buat.. ” “isk.. aku tak hebat camni” dan macam macam alasan.. padahal peluang adakala depan mata. Apa masalah animator sebenar? meh aku kasi tau.. setelah aku bergelumang hampir 2 tahun lebih la dalam dunia animasi ni.. berpengalaman cetek dan tidak menghasilkan apa apa output yang menarik spt pixar. Tapi masalah utama bagi aku ialah jenih client ni!!.. nak output gempak tak agak agak.. pastu nak lam 2-3 hari.. adil ke? ingat robot ke apa leh buat cepat semua ni? kengkadang tu tak masuk akal betul.. 1 hari pun ada.. jangan kata 3D.. 2D punya keje pun aku kena. So apa outputnya?.. jadilah rojak dan sesuatu yang animator sendiri rasa menyampah nak tengok(non-quality). Kesan ni.. membuatkan animator tu malas.. dan rasa tak yakin nak buat lagi ( ini lah aku rasa ). Ada satu ketika tu.. aku pikir gak.. kenapa aku nak mengalah pasal benda remeh camni?. Kenapa aku nak perlekeh hasil kerja aku tak segempak disney?. Kenapa aku nak salahkan animator kat malaysia yang buat animasi cam haram spt keluangman tu?. Kenapa?? kenapa??.. sebab BANYAK KOMPLEN,CAKAP LEBIH DAN TAK BUAT. Memang betul pun!!!.. aku nak cuba elak benda ni kalau boleh aku tak nak jadi camni!!..
Output keje aku tak gempak mana!, tapi aku mencuba.. aku jugak tak nak 3d animasi ni mati kat takat buat film je.. sebab banyak boleh dibuat ngan animasi ni..–>”komik sbg contoh”. So aku harap yang tak mengenali dunia animasi faham tekanan perasaan mereka. Segalanya bukan salah diri mereka.. tapi tekanan jenis pekerjaan mereka lakukan ( terutama pihak atasan yang jenih tak memahami langsung!! ).
So, ini adalah antara perkara aku nak luahkan kat korang la. Sebab aku baru je nak menjanakan karya 3d ni.. so.. kalau makin ramai perlekeh kebolehan animator malaysia ni.. aku juga turut terasa.. dan aku dah rasa.. bagaimana peritnya kerja buat animasi ni.. bukan sekadar buat kat rumah.. pastu post kat pergh/memana forum.. kasi tayang.. pastu dapat pujian.. bla bla bla. Tak!!! ni keje betul.. yang tengok tu bukan orang biasa.. malah orang ternama… emmm… pengalaman banyak mengajar aku. Itu je aku bleh bagitau.. so janganlah banyak komplen lagi, ada peluang rebut.. kalau aku dapat.. aku rebut.
Lagi satu, tak semua animator pandang wang sebagai subjek utama bila berkarya. Sesetengah tu ada, tapi aku pedulik apa jenih camni.. sbb aku ada kenal gak.. belagak nak mampus, output tak kencang mana.. duit je diutamakan?. emm.. Aku jenih tak berkira.. asal pulang modal cukup la.. tak perlula 3 min punya anim nak charge 3000. Dah la pakai pirate.. pastu burn pakai cd rm1.. ala buat animasi text berpusing + partikel skit je. Pikir gak la sesapa yang charge memahal ni (freelancers espc.), tengok gak la jenih animasi dia ndak.. kalau camtu punya mudah nak charge mahal ( sungguhpun rate animasi memang mahal ) berpada padalah pada soal pembayaran ni. Ada sebab aku cakap camni.. pikir jer ler…
Ok itu usul aku buat topic kali ni.. sesuatu yang aku simpan lama sangat.. so aku nak share ngan korang. Peace…
Mmm.. memang kerja animator buat byk pengorbanan. Bagi aku not fair to blame only on them. Rakan2 aku byk gak buat animasi tv. Kerja separuh mati gaji 3 angka saja tu pun sangkut. Executive ok pulak takde masalah gaji 4 angka. Meeting tak habis2.
Masalah malas kadang2 subjektif gak. Ramai gak member 2D kata 3D malas, aku tanya malas mcm ne. Org 3D byk pakai mouse, duduk depan pc. Takleh la lawan 2D full cell animation pakai kertas byk. :rolleyes: .
Apa yg aku dgr skrg ni pun RTM dah tak sediakan slot utk production house atau org perseorgan,
telemovie dlm bentuk vcd bercambah bila stesyen tv mula kurangkan slot telemovie tempatan baru. mungkin ini masanya untuk mencuba pasaran animasi dalam bentuk vcd pulak!
harap bila dah semakin rancak nanti, takdelah jadi macam telemovie vcd yang 99% kualitinya hampas!
Aku jenih tak berkira.. asal pulang modal cukup la..
bolehlah join buat projek nanti!
bah !!!
again … zzz
hmmm…
aku nampak masalah malas ni berulang2. kenapa ye? kalau orang lain tak terlibatkan dengan masalah malas ni? it's a plain and simple question. kenapa animator (bukan semua) malas? kenapa orang lain dalam bidang lain (bukan semua) tak dikira malas?
another thing:
do you consider animators as artists (produces masterpieces, designs, concepts; the guy who holds the bigger picture) or more of an engineer (providing means to solution; goal achievements)?
ramai yg mengaku diri animator.walau pun kerja tak sehebat mana.tapi tahukah mereka apakah layak diri digelar animator.dan apakah kelayakan diri atau taraf skill utk digelar animator… itu satu pertanyaaan kpd yg mengelarkan diri mereka si Animator…
aku duduk menyampuk.mendengar beberapa pengiat animasi berdiskusi…dan aku tertarik dgn satu persoalan.mereka berbincang apakah kita mampu melahirkan sebuah animasi 2D yg hebat???…
……….the legend of ring fire …dimana disney telah memberi peluang untuk kpd mana2 negara di Asia ,utk menenggahkan konsep animasi tenteng legenda2 asia. malaysia ,india .indonesia.filipina dan beberapa negara asia lain…Dimalaysia saja ada 3 ke 5 buah production yg mencuba nasib…pelbagai konsep ditengahkan oleh production kita tetapi India telah berjaya menenggahkan konsep yg sebati dgn disney…kita ada yg berjaya keperingkat akhir…tahniah!!!!!…
……….tetapi persoalannya sekarang …seandainya kita berjaya mendapat production itu…apakah kita bersedia…adakah kita ada animator yg mampu melakukannya…jawapannya ada, tetapi berapa org???…bagaimana pula dgn inbetween…storyboard…layout …bg …ini adalah 4 perkara2 penting utk menghasilkan sesebuah animasi …bagaimana perkara2(postition) lain yg mermerlukan kepakaran…?????
……………perbincangan yg sebenarnya membuka mata kita dan membuka tentang apakah kita telah bersedia atau dengan kata lain adakah kita ada mempunyai kepakaran ini…utk mencapai taraf animasi yg setanding disney atau menandingi sedikit dari kemampuan India……..???
……………dan seanadainya kita mendapat produksi tersebut .kita yg tidak mempunyai ramai pakar animasi.pasti akan memandang kearah lepasan2 yg dikata mendapat tunjukajar dari lecture2 dgn silibes bertaraf antarabangsa utk membantu.Persoalannya …….apakah lepasan2 kita mampu membantu dlm melaksanakanya…???
……………
Bertahun aku just tgk dalam animasi kita, bertahun sekadar menjadi pemerhati saja. Muka animator silih berganti, lama dan baru. 3 film animasi, 3 telefilm, 20 ++ tv siri aku tgk masalah yg sama takleh lari.
Asyik mempersoalkan hasil kerja org lain, curiga sesama sendiri, modal skit nak untung byk (pasal duit). Aku rasa perbalahan inilah yg menutup minda bukan memperkembangkannya. Pernahkah satu production house buat animasi kita dgr production house lain puji. sekadar member puji member pernahlah. Pixar pun pernah puji Miyazaki siap Miyazaki melawat pixar lagi(Miyazaki nak 'belajar' 3D dari pixar). Masing2 bg semangat kepada animator masing2.
Mintak silibus bertaraf antarabangsa? Ramai dari india, australia dll, nak jadi lecture kat Malaysia. Ramai nak cari makan je. Cakap berapi kerja tak jalan(tak semua ada yg aku jumpa ok). Siap ada anti Islam lagi. En. Jamil (animator class B, hebat la tu) dan bbrp org lagi aku rasa dah cukup hebat dah dari segi skill dan pengalaman utk keadaan industri skrg. Mcm aku cakap kerja animasi bukan kerja sorg2.
Aku pun teringin nak tgk production animasi yg bebas dari masalah ni. jom bincang
…..sebenarnya aku dah bosan nak bincang….sebelum aku nak tulis bende ni aku pikir 10x.nak masuk pergh ni…tapi apa nak buat.kerana aku masih mengikuti bidang ni walaupun aku ada bisnes yg lebih menguntungkan dari buat benda ni…nasi goreng aku.
….Setiap kali aku bertanyakan kpd rakan rakan yg masih didalam bidang ini…memang diorng sangat sangat payah utk mencari animator.yg boleh buat kerja .inbetween pun sama …kalau dpt 50% yg boleh buat pun dah cukup.tetapi masaalahnya yg ada……aduuuuuuuh!!!!!! bagi buat tapi macam mereka(animator) kena buat balik (retouch)…
……Miyazaki dan Pixar .
……kerana dan mengapa mereka begitu?kerana mereka faham apa itu animasi.
…….kita yg melahirkan ramai gread2 dlm jurusan animasi…disebabkan mereka “erpaksa masuk”didalam jurusan ini.jurusan lain dah penuh…apa
boleh buat.janji masuk kolej.itu yg aku pernah dengar dari mulut student yg ambil bidang ni…lepas tu merungut…ada yg minat tapi lecture mengajar .malas nak pin point…
…….production tak akan bebas dari masaalah ini.selagi kolej2 tidak dapat melahirkan animator yg berkemampuan…50% berskill pun bagi aku sudah bagus…pengalaman berkerja akan membantu mereka lagi…
…….Qualitiy animasi kita akan berada didalam tahap begini selagi kita tidak mempunyai ramai pakar dlm bidang ini…maksud aku semua .post dlm animasi 2D @3D.kita selalu mention nama Abg Jamil…sebagai animator hebat .tetapi kita kena fikir takan selamanya dia hendak buat Key sahaja…dia pun nak juga mengarah.PUTIH…sesuatu yg amat mengecewakan dirinya…setelah berbelas2 tahun melukis …apakah taraf/gred B nya.dapat membantunya dlm menghasilkan filem animasi bermutu tinggi.???
……jawapannya TIDAK…mengapa? inikerana dia bersama2 animator yg belum bersedia utk menganimasi yg bersama standard dirinya.
..macam kau (Matrush) kata animasi bukan kerja sorang2…tetapi kalau ramai animator pun disekililing Abg Jamil (gred .sedangkan yg lain tak bergred lagi…apakah hasilnya…??? hasil yg menjatuhkan gred Abg jamil sendiri…
……berapa ramai animator kita yg ada “Animator Survival Kit” oleh richard William. atau buku lain yg boleh dijadikan bantuan mendalami animasi.atau berapa ramai Lecture kita membelinya?????
ok… the discussion is getting deeper. let's not stray away now.
first question:
berapa ramai pemegang PhD dalam bidang animasi kat malaysia ni?
second question (yg masih tak terjawab):
adakah computer animator ni jatuh dalam kategori artis, atau engineer?
aku menekankan the second question sekali lagi kerana aku hampir pasti, jawapannya terkandung kat dalam tu. seems that dari perbincangan korang, animator ni nampak macam production worker. probably not everyone considers themselves as artist. makes a difference u know. pasal when u work as a production worker, your main motivation would usually be to get things done. tetapi, utk seorang artis, dia mempunyai motivation dan juga obligation to get things done properly and as perfect as possible… or dont do it at all.
sekiranya kerja tak bagus, stop. there's no pride dalam kerja separuh hati. artis dont do that kind of stuff. i personally consider miyazaki as an artis, dan bukan sekadar seorang animator. i bet all the animators di bawah miyazaki take pride as computer artists as well, dan bukan sekadar seorang animator yg bekerja untuk miyazaki, but THE animator that works with miyazaki.
kalau apa yg matrush cakap pasal satu production house tak iktiraf production house lain tu betul, then production2 house tu semua aku consider tak matang. walaupun taraf animasi kat malaysia ni masih rendah dan lauk dibandingkan animasi luar, tapi tak bermakna kita kena tikam belakang masing2. that's not pride… that's downright EGO!
jangan jadikan production house macam kata2 orang cina pasal ketam melayu, ketam cina.
“bila kita pegi pasar, kita nampak banyak orang jual ketam. dalam satu bakul, ada ketam melayu, dan dalam sebuah lagi, ada ketam cina. dalam bakul ketam cina, bila seekor ketam memanjat bakul utk lari keluar, ketam2 yg lain akan ikut keluar. tetapi, dalam bakul ketam melayu, bila seekor merangkak keluar, yg lain menariknya jatuh ke dalam bakul kembali.”
..macam kau (Matrush) kata animasi bukan kerja sorang2…tetapi kalau ramai animator pun disekililing Abg Jamil (gred
.sedangkan yg lain tak bergred lagi…apakah hasilnya…??? hasil yg menjatuhkan gred Abg jamil sendiri…
……berapa ramai animator kita yg ada “Animator Survival Kit” oleh richard William. atau buku lain yg boleh dijadikan bantuan mendalami animasi.atau berapa ramai Lecture kita membelinya?????
Yeap itu la aku nak cakap.
En. Jamil cth yg baik kerana usaha dan sumbangan dia dlm dunia animasi. Dia tak de sijil bergulung2. Merantau utk tujuan sama ada nak jadi seorg ahli musik atau animator. akhirnya jadi animator. Dia balik dgn bawak kemahiran dan pengalaman pada industri kita yg masih belum matang dan mentah. Dia dikelilingi animator yg tidak berkemahiran. Tapi dia tak pernah sepengetahuan aku menjatuhkan air muka animator lain tetapi terus bagi tunjuk ajar tak kira sapa asal nak belajar. Most animator yg dikatakan 'terer' selalu berada di p'house tertentu saja. Gaji tetap dan tidak sebebas En. Jamil menyampaikan ilmu animasinya. Tak ego dan tak menyalahkan kelemahan org lain tapi siap bagi bimbingan lagi. Kita asyik cuba mengata saja tak bertindak seperti En. Jamil. Dia tak pernah kata kat aku dia malu pada hasil anak didiknya. Tapi aku dpt rasakan perasaan 'tersentuh' apabila dia tanya animator lain blh buat humaniod (Putih) mengaku blh padahal sebaliknya. Kalau tidak dia sedia terima lagi dan latih animator utk buat humaniod.
Pastu buku blh jadikan animator itu berkemahiran je? Aku ada koleksi how to draw manga, buku pasal film, animasi, art dll blh jadi animator klass A mcm miyazaki. Kredibiliti lecture bergantung pada pembelian buku ke? Atau org sekadar belumba tahu teori dan bercakap saja.
nak cari animator……
memang susah sekarang ni… seperti skyrocket cakap tu ada betul nye… aku bukan nak salahkan sesiapa, tapi mari kita fikirkan… kalau dulu susah nak belajar @ nak dapat ilmu tentang benda ni…. dan dulu gak susah cari institut pengajian animation ni…….
sekarang ni kita lihat begitu banyak Institut yg berikan khusus2 dalam bidang animasi ni…. tapi tetap susah gak nak cari “ANIMATOR” (hanya yg benar2 layak)
kebanyak pelajar… hasil yg gagal… bila di tanya… “kata diri dia ANIMATOR”………. suruh buat breakdown…. kelang kabut… kat lecture tak ajar…
salah pelajar ke atau pensyarah…
pelajar tak tumpukan perhatian ketika dalam kelas atau pensyarah yang tidak terlatih dan tidak berpengalaman…
mari kita fikir kan… kalau ada cara mengatasi nya tu sudah bagus……
Usaha sendiri lebih baik dari mengharap. Kalau mengharap institut yang membekal subjek animasi memberi semua bekalan. Jangan harap takde punya… melainkan kita sendiri (student) mencari alternatif camna nak tambahkan ilmu supaya boleh jadi animator satu hari nanti. Lagipun kita semua kena percaya, institut yang mengajar animasi bukan boleh menghasilkan semua para pelajarnnya “animator”… tapi diri sendiri yang menentukan sejauh manakah dirinya itu “animator”. Tapi dulu time aku belajar, aku paham satu istilah ni aku punya letch. sampaikan.. sampai skg aku takleh lupa dan aku praktikkan You show the effort, they show you the way
Letch. pun manusia gak.. kita takleh harap dia 100% terer animasi macam pereka animasi F.Fantasy @ Metal Gear Solid punya animator. Semuanya terletak di tapak tangan pelajar tu sendiri.. Kalau dia yakin diri dia boleh.. dia boleh. Biarpun orang gelar dia amatur .. dia tetap rasa dirinya animator.. dan bila dia gagal.. dia bukan tak buat.. malah dia cuba lagi.. sehingga dia berjaya. Itulah asam garam untuk memahami dunia sebenar pekerjaan animasi satu hari nanti… Percayalah…
Apa yang dibentangkan oleh force tadi, pada pendapat saya.. 2 2 boleh dipersalahkan tapi berpihak pada individu… letch. pun ada jenih bodoh sombong.. mengajar agak agak.. dan tak tau buat buat tau.. Samalah cam pelajar.. ada jenih riak bila terer.. ada jenih bongkak bila letch. tunjuk skill skit.. macam macam lah!!!.. semua ni aku dah lalui.. semuanya buatkan aku berdiri sebagai Junior Animator di syarikat yang agak bongkak ni jugak la!! huh.. hehehehe..
skian hujah aku…
korang ada lightbox tak?… benda asas nak buat animasi(2D aje)….
warning.. no short reply with no explanation.., aku jaga topic ni dari useless reply. Maaf ya. . sila bagi hujah yang boleh dikongsi bersama.. peace!!…
second question (yg masih tak terjawab):
adakah computer animator ni jatuh dalam kategori artis, atau engineer?
k la .. aku pon nak series .. tp aku tak nak jawab soalan mcm “SALAH SAPE? LECTURER KER STUDENT?”
nk jawab soalan aza > computer animation of course akan pakai 1] org kreatif , 2] org teknikal , 3] org kreatif yg ada jugak teknikal
org kreatif mcm animator / texture / lighting
org teknikal mcm progammer / network / technician [utk network rendering / programmer software]
org kreatif yg jugak teknikal mcm teknikal director [TD]
tp aku rasa … aku tau ape ko nk tanya sebenarnya [aku rasa]
ko nk tanya … animator A >> ko ni org kreatif ker teknikal ?
sepatutnya tp x semestinya selalunya > sebelum belajar animasi especially 3D …mesti byk belajar 2D
mcm sculpture / photography / figure drawing / color / … then start 2D animation
then baru start 3D … [tp malangnya aku ni pelajar yg hampir gagal … ]
tp … apsal ko tanya pasal computer animation sahaja? 2D diketepikan ker? [aku suka 2D dan 3D .. sama penting sama cun bagi aku]
skrg … byk sgt org taksub dgn 3D … animasi 2D kurang laku [dilabel tak best dan ketinggalan zaman]
Emm tu pengkategorian memang banyak.. sebab animator ni bukan sorang tapi ramai.. dan setiap sorang ada pengkhususan tersendiri. Spt mana zogun cakap tu lah. Cuba tengok credit title untuk finding nemo tu.. berapa banyak pengkhususan ada. So, terpikirkah korang kelayakan sorang animator nak buat camtu? lebih lebih lagi student yang baru je kenal dunia animasi.. nak accept dorang leh buat camtu? hey man.. no way.. dorang kene keje 3 tahun dan rasa camna peritnya jawatan animator, jangan jadi animator terlarang cam aku dah ler!. Huh.. pastu kalau kita semua keep on blame mereka.. dorang akan rasa down gak aa.. sebab dorang freshy.. dorang baru je nak kenal.. pastu nak mencuba.. pastu kita blame. Its not working that way.
Aku dulu kena gak camni.. aku mengaku aku leh buat animasi skali sebijik cam korang kata tu.. “output cam sial”. Bila ada mulut dah mula bersuara.. aku mula dah rasa downgrade pulak nak menceburkan diri dalam animasi ni. Macam kena banyak pulak jampi jampi baru leh join.
Emm.. time tu aku buat keputusan nak belajar sendiri.. aku nak sangat orang aku kagum tu ajar.. tapi dia dah terer.. so mestilah aku rasa dia bongkak ilmu.. atau aku sendiri silap sebenarnya dia tak.. dia yang ingat aku bodoh sombong. Hmm.. skg aku sedar.. kuasa sharing amat kuat untuk kita sama sama hidupkan sesuatu output yang best. Kena ada banyak pengamatan dan bykkan rasa kebal dari kata kata dari mulut nista sekadar berkata kata dan memanas punggung tak buat apa apa. Aku yakin.. tak tahun ni.. InsyaAllah.. kalau semua graduan animasi di Malaysia sedar akan kuasa sharing ni.. semua akan dapat benefitnya dari sombong dan takbur ngan apa dia ada sensorang…
No wonder ramai graduan animasi luar kerja diluar. Emm betul kah tekaan aku ni?
erm.. nyampuk jap
bukan 2d pun laku gak ke? tu anime2 tu sume 2d kan? kalo ada pun munkin letak skit2 3d render. tp kalo ko ckp pasal filem, mmg 3d la konker skang ni, 2d nak idup kena betol2 outstanding.
k tu je pendapat aku. aku ni skadar penonton animasi je :>, x de efek sgt kot kat perbincangan korang.
menjawab soalan zogun tu… no that's not really where i'm going dengan soalan tu. defining creative talents dengan artis is quite different. but anyway, kalau kita nak generalize, they might fall into the same group.
aku concern tentang 3d animator ni bukan apa. if u say creativity, macamana yg kita nak gambarkan bahawa 3d animator ni as an artist? by comparison, dalam dunia architecture, we have architects, and we have draughtmans.
arkitek design, drafmen lukis. tak semua arkitek boleh melukis, but they are the creative and thinking counterpart dalam simbiosis itu. drafmen kerjanya melukis, dan dia bertanggungjawab visualize what arkitek tu punya ideas and thinking are. so eventhough drafmen melukis (menyebabkan mereka lebih mudah digelar artis), tetapi akitek creates (which is even closer to becoming an artist themselves).
mmm… boleh nampak ke?
mengenai salah lecturer atau student tu, aku tak paham kenapa ia dibangkitkan. siapa yg nak mintak kerja jadi animator ni in the first place? i thought ada banyak universiti/kolej/institusi kat malaysia ni yg offer kursus animator, takkan semuanya bangang kot? i think as student kita have a choice utk memilih mana yg bagus, dan bukan main accept apa2 tawaran yg kita dapat. it's like the latin proverb “if u cant run, dont blame it on your father's short legs.”
aku admit ada lecturer yg salah. but biasanya it is shared by the whole class, dan bukan satu dua orang aje. if the matter is big, rasanya kalau aku sebagai student, aku dah bawak kepada student union, and they will take care of it one way or another. takpun, u can just complain directly ke kementerian pendidikan bahagian IPTA/S, coz diorang ni memang suka sangat nak entertain cerita2 sensasi macam tu.
so sudah. berenti salahkan orang lain. our discussion here is talking about problems that we're trying to solve. not to reminisce on the past. i want sesiapa yg ada kat dalam ni to start producing solutions. bukan merengek dan menghidang nasi semalam di atas meja.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia