Author Topic: Kiranya Kata Dialas Santun  (Read 79593 times)

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« on: February 20, 2004, 07:07:38 PM »
from leydi :

Tenangkan jiwa usah membisu,
Layangkan semua hawar prasangka,
Pejamkan mata wahai kasihku,
Abg Leydi kan jelma penawar derita...


from 39:

Lelah bertampi kiasan rapuh
kelak sarat doa terasal,
lelap mimpi kian menjauh
kerna larat dosa bersesal.

Mendulang selasih antara padi
nenari kantan beliung dimaya
menumpang kasih andai bersudi
namun ikatan belum pastinya.

Angsana padi diulik bualan
akrabi ruang ambangan rawa,
antara budi dilerai taulan
akhiri kenang abadi jiwa.


from rio:

sang bayu bertamu gerak belati
derum lirihmu di singgahsana
dirgahayu cintamu di takhta hati
harum kasihmu di mana-mana
« Last Edit: February 20, 2004, 07:11:25 PM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #1 on: February 20, 2004, 07:12:42 PM »
wah menarik... pantun berkait.... aku ada buat pauntun enam rangkap..... tapi kena balik mana tah buku lakaran minda ......

bahasa kita, bahasa saya...

 B)  

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #2 on: February 20, 2004, 07:19:19 PM »
buat thread tu... bagus, bagus...

Pedang yang lama tajam dan bersih
Pernah diguna menikam hati
Sayang bapa, bagai kekasih
Sayang ibu, dibawa mati

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #3 on: February 20, 2004, 07:20:48 PM »
Pantun khas dari gue utk mu neng E-J :

Andai berbalam biduk ku lalu,
Jangan Dinda resah di pantai,
Andai tenggelam di lubuk rindu,
Pelajaran dan cita2 usah digadai..


Apa la Rio ..ko tinggal pantun jual minyak aku ni.. <_<
pas ni nak cakap indon kat mane?

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #4 on: February 20, 2004, 07:26:13 PM »
Kelasi pening membaca peta
Sampai kepala naik sasau
Berapa kali hendak dikata
Abang semua janganlah risau

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #5 on: February 20, 2004, 07:34:24 PM »
kadang2 kita boleh bezakan bahasa lelaki, bahasa lelaki lembut & bahasa wanita melalui penulisan... so, nilaikan sendiri! :P

derum lirihmu di singgahsana
seru senduku nian merentang
harum kasihmu di mana-mana
deru rinduku kian terbentang


 :sengih:  

Quote
pas ni nak cakap indon kat mane?
sinipun bisa bung... pantun indonpun bisa bung!

keladi basah batangnya senget
tersua rama halus berseri
bung leydi resah gelisah banget
dua purnama harus bersendiri
« Last Edit: March 05, 2004, 01:31:07 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #6 on: February 20, 2004, 07:37:37 PM »
sebaiknya empat perkataan untuk membina satu rangkap dalam pantun... agar nanti intonasi tidak bercelaru...... tak gitu RIO...

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #7 on: February 20, 2004, 08:09:26 PM »
maaf yer... disini, saya nak amik kesempatan nak beritahu ttg ciri2 pantun yang saya pelajari. Petikan kat bwh ni di petik dr buku rujukan komsas (komponen sastera) yang saya guna.

  "Pantun ialah sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris kalimat pada satu rangkap. Setiap baris kalimat itu pula menganduni 8, 10 atau 12 suku kata. Pada hujung setiap baris terdapat persamaan bunyi atau rima. Rima atau bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua sama dengan baris keempat. Dengan demikian rima dalam pantun dikatakan berbentuk a-b-a-b.

       Baris pertama dan kedua dalam pantun tidak mempunyai sebarang makna. Dua baris ini disebut pembayang maksud atau sampiran. Isi atau maksud bagi sesebuah pantun terdapat pada baris ketiga dan keempat. Baris ketiga dan keempat disebut maksud.

       Lazimnya pantun mempunyai empat baris bagi satu rangkap, namun demikian terdapat juga pantun yang mempunyai 6 atau 8 baris, 10, 12, atau 14 baris. Selain itu ada pantun yang antara barisnya diulang-ulang dalam rangkap berikutnya. Pantun-pantun begini mempunyai nama tertentu misalnya talibun, pantun berkait, atau pantun terikat."

                             ---------- Siri Ulasan dan Kajian KOMSAS 'Antologi Anak Laut' (Eastview)

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #8 on: February 20, 2004, 08:54:46 PM »
Quote
sebaiknya empat perkataan untuk membina satu rangkap dalam pantun
bukan rangkap bung... baris! tapi kalo perkataannya panjang cth; mayapada, dirgahayu, kuswadinata, etc itu sudah boleh mewakili 2 perkataan.

Quote
Dengan demikian rima dalam pantun dikatakan berbentuk a-b-a-b.
ini maknanya penghujung rima jangan sama seperti syair ej...
cth salah: ...melati, ...mandi, ...di hati, ...sudi. walaupun hujung rimanya sama tapi ia bukan pantun yg baik pasal rima akhirnya a-a-a-a, ini sebaiknya untuk syair (TAPI SYAIR TIADA PEMBAYANG). cth baik cam rima hujung pantun bung leydi kat bawah:  ...lalu, ...pantai, ...rindu, ...gadai (a-b-a-b ).


gue paste balik slot pantun motivasi untuk ej kat sini!

leydi ::
Andai berbalam biduk ku lalu,
Jangan Dinda resah di pantai,
Andai tenggelam di lubuk rindu,
Pelajaran dan cita2 usah digadai..


rio::
angan bergetar kata tenggelam
jika rindu terus menghilang
jangan dikejar cinta yang kelam
cita dulu harus kau jelang


ej::
Berlari-lari di tengah bendang
Petani sibuk menuai padi
Abang semua janganlah bimbang
Pelajaran takkan ditolak tepi


39::
Impian kelah haruan sudi
kantan nyaring tampi bersua,
ilmu adalah harta abadi
kandamu iring tadahan doa.


rio::
kantan nyaring tampi bersua
jingga bertamu ancak diacu
kandamu iring tadahan doa
hingga jayamu dipuncak mercu!


ej::
pahlawan berjasa guna belati
jasanya besar tak terperi
doa abang saya hargai
terima kasih daun keladi


rio::
beralah hangat dosa terakhir
sejauh usia terus dikenang
apalah sangat doa secangkir
selaut usaha harus direnang


ej::
lalang tinggi ditebas pisau
tak menggaggu laluan pintu
kanda rio usahlah risau
hamba sedar apa maksudmu


rio (baru)::
liar tumbuhnya berlarat indah
rimbun akarnya berkarat usia
biar maksudnya tersurat mudah
namun dasarnya tersirat rahsia
« Last Edit: February 21, 2004, 03:47:35 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

indierockdarlin

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1987
    • View Profile
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #9 on: February 20, 2004, 10:18:18 PM »
bola disepak melantun-lantun,
bola disepak menggunakan kaki;
sungguh rancak tuan hamba berpantun,
bolehkah hamba tumpang sekaki?

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #10 on: February 20, 2004, 10:43:35 PM »
bisa aja dong... siapapun bisa! nggak ganteng & keren macam kamipun nggak apa-apa...! B)  B)  B)

ini pantun berkait gue buat neng misha omar... pembayangnnya mengarut sedikit pasal gue nggak punya banyak masa mau pikirin, asyik terkenang kamu neng! apa kamu sudah guna-gunakan gue?! :unsure:  :love:  :love:

sang bayu bertamu gerak belati
derum lirihmu di singgahsana
dirgahayu cintamu di takhta hati
harum kasihmu di mana-mana

derum lirihmu di singgahsana
seru senduku nian merentang
harum kasihmu di mana-mana
deru rinduku kian terbentang

seru senduku nian merentang
ratib ikrarmu bererti sedia
deru rinduku kian terbentang
titip khabarmu ku nanti setia

ratib ikrarmu bererti sedia
seri merimbun daku siapkan
titip khabarmu ku nanti setia
seribu tahun relaku siakan

seri merimbun daku siapkan
bumi dan maya bagai berkata
seribu tahun relaku siakan
demi utuhnya mahligai cinta
:love:
« Last Edit: March 05, 2004, 01:32:17 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #11 on: February 20, 2004, 11:27:20 PM »
Hi hi..Rio, pantun tu ko dah pm kat [span style='color:yellow']diena dayanti ke?[/span] :D
Pantun bwh ni plak aku sms kat bonda Raushan(masa dia kat MPTI,JB) bila dapat tau dia pregnant 3 bulan.
Setelah bertahun disiram dibaja,
Akhirnya mekar bunga  bermusim,
Setelah bertahun menanam cinta,
Akhirnya membesar jiwa di rahim..
[/size]
 :pergh:  Yii haaa...sonokknyee..


 

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #12 on: February 21, 2004, 12:32:51 AM »
wadduh... asyik sekali maknanya bung!!! :P

bung... kamu tau artinya cemburu bung? gue cemburu banget bila cewek gue misha omar ngedate sama lain anuar zain! lalu gue karangin pantun soal hati gue saat ini bung! moga dia bisa ngerti... :(

bila kota bersemadi lantan
pemburu pasti mencari umpannya
bila cinta menjadi hutan
cemburu pasti menjadi hujannya


itu tandanya gue sayang banget sama dia bung!
« Last Edit: March 05, 2004, 01:33:37 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

thirtynine

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4440
  • ...hidup jangan tersadung kaca-kaca manis...
    • View Profile
    • http://luzrafikr.deviantart.com/gallery/
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #13 on: February 21, 2004, 01:26:56 AM »
nukilan,

Merenung dilaut berbantal rebah
rintisan dilanjan badai bersatu,
mendung diraut berpintal resah
rindu menghujan bagai kelkatu.


 B)  

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #14 on: February 21, 2004, 01:26:56 AM »
Kapal meredah lautan biru,
Mati si ketam tercacak batu ,
Nampak di wajah rajuk cemburu,
Hati di dalam berkelocak rindu...
[/size] :lol:

Ahh..cewekmu itu sekadar mengekperimentasi kentalan jiwaraga cinta kalian loh! Usah ribut-ribut... ;)
Esok gue mau ngedate sama Raushan naim juga bundanya.. :love:  

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #15 on: February 21, 2004, 01:45:58 AM »
wadduh... katanya dia capek banget mlm ini bung!  heheheee!!! :P
mana ada laut tanpa gelombang... bumi mana pula tiada ditimpa hujan... bukan begitu bung?!


dalam pedati parang diasah
tujukan muara menjemur tandu
malam ini pasti ranjangmu resah
nantikan suara pengendur rindu



. :love: [size=8]nak call... tanak call... nak call... tanak call... ishk! call la kot!? wait for my call misha![/size]
« Last Edit: March 05, 2004, 01:34:51 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #16 on: February 21, 2004, 12:01:47 PM »
Janji dibuat tapi dimungkir
Apa salah kalau dijaga
Ketagih cinta bagaikan fakir
Kenapa rio tak berpunya-punya?

Apa salah kalau dijaga
Biar orang tak sakit hati
Hamba bukan nak kata apa
Cuma hairan selubungi diri


 
« Last Edit: February 21, 2004, 12:05:11 PM by e-j »

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #17 on: February 21, 2004, 12:53:02 PM »
wah... ej punya pantun nampaknya dah semakin improve!
ej kena start samakan rima tengah selain rima hujung yang jadik kewajipan... tak semestinya terlalu sama tapi biarlah bunyinya berkait! sebelum mula untuk buatkan yang lebih baik, setiap perkataan sama rimanya!

ej dah lulus yang ini...
..... ...... ...... .....a,
..... ...... ...... .....b,
..... ...... ...... .....a,
..... ...... ...... .....b.

sekarang cuba yang ini (samakan rima tengah)...
..... .....a ..... .....b,
..... .....c ...... .....d,
..... .....a ..... .....b,
..... .....c ...... .....d.

sebelum cuba yang TERBAIK seperti ini (samakan rima setiap perkataan)...
.....a .....b ......c .....d,
.....e .....f .....g .....h,
.....a .....b ......c .....d,
.....e .....f .....g .....h.

apa kamu faham ini neng ej?!!! kalo nggak paham, yuk belanja gue... gue bisa terangkan dengan lebih mesra!  :love:  B)

Quote
Janji dibuat tapi dimungkir
Apa salah kalau dijaga
Ketagih cinta bagaikan fakir
Kenapa rio tak berpunya-punya?

mencangkul bijih di hujung huma
menceduk tandu di sana sini
menunggu ej tak kunjung jelma
kujeruk rindu sehingga kini...


 :love:  :love: [size=8]gue nggak tahu kalo ada cewek yang marah2 sama kamu nanti ej...! kamu yg mulainnn![/size]
« Last Edit: February 21, 2004, 02:44:15 PM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #18 on: February 21, 2004, 01:04:22 PM »
wadhuh, wadhuh! kok gue yang berketurunan jowo pon nggak ngomong gini!

yer.. yer... saya faham. terima kasih. saya cuba sedaya upaya.

oh yea! korang nyer pantun ni di'copyright' ke? kalo tak, saya nak mintak permission utk guna buat panduan saya ngan kawan2 saya masa pertandingan kang....
« Last Edit: February 21, 2004, 01:08:43 PM by e-j »

e-j

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 760
    • View Profile
    • http://
Kiranya Kata Dialas Santun
« Reply #19 on: February 21, 2004, 01:21:57 PM »
Quote
mencangkul bijih di hujung huma
menceduk tandu disana sini
menunggu ej tak kunjung jelma
kujeruk rindu sehingga kini...


 :love:  :love: [size=8]gue nggak tahu kalo ada cewek yang marah sama kamu nanti ej...! kamu yg mulainnn![/size]
Kukuh pintu tinggi bendulnya
Dewan pidato sejuk dingin
Jeruk rindu tiada gunanya
Tengok rio, terus tak hingin!


(wahahaha... merepeknya pembayang dier!)

rio: lhooh... kamu nggak baca rangkap kedua ya? gue udah beritahu... gue cuma bertanya saja sihhh....
« Last Edit: February 21, 2004, 01:24:24 PM by e-j »