Author Topic: Macam mana nak tulis surat cinta?  (Read 5749 times)

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« on: September 21, 2002, 02:41:10 AM »
Gua ada hati kat sorang marka ni...
Gua pernah tepon dia dua kali...
kali ketiga dia dah tak mau cakap dengan gua...
Gua nak tulis surat pulak tapi tak reti ber romantik ni.
Gua takut nanti dia ingat gua gila pulak.

Apa patut gua tulih?                    

APO?

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1564
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #1 on: September 21, 2002, 07:37:01 AM »
lu tulis kat die lu minat ngan die
sungguh benar minat kat die
tanpanye hidup lu macam tak bernyawe
makan tak lalu tidur tak lene
dalam tidur dok termimpi wajahnye

lu tulis kat die lu minat ngan die
sungguh benar minat kat die
cinta lu pade die ikhlas dan suci belake
kalo sudi sambutlah lu punye cinte
dan lu cakap kat die
lu janji akan selalu setia...

ape susah.. abes cerite... :)                    
O God, The Giver of Life,
Remover of pains and sorrow,
Bestower of happiness
and creator of the universe
Thou art most luminous
pure and adorable
We meditate on Thee
May Thou inspire and guide
our intellect in the right direction

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #2 on: September 21, 2002, 05:46:54 PM »
Lu cakap senang aa...
Hati gua merana...
Lagi idea tak de ke?                    

mad_k

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 56
    • View Profile
    • http://www.spiritbetweenus.cjb.net
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #3 on: September 21, 2002, 05:57:53 PM »
lu tulis je.....
cam apo? suruh tu...
tak pun kalo lu pandai melukis....
lukis ler surat ala komik :D  :D  :D                    
Just me!

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #4 on: September 21, 2002, 06:02:07 PM »
Burung balam menyanyi malam,
Menyanyi atas pohon mengkudu
Sebelum tuhan menciptakan alam
kita sudah bercinta dahulu
di petik dari LAILA dan MAJNUN versi Nordin Ahmad sebagai Qais.

No satu, ko betul ke suka kat awek ni ?, kira tak der awek lain ler dalam hidup kau?, ko serius ke dengan dia ?, cam ni ler nasihat aku, ko main stail pancing ler, tarik lepas, tarik lepas, jangan main tarikkkkkkk je, putus nanti, merana jiwa ko...cheh! cam pakar pulak ek..Man man ler dengan awek tu, cuba ko establish kan dulu hubungan ko dengan dia, bukan sebagai lovers, tapi sebagai friend ,cam mana? ada berani . :roll: pikir..pikir dulu. Okeh ?,cargas ?...
Lepas tu kasi concer dia nyer mind and soul .Peh !!, ini dah tahap ganas nih. Rilek lu....slow..kay ?

 *-* Silent but deadly.                    
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #5 on: September 23, 2002, 02:05:34 AM »
Angin bayu menyapa diriku
Ombak datang gulung mengulung
Apa khabar Cik XXXX                    

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #6 on: September 23, 2002, 02:16:23 AM »
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajah mu sayang
Ketika hatiku bercelaru
Kau datang membawa cahaya                    

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #7 on: September 23, 2002, 02:29:36 AM »
:h Cuba try sajak Paduka akhtaj ni...

http://64.4.14.250/cgi-bin/linkrd?_lang=EN...3d43883%2343883

 *-* Silent but deadly                    
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #8 on: September 23, 2002, 02:32:09 AM »
Uhhh...
Site apa turr?                    

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #9 on: September 23, 2002, 09:17:34 AM »
Quote
Gua ada hati kat sorang marka ni...
Gua pernah tepon dia dua kali...
kali ketiga dia dah tak mau cakap dengan gua...
Gua nak tulis surat pulak tapi tak reti ber romantik ni.
Gua takut nanti dia ingat gua gila pulak.

Apa patut gua tulih?


Kalau dah kali ketiga ko telefon dia tak mau cakap dgn ko..maknanya adala yg dia tak suka tu. Ko sembang apa masa kali pertama dgn kedua ko call dia? Mungkin ko ni agressif sgt kot...sabar2 la..kalau suka pun..jgn la nampak macam suka sgt.

Patutnya step awal ko tulis surat dulu....bila ada respon baruler ko call dia. Tapi skrg ko dah call dulu baru nak tulis surat...so aku rasa isi surat tu ko minta maaf la kalau ko rakus sgt dlm telefon. Mintak peluang kedua utk get to know each other better. (tu pun kalau ko rasa berbaloi la) Lagi satu...kalau ko call lagi..jgn aa buat stail over..maksud aku boleh buat org meluat.

Kalau nak tulis surat...ayat tak payah bunga2 sgt. Tapi kena tgk gak stail awek cam mana..kalau awek jenis brutal..(macam bluelover tu) ko kenalah straight forward..kalau awek jenis lemah lembut..ayat bunga2 takpe...:D                    

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #10 on: September 23, 2002, 12:01:50 PM »
jangan.

lupakan aje awek tuh.

jangan persiakan hidup kau.

if she's the one, chances are, you've already talked to her about your feelings right now.

kalau kau teragak2... mungkin dia bukan orangnya. think about it... love is something that is so abstract, you can't know yourself without letting the other lend a bit of themselves. that's how complicated things are. but if you're the only one who's feeling it, then there is no wholistic completeness, is there?

kalau ko nak jugak...

pegi tegur. jangan jadi bojan, just gi tegur dan berborak ngan dia. berborak. berbual. berbicara. berdiskusi. berdebat. whatever. kalau ko tak dapat buat camtu pasal takde topik or something... just imagine kalau ko terkahwin ngan dia. takke rasa janggal kahwin dengan orang yang ko takde topik nak borak?

kalau macam tu... relationship tuh apa? nafsu? duh....                    

agent

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4811
    • View Profile
    • OPTIMA INNOVATIONS (M) SDN BHD (605671-H)
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #11 on: September 23, 2002, 03:53:39 PM »
..apa kata sertakan money order RM10`000 dalam surat tu..cakap nak pinang dia...misti dia tersipu-sipu malu..

(Nak lagi berkesan antar surat tu direct kat bapak dia...)
Selamat mencuba, dia pasti akan jadi milik anda sepanjang hayat jika anda berani melakukan cara ini!!                    

shah

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 19
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #12 on: September 23, 2002, 04:13:25 PM »
ko cari je awek lain.......siti pun solo lagi.....
biksn siti nurhaliza le.....itu aku punya.......
ko cari le siti yang lain....                    
S*E*M*P*O*I

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #13 on: September 23, 2002, 04:22:30 PM »
Betul kata Azarimy tu...kalau dia dah tak suka dan tunjuk respon macam tak berminat...jgnla paksa diri utk teruskan mengorat gak.

Ni dari pengalaman aku la masa remaja dulu (dah tua ropanya aku ni). Dulu masa aku form five diri aku ni tergatal utk ngorat seorang awek yg aku minat tapi dia tak minat aku.

Macam ko la JET...masa tu aku budak2..kira ego tu tinggi giler..orang dah taknak...masih nak ngorat jugak. Kemudian tu bukanlah tak dapat...dapat tu dapat...tapi tak lama...lps masuk U...abis sbb orang lain sudah kebas sama dia dan jugak sbb communication breakdown dan org lain gunakan opportunity tu utk masuk jarum. Budak2..biasala..:).

Tapi lps tu aku belajar la dari kesilapan...sebenarnya jodoh ni kalau nak datang...ko takyah ngorat teruk2 pun dia akan disatukan juga dgn ko. Kalau dah jodoh tak ke mana. Macam mana first nak tau seseorang tu jodoh ko? Hmm well...ni semua tgk pada individu..bak kata citer hindustan..KUCH KUCH HO TA HAI..Lps tu kalau ko org Islam..buat ler sembahyang istikharah mintak petunjuk dari Tuhan. Tapi lps dah dpt...jgnla sia-siakan pulak. Perempuan bukan tgk pada muka 100%...ramai yg depends pada personaliti dan cara ko carry diri ko dan berkomunikasi dgn diorang.                    

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #14 on: September 23, 2002, 06:37:20 PM »
:D
Kesian aku tengok budak kecik tu... h ehe heh...itu la JET, wa dah cakap jangan main asyik main jet jer, sekali sekala kena jugak main bahtera ,tongkang, jadi nakhoda ( he he he heh he...dalam tuhhhhhhhh !!!!) .asyik jadi pilot jer, letih lar ye tak, minyak mahal oooo sekarang, satu lagi kalo orang bagi nasihat ,dengo , cam Phenix, agent, aza...dengo cakap dia orang tuh. Itu pengalaman dialam nyata, Lain la aku punya nasihat, terawang-awang sikit...he he he heh... :h  :h  :h realiti tuh...IQ satu juta pun tak guna kalau kau dah kena jaringan cinta nih. he eh hehehe hehe heheh ehhhe. :h .kasut dah basuh ? he heh eh heheh ehheh heheh ....

 *-* Silent but deadly                    
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #15 on: September 23, 2002, 06:40:05 PM »
Ke hadapan Cik XXXX yang ku hormati.

XXXX,
Adapun warkah ini ditulis adalah untuk kita saling mengenali.
Cik XXXX, aku ingin tahu kenapa kau begitu dingin kepada ku.
Kenapa kau sudah tidak menjawab panggilan ku?
Adakah kerana aku telah menyinggung perasaan mu?
Kalau begitu aku sedia memohon maaf darimu.
Maafkan aku XXXX.

Jika ada apa apa yang kau tidak suka mengenai diriku,
sila beritahu ku... aku sedia mengubah diriku ini.
XXXX, aku sangat menghormati dirimu.
Berilah aku peluang sekali lagi untuk mengenali dirimu.

XXXX, aku juga ingin tahu
Mengapa kau tidak pedulikan aku lagi setelah kau tahu diriku adalah 'Peace'.
Apa yang telah kau dengar mengenai diriku ini?
Adakah kau mendengar cerita buruk tentang diriku?
Tolong beritahu ku, aku ingin mengenali diriku dari pandangan mata mu.

XXXX, Aku merayu pada mu
Berilah aku peluang untuk kita saling mengenali.

XXXX, Tolong hubungi aku...                    

agent

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4811
    • View Profile
    • OPTIMA INNOVATIONS (M) SDN BHD (605671-H)
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #16 on: September 23, 2002, 06:50:18 PM »
Quote from: "Panaharjuna"
:D
...IQ satu juta pun tak guna kalau kau dah kena jaringan cinta nih. he eh hehehe hehe heheh ehhhe. :h .kasut dah basuh ? he heh eh heheh ehheh heheh ....

Berdasarkan pengalaman aku pon mmg tak guna IQ satu juta satu (tambah satu!)Baik ko prepair diri sendiri dgn iman (nasihat ini utk aku juga) fizikal diiri yg sihat..dan kukuhkan ekonomi diri dlu..pastu baru cari awek...Niatkn nak tackle dia coz nak jadijan isteri yg sah..if ko betul2 sayangkan dia tak mustahil bleh bahagia hingga akhir hayat...sbg lelaki kita bertanggungjawap menjaga anak orang dgn halal dan di readai..Itulah maksud  tersirat cth surat aku tu..Maksud tersirat si panah tu pandai-pandai ko lah...                    

JETBABY

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 411
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #17 on: September 24, 2002, 12:40:39 AM »
Gua tak de la terpikir nak peristerikan XXXX ni.
Cuma nak berkawan jee.                    

tapai

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 428
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #18 on: September 24, 2002, 07:55:04 AM »
ish... setakat nak kawan pung payah.. kalau miss XXX tak nak carik le miss ZZZ ker..  :)                    
waka ka wacha *_*

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Macam mana nak tulis surat cinta?
« Reply #19 on: September 24, 2002, 08:31:02 AM »
Laaa..kalau nak kawan rilek aaaa...Yang ko sampai tulis2 surat ni apa hal la pulak? Kalau takat nak kawan takyah susah2..ko jumpa..ko tegur macam kawan2 biasa je la. Takyah surat2 ni.  Dia tak pedulikan ko lps tau sapa ko? Dulu ko guna nama samaran je ke masa telepon dia?

Hmm...nasihat aku, baik ko takyah susah2 fikir. Kalau ko masih sekolah, relax dulu...ramai lagi awek yg akan ko jumpa di masa depan. Trust me on that one. Jgn susahkan hidup ko skrg hanya kerana seorang awek yg ko nak jadikan KAWAN.

Lagi satu...surat ko tu tak sesuai utk seorang kawan lah...ceria kan la sikit tone dia tu.