Pergh Forum

Learning Arena And Multimedia => Writer's Corner => Topic started by: chaku on December 08, 2009, 08:50:26 PM

Title: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 08, 2009, 08:50:26 PM
Aku ni x reti menulis, tapi terasa nak tulis jugak. boleh komen, kritik, kitai, hina, nista, atau keji hasil penulisan yang akan di post dithread ini. tiada masalah.

jap lagi aku akan pos satu pengalaman diri sendiri. Berkisar dengan tentang hak milik.aku dah post kt thread sketchbook aku..tapi aku rasa xsesuai la kt sana.tuh untuk lukisan je kn.so bukak thread baru khas untuk sambung cerita tu kat sini...harap maaf jika benda ini dikira ulangan.

tajuk nyer HAK MILIKMILIK SIAPA? .
(http://i344.photobucket.com/albums/p357/chakumaru/miliksiapa.jpg)


UPDATE: 30/5/2016

-------------------------------------- KINI DI WATTPAD! --------------------------------------

(https://a.wattpad.com/cover/73173352-208-k254768.jpg) (https://www.wattpad.com/myworks/73173352-milik-siapa)
Quote
MILIK SIAPA?

Populasi Malaysia ada 30 juta orang,
mana mungkin dapat jejak pemilik
rantai puaka tu. Itu belum ambil kira
kemungkinan ia milik pelancong
dari luar negara. Silap-silap pemiliknya
dah mati, siapa tahu.

Memang misi mustahil.


<- klik sini untuk baca melalui WattPad

Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 08, 2009, 08:55:30 PM
Quote
CHAPTER 1: SIAPA PUNYA?

2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B(sains hayat)
bilik 310(Markas)

BAMMM!
semua(Ard, Ghab, Adib, Jedi, Basit, Chukeng) dibilik 310 menoleh ke arahku.

"Chaku!,  tak reti bukak pintu slow-slow?" ghab pertama bersuara
"Ntah! jangan la buat orang terkejut. Aku ingat warden datang ke apa" kata Ard sambil mengambil kembali rokok yang tadi dicampakkan ke dalam drawer ketika aku menerpa ke dalam bilik tadi. Kemarahan terlukis di wajahnya. Memang pantang bilik ini jika pintu dibuka secara mengejut, pasti penghuninya menjadi hilang arah dan mengelabah. Lumrah bagi sebuah bilik yang menjadi MARKAS merokok.

   Soalan Ghab itu tadi hanya ku balas dengan nafas kencangku. Diamku bukan kerana bisu, bukan kerana buntu. Diam kerana terlalu banyak yang ingin aku hamburkan sehingga ia tersekat, terlekat di hujung nafas. Minda ini masih lagi dibelenggu seribu satu persoalan. Aku perlukan jawapan,aku ke bilik 310 malam ini hanya untuk itu. Namun aku  tidak tahu  bagaimana dan dari mana harus aku mulakan.

   Enam pasang mata masih lagi merenung ke arah ku memberikan perhatian kepadaku yang sedang sibuk menyusun kembali nafasku yang bercelaru. Masing-masing mula mengerut dahi. Wajah mereka mula menggambarkan tanda tanya. Masa bagai berhenti, kesunyian memenuhi segenap ruang bilik yang biasanya riuh rendah. JANGGAL.

"Apahal muka ko pucat Chaku? Macam nampak hantu je?" Jedi melontarkan satu soalan, memecahkan kejanggalan. Soalan itu memang benar-benar aku perlukan kerana ia memberikan aku jalan keluar untuk memulakan bicara. Namun bicara ku itu tidak dimulakan dengan perkataan. Hanya dengan menelan air liur untuk membasahkan tekak untuk memulakan bicara.

"Serius?" Jedi bertanya seraya bangun dari duduknya. Jedi adalah rakan ku sejak sekolah menengah, malah kami tinggal se-dorm, sekatil(double decker). Maka tidak hairanlah dia dapat membaca gerak-geri ku. Ketika itu aku baru sedar aku masih lagi berdiri di muka pintu. Setiap langkah  memasuki pintu itu, seribu pertayaan dilemparkan kepada ku.

