Interesting… pembikin cerita MS Marvel actually Muslim bertudung…
http://www.blastr.com/2015-7-10/exclusive-g-willow-wilson-talks-making-ms-marvel-and-launching-force
tengahhari ini aku cuma makan roti berinti kacang merah jer…
Selamat bersedia berposa semua..
akan cuba cari.. keep up the reviews bro!
Itu laa beza Marvel dengan DC sekarang…
walaupun sesetengah storyline Marvel tu bikin aku muak tapi bila diorang buat, dia bikin all out…
karekter2 picisan seperti Moonknight, Antman, Hawkeye, SheHulk, Spiderwoman, SpiderGwen, Silver Surfer, Captain Marvel pun, walaupun cerita diorang kekadang offbeat, tapi tak terasa bodoh membacanya, they take care of the characters and story… Baca DC sekarang, rasa macam IQ aku kena sedut…
all the best bro… tak cuba tak tahu…
Batman Earth One volume 1&2 boleh layan, mungkin versi alternatif Batman.. takderlah super best sangat, layan bila takder benda lain nak baca..
DC convergence beberapa komik aku belek bikin aku malas nak baca… pening storyline dan lukisan macam tak bersungguh2… Baik layan Marvel Secret Wars..
macam best jer melodrama Ultron ni…. artwork lawa… tapi ceritanya heavy sangat… Hank Pym mmg fevret karekter aku, esp lepas dia lawan Egghead satu masa dulu… tapi cerita yg ini bikin aku depressed…
Huuu.. ada lagi geng sini…
Komik2 US yang aku baca:
Star Trek (Ongoing series) oleh IDW, sekarang dah masuk 5 year mission. Aku ni jarang baca komik star trek sebab cerita dia tak berapa kualiti atau scifi sangat. Lukisan pun selalunya terlalu hampeh, walaupun John Byrne pun ada bikin. Tapi yang ini aku cuba baca, siri komik ni follow new timeline versi JJAbrams, jadi guna kerekter2 dalam kedua2 muvi yang lepas. Ada consultation dengan Orci juga. Jadi, memang aku agak impressed bukan saja dengan storyline yang ada, tetapi juga dengan lukisan, termasuk cover sekali.. Ada satu storyline yang baru, Q menyibuk dan bawa diorang stranded ke timeline lama, dimana diorang bertemu geng geng dari DS9, dengan cameo oleh Picard. Layan juga.
Star Trek: The city on the edge of forever, adalah adaptasi komik berdasarkan skrip asal Heinlein yang ada sedikit perbezaan dengan yg jadi episod TV. OK laa, nostalgik. Aku suka episod ni sebab ada Joan Collins jer.
Komik Marvel?
Bolehlah layan Spider-gwen dan Spiderwoman, sementara tunggu Punisher keluar. Artwork Thor lawa, tapi storyline agak lembab, kurang umph. Kebelakangan ni akau rasa jemu sikit baca Avengers dan X-men sebab cerita meleret-leret. Spider-verse yg baru berlalu tak teruk sangat.
aku bukan lagi muda… hahaha…
tapi yang jenis evergreen mungkin seperti Dragonball, One Piece, cerita lawan2 fantastik/ keperwiraan, cerita ada humor, dan yang ada lukisan awek lawa..
Cerita hantu pun mungkin ada yang suka, tapi idea mesti power.
macam tak best je title ni…
Hari ini bosan…. kerja tak banyak.. jadi malas macam pegawai gomen pulak…
Tonggang langgang continuity Marvel dan DC sekarang,
nak muntah aku cuba fikir… Dalam Thor versi baru, Thor Jantan kena potong tangan dek Malekith, Dalam Avengers, Thor Jantan pakai tangan palsu… Masuk citer Axis pulak, Thor lama ni ada elok pulak kedua2 tangan… Pastu ada 2 major storyline berjalan serentak, sementara aku masih lagi pening nak figure out storyline Uncanny Avengers lawan si kembar anak angkat Immortus… tak best pun (bagi aku laa)… Dalam Nightcrawler, diorang dah mourning pasal Wolverine mati, tapi citer Wolverine mati belum abis lagi….
Dalam banyak2 storyline, yg Hickman punya Avengers nampak scifi sikit… tapi aku dah naik muak dengan citer2 time travels, time paradox, multiverse, reality alteration, bla bla bla…. Citer besar Marvel yg terakhir aku enjoy mungkin masa mereka lawan The Builders tu, sebab scope imaginasi diorang, walaupun cara dia end citer nampak corny sikit….
In fact, siri yang buat aku baca balik Marvel adalah siri zaman Abnett dan Lanning, masa diorang bikin beberapa cosmic storylines yang telah berjaya mengatasi Jim Starlin… Masa itu juga laa, identiti dan komposisi Guardians of the Galaxy versi terkini dibentuk, dan nilai karekter Nova naik…
Komik Marvel yg aku rasa OK baca sekarang:
1. All new x-men.
2. Uncanny x-men. yang lain2 titile X termasuk Wolverine buang masa jer baca.
3. Thor, sebab artwork dan storyline Thor perempuan ni…
4. Original Sin miniseries.
5. New avengers – kisah geng avengers yg hardcore tapi masih tak cukup kejam.
6. Magneto – sebab aku magneto.
7. Avengers, sebab dah follow dari awal storyline ni, sambung saja laa…
8. Punisher…
9. All New Invaders – layan baca, tak pening.
Yang jarang2 keluar, She-Hulk, Iron fist – citer diorang off-beat sikit.
Aku rasa, they don't give a fuck, sebab semuanya nanti akan dikompile dalam buku grafik mahal hardcover yang lebih menguntungkan…
hahaha mujur aku tak pernah layan Lobo…. Tapi walaupun cuma cerita rekaan, pasti hampes teramat bila lepas 24 tahun, pembaca diberitahu diorang kene kelentong… Ianya macam ko baca satu cerita, dah layan best2, last2 karekter utama bangun dari tidur dan bikin cerita yang dilayan sebelum ini tak lagi relevan….
Aku baru layan Thor #1 terkini, yang pompuan tu… intro slow, tapi artwork dan cerita dia best jugak, aku rasa lagi best dari storyline Wolverine belum mati-mati lagi tu… Cuma aku terconfuse sikit time sequence antara cerita Original sin, Thor & Loki miniseries dan juga siri Thor sebelum ni… Takperlaa… anggap saja aku tak baca citer2 sebelum ni… camner pun kekalutan time-line dalam siri Marvel tak laa seteruk dalam Komik DC…
Komik winter soldier yg baru, Bucky jadi Man on the Wall, artwork dia agak memeningkan kepala aku… lawa, tapi celaru…. rasa macam tak sesuai jer dengan konsep karekter ni, lebih sesuai untuk Dr Strange.
Back to 2000AD, masuk isu 1900, dua cerita jer aku layan, Judge Dredd – storyline baru dia jadi Block Judge, Esquerra kembali melukis. Satu lagi siri Kingdom, kembalinya Gene the Hackman — dulu aku tak berapa layan sangat siri ni, tapi nampaknya tak laa sebangang siri Slaine kebelakangan ni…
Beberapa siri Marvel yang menarik:
Original sins: Thor and Loki – ada Angela, Thor dan Loki pergi Heven cari adik pompuan Thor yg disangka dah lama mati. Rekemen sebab artwork lawa….
Captain Marvel – aku suka artwork dan slow pace dalam komik ni… Carol Danvers pergi outer space…. ada cameo Rocket Raccoon dalam issue terkini…
Iron fist – lukisan agak cartoony, tapi cerita agak dark, dengan sejarah hitam keluarga Rand.
Edge of Spiderverse – artwork dan cerita menarik… versi alt Spiderman..
Aku konpius sikit citer Death of Wolverine ni…
Issue 2, dia set kat Madripoor. Tapi kalau ada baca Avengers World, bukan ker Madripoor dah jadi kepala Naga gergasi?
Satu benda interesting, ada karekter situ sebut Ringgit sebagai matawang sana… hahaha…
satu lagi, yang aku tau si Wolverine ni pendek jer orangnya, 5 kaki 5 in (mengikut Sikorsky dari Starjammers dalam citer X-men dulu3), tapi dalam komik digambarkan macam 6 kaki tinggi…. Diorang ni dah ret-conned banyak sangat laa pasal Wolvie sampai aku nak muntah… aku rasa, Wolvie versi Frank Miller dan Chris Claremont paling besh….
Artwork McNiven dalam #2 ni macam tak besh dah… penat kot?
Aku baru kenal jer fabok ni… tengok poster, nampak gaya Neal Adams/ Bill Sienkiewicz. old skool balik…
USMAN AWANG!
aku pun nak pasang lagu adaptasi kumpulan Harmoni laa…
TANAHAIR
(menjelang kemerdekaan)
Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan
Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Tongkat Warrant
1956
http://truskemata.blogspot.com/2010/08/di-atas-robohan-kota-melaka-kita.html
Bisley aku suka masa dia bikin ABC Warriors, hitam putih…
masa dia mula lukis komik kaler Slaine OK lagi, tapi sekarang macam budak lepas sekolah je… Mungkin malas kot…
biasa laa dah kaya…
Tapi Milo Manara, jaga standard dari dulu sampai sekarang…. Cuma dia lukih THOR, gaya pegang Mjolnir tu macam hero pegang bunga… nampak ringan… Aku surprised juga Marvel berjaya hasut manara lukih superhero.. last time aku tengok citer Sandman, lama dah…
Sorang artis yg aku teringin nak tengok lukis Thor adalah Charles Vess…. mungkin aku pernah miss kot?
hudoh arrr Bizley lukih… hahaha..
Glamer ko Aim… stok popcorn kena top-up…
sampai tenggelam citer Gaza dan McD..
isk isk isk….
terlebih propaganda…. atau tryng too hard to be politically correct…
nampaknya aku lah org terakhir yang akan tengok muvi ni…. beberapa tahun ni tak pergi panggung wayang, takder geng..
tapi aku takder problem tengok kemudian walaupun dah penuh spoiler merata2… tak akan mengganggu ke enjoy an bila layan versi bluray (rip) beberapa bulan nanti… sekarang pun tak sempat nak layan spiderman 2 dan Cap America..
OK, balik citer komik..
Baru2 ni aku layan balik siri Red Lanterns, entah berapa banyak kaler laa lanterns ni..
asalnya aku terbaca episod yg ada Guy Gardner dan Kara (sepupu superman), yg kedua2nya join group ni… probably among the most miserable group, on top of that dengan kaler merah merata2, aku rasa hairan bagaimana komik ni boleh bertahan sampai 3 tahun.. agak humorless, dan ceritanya berpusing2 di situ juga, sekitar ketua/bekas ketua kini musuh mereka, Atroticus…. versi miskin Darkseid… anyway, tak berapa nak rekemen sebab cerita agak menjemukan..
Baru2 ni aku dapat access beberapa komik eropah kebanyakannya terbitan Heavy Metal atau Humanoids… susah nak dapat komik2 ni… Aku dapat toren di Kickass, keyword “Eurocomics”… just in case nak ubah selera komik kejap.. dapat jugak akhirnya aku baca versi penuh Wall of Samaris, Megalex dan beberapa komik penulisan Jorodowski..
Baru nak cari Valiant comics kejap..
dah tujuh bulan, baru 6 pages?
wei… yg ni aku tak tau….
Valiant dah reboot ker Wave?
Sekarang ni aku tengah layan Batman Eternal..
Hahaha McNiven! Kena follow ni!
Lepas Colossus, Nightcrawler, giliran Wolvie pulak..
Agak2 berapa tahun diorang boleh peram sebelum resurrection?
Lepas ni agaknya cerita clone Wolverine yg tiada ingatan?
jahanammmm… sumer dah masuk kelab donlod…
Baru2 ni aku dapat cari koleksi scan komik mingguan British lama Battle Action… masa tu sama kompeni dengan 2000AD… kembali nostalgia Johnny Red, Charley's war dan The General dies at dawn… Nak beli kompilasi Charley's war kat Kino tak larat, entah berapa volume, sebijik RM75..
Komik DC New 52 aku dah stop baca… tak larat pening kepala nak follow..
Komik Marvel Now –
Guardians of the Galaxy – aku rasa diorang cuba maintain artwork sebab nak cover storyline yang tak se hebat zaman Abnett/Lanning. Masih boleh layan.
Wolverine dalam macam2 komik… aku tak baca dah… jemu. Lagi best layan Uncanny x-men lama zaman Claremont..
x-titles – rasanya All new x-men (yang ada teenage Jean Grey) dan Uncanny X-men (yg ada Cyclop) saja aku layan… yg lain2 so so jer…
The All New Invaders – geng Cap, Namor, Bucky, Original Human torch. Siri baru ni, diorang lawan Kree Empire. Boleh layan. Artwork oleh Steve Pugh yang pernah melukis dalam 2000ad (aku selalu confuse dengan David Pugh). Layan juga story dan artwork.
2000AD 1883 Judge Dredd hallucinate dalam Traumatown… ada misteri sikit… masih layan. Indigo prime punya artwork superb… Slaine dah kembali, tapi rasa macam kurang kick (agaknya dah jadi cam wolverine)…
http://www.bleedingcool.com/2014/06/10/preview-this-weeks-2000ad-judge-dredd-grey-area-slaine-thargs-3rillers-indigo-prime/
Waaa… hari ini aku dapat phone call dari seorang amoi 012-6117680, claiming from Maybank… tanya pasal kad kredit aku… memang rampant jugak taktik menalipon begini… aku pasti nama dan nombor talipon aku dah di wakafkan untuk berbagai jenis scam dan jualan kononnya paksa….
Tak rasa excited langsung pun.
Malaysia daa femes jadi lubuk skim cepat kaya….
Nigeria, Iran, Tok Arab sesat, Amerika Selatan, China….. sangat suka orang Malaysia…
Aku rasa dah rekemen lama dah…. hahaha…. tapi mungkin kat FB laa…
Komik Guardians versi Abnett/Lanning ni lebih best dari versi marvel now sekarang…. rasanya sebab masa tu diorang bebas nak menyalahgunakan karekter2…. tapi diorang agak bertanggungjawab sikit banding dengan Millar dan si Morrison tu… Basically diorang berdua yg revive Guardian dan juga Nova (versi Rider).. Sablom tu mmg aku tak minat baca pon…
Dan Abnett mmg fevret writer aku dalam dunia novel Warhammer 40K, walaupun banyak jugak inspirasi yang resemble citer2 tradisi Naval sezaman Hornblower…
Fuh… dari gelap, terus nampak detail… entah mengapa aku teringat pulak Mr Freeze.. dan filem Predator..
Ben Afleck ni tinggi jugak, tapi apsal nampak pendek dalam gambar?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia