Author Topic: Nak jadi pelukis komik  (Read 2882 times)

jemput-jemput

  • Newbie
  • *
  • Posts: 0
    • View Profile
Nak jadi pelukis komik
« on: May 25, 2015, 12:04:47 PM »
Salam kengkawan..
Nk tny pndpt korg sume.. Kalau nk menceburi bidang penerbitan komik kt Msia ni sbg pelukis komik agak-agak leh sukses tak..

Bkn pe.. Aku umo dh 34..mcm dh agk lewat nk jd newcomer dlm bidang nih. 
Lg satu.. Speed aku sketch smpi ke inking sgt2 lah slow ny.. Satu page 3 hari baru siap.  Urghh.. Most effort byk ke arah penceritaan. So lukisan pun x bgus sgt.  Tp klu story bagus agak2 leh laku x komik aku tu nanti?  (N hrp ny aku x syok sendiri je huhu)

Mtk pandangan kwn2 sume.  Tq


markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #1 on: May 26, 2015, 01:03:53 AM »
Boleh sukses. Kena do'a dahulu kot. Kemudian buat sahaja. Syok sendiri pun tak mengapa.

Bila kau nak terbitkan komik, aku nak tumpang komik aku. Lalu komik kau nampak tebal giller mcm buku sains.

semoga kau berjaya!
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #2 on: May 26, 2015, 07:16:09 AM »

Salam. Boleh je.. kalau ade bakat, minat & usaha. Insya'Allah.

Cadangan aku.. firstly, kenal2 dgn pengkarya komik yg masih aktif utk peluang belajar jadi lebih bagus (gi la join persatuan ke, aktiviti ke).. secondly, kenal2 dgn somebody dlm syarikat penerbitan yg boleh buka peluang utk get publish (ko akan jumpa selepas ikut cadangan first).. thirdly, belajar ape yg majoriti pembeli komik kita minat & buat ape yg sepatutnya (tu kalau nak makan briani bukhara kambing.. kalau tak kisah makan jemput2, boleh buat komik ikut suka hati).

Sebelum follow nasihat di atas, sila buat sample artwork dulu, bikin potfolio utk ko jaja hasil kerja ko ke sana ke mari. Pelukis komik bukan politician yg bleh cari makan dgn jual air liur semata.

That's it for now. Semoga berjaya!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

jemput-jemput

  • Newbie
  • *
  • Posts: 0
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #3 on: May 26, 2015, 11:54:59 AM »
Mekaseh markpiet n aimurban atas pndpt dan nasihat.
 Konfiden la sket pasni nk trus melukis. 
So skg tgh buat proposal 4 my first comic. Cadang nk antar kat satu publisher bumiputera nih..
Hrp2  sume ok.
Thanks 4 wishing me luck.  :)






ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3233
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #4 on: May 26, 2015, 12:30:20 PM »
all the best bro... tak cuba tak tahu...
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #5 on: May 28, 2015, 12:11:08 PM »

Lepas cuba, baru tahu. Heheh!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #6 on: May 28, 2015, 12:38:10 PM »
Bercambah jugak geng2 komik baru kat Fesbuk kalau nak berpakat sama..

Bophairy ada COMICORE Club dia along with bdk2 yg belum ada komik tapi suka dgn aktiviti penjualan.. lepak gerai.. dan set grup tue dengan Reja dan dua tiga nama lagi yg banyak bg contri kat PTS...

ada geng2 doodle.. yg suka oldskool gaya GILA2 tapi didalangi bdk angkatan skrg ada Geng Gelabah

ada G'dwet.. ada mcm2 lagilaa..

pengumpul komik yg rasa nak melukis dan buat zine pun ada.. diorg release Garaj Komik aritue.. juai online..

even nama besar macam Gayour, Nizam pun dah bergerak dengan zine.. kdg2 Faizal Mukhtar kumpulkan diorg.. 
setiap ujung bulan diorang ada set up event kat bawah perut Dataran tue kau boleh laa tgk2.. belajar something..

yg buku Pixie indie pun da set up Maple COmics plak.. boleh jugak usha

 
« Last Edit: May 28, 2015, 12:45:34 PM by WAVE RIDER »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

jemput-jemput

  • Newbie
  • *
  • Posts: 0
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #7 on: May 29, 2015, 05:33:24 PM »
Pergh.. Byk tol yg aku xtahu..  Meriah sungguh.. Ramai pejuang komik kt  luar sane rpe ny.  Mekaseh bg info :)

soulzeshifter

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 482
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #8 on: June 01, 2015, 08:50:41 AM »
ko pn jangan la sepi je jemput2 oi...jemput2 la post artwork kat sini...

mfrstudio

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 51
    • View Profile
    • MFR STUDIO
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #9 on: June 01, 2015, 04:13:30 PM »
Pada pandangan saya, kalau matlamatnya nak menerbitkan komik semata-mata, ia boleh sukses dengan mudah seperti berikut:

1. terbit online: buka akaun blogspot, upload komik ke blog, publish. siap. (contoh blog yang saya usahakan: mfrstudio.blogspot.com )

2. terbit, cetak dan jual hardcopy: register company enterprise, sediakan modal cetakan, design layout komik, hantar cetak, mohon isbn, jual.
(boleh baca panduan mohon isbn online: http://e-penerbit.pnm.gov.my/manual.pdf )
(kalau tak ada company nak terbit, boleh pinjam company kawan saya, hanya perlu sediakan modal cetakan saja, nak tahu lanjut, boleh pm saya.)

tapi jika tuan nak sukses dalam ertikata mahu kaya, terjual komik tuan dengan laris, untung berjuta-juta, maka semua itu juga perlukan langkah pertama untuk mula melukis dan menerbit. pada awal memang tuan akan gagal kerana setiap sukses itu adalah buah dari kerja keras tuan belajar dari kegagalan. boleh nak belajar dari orang yang telah sukses, tapi paling hebat pun tuan hanya akan jadi sukses yang biasa. kalau mahu luar biasa, tuan perlu gagal sendiri, belajar bangkit sendiri, dan sukses sendiri, inshaAllah jika sudah rezeki tak kemana. kalau bukan rezeki, usaha 1 juta kali pun, tuan takkan sukses kerana telah ditakdirkan tuan gagal sepanjang hidup.

MAKA, saya mahu menarik tuan untuk merenung kembali kepada erti sebenar sukses. Katakanlah tuan telah berusaha bermati-matian, akhirnya tuan sukses juga menjadi kaya di hujungnya,namun baru saja nak menikmati kekayaan itu, tuan baru sedar, tuan telah pun hampir kepada ajal. Maka renungkan dalam-dalam, adakah sukses kaya boleh jadi bekalan hebat untuk tuan menghadap Allah? Adakah Allah pandang pada harta tuan? Atau sebenarnya apa sukses seorang hamba untuk menghadap Allah?

Oleh itu, jika tuan mahu tahu, sukses atau kejayaan hamba di dunia ini adalah mengikut seluruh perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya, dengan jalan yang diajar oleh Nabi s.a.w.

Saya juga melukis komik. Saya tak kata melukis komik itu jalan yang sesat, tapi saya melukis komik dengan harapan sukses komik saya itu adalah membawa manusia kepada erti sukses sebenar. Ajak manusia ikut perintah Allah dan jauhi laranganNya, dengan jalan yang diajar Nabi s.a.w. Komik sebagai media nasihat, media informasi agama, media ke arah ilmu yang diredhai.

Tuan kata tuan fokus pada story bagus pada komik, maka jika story tuan bawa pembaca ke arah erti sukses yang saya sebut di atas, inshaAllah saya rasa TUAN BOLEH SUKSES.

Sekadar itu saja pandangan saya. Setiap orang ada pandangan sendiri, dan ini pandangan saya, tuan boleh tolak jika saya ajak pada maksiat dan kebatilan, tuan diajak buka hati untuk terima jika saya telah ajak pada kebenaran dan haq.

Semoga Allah tunjuki kita semua jalan SUKSES sebenar. ameen.

Wallahua'lam.

Tulusly,
mfr
« Last Edit: June 01, 2015, 04:16:31 PM by mfrstudio »

Kucing_Garang

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 13
    • View Profile
    • zamiryusof.blog
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #10 on: June 16, 2015, 10:25:22 AM »
Teringin nak cuba melukis komik balik. Dulu time sekolah rajin buat komik syok sendiri n ada submit ke majalah sekolah. Dah tua2 ni setakat doodle je mampu, nak cari idea untuk jalan cerita memang hambar jadinya.



*Orang baru di sini. Salam perkenalan dan mohon tunjuk ajar.  :2:
blog: zamiryusof.blogspot.com
conteng@ofis: piq.codeus.net/u/Kucing_Garong

soulzeshifter

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 482
    • View Profile
Re: Nak jadi pelukis komik
« Reply #11 on: June 16, 2015, 01:57:00 PM »
up skit doodle kat sini...lama2 jadi seronok