Wajah Baru dalam masa terdekat ini dan…

03 Feb 2012 Umum & Kemaskini 1,870 views

Saya sedang berkerja perlahan2 di belakang tabir ini untuk menyiapkan rupa pergh yang baru.

Bezanya kali ini, saya tak terlalu menggilakan designnya, tapi barangkali lebih kepada fungsi2 dan isinya. Ah.. selalunya pun macam itu lah. Tetapi tak jadi seperti yang dirancang sejak bertahun2 dahulu.

Jangan bimbang, tahun ini saya membawa semangat Naga yang lebih membara. Saya mahu mencuba semaksima mungkin kemampuan saya dalam dunia Usahawan Internet dan Web ini. Kerana saya juga mahu ia menghasilkan sesuatu yang lebih dan boleh dibanggakan.

Berikut adalah sebahagian perancangannya…
1 – Blog battle akan digabungkan dengan main page. Setiap pemenang2 lama akan di review atau dimasukkan kembali secara berperingkat-peringkat. Terlebih dahulu saya ucapkan terimakasih tak terhingga kepada saudara Syed Fadhlee aka ‘PenBer’. Kerana beliau berjaya mengumpulkan koleksi winner CRB! Hoyeah!.

2 – Kemudian saya akan menyusunkan kembali struktur2 navigasinya, ‘page’-ingnya dan juga beberapa perkara lain yang carca marba dan berterabur.

3 – Muka depan ini akan lebih bersifat ‘blogging’ daripada sekadar menjadi ‘info-update’. So saya mungkin memerlukan individu2 yang minat untuk berblogging dalam bidang2 yang berkaitan dengan pergh. com itu sendiri. Bayaran? Saya cuma mampu berkata, boleh! profit sharing… tetapi tiada jaminan lumayan.

4 – Forum tetap dikekalkan sebab ia adalah core komuniti ini. Maaf saya kurang menyerlahkan diri akhir2 ini, cuma menjeling2 selang waktu.

5 – Kita tunggu selepas ini. 😉

 

3 Comments to Wajah Baru dalam masa terdekat ini dan…

Rahsia
09 Feb 2012

Nice beb!

artzam
10 Feb 2012

Awesome!!,like the new layout style!! ^^

Nizam Ahamad
12 Feb 2012

Thanks bro. 🙂

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia