Aku kembali….kenal lagi tak-brother J
Semalam aku tanya kat seorang pekedai komik…“Bang komik Aku Dan Sesuatu ada tak?”.“Oh Aie.. syarikat dia dah bankrup lama dah..tak tau ke?,dah 3 kompeni dia kerja tak pernah lekat” aku tercengang dengan kenyataan pekedai melayu tersebut…dalam keadaan hampa aku belek2 majalah Utopia dan terpampang la iklan STARZ macam kat atas tu
dan yang paling bengang bagi aku adalah ayat 'Sentuhan emas kartunis AIE dengan karya terbarunya' dah la iklan sekeping tu je,karya terbaru pulak tu, habis Aku Dan Sesuatu campak mana? :p2 Aie tolong jawab
Kalau betul ni keretanya kita di pergh.com antara yg terawal melihatnya yoohoo,
kadang2 bahaya jugak buat pendedahan macam ni Izam…takper kita pakat2 la rahsiakan…lawa juga yek
Baru tengok filem ni melalui vcd pirate tanpa subtitle…jadi buat2 paham je la,yang best dalam filem ini ialah seni pertarungan dia yang lain daripada yang lain…tapi saya tertanya2 adakah Tinju Muay Thai sehebat itu?atau dah ditokok tambah?..selama ni tengok tinju siam takderlah hebat seperti yang dipaparkan
Saya tak faham mengapa orang2 jahat tu curi kepala buddha,jual dapat duit ke? atau saja2 nak buat koleksi :p2
Baru dengar 2 lagu dari Radio=Jika Kau Cinta dan Kenalilah,memang tunggu album ni sampai kat tempat aku bila ntah,nah aku bagi lirik Jika Kau Cinta,best intro gitar dia,boleh dengar kat Era/Red 104.9 okies
Opick-Jika Kau Cinta
Bila kau inginkan diriku kini
Temani dirimu, temani selalu
Dan bilakah waktu, tak bisa mengerti
Bila kau inginkan diriku utuh
Menjadi milikmu, menjadi mimpimu
Dan bilakah aku tak bisa begitu
Dan beri waktu aku untuk
Mencari dan memberi
Satu alasan mungkin mudah
Untuk kau mengerti
Dan beri waktu aku untuk
Mewujudkan semua
Hanya jika kau cinta
Jika kau cinta, aku…
Sabarlah menanti sejenak untukku
Pastikan mimpimu tak hilang dan jemu
Dan bilakah waktu tak bisa mengerti
Dan beri aku waktu
Dan beri aku waktu
Phh… Jika kau cinta
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta… aku
Bila baca berita semalam,budak tu beli Hp dari kawan dia,kemungkinan kawannya ada ubahsuai bateri tu,saya baru beli bateri tak ori jenis lithium 3310 semalam bimbang jugak,sembang2 dengan pekedai tu, dia kata hp boleh meletup kalau dicas terlalu lama,
tapi berdasarkan fakta akhbar semalam budak tu cas 2 jam jer….tunggu hasil siasatannya
Walau saya tahu,anda mempunyai pelbagai persepsi/tanggapan mengenai Perdana Menteri kita,sekurang-kurangnya ucapkanlah Terima Kasih,di bulan Ramadhan ini lupakan sekejap perkara2 negatif mengenai beliau.
Selamat bersara PM,Terima Kasih,Jasamu tetap dikenang
Frank Sinatra – My Way
And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I'll say it clear,
I'll state my case, of which I'm certain.
I've lived a life that's full.
I've traveled each and ev'ry highway;
But more, much more than this,
I did it my way.
Regrets, I've had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.
I've loved, I've laughed and cried.
I've had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that;
And may I say – not in a shy way,
“No, oh no not me,
I did it my way”.
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows –
And did it my way!
Yes it was my way…..
Amender nih buang tenaga betul klik topik ni Cais!(alifstyle),topik sampah :p2 C-fu tolong jelaskan pada kitorang
Ahaks belum beli, esok sampai kot tempat aku,harap2 majalah ni tak ikut resmi majalah hiburan lain yang selalu buat cerita yang membangangkan pembacanya,ops terlupa tajuk besar dia tak ikut bahasa Utopia la,
siapa yang dah baca silakan buat ulasan ok
Yang sedih tu,segelintir orang Melayu suka sangat beli nombor ekor,ini berlaku di tempat saya,duduk kedai kopi lepak2 huha-huha,sembang2 nombor apa nak tikam esok,lebih memalukan pakai kopiah, tapi petang beli nombor setan tu,selalunya yang tikam nombor ni pangkat 'bapak orang',nak tegur dikata kurang ajar…. X-( :p2
Dari perbualan DJ Ismahalil Hamzah THR.fm tempohari-
DJ:Selalu tikam dapatke? Selalu dapat berapa?
Caller:Adala kawan saya tu dapat 17 ribu lebih,
DJ:17 ribu lebih….berkat ke duit tu?(Isma psycho caller ni)
Caller:Emm tak berkat la duit tu,dia mintak nombor tu kat penunggu tu demam sebulan
Yeah aku berjaya mendapatkan lirik tu dari sebuah laman web,tak pasti tajuknya, tapi Alifstyle kata 'Anak Warisan' bedal jelah ok hayati dan print ok ops lupa nak tanya, siapa tahu apa itu Cak kun Cak?
Anak Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara 3x
Kisah Benar-Isnin hingga Rabu jam 1 pagi,macam2 kisah la ada story silakan jangan cuba tipu,brader Isma boleh tahu.
Kisah Seram-Malam Jumaat(Khamis) cerita start jam 3 pagi,lagi best dengar sorang2+sound efect yang memang seram,macam kita diperhatikan, jam 3 pagi korang layan tidur jer,sesekali nak dengar apa salahnyakan ok,minggu lepas kisah hantu Penanggal seram siot…minggu ni Isma cuti kot…
Kelolaan-DJ Ismahalil Hamzah(my Friends) selamat mendengar…ceh cam buat promosi pulak,apa yang best kita kongsi yer tak
Thanks MHR kerana beri peluang kat kitorang menyibuk2kan diri kat sini lagi,jadi MHR la Founder aka Chaiman kita yang baru ye?
Kalau THR saya suka dengar rancangan Ismahalil-my friendsdj rock kapak,THR selalu putar lagu hindustan sampai seorang dj nya menang dj paling popular, tak minatla-hampes,rasanya THR dalam proses merekrut dj baru,betul ke?
Selain ERA,saya lebih meminati Red 104.9
Saya amat tertarik dengan single pertama p.ugly,liriknya amat bersahaja hingga buat saya menaip tajuk lagu ini pada Google,siapa itu Francis Ford Copolla?,pengarah filem rupanya,walaupun liriknya ditulis bersahaja,kita perlu memahami apa yang cuba p.ugly cuba sampaikan,saya mengajak anda untuk memahami maksud lagu ini.bukan sekadar mengingati liriknya saja.
Lirik : Francis Ford Coppola
Penyanyi : Pretty Ugly
Lirik: Neves/ Big Bang
Kau senikan Dracula
Kau musnahkan Godfather
Duduk kerusimu dalam fantasiku
Akulah mamalia
Akulah yang mulia
Akulah yang pertama
Francis Ford Coppola
VHS, VCD
Kini muncul DVD
Kumpulkan semua jadikan koleksi
Pergi ke seksyen 2
Terjumpa satu syurga
Pulang gembira bagai dalam cerita
Korus:
Kembalikan filemmu yang dulu
Kembalikan bersama puisiku
Kembalikan ku ke tahun itu
Aku lakunkan segala arahanmu
Piano berbunyi
Ala filem Italy
Minum Caffee Latte
Satu restorante
Televisyenku dah rosak
Video jangan kau gelak
Kembalikan filemmu yang dulu
Kembalikan bersama puisiku
Kembalikan ku ke tahun itu
Aku lakunkan segala arahanmu
Aku ramalkan 1 lagi komik akan mati
komik TNT,sebab kartun tak best dan info2 yang nampak sangat print dari internet,jualan di kedai buku lembab.
TNT-boleh aku katakan gabungan Gempak+Utopia :p2
Cadangan untuk crew TNT-masukkan kartunis+penulis dari komik AIE untuk terus bernafas
Macam Kamera Apo? pulak chak!
tau malu pulak,tutup muka beb tak pulak dia belasah camera man tu
persoalannya ini rakaman pihak security,camera man,atau handycam budak2 lain?
macam mana setan 2 ekor tu boleh perasan xtvt diorang dirakam,bincang sekali lagi jom….
Itulah namanya kelainan,satu kelainan akan buat kita tak bosan
kalau sama je kan boring, kena teliti gak buat sketch cam tu,
Akademi Fantasia ni diorang ambil format bulat2 rancangan tv kat spain LA AKADEMIA jadi tak boleh senang hati tukar format dia,nanti kena saman beb..ikutjela siapa suruh ambil rancangan orang,
Macam Roda Impian la ambil US punya Wheel of Fortune,format dia masih sama sampai sekarang
Semalam dalam Diari AF- 5 finalis ada dapat lagu baru yang dicipta khas untuk mereka,saya dapat bayangkan,sudah ada lagu dicipta untuk pelajar AF yang terkeluar.
Justeru itu, mungkin saya menunggu sebuah album,yang mempunyai lagu baru dari mereka.
untuk album ini yang menarik di dengar/ditonton ialah Salsabila-Sahri,Truly-Azizi,Belaian Jiwa-Vince,Biru-Adi,Bunga Tanjung-Rosma
bayangkan kalau 5 peserta ini berentap di Final…
Aku sengaja letak gambar yang sensor sikit,ada letak link,so siapa taknak buat 'dosa mata' takpayahla tekan link tu,cukupla gambar kat atas tu
dengan pendedahan ini taubatla jangan buat benda tak senonoh, Tuhan Maha berkuasa,sekelip mata dia tunjuk kuasaNya kat muka bumi.
cover scan terbalik hahaha seni gak tu.
Memang best Aie kembali seperti dulu,aku memang suka, 16m/s ADS sapa cakap tak puas baca, aku sanggup karate orang tu
cuba lihat cover tiada lagi simbol 2x sebulan-1 bulan sekali ke? tanya Aie la aku tak tahu……karya yang disukai ramai Bob & Bear kiut seh :love:
komik solo tempatan paling berjaya kalau ada majlis award ingin aku nobatkan anugerah ni pada Aie,thanx Aie 'belilah komik tempatan'
Konsert AFantasia ke 7 memang best setakat ini,paling memikat ialah persembahan Sahri dan Khai yang memang memberi 'energy' pada kosert AF sabtu lalu.
Sahri-berjaya mengawal emosinya agar tidak menangis apabila peluang mengucapkan selamat hari jadi pada bapanya,sewaktu nyanyian masih berlangsung.Hebat!!! syabas Sahri merupakan calon finalis aku sejak konsert ke-2 lagi,dia berbakat besar,punyai suara tersendiri AFUNDI Sahri 5 bintang untuk Sahri
Khai-pesembahan bertenaga dari Khai,dia mengeluarkan segala2 tenaga suara dia pada lagu Alladin tu, memang layan…..gimik lampu ajaib alladin yang ber'asap' hingga keluar jin bernama Vince(peserta AF) yang memang lawak, idea menarik tangan Aznil pastinya tidak dilupa dan kelakar,Aznil menghayun kepala laksana penyanyi rock, mencuit hati penonton
Kepada Nana anda sudah mencuba yang terbaik,perjalanan anda masih jauh lagi,perangai tergedik2,dan manja sangat telah menyebabkan kebanyakkan penonton meluat,kemampuan vokal juga tidak seberapa,anda memang patut dikeluarkan.
FA Community Shield akan bermula 10 Ogos ini,perlawanan antara Manchester United vs Arsenal fuh panas,panas pastinya sengit
setelah ketiadaan Beckham adakah MU akan dapat melawan rentak Arsenal? jom gebang2…..
MU sudah menunjukkan taring bila menundukkan sebuah kelab Amerika 3-1,dengan Diego Forlan menjaringkan 2 gol,dalam jelajah pra-musim di amerika
Daripada preview komik UMBRA #3,paling tertarik pada lukisan Ard-One(Antara Ana & Jue) tuh,RM 2 jer ok la,cuba cari karya bersifat 'tulang belakang' macam The Singles-skar,Evolusi Identiti-puppeteer,karya2 Oren-majalah APO? sebab karya2 begini akan mengumpul peminat seterusnya meneruskan nyawa komik ni.
Teruskan Usaha brader Ubdertaker,ambil semangat Urban Comics
Hah malam ni Malaysia vs Chelsea,walau atas kertas chelsea akan menang,aku masih sokong 'skuad tiger' Malaysia ni(patriotiknya aku)
tumpuan pastinya pemain yang baru dibeli Chelsea 'Damien Duff' apa istimewanya mantan pemain blackburn ni.
kepada Akmal Rizal,Hairudin Omar,Indera Putra tunjukkan potensi anda HIDUP MALAYSIA aku bet Malaysia menang 1-0 hahaha giler.
Artis Antarabangsa Nobuhiro Watsuki dan 3 anak muridnya-siapa rajin baca manga tau la kot
Ada lagi hantar borang dapat cd Dragon Raja pastu boleh main online 2 minggu dasyat-gamers semua…..rembat gempak cepat.
Tahniah Kutu/Eng Huat satu lagi anak tempatan yang berjaya lepas Doom Patrol pastu The Authority pastu buat JLA pastu Batman 12 isu fuh Kutu ko ada berapa tangan? 😮
Haaa siapa nak tengok batman versi Tony Wong beli la sendiri
kembali seronok baca Gempak :love:
hah dah mengundi belum,anda boleh membuat undian sekarang 24/7, ni baru undian awal,apala agaknya gimik tahun ni,feratik ala2 MTV award sah ada punya,feratik tu bagi ramai lagi la baru happening, pastu yang pakai tudung terkinja2 kena kutuk masuk newspaper hahaha,
yang aku puji show artis dia gereeeeek(2002) seh
hah memang part yang dia ajar menari tu yang ramai nak tengok.jahat betul mata ni….
Penyingkiran Rosma tempohari tidak dijangka, ramai dah berpakat2 undi liza dan Nija untuk singkirkan Nana macam penyingkiran Atie,tapi strategi tu tak menjadi,Rosma yang punya suara,bakat,rupa dan pandai berlakon menjadi mangsa sms seperti Burn dan Adi,
jujurnya orang yang angkat beg Rosma tu,tukarla beg tu dengan beg Nana peratusan undian sama kan…..
keputusan sms selepas konsert
Nana-11%
Rosma-11%
tapi kata Seelan Paul,kata dia lah…..setelah dikira Nana mempunyai lebih undi dari Rosma,brader Aznil pulak salahkan pengundi hingga menitiskan air mata
senarai TOP 5 finalis yang disenarai semula oleh sultanmuzzafar selepas penyigkiran Rosma
1.Vince
2.Sahri
3.Azizi
4.Khai
5.Nija
so AFUNDI mereka untuk mengubah tanggapan,rupa bukanlah lagi ukuran menjadi seorang penghibur,teruskan mengundi hingga budak 2 ekor tu Liza dan Nana terkeluar 2 minggu lagi
waa buat freelance rupanya,takperla brader Sudin teruskan bekarya,sebenarnya bagus kalau komikus sekali-sekala online kat pergh,bincang tentang karya,tanya pendapat,cari ilham kat sini.
Utopia baru keluar hari ni kat tempat aku,kejap lagi aku beli la,seperti biasa isu yang cuba dibiarkan saja berlalu oleh krew Utopia……bahasa baru…Utopia,terima je la bahasa ni, asal jangan jadi isu kat kementerian pendidikan sudah……
Gempak belum keluar lagi,Dragon Raja game online yang tengah hot sekarang kat Malaysia,komik yang ditunggu pembaca-Evolusi Identiti and lawak ganas Gengkey
Iklan:The Singles-Skar apa yang berlaku antara Weng dan Mala? dapatkan 'Blues Selamanya' terbaru di pasaran
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia