Masih banyak yang perlu dilakukan…

12 Feb 2012 Umum & Kemaskini 6,263 views

Wokeh!. Salam semua! Layout baru muka depan dan sedikit ‘enhancement’ untuk forum sudah dilakukan. Namun begitu masih banyak yang perlu dilakukan pada pergh.com ini. Apa-apa pun, saya akan cuba lakukan secara beransur2 tetapi konsisten (harapnya).

Saya cuba masukkan sebanyak mungkin isi dari usaha saudara Azarimy di blog battle ke sub-page CRB Hall of Fame  yang baru. Saya akan mem-‘program’-kan layout dan look yang berbeza untuknya…  Agak memenatkan otak juga sebenarnya 😀 .

Selain itu juga, saya akan selang selikan dengan sebarang berita-berita menarik yang boleh dimasukkan ke muka depan ini.Saya merancang menaikkan trafik web ini ke trafik asal iaitu kira2 1000 visit sehari dalam tempoh 6 bulan (harapnya).

 

To do list : 
1 – Susun kembali kategori yang ada
2 – Kemaskini  sekurang-kurangnya 7 pos seminggu.
3 – Pastikan semua ‘page’ berfungsi.
4 – Check kembali jika ada ‘dead link’ .
5 – Siapkan direktori untuk laman2 web yang sedia ada dan tambah yang baru.

Soon to do…
6 – Review web2 atau blog2 pelukis, designer, 3D artist dan sebagainya yang ada di Malaysia.
7 – Interview individu2 terbabit dalam bidang ini.
8 – Review komik2 baru yang ada di pasaran.
9 – Review manga2 yang menarik untuk di baca.
10 – dan sebagainya…

Dan ini tidak semudah seperti menyenaraikannya… T_T

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia