Author Topic: gurindam......  (Read 6227 times)

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
gurindam......
« on: July 24, 2010, 02:26:03 AM »
SAYANGKU

Tawamu,

rakamnya dihalwa ku.

Senyummu,

sejuknya didamai ku.

Rindumu,

warkahnya dikalbu ku.

Kasihmu,

tugunya dijiwa ku.

Cintamu,

takhtanya dihati ku.


nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #1 on: July 24, 2010, 02:31:27 AM »
KACAU

Siangku,
kau bintangkan!!
Malamku,
kau mentarikan!!
Setelah aku tenang sedia di senja....
Kenapa??

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #2 on: July 24, 2010, 02:53:10 AM »
SUNYI

Ada taman dihati ku..

Suram?

Ada cahaya kah dimata mu?

Menerangi..

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #3 on: August 01, 2010, 05:19:27 AM »
TERUS

perlu tidur...

untuk jumpa'ESOK',

perlu tidur...

untuk tamatkan 'SEMALAM'.

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #4 on: August 01, 2010, 08:21:36 PM »
HARAP

Hati itu masih di kutub,
beku..

Kasih itu masih di khatulistiwa,
hangat..

Rindu ini masih tercari-cari bahtera.

Belayar..

Satukan..

Bila..
« Last Edit: August 01, 2010, 10:15:22 PM by nuox71 »

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #5 on: August 02, 2010, 03:06:10 AM »
ORBIT

dulu-dulu,

pernah di conteng rasa..

tiada tuah, tiada nasib,

mengharap..

tak marah,

tak juga maafkan..

pedihnya memiliki pengalaman..

kerana ia membiar jiwa teguh,

kerana ia membiar waras bertahan,

kerana ia berulang lagi,

kerana ianya orbit...


« Last Edit: August 02, 2010, 03:14:00 AM by nuox71 »

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #6 on: August 08, 2010, 01:06:07 AM »
KAU MENANG??

Kau berterusan simpul,
Aku berterusan lerai,

Kerana aku KUAT!!
Kerana aku AUTOMATIK!!

kau tahu,.......AKU.
kau gerun,.....AKU.

Kau teruskan simpul,
kerana telah sedia rasa kalah.

Kau teruskan simpul,
kerana telah sedia menyerah.

Sedangkan..

Kau boleh berhenti,
untuk merasa menang.

Kau boleh berhenti,
untuk merasa tenang.

Tapi..

Kau berterusan simpul,
Kerana aku berterusan lerai..

.....




nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #7 on: November 02, 2010, 01:15:24 AM »
MASIH MENGHARAP

Oh gemala jiwaku arya angsung,

Damaikan hati mu...
Kukuhkan janji mu...

Cahayakan malap tunas kasih ku dengan redup mata mu
Siramkan kering perdu rindu ku dengan gugus senyum mu

Bayu hiba mencengkam kalbu...
Tanah melahad membenam budi...
Langit pedih memayung duka petaka...

Hati ini utuh, walau dilerai cakar kejam mu
Insani ini kukuh, walau di baham nista mu

Ku ukir nama mu bertinta emas di hati...
ku mahligaikan kenangan mu dengan permata air mata...

Ku rindu pada mu walau terbakar janji
Ku rindu pada mu walau retak harga diri

Kembalilah kedalam dakapan cinta ku
Kembalilah kita bersama ke permula
Kembalilah kepada ku
.....

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #8 on: December 22, 2010, 11:31:47 PM »
WAHAI AKU...

kosongkan 'ruang itu',
untuk ujud ini..

malapkan 'sudut itu',
untuk lena ini..

sunyikan 'dengar itu',
untuk aman ini..

lalaikan 'tegas itu',
untuk tenang ini..
 .............
 .................
untuk 'malam' ini,
dan seterusnya...

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Sang Duka Lara....
« Reply #9 on: January 01, 2011, 11:58:39 PM »
Bukalah matanya,
Bukalah hatinya,
Bukalah sedarnya,
Kerana,
Ku yakin,
Dia...telah tersesat,
Sesat dengan permainannya,
Si Iblis Laknatullah,
Musuh sekalian cicit Adam & Hawa.

Oh...iman,
Kuatkanlah dirimu,
Kerana,
Ku yakin,
Ujian itu pasti,
Iman mu kan teruji,
Akal mu kan terpana,
Minda mu kan kelu.

Duhai akal,
Mana hilangmu?
Mana pergimu?
Mana pandaimu?
Musuh mu itu sentiasa ada,
Tidak terbilang,
Tidak terkira,
Tidak terjumlah,
Misinya hanya satu,
Telah kau tahu mana tujunya.

Apa akalmu?
Apa muslihatmu?
Apa helahmu?
Apa tipumu?
Ayuh,
Sedarlah kamu,
Kerana,
Mimpi mu ini,
Hanya sementara.

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #10 on: January 02, 2011, 12:30:18 AM »
...wah langit..... ada lagi "kuku" lain rupanyeee...

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #11 on: January 02, 2011, 12:38:18 AM »
huhuhuhu...sekadar meluah perasaan saja...ahahaha...
encek nuox lagi la terer......kawe ni apolah sgt pon...hehe :D :D :D

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #12 on: January 02, 2011, 12:42:42 AM »
jangan laa puji melangit, nanti aku tertukar nama jadi nuoxlangit plak..
luahkan laaa perasan kalau ada lagi. ia memang menenangkan... :D :) :) :D

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #13 on: January 02, 2011, 12:50:49 AM »
yup,kawe setuju....dengan bersajak,puisi,gurindam,pantun mau pun syair...
mmg satu pilihan yg bagus untuk luah perasaan....x perlu ayat2 yg komplikated...
cukup dgn apa yg lahir dari minda nga apa yg terbuku dihati... :D B)

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #14 on: January 02, 2011, 11:43:40 AM »
Hari ni...
Aku terduduk lagi,
Buat kesekian kalinya,

Belum pon sempat
Air mata ini kering,
Mengapa harus mengalir lagi??

Duhai anak Adam,
Sesungguhnya...
Mati itu pasti,
Terimalah ia,
Kerana sesungguhnya...
Dia Maha Mengetahui.

Duhai hati,
Duka itu sementara,
Kelak akan terubat jua,
Yang pergi,
Takkan kembali

Maka...
Titip-titipkanlah,
Kirimkanlah,
Cahaya-cahaya,
Yang mampu menerangi
Saujana mata memandang

Dan...ingatlah,
Setiap kejadian yang berlaku itu,
Ada hikmahnya

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #15 on: January 02, 2011, 12:35:40 PM »
pabila neuron berkata kata..... bersabar lah akulangit.

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #16 on: January 02, 2011, 12:38:36 PM »
Bangkit...
Bangkitlah kamu,
Bangkitlah dari lenamu,
Bangkitlah dari mimpimu,
Bangkitlah dari lesumu,
Bangkit...

Bangkitlah kamu,
Kerna,
Perjuangan mu,
Noktahnya bukan disini,
Hujungnya masih tak kelihatan,
Bangkitlah...

Jika benar khabar itu...
Maka,
Melangkah la kamu,
Buka mata mu,
Hati mu,
Minda mu,
Akal mu,

Ingat...
Jangan sesekali kau alpa,
Kelak ia,
Memakan dirimu...

Bangkitlah...
Juanglah...
Ingatlah....

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: gurindam......
« Reply #17 on: January 02, 2011, 12:43:24 PM »
wahh, aku suka menghadam momentum luahan ini. akulangit, tajuk tadak kaa??

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #18 on: January 02, 2011, 12:46:37 PM »
tataw...takde kot...
tiba2 je terlintas nk tulis yg tu....
just taip apa yg lalu kt minda ni... ~,~"

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: gurindam......
« Reply #19 on: January 02, 2011, 06:26:18 PM »
Wahai hati...
Mengapa kau gundah?
Mengapa kau celaru?
Apakah akalmu sudah kehabisan?
Apakah rasamu sekarang?

Hati...
Ribut yang melanda,
Pasti berhenti jua,
Hujan yang mencurah,
Pasti renyai jua,
Tapi...
Mengapa kau gundah?

Petanda apakah ini?
Harus apa aku ikuti?
Akalkah?
Nalurikah?
Perasaankah?
Atau...
Semua itu,
Hanya ilusi mu semata-mata?
Atau petaka yang sedang menantikah?

Wahai hati...
Berdoalah...
Berusahalah...
Berikhtiarlah...
Dan tawakallah kamu...
Kerana,
Sesungguhnya...
Kecamuk hati mu itu,
Pasti tenang,
Dengan istighfar,
Zikir,
Doa-doa,
Yang telah diturunkan oleh-Nya...
Kepada hamba-Nya...