Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pergh.com? ... apa itu pergh?..
Pergh pada umumnya tidak pernah tersenarai langsung didalam mana-mana kamus Bahasa Melayu. Pergh adalah satu perkataan 'Bahasa Pasar' yang dituturkan dengan nada separuh bersungguh.
Ia juga adalah membayangkan satu perasaan kagum atau 'suprise' apabila melihat sesuatu yang menarik dan memukau pandangan. Sebagaimana orang Inggeris menyebut "Oh! My Good!!!", Orang China pula "Wah Lau!!!". Maka Melayu akan menuturkan "Pergh!!!"...
Itulah sekilas pandangan peribadi saya tentang "Pergh".

NOTE: Pengunaan Bahasa di Pergh.com adalah bebas samada Bahasa Melayu ( Malaysia dan Indonesia ) atau English bagi yang lainnya. Tidak kira apa bangsa atau anutan ugama, kehadiran anda amat dialu-alukan. Sila jaga tatasusila dan etika diri. Sila hormat menghormati antara satu sama lain.


Sejarah Pergh?


Syukur ke Hadrat Allah S.W.T keatas rahmatNya kepada saya. Akhirnya berjaya juga mendapatkan sebuah domain dan hosting space.

Secara umumnya Pergh.com ini adalah KOMUNITI PELUKIS, SENI KOMIK & KARTUN SERTA SEALIRANNYA.
Wujudnya Pergh.com ini adalah lanjutan komuniti www.communityzero.com/conteng kami yang masih aktif sehinggalah sekarang. Conteng pula secara umumnya membawa maksud lakaran-lakaran dikertas yang tidak ketentuan dari 'mood' berubah-ubah pada masa dan keadaannya. Conteng juga adalah tempat kami berkumpul dan bersama-sama bertukar pandangan dalam lukisan,komik,kartun samada digital mahupun seni tangan (manual).

Dengan meriahnya suasana disana, maka tidak wajar kalau saya biarkan semangat tersebut berkubur atau berada pada tahap itu sahaja. Jadi Pergh.com adalah kesinambungan semangat kami bersama terhadap bidang yang kami gilai, cintai, sayangi ini iaitu Seni Lukis. Bahkan lebih dari itu, saya berharap Pergh.com ini adalah sebagai platform atau tali penghubung untuk anda menganjakkan diri ke arena antarabangsa. ( Hanya Orang Bodoh! Akan berkata "Mustahil" ). Semoga Pergh.com menjadi sebuah lombong, Penggali Berlian ternilai didasar bumi dan siapa tahu berlian itu adalah ANDA?

Selain dari itu juga, bagi sahabat-sahabat diluar sana yang minat atau suka namun tidak mempunyai bakat atau kurang berbakat, saya turut mengalu-alukan kehadiran anda. Banyak lagi yang anda mampu dan boleh sumbangkan. Jangan risau, nama anda pasti akan di kreditkan didalam laman ini sebagai menghargai budi anda. Sumbangkanlah samada Artikel, Keratan komik, kartun, gambar dan sepertinya yang berkurun lama atau khazanah yang sukar ditemui. Cerpen, jalan cerita, idea pun boleh. Kisah-kisah pelukis ternama, bagaimana mereka menempuh kejayaan dan kisah-kisah disebaliknya. Semua itu ada nilainya.

:: Sekalung Perghargaan ::

Terimakasih yang utama saya tujukan kepada Mr. Chan Kee Siak @ KS ( Exa-Byte.com dan WebmasterMalaysia.com ) atas kemurahan hatinya menyumbangkan web hosting dan segala pertolongannya.Segalanya hanya tuhan jua membalasnya.Selamat panjang umur dan murah rezeki. :) God Bless You. ..

Juga sahabat-sahabat dari WebmasterMalaysia.com antaranya Napy8gen, Malayneum, Tedbundyjr ( atas bantuan anda dalam PHP ) serta yang lainnya, terlalu ramai untuk disenaraikan. Sekalung terimakasih jua kepada sahabat-sahabat kami dari Indonesia yang sudi bertandang di komuniti Conteng dan diharapkan kita boleh bekerjasama dalam minat atau hobi yang kita sayangi ini. Turut dialu-alukan dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak atau dari mana sahaja. Jika Eropah boleh terkenal dengan MARVEL dan DC COMICnya, jika Hong Kong ada Tony Wong dan Storm Ridernya, jika Jepun dengan Kame-Ha-Me-Ha dan mangaka-mangakanya, mengapa bukan ANDA dengan gurisan penamu sendiri?
Anda jua bebas menyumbangkan apa yang anda mahu, dan Pergh.com akan cuba masukkan sekiranya sesuai.

Dan akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan billion terimakasih kepada sahabat-sahabat saya di Conteng terutamanya Saudara Wan @ Ngox @ Saga kerana andalah pencetus idea dan semangat saya untuk mewujudkan semua ini. Juga kepada sahabat-sahabat yang lainnya (generasi terawal penubuhan antaranya): Sifoo, Pee_nut, Agent©, Lantui, Adzim, Mafia, dan ramai lagi tidak mampu saya senaraikan. Jua mustahil dilupakan, sekalung terimakasih kepada Urban Comic Kartunis ( Urban Militia ), Azhar, Kromosom, Adijin, Milx dan banyak lagi yang tidak larat saya senaraikan. Yang mana tidak disenaraikan, harap maaf, saya terlupa.. :)

Kedua Ibubapa saya dan keluarga, saya berbangga dilahirkan, tidak cukup sekadar terimakasih bahkan lebih dari itu. Sekian, Terimakasih.

Mysticmind®©™
Pergh.com Webmaster
email :: webmaster@pergh.com


 

All Images And Contents Are Copyrighted By Pergh.com . 2001-200*