Pergh.com : Malaysia’s Premier Artist Community. Comics And Cartoons, Digital and Conventional Arts, Graphics and Animations, Many More!


Battle CRB? Advertising Pergh My Ride Zenpipe Hosting


5 Dec 2006

Forum Sedang Dinaik Taraf.

upgrade.gif
Forum sedang dinaiktaraf. Banyak perubahan pada versi terkini. Maaf atas kesulitan. Harap Maklum.

Comments (0) + Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 11:21 pm
.
19 Sep 2006

I want to Redesigning and Restructuring this site.

Yes, i want to!. Lama benar aku tak update muka depan nih. Aku rasa sukar sangat, kekadang dah pun ada bende nak dibuat. tapi masalah MASA dan juga MOOD. Rasanya, aku perlukan sedikit reformasi, reformasi diri dan segalanya.
Minta ahli-ahli semua buat undian DISINI untuk memudahkan kerja-kerja aku.

Banyak perkara yang berlaku namun tidak diupdate dimuka depan. Semua berita terkini hanya ada di forum. Aku rasa, muka depan ini tidak perlu terlalu skema, keran ianya menyusahkan. Tidak perlu jadi orang lain, jadi diri sendiri yang selamba. Mungkin dengan itu tiada kekok. Atau istilah lebih senang, bantai ajelah.

Saya akan menyusun kembali Direktori, Artikel dan Tutorial. Forum juga saya sedang sediakan designnye, cuma mmg part yang paling susah ialah slice dan coding untuk dijadikan Theme. SMF theme saya masih belum biasa. Muka depan mungkin disusun dan diubah sedikit. Tapi saya tidak harapkan perubahan yang besar. Sebab utama saya buat survey resolusi skrin komputer anda adalah kerana, saya rasa bukan saya sorang sahaja rasa muka depan ini kelihatan agak kecil pada paparan resolusi yang besar. Telahan pula rata-rata pengunjung pergh ini dikalangan Animator, designer dan sebagainya yang sememangnya menggunakan resolusi besar.

Ok!.. Itu sahaja buat kali ini. Nantikan perubahan!

Comments (0) + Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 3:00 pm
7 Jul 2006

Forum kembali online.

stressed_out.gif
7 Julai 2006 - Jam menunjukkan 0344 hrs. Gile nih.. Dari pukul 12 aku menghadap bende nih.. Yup, dah ok. Tapi masih dalam keadaan berhati-hati. Sila laporkan segera anda ada masalah. TQ.
Forum Komuniti Pelukis,Penulis, Komik, Kartun dan Multimedia Malaysia.

Tag : Forum Komik, Komik Malaysia 

Comments (3) + Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 4:13 am
1 Jul 2006

Forum Upgrade Progress Update.

hurufR.pngasanya sudah lama benar aku tidak berjaga malam sampai ke pagi. So semalam aku kembali ke tradisi lama sekejap. Tapi mata aku tak tahan, sampai jam 4 pagi jer aku dah mengantuk gila!. Nak upgrade forum pun tertangguh-tangguh. Sebab nak upgrade atau lebih tepatnya CONVERT atau beralih ke satu script yang lain nih tidaklah semudah yang disangka. So, kalau masa tak cukup, aku tak berani nak upgrade. Silap2 upgrade, abis semua database.. So cam di beritahu dulu tuh… Dari IPB ke SMF…

So, progress dia, memula backup semua data dulu cam biasa.

Aku selalunya masuk PhpMyAdmin, copy database tuh kepada satu database baru yang nama lain. Dedulu aku suka guna telnet, since tak semua hosting open telnet port.. pakai browser jer laa..

Kemudian, tarball gz script baru itu diupload dan di ekstract online. Seterusnya mencari dan upload converter scriptnya. Memerlukan masa juga nak faham menatang nih..

Kemudian, proses convert database nih laa yang makan masa gile babeng punya. Kalau database tuh tak lebih dari 100 post, sap sap sui jer kata orang. Tapi!, bayangkanlah, berapa besarnya database pergh.com nih!.. Database semenjak dari tahun 2001, sampai sekarang. Here’s the detail statistic (Sehingga 30 Jun 2006) :

Ahli Pergh : 3694
Topik : 7729
Pos / Mesej : 192346
Attachment : 4343 bilangannye.. 434983.07 KB! saiznya….
Lain-lain? : Mungkin Private Mesej korang, Avatar korang etc lagi. tuh tak tau baper..

Ahli Tak Ramai? Sebab pendaftaran strict. email sah dan unik, yang validating tak validate email tuh auto-delete dalam masa 7 hari. Kalau tak validate tambah2 clone semua sekali dulu. Atau lepas register bleh pos macam forum2 lain, aku jamin skang dah sampai 20 ribu ahli!. hahaha!.. Quality more important than Quantity. Kalau setakat berforum, tapi nak cerita pagi nih aku minum milo, atau jumpe awek, masalah pakwe, atau diari hari ini, baik tak payah!. :p

Proses men-convert-kan database tuh ambil masa yang sangat lama. Aku tak pasti berapa lama. Rasa-rasanya, cecah gak 2 jam, ditambah plak dengan line streamyx yang agak hampeh. 192346 post mesej.. bukan 100 mesej beb..

So!.. dah siap convert dah database tuh, dan dah running di satu folder yang secret buat masa nih. Aku nak test sorang2 dulu. Template aku ingat bior dulu laa.. Janji jalan elok dulu. Lepas tuh, attachment tuh kene convert. Lama gak, rupenye attachment dari folder forum lama tuh dicopy dan di set semula.. So, attachment tuh pun tak la sikit.. Tapi semua gambar-gambar tuh saiz bagak2 juga… Tinggal beberapa part yang leceh jer lagi. Jadi kebarangkalian korang bleh masuk pada malam ini, atau pagi esok. (sebab aku ada kerje berbayar yang penting dan perlu disiapkan dulu ). Mekasih!…

/ps: Sorang pun taknak komen atau bagi semangat kat aku.. Ceh!.. ;)

Comments (28) + Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 4:15 pm
30 Jun 2006

Forum Upgrade, Cuti Sabtu dan Ahad.

Cutilah forum kita Sabtu dan Ahad nih. Kalau sempat aku siapkan awal. Aku cuba yang terbaik. Nasib baik juga database Muka depan dengan forum asing-asing..  ~ Mysticmind
Forum Upgrade

Bleh komen kat sini juga.. tapi tak masuk terus komen korang… Kene aku aprove gak.. :D

Comments (0) + Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 9:20 pm
« Previous PageNext Page »





This theme named "Seceria Warna Kasihku Padamu?".
Theme totally designed and coded by Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind.
Those claimed himself as The Most 'Street Smart' Person in Malaysia
Powered by Superb Powerfull PHP Script on The World : WordPress
19 queries. 0.181 seconds.