Author Topic: kelab cipta lagu/lirik pergh.com  (Read 7472 times)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: kelab cipta lagu/lirik pergh.com
« Reply #40 on: June 03, 2015, 01:58:50 PM »
Lirik lagu tentang Nabi. Tapi ini bukan lagu dakwah.

Ini lagu tentang kewujudan seorang insan yg tak boleh jadi watak lain selain watak dia. Susunan muzik mungkin campuran pop 70an negara Prancis dengan liquid drum n bass yg mid-tempo. Tiada melodi Arab langsung kerana ia tiada perisa mistikal. Cuma citarasa universal naik ke angkasa... Ia untuk semua, namun ia tidak gila, ia cuma pelik.


YANG TERPUJI

(verse 1)
Batu direjam laju, kau jatuh, luka berdarah
Kebencian menyala, berapi, hati mereka
Namun kau terus berpesan
Dengan benar dan sabar
Ini takdir mu
Yang terpuji... Ohh...


(chorus)
Kau menerjah matahari
Demi untuk Nya, Maha Pencipta
menjaga mu dari mula

Kerna kau pasti Dia ada
"Tiada yang serupa dengan Mu!..."
Kau lambang cinta Nya

Kau merentas bintang-bintang
Untuk bersama Nya, Maha Penyayang
membikin hati mu tenang

Dalam hati mu terpahat kalimah
"Tiada yang serupa dengan Mu!..."
Kau wujud selama Nya


(verse 2)
Mereka tengking, meludah, gelar kau gila
Ingin saja kau mati, kecewa, tiada daya
Namun kau terus berpesan
Dengan benar dan sabar
Ini takdir mu
Yang terpuji... Ohh...


(chorus)
Kau menerjah matahari
Demi untuk Nya, Maha Pencipta
menjaga mu dari mula

Kerna kau pasti Dia ada
"Tiada yang serupa dengan Mu!..."
Kau lambang cinta Nya

Kau merentas bintang-bintang
Untuk bersama Nya, Maha Penyayang
membikin hati mu tenang

Dalam hati mu terpahat kalimah
"Tiada yang serupa dengan Mu!..."
Kau wujud selama Nya
there r kids in here... in d forum, in us.