Pergh! Gile!

09 Feb 2019 Umum & Kemaskini 333 views

Kira-kira lebih 2 minggu menghadap database lebih 1GB adalah mimpi ngeri bagi admin. Berpuluh-puluh bahkan mungkin ratusan kali cubaan dan ‘error’.

Akhirnya, data-data forum telah berjaya di ‘convert’ dengan jayanya. Sebenarnya tak berapa berjaya juga, kerana ada banyak juga yang admin terpaksa delete dari database. Apabila berlaku ‘stuck’ semasa proses ‘convert’, selalunya dalam ‘row’ atau lajur database tuh mempunyai error atau asterik dan askara yang merosakkan perjalanan ‘command’ atau code.

Selain itu juga admin membuat keputusan, membuang user-user yang tak activate akaun mereka, juga username yang mungkin spammer.  Namun begitu, apa yang paling banyak memberi kesan ialah apabila admin membuang akaun members yang mempunyai ‘0 post count’ (zero), wah, banyak gila. Semuanya kerana nak mempercepatkan proses ini yang memakan masa yang terlalu lama dan banyak ‘stress’nya.

Kini database tersebut telah selesai di localhost (local server) di pc admin, dan akan admin gabungkan dengan sistem online. Admin kena fikirkan dan study macam mana dulu, selalunya tak semudah yang di sangka perkara-perkara macam ni, mesti ada masalah di mana-mana nanti. Database yang selepas di-‘refine’-kan ini pun masih besar juga iaitu sekitar 500MB. Nah, tak boleh import begitu sahaja ke dalam database, mesti tak lepas punya.  Admin sambung kerja belakang tabir dulu.

OK. semoga minggu ini berjaya selesai segalanya. Sebab lepas ni, admin merancangan nak buat kempen ‘Back To Basic’.

That’s all for today! See you next week!

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia