Author Topic: CERITA SATU MALAM (ini sangat la hantu yg seram!)  (Read 1739 times)

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1935
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
CERITA SATU MALAM (ini sangat la hantu yg seram!)
« on: April 28, 2011, 12:26:15 AM »
tiba-tiba abang zeen menjerit dengan mata terbeliak pandang ke siling!
wife aku pandang aku dgn cemas, aku mmg buat muka rilek je. biasa la, budak kecik senang teperanjat. Abang Zeen-Zeen melompat peluk wife aku dan menekup muka ke bahu. sesekali Abang zeen angkat muka sambil cuba mengintai sesuatu ke atas siling. badan dia menggigil cemas sambil menangis .
aku tgk atas, pandang ala kadar., abang zeen ni kadang2 takutkan cicak. selain tu, aku tak da plak rasa kehadiran benda2 aneh sekeliling aku. biasanya, ada la meremang bulu kaki- atau terperasan orang kenyit mata sipi-sipi, bila tgk takde.

"PPPRRRAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKK!!!!!"
bunyi tu sebijik bunyi siling roboh! kat dapur!
aku dengan spontan melompat ke depan pintu bilik yg separuh terbuka.
tangan aku mendepang dan dinding bilik aku tumbuk sekuat hati
"DUMMMMMMMMMM!!!!!!!"
(tumbuk tu bukan apa. nak pump semangat aje, kasi itu adrenalin melimpah ruah)
dalam tengah kalut, sempat gak aku singkat kain pelikat. kang telobos, malu plak dengan jin yg dok mengacau.
keluar je dari bilik, mata aku melilau ke kanan-kiri.
lansung takde apa. semua benda tersusun je, tadak perompak, tadak angin-ribut. yg ada bunyi aja.
 takde la aku cabar menatang tu keluar tunjukkan rupa. takut2 tak terlayan aku karang. tapi, kalau beria-ia sgt- oh well, hadap je laa..

bini aku muka dah pucat lesi tahan takut, abang zeen pun mengerekot pelok bantal busuk dia sambil menggigil. aku lepak luar lama sikit sambil baca2 apa yg patut. aku tgk kiri-kanan, atas bawah. bawah tudung saji pun aku cek, mana tau jin menyerupa jadi nasik. haru sial!
'dah, takde apa dah. benda tu dah pegi'
bini aku terkebil2 dengan muka yg tak kompiden lansung. padahal aku sendiri pun buat2 ayat je, pasal kesiankan dia.

aku pun masuk bilik air, ambil wudhu' dan duduk mengadap kiblat. malas sebenarnya buat semua ni, bukan apa- pengalaman yg sudah2, jenis yg kalau sungguh2 nak mengacau, dia takmau lego
selagi buleh lawan-dia lawan. walhal mesej aku senang je
- kau buat la hal kao, jgn kacau family aku sudaa..

duduk atas sejadah mengadap kiblat, istighfar apa yg patut, aku baca ta'awudz 3x, ayat al-kursi 7x, ayat penutup ayat al-kursi 3x

habis je bacaan, aku tiupkan pada keliling bilik, dgn qasad supaya terlindung dari kejahatan setan2 gondol ni semua

tup-tup, kul 3 pagi aku terjaga sebab bini aku menjerit. dia cakap aku bersilat tepis-kiri kanan padahal haram aku x sedar. sekali lagi aku masuk bilik air dan ambik wudhu' bacaan tadi aku ulang semula, cuma tambahan ayat 'lau anzalnaa' pada permulaan bacaan. alhamdulillah, sampai pagi besok settle.

yaa. masuk hari ni da 3 malam aku takble kuar rumah.
bini aku takut tinggal sorang daa.. leceh syual, nak pegi ngeteh ngan membe tak dapat
walk away. u need to do that sometimes..

amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4460
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Re: CERITA SATU MALAM (ini sangat la hantu yg seram!)
« Reply #1 on: April 28, 2011, 11:04:59 PM »
woo.. jin apa pok?

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1935
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: CERITA SATU MALAM (ini sangat la hantu yg seram!)
« Reply #2 on: April 28, 2011, 11:42:56 PM »
ini hantu kak limah atas rumah daa..
walk away. u need to do that sometimes..