Author Topic: gurindam......  (Read 6223 times)

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #40 on: January 31, 2011, 01:30:06 AM »
har har har har harrrr..... jom masuk air malam ini.... :p

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #41 on: January 31, 2011, 01:36:35 AM »
Remang roma ini
Dengar jeritmu
Mengapa sadis sekali?
Jerit mu itu
Kau tekanankah?
Jangan begitu...

Pahit itu ubat
Manis itu racun
Pahit itu pengajaran
Manis itu kenangan
Kerna lumrah hidup
Pengalaman itu guru
Kau di uji
Barulah dapat imbuhannya

Ke mari kawan..
Ke mari sahabat..
Kita melangkah bersama
Berganding tangan
Bersusah senang
Melangkahi hidup ini

Ayuh..

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #42 on: January 31, 2011, 01:57:18 AM »
MARAH NI...

Harapan di pijak,
janji di jelir,
usaha di sindir,

Kau biarkan singgahan ini usang..
Kau biarkan jalan ini songsang..
Kau biarkan kenangan ini petualang..

Kau kata aku penghalang...?
Kau kata aku pembawa malang...?
Kau kata aku pembunuh riang...?

Patut tinggalkan bila ada peluang..
Patut tinggalkan ketika kau hilang..
Patut tinggalkan dan jangan toleh belakang..

Tapi aku kasihan..
Tapi aku tak sampai hati..
kerana takut kau hilang harga diri..

Urusan ini tak akan habis!!
tak akan habis....
.....
sampai bila...??



akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #43 on: January 31, 2011, 11:38:11 PM »
LANGKAH LONGLAI MU ITU...

Langkah longlai mu itu
Mungkin sini akhirnya
Jua keringat mu makin mengering
Sama kudratmu kian menghilang

Langkah longlai mu itu
Benar juang mu itu
Jalannya sudah di penghujung
Tiada lagi rentas untuk kau lalui

Langkah longlai mu itu
Perit mengikut tapak kaki mu
Kuyu matamu tiada terbuntang lagi
Benak minda mu kian suram
Cahaya harapan juga kini ghaib

Langkah longlai mu itu
Sinilah tempat rehatnya
Sinilah tempat hentiannya
Sinilah konklusi benak mindamu
Sinilah akhir ia menapak

Apa lagi kau fikirkan??
Benar ia habis..
Maka biarkanlah ia...
Kerna...

Langkah longlai mu itu...

Biarlah berakhir disini...

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #44 on: February 01, 2011, 03:37:53 AM »
<------÷_÷----->

Hai, sunyi kah?
Hei, sepi kah?
Hmmm, kenapa masih diam...

Terbang jauh?
Selam dalam?
Hmmm, kenapa gumpalkan jiwa...

Cari di sini!
Hadir di sini!
Mekarlah di sini..

Ya,
masih hangat kasih ku,
yang kau dakapkan dahulu.

Ya,
masih bercahaya rindu ku,
yang kau sinarkan dahulu.

Ya,
masih damai bahagia ku,
yang kau dambakan dahulu.

Ya,
Di sini,
semuanya masih ada,
masih utuh,
masih kekal.

Di sini,
di hati ku,
Semuanya,
masih milik mu.
...
Tetap milik mu.
« Last Edit: February 10, 2011, 12:51:00 PM by nuox71 »

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #45 on: February 13, 2011, 06:16:24 PM »
Pantas...
Jemari ini menahkodai pensil tekan itu...
Ruang...
Yang putih itu ku lakar-lakarkan ia...
Mencanang idea dan imaginasi...
Dari minda ini ku hakikatkan ia...
Di kertas putih itu...
Agar...suka duka itu dapatlah ku sampaikan...
Ku luahkan...

Kerna silap yang sedikit...
Pemadam yang tersedia ku gunakan...
Hakikatnya...
Silap dalam hidup tiadalah dapat ku padamkan kembali...
Sesal tak berguna tangis berdarah...
Tetaplah silap itu kekal disana...

Kerna benar ku lukiskan ia...
Terus jemariku melakar-lakar...
Hakikatnya...
Benar jalan pilihan mu...maka benarlah hidupmua senang...
Senyum terukir sememang ikhlas...
Tiadalah rasa sombong mahu pun gundah...

Ceritera ringkas...
Puisi bermadah...
Sajak terkata...
Hanyalah hembusan rasa hati ini...
Luahan hati...
Bingkisan hati...

.........................................aku suka melukis!! :)

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #46 on: March 10, 2011, 11:41:18 PM »
BAS ITU BELUM SAMPAI

malam ini,
sangat panjang...
siang ini,
sangat panjang...
sejam ini,
sangat panjang..
sesaat ini,
sangat panjang..
.......
untuk menanti detik itu..
untuk meyakin naluri..
untuk satu langkah..
....
kerugiankah menunggu....?


nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #47 on: March 14, 2011, 03:55:54 AM »
INI LAGU SEKUPANG

Sekupang harapan ku hilang.....

Tercicir?
Dicuri?
Disorok?
Terbuang?

Dirampas mungkin..

Sebelum sempat ku membeli niat..


akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #48 on: March 17, 2011, 12:59:57 AM »
Lemah

Terpana
memandang kelam
tercari terpaling
tiada arah tuju

Terpaling
satu dituju
menyuluh jalan
tiada bengkok

Merangkak
terkebil mengikut
kerna diri
kurang ilmu
kurang berfikir
kurang mencari
kurang kesedaran

Aku
yang lemah...

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #49 on: March 25, 2011, 12:18:26 AM »
Malam ini....

Malam ini....
cepat lambat masa berjalan tidak ku tahu
tidak mengerti apa kata-katamu
atau aku...
...yang enggan mengerti

Malam ini....
Sekilas hati ini berdegup
Jantung terhenti detik seketika itu
Apakah ini konklusi...
....perjalanan yang cuba ku cipta??
Atau....
....akukah yang lambat bersayembara??

Malam ini....
gelitanya pekat sekali
menurut jejak cahaya purnama
kian menghilang di balik awan
kian malap itu turutannya

Malam ini...
jika begitu ketentuan-Nya
jika begitu jalan ceritera-Nya
jika begitu sipi memoriku
tiadalah ku hendak berdalih
hanya senyuman ini mampu ku tawarkan
moga berseri sang suria pagi...

Malam ini.........
.....moga ia hanya mimpi......

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #50 on: March 25, 2011, 06:13:29 AM »
MALAM SEMALAM

Tinta,
sudah tidak menulis berita gembira lagi.
Obscura,
sudah henti fokus bahagia kita.
Radio,
sudah lama diam menyanyi nama mu di rindu ini.

Hati beku,
Minda kunci,
Jiwa kebas,

Kita tamat disini..
Dan beginilah kita tamat.
...
.


nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #51 on: May 09, 2011, 10:07:55 AM »
~::BAIKLAH::~

Tiada lagi bergelora fikiran di minda.

Tiada lagi berombak perasaan di dada.

Tiada lagi bertiang harapan di impian.

..........TIADA..........

....................

............

...

....hikayat itu akan di humban jauh....

..........TAMAT...........

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #52 on: July 20, 2011, 11:28:23 AM »
Si Buta , Si Pekak , Si Bisu

Buta...
mata manusia itu
kerna hatinya telah ditutup
dengan bongkak dalam diri
kerna tiada nilai-nilai murni
 
Pekak...
telinga manusia itu
kerna ditekap oleh tangan
enggan menerima kebenaran
kerna bohong itu lebih manis
 
Bisu...
lidah manusia itu
kerna sengaja ia dikunci
agar kata-kata baik itu dikurung
lebihkan senang kata nista
 
Mana kebenaran?
Mana pembohongan?
 
Akhir hanya
yang menang jadi arang
yang kalah jadi abu.....

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #53 on: December 01, 2011, 11:40:34 AM »


Kotak itu....
Mengurung dan mengatup ia
saat dia kecelaruan...
kesedihan...

Enggan dia keluar
tersekat oleh masa
lalu tergulung dalam badai lalu...

Datang sang ribut tak dijangka
dia kesejukan disitu
tapi tetap teguh dia
enggan keluar dari kotak itu

Tangis dia sendirian
mengomel dan mengumam keseorangan
enggan melangkah keluar
tenggelam dalam emosi
lemas dihanyut masa

Bangkitlah...

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Re: gurindam......
« Reply #54 on: January 18, 2012, 01:18:46 PM »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #55 on: January 18, 2012, 04:16:39 PM »
boleh lock kot thread ni encek wave. kalau ada baru, sesapa boleh bukak bawah tajuk "Puisi dan Gurindam....2012"   :)

butet

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3990
  • Apa yg tersembunyi disebalik Bayag2
    • View Profile
Re: gurindam......
« Reply #56 on: January 19, 2012, 10:39:15 AM »
aku, dia dan kamu,
belari lari di dalam ruang tamu,
mencari secebis masa yg tertinggal di dalam waktu,
yg sentiasa menghantui aku, dia dan kamu,

setiap kali kamu benafas,
dia sering kali bertanya,
siapa aku?
dia menjawab, kamu tidak perlu tahu,
kerana aku tahu semuanya kecuali kamu,

masih belari lari di ruang waktu,
belegar legar mencari diri,
yg masih tersembunyi di dalam hati,

aku, dia dan kamu,
masih rahsia di dalam waktu,
masih rahsia di dalam diri,
masih mencari erti titik2 nohta,
yg masing belum tahu akn penghujungnya...

hanya melakar satu garisan di dalam kotak minda utuk diperterjemahkan kepada bahasa nan sastra...lalu diberikan sentuhan irama oleh pemetik gitar hebat utk dikaryakan.... jadi dimana terletak seninya itu.... aku hanya ilusi.

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #57 on: September 08, 2012, 07:44:23 AM »
pandai mengkritik, tapi apa yang kau dah buat?
pandai memberontak, tapi apa yang kau dah sumbangkan?
mana lebih penting ada kau fikir?
hebat ke bangsa kau?
apa guna bangsa kau kalau takde agama?

konon▓ demi kebebasan...tapi kau bebas ke?
konon▓ ke arah kejayaan...tapi gaya kau ada macam tu ke?
kau bertempik mengalahkan gempita
menunding▓ menunjuk▓...itu salah ini salah semua salah
habis...kau betul sangat ke?

kalau salah....mohon tegurlah
kalau salah....mohon peringatilah
kalau salah....mohon tunjuk ajar
kalau salah....mohon betulkan
bukan perbesar▓kan
bukan diheboh▓kan

berdoalah....Dia sentiasa mendengar
baliklah ke pangkal jalan sementara jalan itu masih kelihatan