Author Topic: PERFUMERY: The Art of Smell  (Read 8316 times)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
PERFUMERY: The Art of Smell
« on: November 12, 2013, 01:44:19 PM »

Ahli sejarah seni tak letak wangian sebagai satu cabang seni. Tapi kalau seni tu dilihat satu hasil kerja yg bakal dinikmati pancaindera & dibuat sebegitu rupa utk cetuskan rasa pd deria manusia, pasti wangian pun boleh juga dikategorikan sbg seni.

Kalau seni lukis, arca & foto dinikmati dgn deria lihat.. seni suara & muzik dinikmati dgn deria dengar.. wangian pula dinikmati melalui deria bau (olfaction @ olfactory perception). Sedangkan masak-memasak pun dah kenali sbg seni kulinari, rasanya tak melampau kalau wangian dianggap satu cabang seni.. sbb utk hasilkan & fahaminya pun perlu pengetahuan & kemahiran khusus.

So, kpd sesape nak kongsi pengetahuan atau pengalaman pasal wangian, dialu2kan..

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #1 on: November 12, 2013, 01:53:34 PM »
Ade pelbagai bahan dr tumbuhan & haiwan diguna dlm pembikinan wangian. Ade yg mudah didapati di sekeliling kita & ade pula yg terlalu exotic hingga diangkat tinggi nilainya dr segi budaya & komersil. Antara yg paling terkenal & diguna secara meluas adalah musk, oud dan ambergris.

MUSK/KASTURI

Musk berasal dari bahan rembesan kelenjar yg terdapat pada bbrp spesis kijang kasturi (musk deer) yg boleh ditemui di Nepal, India, Pakistan, Tibet, China, Siberia and Mongolia. Kelenjar kasturi hanya ada pada kijang jantan & terletak di antara bahagian pusat & organ pembiakannya. Bahan ini dirembes bagi menarik kijang betina semasa musim mengawan.

Kelenjar kasturi yg telah dipotong akan dikeringkan sehingga bahan di dlmnya menjadi butiran seperti pasir berwarna hitam. Ia kemudian dilarut dgn alkohol atau minyak panas. Dikatakan ia menghasilkan bau yg sangat kuat & hanya boleh digunakan selepas dicairkan. Musk juga dicampurkan dgn haruman lain di mana ia akan menjadikan haruman yg dicampur tu lebih tahan lama & menyerlah.

Musk terbaik berasal dari daerah Tonkin (China), dan menjadi antara komiditi berasal dari haiwan yg paling mahal, sekitar RM145,000.00 sekilogram.

Selain dari kasturi kijang, bbrp tumbuhan juga dikesan menghasilkan bauan seperti musk, antaranya ambrette seeds & garden angelica. Di samping tu, musk sintetik juga diguna dlm industri minyak wangi & dikenali sebagai white musk. Ini membolehkan minyak wangi dgn haruman musk dijual dgn harga yg jauh lebih rendah dr yg menggunakan kasturi kijang asli.

OUD/GAHARU

Oud juga dikenali sbg agarwood/aloeswood adalah teras kayu pokok tengkaras yg telah dijangkiti sejenis kulat, lalu mengeluarkan damar berwarna gelap yg berbau harum. Didapati di hutan Asia Tenggara & lebih dikenali sbg gaharu. Amat dihargai secara tradisi oleh bangsa India, Cina & Arab utk tujuan perubatan & wangian.

Penanaman gaharu secara komersil akan dilakukan dgn menyuntik sejenis kulat yg akan menjangkiti pokok & sbg tindakbalas, pokok akan menghasilkan damar bagi melawan jangkitan itu. Damar yg meresapi kayu inilah yg akan menghasilkan bau yg diingini. Secara semulajadi di dlm hutan, hanya sebilangan kecil saja pokok yg akan dijangkitan kulat itu.

Gaharu dgn kualiti yg baik punyai harga pasaran sehingga RM100,000.00 sekilogram. Ia boleh dibakar di atas bara bagi menghasilkan asap berbau harum, atau melalui proses penyulingan bagi mendapatkan pati minyak gaharu utk dijadikan minyak wangi.

AMBERGRIS/ANBAR

Sejenis bahan yg dihasilkan di dalam sistem pencernaan paus sperma. Apabila terdapat bahan yg tidak dapat dihadam dlm makanan yg ditelan paus (spt paruh sotong @ cengkerang), sejenis lilin akan dihasilkan oleh sistem pencernaan paus utk menyalutnya bagi mengelak dr mencederakan ususnya. Bahan yg dinamakan ambergris ini akan dikeluarkan bersama najis. Walaupun satu ketika dulu ia diandaikan sbg muntah paus, bukti terkini lebih menunjukkan yg ambergris dikeluarkan bersama najis paus.

Ambergris yg baru terhasil tidak punyai sebarang nilai. Namun apabila ia telah terapung di laut selama beberapa tahun & bertindak balas dgn air laut & cahaya matahari, ia akan mengeras & mula menghasilkan bau yg diingini. Sebagaimana musk, ambergris digunakan sebagai bahan bagi memanjangkan tempoh haruman minyak wangi.

Ambergris boleh ditemui di Lautan Atlantic, pesisir pantai Africa Selatan, Brazil, Madagascar, India, Maldives, China, Jepun, Australia, New Zealand & kepulauan Maluku. Kebanyakan penemuan ambergris adalah secara tidak sengaja & tidak dirancang. Ia mampu mencecah harga RM185,000.00 sekilogram.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #2 on: November 12, 2013, 02:03:32 PM »
wahh patut lah asal lepas solat jumaat aku pekena minyak atar wakaf masjid rasa dominan dan yakin. rupanya diresapi semangat kijang jantan. wah wah wahh!!.

akuLanGit

  • CRB Support Squad
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1758
  • Eh??
    • View Profile
    • - aKuLanGit -
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #3 on: November 12, 2013, 03:35:53 PM »
ada sapa2 yang jadi pembekal minyak atar tak? hehehe....selalu ada jual kat masjid lepas Jumaat kat masjid Jamek kajang,skang dah takde...susah sungguh nak cari ni :D

penberbulusenyum

  • CRB Support Squad
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2648
  • kita bukan superman..kita semua DESIGNMAN
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #4 on: November 12, 2013, 05:48:12 PM »

bearing85

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1643
  • veni...vedi...vinci
    • View Profile
    • deviant art
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #5 on: November 12, 2013, 09:16:55 PM »
penber: dulu2 tgk citer ni rase cm sadis jer..part last mmg best..hehe

dulu pernah masuk berita budak kecik kt europe jmp ambergris tepi pantai..beruntung la budak tu..
Hati Riang;:)

nuox71

  • Pro Membership
  • Junior Member
  • *
  • Posts: 477
  • bla bla bla bla
    • View Profile
    • etixkocan & etixcici
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #6 on: November 12, 2013, 09:22:23 PM »
lepas ni kalau jenjalan tepi pantai, aku akan cuba menyepak segala objek dengan lebih terperinci dan teliti. kot lah tersepak ambergris ni.  :D

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #7 on: November 12, 2013, 10:13:11 PM »
Nuox71 - Hahah! Jgn sampai ko melompat2 kluar masjid cam kijang jantan, bro!

Akulangit - Memang kalau nak senang jumpa minyak attar ni, cari kat gerai2 tepi masjid time Jumaat. Aku kat Masjid Negeri senang dpt, dari yg takde jenama sampai yg brand Al-Haramain & Al-Rehab pun ade.. samada menepati taste @ tak je la.

Penberbulusenyum - Hui! Aku tak pernah tau pasal movie tu! Kena carik ni. Mcm menarik je tgk clip2nya dlm Youtube. Dah lama tak tgk Dustin Hoffman berlakon. Thanks, bro.

Bearing85 - http://www.nbcnews.com/science/boy-finds-bonanza-whale-vomit-971082

Nuox71 - Hahah! Wife aku pun asik berangan2 terjumpa ambergris tu kat tepi pantai! Ehemm.. bagi hint kat aku sbb dah lama tak ajak gi jalan2 tepi pantai la tu..
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

penberbulusenyum

  • CRB Support Squad
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2648
  • kita bukan superman..kita semua DESIGNMAN
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #8 on: November 12, 2013, 10:38:43 PM »
Nuox71 - Hahah! Jgn sampai ko melompat2 kluar masjid cam kijang jantan, bro!

Akulangit - Memang kalau nak senang jumpa minyak attar ni, cari kat gerai2 tepi masjid time Jumaat. Aku kat Masjid Negeri senang dpt, dari yg takde jenama sampai yg brand Al-Haramain & Al-Rehab pun ade.. samada menepati taste @ tak je la.

Penberbulusenyum - Hui! Aku tak pernah tau pasal movie tu! Kena carik ni. Mcm menarik je tgk clip2nya dlm Youtube. Dah lama tak tgk Dustin Hoffman berlakon. Thanks, bro.

Bearing85 - http://www.nbcnews.com/science/boy-finds-bonanza-whale-vomit-971082

Nuox71 - Hahah! Wife aku pun asik berangan2 terjumpa ambergris tu kat tepi pantai! Ehemm.. bagi hint kat aku sbb dah lama tak ajak gi jalan2 tepi pantai la tu..

citenya best n  epik aim...slamat menonton
« Last Edit: November 12, 2013, 11:03:15 PM by penberbulusenyum »

bearing85

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1643
  • veni...vedi...vinci
    • View Profile
    • deviant art
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #9 on: November 12, 2013, 10:44:00 PM »
aim, alang2 layan pantai, layan buih laut pantai pulau perhentian/redang lah..pasir memutih dengan deruan ombak yg nyaman..anak ombak berlari celah kaki sambil ditiup angin sepoi2 bahasa..pehh..bercanda ditepian pantai sambil menikmati awek omputih bermandi manda..nikmat dunia :D

harap icek nuox belanje mi bandung klu trjumpe ambergris nnt..
Hati Riang;:)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #10 on: November 13, 2013, 12:24:57 AM »
Oh, begitu rupanya bentuk muntah ikan paus... Ada orang yang mencari muntah itu di pantai semasa di Aryani Resort, Terengganu. Tapi tak jumpa. Waktu itu aku bayangkan lendiran seperti bubur lambok terapung di sisir pantai.
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #11 on: November 13, 2013, 06:58:08 AM »
aim, alang2 layan pantai, layan buih laut pantai pulau perhentian/redang lah..pasir memutih dengan deruan ombak yg nyaman..anak ombak berlari celah kaki sambil ditiup angin sepoi2 bahasa..pehh..

Wahhh.. sungguh menarik gambaranmu itu, Bearing! Tapi, kemudian diikuti pula dgn kulit yg perit2 pedih akibat sunburn & air masin! Adusss!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #12 on: November 13, 2013, 07:39:44 AM »
Antara hadis2 yg menyebut tentang kasturi, anbar & gaharu.

Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik haruman (buat kamu) ialah misk (kasturi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim, Imam Abu Dawud & Imam Al-Nasa’i).

Anas RA meriwayatkan, "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, misk dan apa jua wangian yang lebih wangi daripada bau Rasulullah SAW." (Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Umm Qais RA berkata, "Saya melawat Rasulullah SAW bersama-sama dengan anak saya dan saya telah menekan bengkak pada anak tekaknya, baginda bersabda, "Mengapa kamu meyeksa anakmu dengan menekan seperti ini? Gunakan al-oud al-hind (gaharu India) ini, kerana ia mengandungi tujuh jenis penawar, salah satunya sebagai ubat untuk birsam (radang paru-paru/pleurisy). Ia dihidu melalui hidung untuk bengkak anak tekak dan dituang ke bahagian mulut untuk merawat birsam."" (Hadis riwayat Imam Muslim)

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #13 on: November 13, 2013, 10:37:12 AM »
Adoi la Aim... aku sangat2 berkenan dengan Kasturi tu, mana nak dapat yang best punya? Susah laaaaaa nak dapat....... beberapa tahun yang lepas aku beli Kasturi = gile wangi....... memang sedap bau dia sampai sekarang aku duk terbayang lagi... bertahun2 aku carik last2 tak jumpa sebab dia kata itu dari Arab.

Memang tak jumpa laa jawabnya.......... cis cis cis! Tension aku

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #14 on: November 13, 2013, 11:52:55 AM »
Ko tau tak ape brandnya, Jayman? Yg 1st class & paling terkenal cam brand Arabian Oud, Abdul Samad Qurashi, Ajmal & Majid Iterji harga antara RM200-RM500 camtu utk 3ml. Kalau ade yg jual bwh RM200, kira kategori murah tu. Kalau yg limited edition, jgn terkejut ade yg cecah RM2,000! Mmg gile la utk botol kecik 3ml! Kalau brand Surrati, Al Haramain, Al-Rehab bleh dpt dlm RM30-RM50, tgk blendnya. Brand2 yg aku sebut ni suma dr Arab.

Kalau yg jual kat masjid harga RM10-RM15 tu yg biasa2 punya.. maybe dah didilute @ maybe bukan deer musk pun, maybe white musk je. Sbb agak mustahil la utk jual deer musk yg pure/ori dgn harga RM10, kan? Aku pun kadang2 pakai jenis yg camni je.. beli kat Masjid Negeri.. agak sedap & tahan lama baunya. Berbaloi la dgn harga cuma RM15 utk 3ml.. sesuai la utk pengguna amatur cam kita.

Tapi antara blend pelbagai jenama ni, kadang2 baunya pun bukan sebijik sama. Sebab slalunya kasturi kijang ni dicampur jugak dgn bau2 lain, utk pelbagaikan harumannya. Kena test sendiri mana yg berkenan.. baru puas ati!

Aku sbnrnya ade plan jugak nak angkat deer musk brand Arabian Oud (based di Riyadh) atau Abdul Samad Qurashi (based di Makkah). Kalau ade rezki, bleh la aku angkat lebih & tolak sebotol dua kpd sesape yg brani nak try kasturi kijang yg high-end punya kualiti. Tengok la bulan depan.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #15 on: November 13, 2013, 12:33:32 PM »
Mengikut kajian, didapati yg bau-bauan mampu mencetuskan kembali memori kpd sesuatu situasi yg pernah kita alami dulu.. samada mengingatkan kita kpd tempat, masa & individu tertentu.

"Why does smell seem to act as such a powerful memory trigger? First, the olfactory nerve is located very close to the amygdala, the area of the brain that is connected to the experience of emotion as well as emotional memory. In addition, the olfactory nerve is very close to the hippocampus, which is associated with memory." - (Sumber dari psychology.about.com)

Aku memang setuju la dgn kenyataan tu. Cam aku, bau minyak wangi Old Spice & tonik rambut Vitalis akan mengingatkan aku kpd arwah bapak aku & bau krim Hazeline Snow akan mengingatkan aku kpd arwah mak aku. Bau minyak rambut Brylcream mengingatkan aku kpd zaman sekolah & bau pen marker mengingatkan aku kpd zaman buat komik dgn Urban Comics dulu! Heheh!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #16 on: November 13, 2013, 03:50:36 PM »
Ntah la aim, aku tak ingat apa brand dia. Selalu gak aku beli AL Haramain laa, tapi tak best pun. Kalau kau beli angkat laa satu tuk aku, kasi price and aku bayar... janji kasturi.

Kasturi malaysia punya tabesh aa.. campur sana, campur sini. Bila tanya campur ke tak taknak ngaku pulak penjual tu, lepas tu pandang aku semacam... dah kau jual bau yang tak ori, aku tanya laaaaaaaa haiyaaaaa aptb

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #17 on: November 13, 2013, 09:50:28 PM »
Ok Jayman, insyaAllah. Kalau aku rasa betul2 best, aku sound ko.. kalau agak2 cam kureng, aku layan sorang je la.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

amykamen555

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4460
  • Perjuangan Seni Vintage Maseh Belom Selesai
    • View Profile
    • Henshin!
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #18 on: November 13, 2013, 10:00:14 PM »
asal jgn ada yg nk cuba2 buat perfume mcm dlm movie Perfume tu dah la ye... hehehhe. aku suka gila movie tu. best!

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: PERFUMERY: The Art of Smell
« Reply #19 on: November 17, 2013, 03:09:27 PM »
asal jgn ada yg nk cuba2 buat perfume mcm dlm movie Perfume tu dah la ye... hehehhe.

Hahah! Skali pakai, huru-hara satu pekan! Bwarghahah!

So, aku sambung cite skit pengalaman guna minyak wangi. 1st minyak wangi yg aku beli, dr classmate masa skolah menengah.. minyak wangi tiruan yg dlm botol roll-on 6ml, harga RM8.. bau ala2 Drakkar Noir by Guy Laroche. Pastu lama tak beli perfume. Masa studi & keja, aku guna Brut.. 1st minyak wangi yg betul2 aku suka.

Bila Brut tiba2 payah nak dpt kat kedai, aku guna balik minyak wangi generic yg bau ala2 Euphoria by Calvin Klein. Lepas kawin aku tukar2 guna Polo Blue, Polo Black & Polo Sport by Ralph Lauren sbb tu yg aku dapat dlm hantaran. Heheh!

Skarang ni utk kegunaan harian, aku tukar2 antara 3 jenama.. Dalal by Al-Rehab (3ml RM10), Kasturi Kijang by Aromatica (3ml RM15) & Kasturi Syifa' Al-Kafi (4ml RM35.90).

Kasturi Syifa' Al-Kafi tu aku beli sebab baunya menyenangkan.. guna & sambil2 jual sikit2 kat kawan & famili yg nak guna minyak wangi camni. Dalal by Al-Rehab tu aku suka sbb baunya dekat dgn Kasturi Syifa' Al-Kafi yg biasa aku guna.. lelaki & perempuan bleh guna.. agak sweet dgn bau2 vanilla, citrus & musk. Lebih kurang sama juga dgn bau Million by Al-Haramain. Kasturi Kijang by Aromatica tu aku beli sebagai cubaan pertama utk berjinak2 dgn perfume deer musk.

Bila2 cuti & utk lepak2 kat rumah.. kongsi dgn wife guna minyak wangi White Musk Maliki Superior by Arabian Oud. Sangat2 menenangkan hati baunya & tahan lama pada kulit.