Perkembangan proses menukar sistem forum setakat ini

24 Jan 2019 News, Umum & Kemaskini 2,815 views

Hello fellow Perghorian! Seperti mana yang telah admin ceritakan sebelum ini disini (link), progress menukar sistem forum masih berjalan sehingga kini.  Untuk pengetahuan anda, admin dalam proses menukar sistem SMF (Simple Machine Forum) iaitu sistem forum yang standalone, kepada BBpress yang merupakan sub sistem kepada WordPress iaitu sistem blogging atau sistem web yang tersohor se-antero dunia seperti backend system laman depan ini.

Beberapa tahun lalu, admin ada mencuba-cuba membuat ‘convert’ system tersebut tetapi plugin converter-nya belum matang atau berjaya sepenuhnya dihasilkan.  Percubaan kali kedua pula admin jalankan juga gagal, kerana jumlah database yang besar yang memakan masa terlalu lama pada mesin PC admin yang tidak sekuat mana. Telahan lagi masih banyak masalah-masalah programming yang hanya programmer faham huhu.

Buat kali ini nampaknya ada sedikit cahaya di hujung jalan, admin cuba dengan lebih dedikasi. Beberapa puluhan kali percubaan terawal mengalami masalah, error di sana sini yang memeningkan kepala juga. Cubaan kali pertama import user pun gagal. Kali kedua convert fail, kali ketiga Apache server return error lepas tuh cuba lagi sampai lah PC hang terus!. Ya! proses ini perlu dijalankan pada local server / localhost. Jika pakai server online entah-entah habis semua down

Selepas beberapa lama study, try & error, nampaknya ia sudah menampakkan sedikit hasil setakat ini. Kini sekurang-kurangnya sudah 60% progress convert berjalan, dan ia mengambil masa 2 hari non-stop setakat ini! Gila! Walaupun begitu, dalam proses-proses ini pastilah akan ada data yang hilang, ataupun terpaksa admin delete bagi melepaskan stuck error bagi sesetengah row database. Admin jangkakan sekurang-kurangnya dalam 2 hari lagi proses ini selesai dan berdoa semoga semuanya berjaya tanpa error di mana-mana lagi.

What to expect after system conversion? 
Admin tak harapkan banyak, cuma dengan pos-pos yang ada, dengan data-data yang ada, dengan isi-isi berjumlah hampir setengah juta ini, maka sekurang-kurangnya ia mampu menjana puluhan ribu traffik sebulan ke laman web ini! Sepertimana yang diketahui, sistem WordPress mempunyai kedudukan SEO (Search Engine Optimization) yang jauh lebih baik!.

Next plan? 
Dalam masa yang sama juga, admin akan cuba membuat pos di laman utama ini dengan pelbagai pos yang sesuai dengan tema web ini dari dahulu. Mungkin setiap hari selepas ini selama 100 hari berturut-turut misalnya? Bermula dari 1 Februari 2019? Admin cuba. Admin juga merancang pos-pos yang bersifat “BACK TO BASIC!” Ada yang berminat pun boleh join, silakan!

 

 

 

 

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia