Naiktaraf dan ‘Convert’ Aplikasi Forum .

08 May 2006 Umum & Kemaskini 6,090 views

pergh.jpg
Pergh!atian Pergh!ting.

Proses ini akan dijalan :
– Nama : Dari IPB ke SMF.
– Bermula : 8 May 2006 – 2300hrs . (Waktu Malaysia – Sebab ada ramai gak Oversea :p)
– Siap : Sepantas 2 – 3 jam atau selewat 168 jam. Bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul dan segala macam masalah yang selalunya tidak terjangka. Tidak termasuk lagi segala line internet, masalah masa mahupun masalah kewangan. 😀

Berikutan dengan permasalah ‘hijacking’ pada script Invision Power Board yang memerlukan patch dan patch itu gagal aku dapatkan kerana IPB tidak lagi memberikan scriptnya percuma. Pilihan terbaik yang aku ada pada masa ini ialah convert / bertukar kepada script forum yang lain. PHPBB? No!, dulu masa pakai phpbb 3 kali aku kene hack tau!. And also slow loading dan theme yang serabut (eh, aku nih kire pandai gak laa theme2 nih tau). So the best choice dan terbaik SEKARANG ialah SMF : http://simplemachines.org
Ada : Kelebihan SEO / Search Engine Optimisation. Dalam erti kata senang bagi si Buta Webprograming ialah “Mesra Dengan Enjin Carian”. Penting: FREE. Hehehe.

Dengan database yang mencecah ratusan MB, dan file-file yang sudah diupload pula agak-agaknya 1 – 2 Giga!, saya tidak boleh menjamin hal ini perkara mudah! Bayangkan, data-data dalam bentuk teks itu sahaja cecah Ratus Megabyte!
Besar bukan database pergh.com ini. Yang mana ianya barangkali adalah mesej-mesej anda, tunjuk ajar anda, mesej2 peribadi anda, kata-kata gurau anda, teman tapi mesra anda, musuh-musuh anda, kutuk-kutuk dan maki hamun anda, komplen pada editor2 komik, komen pada mereka-mereka yang perasan dan sedap duduk suka-suka supaya terjeda!, komen korang pada majalah2 Gempak – Starz – Urban Comics – UMBRA – JOM – G3 – Mato-Mato – Blues Selamanya – Apo? – Ujang… komen tentang segala bagai apa
saja dari korang, kawan-kawan korang dan aku.. bukan setakat tahun lepas dan tahun ini, tapi sejak 5 tahun yang lalu!. Dan segalanya boleh dikatakan yang didelete oleh pihak kami tidak sampai 1 % pun darinya.

Itulah pergh.com, kerana bagi kami, semua itulah ‘Nilai’ dan ilmu serta Nostalgianya kita sejak bertahun dulu. Mekasih.

” Doakan aku berjaya dalam misi Tak Berapa Mustahil nih. ” ~ Mysticmind the Mastermind. :p

1 Comment to Naiktaraf dan ‘Convert’ Aplikasi Forum .

rozinorazali
14 May 2006

harapan dan doa dari seberang agar pergh dotcom terus wujud dan memartabatkan karyawan seni komik malaysia. amin.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia