MSC Malaysia IPCC 2011 Pitching Day

Acara tahunan yang semakin mendapat tempat di hati kalangan penggiat animasi, komik digital dan ‘casual game’ di Malaysia ini sudah sampai ke ‘pitching day’ atau dalam bahasa Malaysianya hari Pemilihan Berdasarkan Persembahan. (Susah sungguh nak mencari ayat yang sesuai dalam Bahasa Malaysia )

Acara : MSC Malaysia IPCC 2011 Pitching Day
Tarikh : 20 dan 21 September 2011 (Selasa dan Rabu)
Masa : 9.00pagi – 6.00petang
Bertempat di : Sutera, Cyberview Lodge Resort And Spa, Cyberjaya

Kategori yang di pertandingkan adalah seperti Animasi, Digital Interactive Comic dan Casual Games.

Laman Facebook MSC Malaysia Animation and Creative Content Center (MAC3) telah mengeluarkan calon-calon yang telah di senarai pendekkan untuk hari ‘Pitching’ tersebut. Berikut adalah senarai yang dikeluarkan pihak mereka…

animation2 animation2

Saya kepilkan disini bagi yang bermasalah untuk masuk facebook yang barangkali telah di ‘block’ di pejabat mereka. Kredit asal untuk pihak mereka.

Jika tiada aral melintang, saya akan berada di sana untuk membuat ‘special coverage’ bagi 2 hari tersebut. Jumpa di sana!

Sumber :
https://www.facebook.com/MSCMAC3
http://www.mscmalaysia.my/topic/IPCC+2011

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia