Ubahsuaian dan naiktaraf pada Oktober ini.

26 Sep 2009 Umum & Kemaskini 1,721 views

Belum lewat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua.

Setelah sekian lama menggunakan theme ini, sampailah masanya bertukar kepada design yang baru. Saya memberi dateline kepada diri saya ia mesti disiapkan dalam Oktober ini. 😀

Selepas ini web ini akan lebih kepada simple and nice. Design yang lebih bersih dan akan diutamakan kekuatan isinya pula. Penyusunan tutorial yang beribu-ribu akan saya usahakan sendirian. (Maklumlah, tiada peruntukan untuk upah orang, haha). Mengharapkan bantuan orang lain juga adalah masalah, kerana mereka jua sibuk seperti saya.

Lewat Ogos 2009 lalu, secara rasminya Pergh.com ini sudah bertapak selama 8 tahun!. Iaitu saya kira dari nama domain ini dibeli. Ini tidak termasuk setahun sebelumnya di laman komuniti percuma.

Forum pergh.com juga adalah kekal dan tetap aktif bahkan ada masanya terlalu aktif. Beban server juga bertambah dari hari ke hari, beban poket saya juga bertambah, yang pasti poket saya semakin ringan. 🙂

Saya perlu menjana sumber kewangan selepas ini untuk memastikan web ini terus ujud selagi mampu. Keahlian ‘premium’ akan diujudkan selepas ini dan beberapa ‘level’ ahli berbayar terpaksa diujudkan juga. Setidak-tidaknya dapat menampung sebahagian kos server.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada pergh.com selama 9 tahun ini!

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia