Author Topic: ::sardin::  (Read 2320 times)

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4376
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
::sardin::
« on: November 07, 2005, 04:34:38 PM »
Tajuk: Sardin

Umpama ikan dalam tin
Itulah namanya.. "Sardin".

Adakala terlampau penuh "sengsara" menjelma
Benarkah tenang di luar itu??..

..Bersama lekitan kuah kuah hanyir
Hidupku tetap tenang tanpa sengsara

Aku terus menanti, tapi benarkah ianya penantian?.
Untuk pintu dibuka demi ku hirup
Udara segar, nyaman dan seronok itu..

!! "Ahh aku bosan duduk dalam tin" !! ..
!! "Ahh aku bosan duduk dalam tin" !! ..

Tiba tiba kurasa akan gegaran,
satu bau yang amat baru menjelma.
Cahaya pun menyilau..menerangi kegelapan

"Ahh.. pintu itu dah terbuka..
Wahh seronoknya.." sahutku

Aku dicekup keluar dengan penuh rakus
Jasadku lembik namun tetap ku ceria
Kerana udara sesuatu yang lebih baru

Akhirnya aku terlepas.. inilah kehidupan dinantikan..
Sejenak dapat jua ku lihat mentari.
Sempat jua ku bau angin angin sepoi diluar
Dalam masa sebentar benar bau itu hilang..

.."aku terhidu akan sesuatu menyesakkan"..bisikku

Inilah bau yang bakal menamatkan riwayat hidupku
Dari seekor ikan sejahtera..
bakal santapan enak manusia.
.."manusia" yang tak hapus kelaparannya
"Senantiasa".. tak kira masa.

Aku dicampak dengan penuh kejam ke dalam kuali.
Ahh panasnya.. pedih satu badan.
Ahh lemasnya.. aku dibanjiri air pula.

"Ahh aku tak dapat bertahan lagi".. rintihanku

Lantas, segala pandangan ku menjadi hitam..
Aku tak sedar apa yang berlaku semasa itu.
Apa yang aku tahu..
Sekarang aku hanya sekeping tulang.
Yang dimamah pula oleh si kucing.

"Ahh akhirnya aku bebas"- bisikku

Yang tinggal hanya serpihan tulang yang dipatah patahkan.
Sungguh derita hidup ini..
Sungguh sekejap benar hidup ini..
Namun aku bangga menjadi "sardin"

Biarpun santapan berahi manusia
Akan dapat jua kurasakan nikmat
"kebebasan dan kesengsaraan lama"
untuk terus melihat fenomena dunia ini

..dalam kaku.. dan tekujur sepi..

petrakhus3d
"Rendering 3d hour"
Isnin, 7 November 2005
Twisted Media
 
.hanya artis biasa.

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
::sardin::
« Reply #1 on: November 11, 2005, 09:13:01 PM »
hui giler ahhh citer sardin jer.. tergambar dan terasa terseksanya menjadi sardin yg bebas dr sardin yg lepak dalam tin dengan kuah2 hanyir tue Pet...

neurotik sungguh sajak ini...  :lol:  
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
::sardin::
« Reply #2 on: November 28, 2005, 06:02:46 PM »
Woooaaaa, sungguh simbolik.... metaforik...

best woo...

[/align]

kred

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1205
    • View Profile
    • http://www.kred.com
::sardin::
« Reply #3 on: November 28, 2005, 06:12:01 PM »
isk takkan tulang sadin pon bagi kucing?? kalo aku kunyah aje.. hahahaha
perminat bukan penggiat..

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4376
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
::sardin::
« Reply #4 on: March 31, 2006, 12:09:07 PM »
wahh.. tak sangka korang baca.. ingat korang lebih pada serius sastera ala ala a.samad said je.

pasni aku nak wat sajak sardin unsur patriotik / semangat rakyat lak

time skolah semua kengkawan suruh aku buat sajak jiwang. ntah pape.. aku kene cop jiwang ... demn jers.
.hanya artis biasa.

shiori_LA

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1098
  • hmm......dah maleh nak lukis
    • View Profile
::sardin::
« Reply #5 on: April 03, 2006, 12:49:26 PM »
:o  best ar sajak sardin ko nih.....
simple but fun bila membacanya.....
senyum sokmo


sayahan

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 634
    • View Profile
::sardin::
« Reply #6 on: April 08, 2006, 09:14:40 AM »
pet..ko buat sajak tajuk "sardin cap ayam" lak lah.... sedap wooo dari brand² yg lain..x caye kau try..nanti kau dpt feel nye..hehehehe   :sengih:  

  ~ilmu mana² boleh cali..KAWAN susah mau cali~

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4376
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
Re: ::sardin::
« Reply #7 on: July 19, 2010, 05:47:21 PM »
rasa nak buat part II... apa pendapat korang? :)
.hanya artis biasa.

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: ::sardin::
« Reply #8 on: July 19, 2010, 05:55:31 PM »
heh...ni musti encek pet baru lepas makan sardin ni kan???
bleh je..silakan...silakan... :D

tu jah kawe nok tulih... B)

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4601
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com
Re: ::sardin::
« Reply #9 on: July 19, 2010, 06:32:58 PM »
dah lama tak makan sardin...cambest je :D


mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: ::sardin::
« Reply #10 on: July 19, 2010, 10:26:11 PM »
demnnn!!! dah lama pet tak menulis haha..
Visit : + Blog + Twitter + FB