"biar betul?"
"kat mana wei?"
"bila?"
"kau sorang je ke nampak?"
"kau jangan memain Chaku!"

   Sambil aku sedang duduk di atas katil Ghab yang terletak di kiri pintu, masing-masing mula berkumpul disekeliling katil meninggalkan apa jua yg mereka sedang lakukan tadi. Kemudian suasana kembali sunyi, kerana mereka hanya diam menanti jawapan. Sekali lagi aku tidak menjawab soalan mereka dengan sebuah jawapan, malah soalan pula yang aku lemparkan

"Rantai ni SIAPA punya?"

bersambung
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 08, 2009, 10:39:14 PM
(http://i344.photobucket.com/albums/p357/chakumaru/blokb.jpg)
BLOK B KMJ. juga dikenali sebahaosebagai Blok Al-Kindi
sorry pic ni jek ade.kecik je

pasni aku paste CHAPTER 2
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 08, 2009, 10:42:17 PM
Quote
CHAPTER 2: LAWAN ATAU LARI!

2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B(sains hayat)
Korridor tingkat 3

   Dogtag ini kelihatan seperti dogtag biasa, tiada nama di ukirkan di plat besinya, rantainyer jua tiada yang luarbiasa, hanya butir kecil besi yang sudah terlihat kesan karat dibeberapa tempat. Sempat ku kalung kan rantai itu sebelum tiba di muka pintu bilik ku. Sebaik saja aku melangkahkan kaki ke dalam bilik:

   "Eh Chaku!lama ko x balik bilik" ujar rakan sebilik ku, Black.
   "Alah, aku bukan pergi mana pun, kt bilik depan sana je"
   "Apsal mlm ni kau balik bilik pulak? Tak tidur dekat sana?"
   "Eh kau ni banyak songeh lak! Apsal? Kau tak suka aku balik bilik?"
   "hehe, tak adalah macam tu, curious je"
   "Malas la aku tidur sana malam ni, ramai orang la"

   Memang malam itu MARKAS penuh, katil hanya 4, tapi tidur ber-enam. Kebiasaannya aku tak kisah 6, 7, 8, sepuluh sekali pun tidur di markas, tapi bukan hari ini. Hari ini aku perlukan tempat tidur yang selesa kerana esok pagi, aku perlu ke tutorial biology kerana telah diberi amaran. Sudah menjadi tabiatku untuk tidak hadir ke apa-apa kelas yangg bermula jam 8pagi. Malam ini akan ku cuba suatu yang baru: tidur awal, maka agak susah untuk aku memaksa diri untuk tidur. Ke kanan ke kiri serba tak kena. Mindaku masih aktif, masih segar, ada saja yg ku fikirkan, dari satu topic ke satu topic.

   "Black! Kau rasa, aku boleh ke bangun awal?" Aku memulakan bicara setelah merasakan percubaanku untuk tidur adalah suatu yang sia-sia. Tiada sebarangan jawapan kedengaran. Adakah kegagalan untuk tidur ini adalah kegagalan aku seorang? Sudah tidurkah Black? Perasaan ingin tahu mendorong ku menjenguk ke katil rakan ku yang berada di seberang sana, berhadapan dengan kakiku. Tiada! Black tiada disitu.

   Ketiadaannya bukan lah satu-satunya keadaan yang paling pelik ketika ini. Saat ini, perhatianku telah tertumpu kepada susuk lembaga yang berada di kaki katil Black. Nyata itu bukan Black, kerana Black tidak sebesar itu. Nyata itu bukan Black, kerana Black tidak setinggi itu. Nyata bukan Black, Black tak sepatutnya PUTIH,separa lutsinar dan tidak jejak ke lantai!. Itu PASTI bukan Black! Aku tidak dapat menilai apakah mahkluk itu. Ia nya tiada hujung tiada pangkal, tiada kaki tiada tangan, tiada rupa tiada segalanya. Tiada apa kecuali jasad. Jasad yang setiap detik kian menghampiri ku. Jasad yang tiada siapa tahu mengapa dan dari mana datangnya.

   Degupan jantung semakin deras. Setiap degupan begitu jelas, jitu, bagaikan paluan gendang ditelinga. Tidak paham apa yang berlaku. Tiada logik akal dapat membantu. Tapi semua itu tidak penting sekarang, yang penting apakah tindakan yang perlu diambil.LAWAN atau LARI(FIGHT or FLIGHT), semestinya LARI!

(http://farm4.static.flickr.com/3513/3858283564_6571f63bd6.jpg)
ni dia 1st person view jika korang berada di korrior di tingkat 3 berhampiran dgn tangga. bilik aku dgn markas dipisahkn oleh korridor ini..so masa dalam perjalanan balik dr markas ke bilik..view ini lah yang aku nampak...tapi time tuh malam
p/s: jgn slah paham..ini bukan pic korridor tu..ini pic view yang ko nampak jika berdiri ke korridor itu sambil menghadap ke hadapan blok
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: zamzami on December 08, 2009, 10:48:21 PM
saspen2....chap 3 plssssss......!
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 09, 2009, 08:11:53 AM
apakah yang berlaku seterusnya? di manakah Black? bagaimana aku meloloskan diri dari situasi ini?
 Chapter 3 telah siap dikarang. berjudul : NYAWAKU.

saspen2....chap 3 plssssss......!

malam ini kot aku post. tima kasih kerana sudi membaca karya yang x seberapa ni.
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: imperiex on December 09, 2009, 07:53:21 PM
fuh saspen ni. aku berminat nak tau lebih lanjut. alien ka? hantu ka? post lagi plz

aku nak nista sikit karya ko ni. aku boleh tahan org tulis pakai singkatan SMS (e.g. korg, utk, x) sebab aku faham apa makna singkatan tu, tapi aku susah nak baca kalau ada silap eja. contohnya 'kejangalan' dan 'kiasah'. pastu punctuation silap pun aku susah nak baca jugak. contohnya lepas noktah sepatutnya ada single space sebelum permulaan ayat baru. 'dari mana' bukan 'darimana'. baru mudah nak baca. tapi ni semua masalah kecik je yg boleh diselesaikan kalau anda proof-read sebelum post. jalan cerita dan pembahasaan takde masalah, masyukkk. tapi presentation penting jugak yo.

Quote from: chaku
Aku perlukan jawapan,aku bilik 310 malam ini hanya itu.
Aku tak faham apa maksud ayat ni. kalau ko tolong jelaskan dgn lebih lanjut thx.

Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 09, 2009, 08:13:16 PM
oh,ada tertinggal perkataan. Ok nanti aku perbaiki format dan ejaan. Bab2 penulisan dh lama tinggal.last masa sekolah dulu.
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 09, 2009, 10:25:16 PM
Quote
CHAPTER 3: NYAWAKU

2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B(sains hayat)
Bilik Chaku

   Sinar yang terang mula melimpahi bilik pabila pintu dikuakkan. Lantas maraan makhluk itu kini terhenti, sepertinya ia mengelak daripada terdedah kepada cahaya. Pandangan, ku alihkan ke arah pintu, walaupun diganggu oleh silauan lampu korridor, sempat aku mengecam susuk tubuh yang diluar pintu itu. Itu BLACK!. Tidak sangka BLACK datang membawa sinar harapan. Aku menarik nafas lega.

   Namun nafas lega itu bukan yang berpanjangan. Setelah pintu itu terbuka cukup luas untuk mendedahkan makhluk itu, Black berhenti menguakkan pintu. Black memandang tepat ke arah penjuru kiri, tapi sudah semestinya bukan katil yang mencuri perhatiannya tika ini. Sah Black sudah tersedar tentang kehadiran TETAMU itu. Airmukanya pantas berubah, berkerut dahinya, otot-otot di kakinya bersedia membuat pilihan. Pilihan yang sama dengan pilihanku.LARI!. Tanpa memlengahkan sesaat pun, Black memulakan langkah seribu.

   Jika dia lari, itu dianggap biasa dalam keadaan ini, tapi dia lari dan sempat menutup pintu sebelum beredar. Ajaib. Dan ada lagi satu perkara yang lebih ajaib, aku masih dalam keadaan separa baring di atas katil di dalam bilik yang kembali gelap. Black sudah bertindak mengikut pilihan akalnya. Aku bila lagi?

   "Sekarang!" Itulah adalah arahan minda, ku kerahkan segala kudrat yang mengalir dia dalam badan ini untuk bingkas bangun daripada katil. TIDAK! Mengapa ini berlaku? Aku gagal menggerakkan tubuh, sepertinya sudah kehilangan kawalan terhadap tubuh sendiri. Aku pernah mengalami situasi ini, ya, perasaannya saling tidak tumpah seperti di'hempap'. Tapi ini bukan masa untuk merasa selesa hanya kerana pernah melalui perasaan ini. Ada tetamu sedia menjenguk. Ia tidak jauh, hanya di situ, semakin hampir. Tiada lagi cahaya untuk menghalangnya daripada meneruskan apa jua niatnya.

   Lebih jelas sekarang, semakin jelas dimataku. Ia kelihatan seperti kepul-kepul awan. Tidak bergerak secepat asap, pergerakannya tenang, membuatkan hati ini pula semakin tidak tenang. Saat sentuhnya ia di hujung ibu jari, deria sentuhanku menjadi keliru, sensasi ini terlalu asing, adakah ini lampau panas tau lampau sejuk? Yang pasti ia membuatkan seluruh otot ku menggeletar, kontraksi dan rehat tanpa koordinasi.

   Sensasi ini menular dari ibu jari ke jari jemari yang lain, satu demi satu. Setelah kesemuanya telah di tawani, aku tidak merasa kewujudan jari-jari kaki ini. Hilang deria sentuh ku, lebih menakutkan deria propriopsepsi (http://en.wikipedia.org/wiki/Proprioception) juga tidak lagi memberikan kerjasama.Sengsara ini tidak berakhir di situ. Sensasi itu perlahan-lahan memamah anggota badan ku yang lain. Sedikit demi sedikit. Buku lali ke lutut, lutut ke peha, peha ke perut dan setibanya  didada, aku mula terasa sesak. Setiap nafas yang dihela, tiada daya untuk aku menghirup udara kembali.

   Nafas terakhir adalah ketika leher telah menyerah kalah. Tika ini kepala sudah terasa berat, setiap detik detik antara saat bagaikan begitu akhirnya. Masa tidak lagi berdetik, berhenti, melanggar hukumm alam, atau setidaknya, itulah apa yang aku rasakan. Dalam hentian masa ini, cuma ada satu buah fikiran yang terpacul dari minda yang keliru ini. Pernah ku dengar bahawasanya nyawa itu diambil dalam beberapa cara, salah satunya dari hujung kaki, dicabut sampailah ke kerongkong dimana ketika itu nyawa akan terpisah dari badan. Inikah yang terjadi? Adakah ini MATI?   
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 12, 2009, 08:53:32 AM
Quote
CHAPTER 4: RANAP

2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B(sains hayat)
bilik 310(Markas)

   " Maksudnya bukan kau seorang yang nampak la?" Chukeng mengajukan soalan, memintasku yang sedang asyik berbercerita.

   " Aiseh Chukeng, kau ni potong stim betullah!" sampuk Ghab sambil merenung tepat ke muka Chukeng yang duduk bersebelahan dengannya.

   " Itulah pasal!"
   " Kalau nak tanya pun, tunggu la part-part yang tak suspens"
   " Kau ni memang kacau daun la" masing-masing mengeluh.Jedi menepuk dahi. Ard menggeleng-gelengkan kepala.
   "Chukeng, Chukeng..." Berkata Ghab dengan nada yang sinis sambil mengusap kepala Chukeng beberapa kali. Chukeng hanya mampu tersengih dan menggaru kepalanya.

   " A'ah, Black pun nampak, tapi dia sempat lari" jawabku, seraya bangun dan berjalan menuju ke ruangan sebelah kanan bilik lalu duduk dia atas katil berhampiran dengan tingkap. Agak panas jika bercerita ketika adrenalin masih mengalir, tambahan pula aku dikerumuni enam pasang telinga.

   " chaku, kau sambung aja cerita kau, jangan hiraukan Chukeng tu" Chukeng bersuara ketika mengekoriku sambil disusuli yang lain. Tiada sesiapa yang tergelak. Lawaknya tidak dilayan. Sekali lagi aku dikerumuni tapi kali ini hanya aku duduk di atas katil. Mungkin mereka paham, aku kepanasan.  Jedi duduk bersila diatas kerusinya. Chukeng di birai katil, yang lain duduk si lantai, mendongak memandangku. Aku bersandar ke dinding, mengambil posisi yang selesa.

   " Hah ok, sambung la cepat"
   " Hmmm... kalau korang jadi aku, korang buat ape time tuh" soalku.
   " Kalau aku aku mengucap"
   " Kalau aku, aku sound dia supaya jangan kacau aku" (aku tak ingat siapa yang cakap)

   POOOOvvv!
   waaaaaaaaa!
   PRAKKKkk!
   Keadaan menjadi gelap gelit. kepalaku terhantuk ke dinding, badan terhimpit, punggung terhentak. Seluruh badanku terasa sakit, gigi terasa ngilu, mungkin akibat gigi-gigiku berlaga sesama sendiri.Tergagam ku seketika.

   Tidak lama untuk ku sedar bahawa kami bertujuh semuanya berada diatas katil dan pastinya katil ini tidak dapat menampung beban seberat ini. Ini bukan kali pertama katil di bilik ini ranap. Tapi ini kali pertama tujuh orang berada dia atas satu katil. Kami senyap seketika, mata aku meliar ke sekeliling bilik, semuanya samar-samar. Anak mata belum membuka cukup luas untuk melihat dengan jelas di dalam gelap malam.

   " Weh ape jadi weh?" salah seorang bersuara.
   " Lampu meletup aku rasa" jawab seseorang.
   " Itulah! tadi ada orang mulut celupar sangat, tunjuk berani"
   " Apasal korang sume pergi lompat atas katil ni?"
   " Refleks la" jawab Chukeng
   
   Dalam samar-samar itu kelihatan Jedi bangun perlahan-lahan, meraba-raba meja yang hanya terletak bersebelahan dengan katil lantas mebuka suis lampu meja nya. Masing masing bingkas bangun mengambil posisi lain. Namun aku tidak berganjak dari katil itu.
   
   "Refleks eh? Kau yang jerit tadi kan? Jeritan kau tu yang buat orang lain pulak terkejut. Sekarang katil aku pulak patah" Jedi menyindir Chukeng
   " Aku rasa benda tu tahu la kita tengah cerita pasal ni, maybe ni amaran dia " Chukeng tidak menghiraukan sindiran Jedi.
   " Kau ni Chukeng, penakut gila. so, macam mana sekarang? nak aku sambung cerita tak?"
   " WEh, nanti jelah sambung, aku dah seram dah ni. Bulu roma aku dah naik dah ni "
   " OKlah, kita sambung lepas subuh" aku menyuarakan keputusan.

   Maka sementara menunggu subuh, kami merokok secara berjemaah. Tiada apa yang kami bualkan ketika itu. Mungkin minda dipenuhi dengan persoalan, setidaknya, sedang membayangkan situasi aku ketika menempuhi detik-detik cemas. Sejarah telah tercatat malam ini, tidak pernah bilik ini senyap, tidak pernah lekang dengan hilai tawa kami, tapi malam ini, semua ini berlaku. Malam ini benar-benar suatu pengalaman yang baru bagiku dan rakan-rakan ku ini.

bersambung ke chapter seterusnya
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: oddy on December 13, 2009, 04:53:21 AM
siot la ko chaku.... plotting dan gaya penyampaian ko ada kelas.. ini ko kata tak pandai mengarang??? vocab tu bleh belajar...tapi talent mengarang ko tuh..mmg enjoy baca..suspen suspen XD
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 13, 2009, 05:46:18 AM
kira x pandailah..kat pergh ni ramai penulis novel. cuak gak la masa nk post cerita ni...takut2 terlalu cikai.

papepun. kalo ko suke, teruskan membaca chapter berikutnya...tapi kena tunggu aku siap tulis hehehe..
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: f-one-r on December 13, 2009, 12:02:51 PM
pergh! best2..

camane leh ingat lagi cerite nih enche chaku? kes berlaku taun bile?

cepat2 sambung.. tak sabo nih~
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 16, 2009, 11:31:03 PM
weh citer ni tangguh jap..aku ade byk kije skang..harap maaf..
pergh! best2..

camane leh ingat lagi cerite nih enche chaku? kes berlaku taun bile?

cepat2 sambung.. tak sabo nih~

kan ade tulis tahun kt situ..aisehh
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 20, 2009, 04:31:53 AM
chapter ni agak pening sikit..harap k orang paham la..kalo x paham bgtau la..maybe aku leh perbetulkan.

Quote
CHAPTER 5: TERIMA KASIH
2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B(sains hayat)
bilik Chaku

   "Tiada tuhan selain Allah,Muhammad itu pesuruh Allah"
   Ringkas, aku ucapkan dua kalimah keramat ini, tanpa frasa 'ashadu' dihadapan kedua-duanya kerana setiap detik amat berharga. Jika malam ini aku pergi, aku mahu pergi dengan kalimah ini lengkap tersemat dihati. Namun sesungguhnaya jauh dilubuk hati, aku masih menidakkan pemergianku. Aku masih lagi ingin diberi peluang, aku masih belum bersedia, tidak mahu nyawaku diambil angkara mahkluk putih ini. Aku ingin mati dengan keadaan yang lebih terhormat
   
   Sedang aku hanyut menawar dengan kematian, aku disapa oleh suatu suara. Suara yang aku tidak tahu siapa yang empunya tetapi bukan suara dari mahkluk putih ini. Suara itu datangnya dari belah kiri, kerana dapat ku rasakan hembusan nafasnya di cuping telinga kiri.

   "Datangnya aku ke mari, membawa satu niat yang tunggal, membantumu jika diizinkan tuhanmu dan jika dirimu merelakannya". Begitu jelas, dilafazkan dengan satu nafas yang panjang. Intonasi agak tegas.

   "Siapa pula kau?"
   "Sesungguhnya kamu sudah pun mengenaliku"
   "Siapa kau?"
   "Sesungguhnya kamu sudah pun mengenaliku. Aku menunggu kata putusmu"
   "OK OK, bantulah aku walau apa cara sekali pun"
   "Maka terimalah bantuan ini beserta...."terhenti ayatnya, tergantung, disusuli dengan hela nafas. Seolah-olah berat untuknya meneruskan.

   Sedikit demi sedikit aku dapat merasakan kembali badanku, deria sentuhanku, propriosepsiku. Dan justeru itulah aku merasakan sakit. Ironinya, kesakitan ini melegakan kebimbanganku kerana ini membawa maksud aku masih satu dengan tubuhkan. Nyawa dan jasad sebagai satu entiti. Bila semua deria ini mula saling bekerjasama, aku mulai sedar kedudukan dan posisi anggota badan. Dapat ku rasakan kehadiran seseorang di kiriku waima aku tidak dapat melihatnya kerana tubuhku masih kaku.

   "Lucutkan rantai itu, ia lah yang mencemarimu sehingga makhluk putih itu datang menyeksamu"
   "Rantai?"
   "Rantai dilehermu, pulangkan kepada pemiliknya"
   "Oh! rantai ni" aku teringat.
   "Lucutkan"
   "Tapi aku masih belum boleh bergerak"
   "Makaku lucutkan ia untukmu" jawabnya seraya menanggalkan ranti dikalungan leherku.
   "Ambil rantai ini, pulangkan kepada pemiliknya" rantai itu disematkan dalam gengamman tangan kananku
   "Ambillah gambar ini, ini hadiah untukmu" sekeping gambar disematkan pula ke genggaman kiriku.
   "Gambar? Aku tak nak gambar ni, ini bukan aku punya" Itulah yang terpacul dari mulut ku serta merta. Setelah semua ini berlaku, aku sudah tidak mahu mengambil apa-apa yang bukan hak bagiku.
   "Jika begitu mahumu akan ku lepaskan kamu dari kaku,  kerana inilah janji ku, membantumu, tetapi berjanjilah pula kamu padaku"
   "Janji? Janji ape pula?"
   "Berjanjilah dengan hati ikhlas, untuk memaafkan kesalahan silamku terhadapmu, mengambil hakmu tanpa rela hatimu"

   Ibu jari ku mula bergerak, sedetik kemudian kurasakan kudrat kembali mengalir ke setiap zat tubuhku. Pantas ku mendorong badan dengan tangan, dan dibantu dengan tujahan  kaki, aku melompat dari katil. Lantas menerpa ke pintu. Aku ingin keluar dari bilik ini membawa diri lari dari kebingungan dan ketakutan. Dalam sekilas detik waktu itu, sempat ku menjeling ke dalam bilik, makhluk putih itu masih di  situ, di hadapanya berdiri susuk lembaga manusia. Sekarang jelas sudah siapa yang membantu ku mengatasi makhluk putih itu. Aku hanya tersenyum. Bagi menebus kesilapannya, dia mahu aku terima bantuan nya BERSERTA pohon maafnya. Fahamlah sudah kenapa dia berat menghabiskan ayatnya tadi. Bukan mudah untuk berhadapan dengan seseorang dan meminta kemaafan.
   "Terima Kasih ADIKA, sebab tolong aku lepaskan diri dari makhluk putih tu" detik hatiku.

   Ketika aku telah berada dikorridor, suasana agak terang disinari lampu kalimantang. Sedang mata cuba mengadaptasi, genggaman tangan kanan ku buka. Seperti yang dijangka, rantai tersebut berada didalamnya. Nyata aku tidak bermimpi, ini benar-benar terjadi. Langkah diorak, mulanya perlahan, kemudian semakin laju, antara berlari dan berjalan. Malam ini perjalanan ke MARKAS yang hanya sepelaung jaraknya itu seakan jauh, semakin pantas ku melangkah, semakin jauh ku rasakan. Sepanjang perjalanan yang JAUH itu, aku memikirkan waktu dan tempat aku mengambil rantai ini.

   Setibanya di hadapan MARKAS, pintunya ku buka dengan pantas, sepenuh tenaga.
   BAMMM!.....


siapa Adika?
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 23, 2009, 01:24:15 AM
harap maaf...ade sikit pengubahsuaian aku terpaksa buat kt chapter 5..sbb ade orang keliru ade bape makhluk.aku boldkn mana ayat yang aku tambah/ubah.
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: d4z on December 23, 2009, 01:43:19 AM
huhu lukis skit view2 menarik dlm setiap chapter..baru best skit.. hihi

*aku tertarik dgn illustrasi :D
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on December 23, 2009, 01:46:46 AM
akan diupdate illustrasi bila berpeluang
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: amykamen555 on December 23, 2009, 02:31:35 PM
suspen seh.. jgn disangka doktor tk boleh menulis. pacing story ko pun best. smbil aku baca, aku membayangkan story ni dlm format berpanel. waiting for more chapters. ko best!
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on January 01, 2010, 04:58:41 AM
alamak masalah besar...aku kering idea nk tulis next chapter cemana...tatau nk bg menarik camne..aiseh..
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: amykamen555 on January 27, 2010, 11:46:04 AM
we want chaku! we want chaku! we want chaku! agak2 bila boleh baca smbungan dia ek? :)
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on January 28, 2010, 03:24:19 AM
sorry. skang jadual pack, xsempat nk menulis, akan disambung bila berkesempatan.
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: akuLanGit on December 06, 2010, 08:21:56 PM
ehehehe...encek chaku...bila nak sambung cerita ni?? :D :D :D
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on May 08, 2015, 10:29:36 PM
finally
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on May 30, 2016, 05:58:47 AM
Quote
CHAPTER 6: JAWAPAN
]2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B
Bilik 310(Markas)

"Macam tu lah ceritanya. Jadi, siapa tahu rantai ni siapa yang punya" soalku.
"Bak sini sekejap rantai tu!" kata Ard. Aku hulur rantai berkenaan padanya, lalu dibelek-beleknya plat besi pada rantai itu depan dan belakang.
"Eh! Aku rasa ni rantai yang aku jumpa kat Genting masa aku fly hari tu" maklum si Ard setelah mengenal pasti rantai berwarna perak itu.

Patutlah!

Hujung minggu lepas, Ard dan beberapa orang pelajar lagi telah curi-curi keluar daripada kolej untuk ke Genting Highland. Di sana dia terjumpa rantai tersebut dan dibawanya pulang. Menurutnya Ard, selepas pulang dari Genting, dia sudah terlupa perihal tentang rantai yang dijumpainya itu dan hanya setelah melihatnya kembali hari ini, dia baru teringat tentangnya.

Genting World Resort adalah taman teman yang dikunjungi beribu-ribu orang manusia setiap hari dan mereka datang dari seluruh peluk negara. Populasi Malaysia ada 30 juta orang, mana mungkin dapat jejak pemilik rantai tu. Itu belum ambil kira kemungkinan ia milik pelancong dari luar negara yang ke Genting. Silap-silap pemiliknya dah mati, siapa tahu. Memang misi mustahil.

"Apa kata kita tanam je!" cadang Ard.
"Nak tanam kat mana?"
"Dekat tempat yang orang tak pergi, supaya tak ada orang lain pula jumpa"
"Kita tanam kat kawasan tangki air" ujarku.

Tangki air adalah kawasan larangan, dipagar dan dikunci. Berbentuk cendawan, binaan tertinggi di kolej KMJ ini yang terletak antara Blok B dan Blok C dikatakan agak keras. Ada pelajar Blok B dan Blok C yang bercerita tentang penampakan kelibat-kelibat yang tak sepatutnya di kawasan tangki air tersebut. Oleh itu, para pelajar jarang lalu lalang di kawasan ini, jika ada pun hanya sekitar gelanggang bola keranjang berhampiran Blok B. Kawasan yang memang sudah sediakala keras, kalau ditanam seutas rantai berpenunggu pun tak akan menggangu ketenteraman awam kan?

"Ghab, kau cover line. Kalau nampak pak guard, beritahu kitorang"

Memandangkan ia kawasan larangan, kami harus tanam
rantai itu pada lewat malam, agar kami tidak dicekup oleh warden atau pengawal keselamatan. Tiada balutan kain kuning, tiada upacara atau apa-apa bacaan dilakukan. Kami kebumikan ia begitu sahaja, dengan harapan ia tidak akan menarik perhatian sesiapa atau apa-apa. Seusai itu kami pun lekas-lekas beredar meninggalkan kubur tanpa tanda itu.

"Chup, chup! Nak tanya ni sikit" si Chukeng bersuara.
"Apa dia?" balasku.
"Kalau kau tanya soalan yang cabul, siap kau!" celah Ghab
"Adika tu siapa?" tanya Chukeng.
"Dah agak dah! Mamat ni memang mulut tak ada insurans" keluh Ghab.

Jedi memandang aku, aku memandangnya kembali.Jedi adalah salah seorang yang tahu kisah silam antara aku dan Adika. Jedi ada bersama aku ketika kejadian itu berlaku 2 tahun lepas. Aku gelengkan kepala. Jedi mengganguk tanda faham isyarat aku.

"Itu, lain kali kita cerita" tegas Jedi.
Title: Re: MILIK SIAPA?
Post by: chaku on May 30, 2016, 07:05:00 AM
-------------------------------------- KINI DI WATTPAD! --------------------------------------

(https://a.wattpad.com/cover/73173352-208-k254768.jpg) (https://www.wattpad.com/myworks/73173352-milik-siapa)
Quote
MILIK SIAPA?

Populasi Malaysia ada 30 juta orang,
mana mungkin dapat jejak pemilik
rantai puaka tu. Itu belum ambil kira
kemungkinan ia milik pelancong
dari luar negara. Silap-silap pemiliknya
dah mati, siapa tahu.

Memang misi mustahil.


<- klik sini untuk baca melalui WattPad