buat self publish le. pastu join geng gerila zine. siap ada event lagi pe.
yg aku berminat nak tau ialah camne nak print buku sendiri? sebab aku penah nampak satu buku koleksi fanfics pasal satu boyband Korea ni (aku x layan boyband ni tapi ternampak je eh :p) dia print sendiri so takde ISBN number dan nombor katalog perpustakaan. tapi printing memang lawa sebijik cam buku. kat ne nak print buku macam tu ye? (En)cik Gobi mungkin berminat sebab anda pun tulis fanfics jugak kan.
aaaaa aku baru prasan market place tu. soriiiiii
buku ni OK la. skrip2 dlm tu ada macam-macam jenis, yg bertulis, yg berlukis, yg campur dua-dua, yg tight, yg loose. pastu ada commentary tentang skrip tu oleh penulis lain. utk sesetengah skrip, dia ada sertakan sekali page yg dah siap so kita boleh buat perbandingan.
aku layan Jaki Jipang, Budak Hostel, Bas Mini 222, Dan Din Don, Workshop, Watcher dan banyak lagi. apa tajuk komik yang Aie lukis, Ujang tulis? yang ni pun aku suka gak. sedih cerita dia.
aku tau citer tu tapi lupa nama. citer pasal budak cacat mental kan?
walaupun aku skrg ni layan hip hop, pendedahan aku kepada muzik metal dan band2 metal terkenal ialah sebab Gayour cover dalam Ujang. Black Metal, White Metal, Speed Metal, Thrash Metal, Doom Metal semua ada. Venom, Black Sabbath, Celtic Frost segala mak nenek la. kiranya sebab aku baca ruangan Gayour tu org tak boleh la tipu aku bab2 muzik metal ni :p
salam dunia, salam semua, salam hari raya, bersinar akhirnya ~
betul tu encik ubder! nasihat yang sungguh berguna sekali. tu lah idea tu ada je, tapi kena ada daya usaha nak mengembangkannya. baru ada material nak approach orang lain. thanks for the James Patterson info, I'll look it up.
avil(t)one: yup aku ahli Rogue Squadron, actually baru dua tahun je masuk. kitorg memang low-profile skit, kalau dtg show baru dapat tengok muka kami :* thanks for the props, i appreciate it!
vovin: yaaa itu dia istilah yg aku cari iaitu 'creator'. thanks mate!
utk abang zamzami, kalau nak bagi freee tu kurang masyuk la, maybe we could come to some sort of favorable arrangement?
ahh ummm nanti saya pertimbangkan cadangan itew yew encik zamzami heh heh heh :39:
aku saja je tanya soalan tu sebab aku primarily bukan penulis, aku rapper. kalau buat lagu memang aku laju, kalau menulis prose aku memang slow. encik zamzami dan rakan2 lain boleh click link ini untuk download CD-CD aku secara percuma
cumanya aku ada banyak idea tapi kebanyakan idea2 tu tak sesuai dijadikan lagu (terlalu panjang, terlalu kompleks etc). sayang ah kalau idea tu dibiarkan je tak buat apa2. aku tgh training jadi cikgu dan rasanya aku susah nak cari masa menulis bila dah start mengajar karang. jadi daripada dibiarkan je, aku rasa cam bagus jugak aku kasi idea kat orang lain untuk tulis (atau lukis etc).
Setahu aku arwah Jalil Miran bukan Tamar Jalis.
Tamar Jalis masih lagi bekerja dengan orang2 di Variasari dulu…
tapi kalau beliau masih hidup, kenapa takde cerita-cerita baru ye? kenapa Variasari reprint cerita lama yg publish 30 tahun dulu? rasanya kalau tengok enthusiasm peminat2 Tamar Jalis dan BDJ kat sini, Variasari dah melompat dah terbitkan cerita2 baru BDJ.
tima kasih HangPC2 utk berita yang sungguh bernas tu :41:
tu lah aku setuju dgn encik-encik stingray dan mat3w dan mysticmind. rasa macam nak buat cerita baru tapi konteks cerita BDJ tu sungguh memikat hati untuk dikembangkan.
mungkin untuk cerita action horror aku ni, aku boleh buat watak yg nama je Tamar Jalis tapi takde kena mengena langsung dengan watak penulis cerita BDJ. after all that name is within the public domain because it's used in an ancient epic. tapi penghargaan akan diberikan kepada Tamar Jalis sebenar.
aku pun sama encik aimurban. dulu masa aku kecik berlambak gila buku2 BDJ dan BDS (berkelahi dengan syaitan) kat rumah. pastu mak aku jual sebab dia komplen kena 'ganggu'. :argh: anyway boleh dapat electronic version (incomplete) kat http://www.tamarjalis.wordpress.com
aku ingat nak buat sambungan cerita pasal Tamar Jalis dan datuknya tu, lets say 10 tahun lepas atuk dia mati. masa tu Tamar dah banyak dah dapat ilmu2 ghaib ni dari atuk dia tapi dia malas nak gunakan sebab dia rasa mcm dah tak relevan dengan abad ke-21. so masa tahun 2009 Tamar Jalis ni kerja biasa kat bandar.
pastu tetiba satu tragedi supernatural menimpa family (atau kawan) dia so Tamar kena gunakan ilmu2 ghaib dan pengalaman yg dia dapat dari atuk dia tu utk menyelesaikan masalah tu dan cari manusia (atau makhluk) yg bertanggungjawab. kira macam Hellblazer + Supernatural versi Malaysia la. action horror.
aku ingat cerita ni boleh kasi banyak isu (kalau buat komik) sebab kepercayaan ghaib org melayu masih banyak dan kukuh, so banyak skit material available untuk dipakai. kasi tambah dgn demonology Cina, India, Orang Asli, bumiputera sabah sarawak. kalau buat novel maybe boleh dapat manuscript tebal skit ke.
WHAT A DISAPPOINTMENT
aku godek2 kat internet, rupanya majalah Variasari masih diterbitkan lagi (sekarang edisi April 2010) dan diorang reprint balik cerita BDJ dalam majalah tu. diorang tak publish dalam bentuk buku mcm dolu2 tapi diorang reprint dalam majalah utk suruh orang beli Variasari. schweinehund! nampaknya mcm tak boleh jalan la projek aku ini macam huhuhu
design cool gila!!!
cadangan aku kalau nak bagi publish online tapi still nak org byr, ko publish macam kat link ni: http://wondermark.com/the-gax-of-life/
i think it's very effective, especially kalau excerpt tu buat org nak tahu 'apa benda ni' atau 'apa yg jadi lepas ni?'
idea je tak cukup, you have to have a script. kalau nak commission skrip aku xde hal punya.
aku rasa kewujudan USO lebih menakutkan. at least UFO kita nampak rupa bentuknya macam piring (atau curut atau bebola api). tapi USO ni haram tak nampak.
apa itu USO? http://en.wikipedia.org/wiki/Unidentified_submerged_object
jangan marah aa A_minor, tapi lebih baik tuliskan idea berlainan utk setiap post baru. minda lebih tercabar utk mencipta sesuatu yg baru tiap-tiap kali. kalau nak tulis idea bersambung-sambung, mungkin boleh start thread yg baru jangan marah aaaaa
index updated: http://pergh.com/forum/index.php/topic,13966.msg347757.html#msg347757
pergh aku suka artwork batman ni. kalau kaler lagi bezzzzt. reminds me of an artwork I saw on deviantart, dia lukis balik cover Infinite Crisis dlm manga
abe bearing ni sperti telah memberi jalan utk sy sambung idea lame yg xpernah di folo up..
sy balas pantun nye ye..Nobita dan Sizuka akhirnya bersatu…dalam kematian!!..Doraemon yg amarah dan kesasauan cuba menjejak pembunuh…Suneo di eropah, Giant pula bertapa..sedang Doraemon ingin pergi menyoal Dekisuke, tiba2 berita kehilangan Dorami sampai ke telinganya(?)…Doraemon terduduk …cuba menghadam apa yg sedang berlaku…sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya….?!
47p.p @ 4 baris
..kehehe..syok la wat ala2 parodi gini…
“chekgu, yg ini ade harapan dapat bintang tak?”
![]()
![]()
dapat bintang berpinaran di kepala ada la sebab pening lolz
satu je aku nak tanya: Dekisuke tu apa (siapa)?
haku. choba lah…
2045, dunia telah menjadi wasteland selepas perang nuke. seorang budak tiga belas tahun yang kehilangan memori berjalan tanpa arah tujuan, hanya mempertahankan diri dengan menggunakan senjata kuno, glock 18…huuih.. tergantung plark… cukup2 tigaplo
lebih tigaplo pun takpe, jangan meleret2 macam citer akira sikit2. kudos!!
rarrrghhh! idea komik dalam 30 perkatan kembali lagiiiii
Kamil balik ke rumahnya selepas habis waktu kerja dan mendapati keadaan rumahnya tak tumpah sepertimana dia meninggalkan rumah semalam (19pp)
true story…
Listen to him boy… best advise ever…
Nobody get to read your comic if you never finish it, so try to be realistic.
Don't start with the 500-page epic graphic novel you've been scripting since school. Instead, I reckon begin with a series of five to six-page short stories, OR at least a series that can be broken down into 22-page issues.
AMENNNNN TO THAT. nasihat yang bagus yanjmz.
hmm tak mengapa, mungkin thread ni boleh didelete saja. research boleh buat kat wikipedia atau yahoo answers.
very nice concept, selalunye orang macam ni ade konflik ngan diri sendirik.
nak tergelak plak baca reply encik bipeds ni. “orang macam ni” tu dimaksudkan kepada watak warrior ke atau penulis nya? :p
Soalan pertama: kalau nak drive dari Selangor ke Kuantan (ikut Lebuhraya Pantai Timur), sebaik-baiknya berhenti kat Temerloh atau Mentakab? Yang mana lagi sibuk dan sesuai dijadikan setting untuk adegan pertarungan?
terima kasih d4z dan rakan-rakan yang memberi pandangan!
hmm pakai wali songo pun cam cun gak idea tu. anyway fokus cerita ni bukan la 100% pasal islam, skrip aku ni karya sekular yang berfokus lebih kepada pertentangan budaya. cuma sebab dia setting kat malaysia dan sebab aku beragama Islam jadi tak salah kalau aku selitkan sedikit mengenai Islam. kalau nak tulis pasal agama Kristian macam tak kena pulak :p
takdo la hebak sangat, hebak sikik jah (lol faux Eastern accent fail)
ok je idea ni.. cam ade cerite melayu yg ustaz baling batu kat org sbab tak pakai tudung..
(x igt crite ape).
mein Gott! betul ke ada ustaz camtu? ustaz kat kolej aku dulu pun paling kuat cubit perut je kalau tak gi sembahyang jemaah wakakaka
ok ni motif warrior-warak (istilah reka sendiri lolz) yg aku cadangkan tu. motif ni diubah skit dari cerita asal utk dipaparkan kat sini, tapi basically premis dia sama je.
Warrior-warak ni membunuh bomoh2 dan pawang2 yang menggunakan ilmu hitam sebab dia percaya itu jihad dia demi menegakkan agama Islam dan menentang kebatilan. manusia perlu percaya pada Tuhan je, tapi bomoh dan pawang ni menyuruh manusia percaya pada makhluk halus, so dia percaya mereka ni perlu dibunuh. kira macam John Constantine la sikit-sikit.
masalahnya hero utama cerita ni perlu menyelamatkan bomoh2 dan pawang2 ni sebab dia perlukan mereka utk menentang sebuah anasir jahat yang lebih besar. hero dan warrior-warak ni tak pernah berjumpa, tapi lepas dah jumpa mereka terus bertarung sebab berlainan pandangan. siapa yang tewas? jeng jeng jeng…
so tu la motif warrior-warak ni. korang rasa boleh diterima atau tidak?
hai, off-topic skit tapi aku ada soalan:
utk seorang penulis komik, pitch komik tu dibuat untuk mencari artis ke? atau ianya ditulis untuk meyakinkan publisher supaya dia terbitkan komik tu?
sebab website ni kata pitch tu ditulis untuk dipasarkan kepada artist yang berminat untuk melukis skrip si penulis.
nak cari artist pun kena tulis pitch ke? bukan untuk publisher saja?
selamat datang se-tank dan lui_eli. kalau nak skrip untuk dilukis jerit (holler) la kat saya
damn, aku dah agak dah mesti ada benda yg aku tertinggal atau salah sebut kalau aku tulis dlm bahasa melayu. aiyaa.
ok ni benda yg aku tertinggal tu:
1. aku tak nak kasi judgement samada pejuang berani mati/pejuang bunuh diri (atau apa2 je la istilah yang kita nak panggil) yang meletupkan diri tu salah atau betul. aku tak ambik pot motif diorg samada jadi pengganas atau pejuang. itu bukan pokok pangkal soalan aku ni. aku cuma nak tau samada idea seorang Muslim yg warak, dan pakar dalam berlawan dan senjata, tu ialah satu idea yang menarik/tak menarik bagi korang. sebab dah ada watak fiksyen orang Kristian warak yang pakar berlawan dan main senjata, so aku rasa nak buat watak yg sama, cuma agama berlainan.
2. aku nak tau samada korang teruja/tertarik/tersinggung/tercabar dengan idea watak fiksyen seorang Muslim yg warak tetapi sanggup membunuh atau mencederakan orang lain demi melindungi agama (of course dalam cerita ni, mamat ni dah dipengaruhi ideologi Islam yg songsang la, sebab Islam sebenar kan mengharamkan bunuh dan cederakan orang kecuali atas sebab2 tertentu).
itu sahaja. hopefully takde benda dah yang tertinggal. whew
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia