Kempen Back To Basic 2019

11 Feb 2019 Umum & Kemaskini 230 views

Salam Isnin, salam pergh! 2019 ini admin merancang untuk kembali aktifkan web ini. Walaupun zaman ini adalah zaman Media Social, namun kewujudan web tidak juga terpinggir. Ya, mungkin ‘forum’ tidak semeriah dahulu, tetapi pencarian maklumat tidak pernah pupus, pasti ada dari masa ke semasa!

Kempen Back To Basic ini admin jadikan tema bagi tahun 2019 ini. Apa yang dapat admin rumuskan ialah setiap hari setiap masa, akan ada orang mencari pengetahuan dan ilmu tentang sesuatu perkara ataupun minat mereka. Tidak kisahlah bagi minat dan bidang apa sekali pun, mencari bantuan asas atau ‘basic’ itu adalah satu kelaziman.

Sebelum ini admin ada melihat keyword-keyword yang sering dicari ke web ini banyak yang bersifat inginkan perkara-perkara ilmiah contohnya: asas Photoshop, asas Animasi, Basic design Photoshop, belajar Ilustrator dan sebagainya. Bahkan hinggalah kepada asas belajar 3D Studio Max, After Effect dan banyak lagi. Admin perasan kekurangan ini dalam dunia maya Malaysia, khususnya sumber dalam Bahasa Malaysia.

Dengan ini, admin mengistiharkan Kempen Back To Basic ini akan dimulakan dengan sekurang-kurangnya 1 tutorial artikel dan 1 tutorial video setiap minggu selama 3 bulan tanpa henti!. Jom, para-para ‘Fellowship of the Perghorian’ yang berminat, sama-sama cabar diri sendiri disamping bersedekah ilmu kepada yang memerlukan!

 

 

 

 

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia