Author Topic: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?  (Read 7036 times)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« on: February 06, 2014, 11:50:20 PM »
Aku tak tahu adakah warga Pergh sudah baca artikel ini. Tapi aku baru baca, dan ku rasakan artikel ini menarik. Ia berkisar tentang zaman kematian majalah komik Malaysia abad ini, serta pandangan penulisnya tentang konsep 'Komik Melawan Arus'. Aku setuju dengan beberapa buah fikiran dalam konsep 'komik melawan arus', namun di kala ini aku tak pasti jika remaja mahu membelinya. Apatah lagi orang dewasa. Kerana di zaman ini Generasi X (orang dewasa) jarang membaca komik tempatan, manakala Generasi Y (orang muda) pula sibuk dengan e-book, smartphone dan dunia digital. Wallahu alam... Tapi hujung artikel ini berperisa politik. Kurang enak pada ku.

Link ke artikel tersebut (kalau nak baca yang tulen berserta gambar):
http://kulupsakah.blogspot.com/2013/06/mengapa-majalah-kartun-di-malaysia-mati.html

Aku copy-paste artikel ke sini:

Mengapa majalah kartun di Malaysia mati dan terus mati?

oleh Ronasina

Dengar cerita majalah kartun G3 terbitan Karangkraf terkubur. Majalah yang menghimpunkan kartunis senior dan baru ini terpaksa akur dengan keadaan hari ini. Karangkraf antara syarikat yang melakar sejarah awal kerana pada hujung 1970an mereka menerbitkan Gelihati dan bersaing hebat dengan majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise.

Saya mengikuti dunia kartun tanahair sejak kecil. Tidak siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun. Gila-Gila seperti sebuah akademi yang melahirkan bintang-bintang. Kebanyakan kartunis era 80-90an atau berumur 30 tahun ke atas hari ini adalah produk Gila-Gila. Secara kasar kiraan saya ada tidak kurang 100 kartunis masih aktif hari ini. Tapi mengapa majalah kartun semakin mati dan kartunis pada hari ini hanya melukis karikatur di sudut kompleks, mall atau di majlis-majlis? Apa sudah jadi?

Gila-Gila masih hidup hari ini tetapi berapa jualannya setiap keluaran? Apa impaknya pada masyarakat? Berapa ramai pengikutnya dulu masih membeli? Atau berapa ramai masih sedar kewujudannya?

Apa masalah hari ini? Ada yang menyatakan kemasukan komik Hong Kong dan manga dari Jepun telah membunuh industri komik dan kartun tanahair. Itu ada benar juga. Tetapi mengapa kita gagal bersaing? Gila-Gila hari ini masih mengulangtayang kartun-kartun lama yang generasi sekarang susah nak hayati. Ia hanya nostalgia sahaja. Cerita-cerita lawak suami isteri berebut nak balik beraya di kampung siapa sudah tidak relevan lagi kerana hari ini lebuhraya sudah siap. Boleh beraya di dua-dua kampung. Lawak apa hari ini?

Baiklah. Sebenarnya sesuatu itu meletup apabila ia bersifat melawan arus. Ini fitrah manusia. Ini hakikat. Majalah Gila-Gila meletup kerana ia melawan arus yang menjadi budaya ketika itu. Kartun dan majalah sebegitu sudah ada (majalah Ha Hu Hum sudah ada) tetapi Gila-Gila tampil penuh bergaya dengan suntikan 'pop' walaupun satira. Karikatur A.R Badul yang ngetop waktu itu menghiasi muka depan Gila-Gila nombor satu. Selepas itu permintaannya terus tinggi, terus meletup. Kartunis bak artis pujaan. Saingan terdekat majalah Gelihati.

Peneraju awal Gila-Gila, kartunis Mishar kemudian menerbitkan majalah Batu Api. Majalah ini kemudiannya meletup sehingga edarannya pada suatu masa mengatasi Gila-Gila. Tahun 1988 tak silap perpindahan beramai-ramai kartunis Gila-Gila ke Batu Api dan Warta Jenaka, sebuah akhbar humor terbitan syarikat yang sama dengan Batu Api.

Gila-Gila terus nombor satu kerana adanya waktu itu kartunis Ujang (Ibrahim Anon). Mengapa? kerana Ujang juga 'counter culture'. Membawa imej anak muda dengan budaya berontak. Karektor Atuk berperangai seperti anak muda, Aku Budak Minang, Aca adalah gambaran waktu itu. Zaman rock, zaman anak muda. Kartunis Gayour di Gelihati juga turut popular kerana imej rock. Malah Lat juga di awal kemunculannya adalah 'counter culture' juga dengan kartun-kartun satiranya. Keluarga Mamat adalah 'counter culture', Kampung Boy. Keluarga Mamat di Berita Harian sangat popular dan Utusan mengimbanginya dengan Din Teksi karya Nan.

Lama kelamaan apabila banyak majalah muncul dengan membawa formula sama, ia sudah jadi budaya. Ia tidak lawan lagi. Ia seperti sebuah lagi restoran tomyam di tepi jalan yang sudah penuh restoran tomyam. Gelihati, Mat Jenin, Batu Api (walaupun beberapa kali cuba dihidupkan, gagal!), Seloka 21, Telatah Olok-Olok, Humor, Jenaka, Boom, Gelagat semuanya mati. Kerana ia tidak membawa formula baru melawan arus maka ia gagal. Sesetengahnya mati kerana masalah pengurusan.

Tetapi apabila kartunis Ujang bersama Kharisma Publication muncul dengan majalah Ujang, suasana kembali berubah. Ujang dengan Gayour, kombinasi ikon anak muda berjaya menjadikan suasana yang baru. Kartunis Aie dari majalah Jenaka tanpa disangka mengatasi mereka. Tetapi itu lebih melonjakkan majalah ini dan membentuk budaya baru. Begitu juga kartunis yang lain yang 'brilliant' seperti Nik. Ujang memberikan imej baru kepada kartunis-kartunis yang sudah bergiat di penerbitan lama tetapi belum popular. Majalah Ujang memperkenalkan muka depan (cover) dilukis dengan akrilik oleh Yaz Malee. Majalah Ujang juga 'melanggar' formula skema apabila lukisan kartun di'detail'kan dengan latar belakang yang cantik, panel atau bingkai yang bebas tidak terikat, boleh senget-senget sedangkan sebelum itu ia adalah pantang dan termasuk dalam disiplin berkartun. Lawaknya 'cukup-cukup'. Kesan majalah Ujang ini juga telah menenggelamkan majalah 'senior' sebaliknya majalah senior mula terikut corak persembahan Ujang. Rentetan fenomena ini timbul lagi majalah kartun baru yang persembahannya juga ala Ujang. Ternyata yang meniru juga gagal.

(Tulisan ini bukan hendak cerita tentang kronologi sejarah dunia kartun maka tidak perlu diperincikan dengan krisis Ujang dengan MOY atau lain-lain)

Hari ini majalah Ujang dan APO? berapa edarannya? masihkah mereka mengekalkan identiti awal penerbitan? Ia terpaksa berubah dan terikut-ikut pula dengan majalah generasi hari ini seperti Gempak dan lain-lain yang saya 'tak boleh masuk'.

Majalah kartun mati kerana ia tidak mendengar suara hari ini. Apa suara hari ini? Ia ada kaitan dengan politik semasa juga. Dato' Lat dalam kenyataannya tidak bersetuju dengan kartun politik yang mengkritik keras pemimpin negara. Dengan tidak menafikan sumbangan Lat yang 'counter culture' saya tidak juga boleh bersetuju dengan Lat. Zunar dan Rossem adalah kartunis yang mula muncul mengkritik pemerintah. Soal kita setuju atau tidak dengan persembahan mereka adalah perkara lain. Bersama Ronasina selaku editor, Jonos (ketua pelukis) dan kawan-kawan seperti kartunis Haili, Enot (sekadar beberapa nama) majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif milik Zunar telah meletup, bukan sahaja menggegar pasaran malah menggegar kerajaan. Majalah ini diharamkan!

Itu jawapannya. Itu noktahnya. Sesuatu itu meletup apabila ia melawan arus dan kebiasaan ketika zaman itu. Siapa dapat nafikan zaman ini zaman pergolakan politik? Impak Gedung Kartun inilah telah menarik perhatian kerajaan untuk memberi peruntukan menerbitkan majalah kartun pro mereka. Sebelum ini ada seterang begitu?

Di dunia internet, jika anda layari Malaysian Gags anda akan dapati komik, humor baru telah dimulai mereka dan sambutannya sangat hebat. Ini humor generasi baru. Yang 'lawan budaya'. Istilah hari ini 'troll'.

Percayalah! jika kerajaan tidak mengharamkan Gedung Kartun saya yakin ia akan popular, nombor satu, meletup, jadi ikutan, impaknya akan melahirkan banyak lagi majalah sebegitu sehingga pemerintah terancam.

Inilah zaman ini. zaman sesiapa yang mengikut arus menjadi tidak relevan. Apa saja kerja seni yang membodek tidak dilayan oleh generasi hari ini. Filem, drama, teater, lagu apa sahaja akan statik, lembik dan sayur. Kita boleh menafikannya dengan mulut tetapi cuba tanya dalam hati betul-betul. tanpa ada agenda apa-apa, tanpa berpihak mana-mana, benar atau tidak zaman ini zaman kemelut politik? Di pihak mana kartunis berdiri pada era ini, ada tidak mereka mengambil bahagian? Jika kartunis berkata 'aku tidak campur politik di situlah salah kerana politik bukan hal-hal kepartian tetapi politik adalah persekitaran. Kartunis tidak boleh lari merakamkan isu harga barang naik, gaji rendah atau apa isu pun. Tidak kisah menyokong atau membangkang tetapi ia mesti jujur dan penuh tanggungjawab. Paling penting kartunis bukan pak angguk menerima arahan demi perut.

Itu peranan kartunis dan karya kartun mereka.

----- Tamat artikel.
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #1 on: February 07, 2014, 07:15:12 AM »
Bwarghahahahah!


Bersama Ronasina selaku editor... Percayalah! jika kerajaan tidak mengharamkan Gedung Kartun saya yakin ia akan popular, nombor satu, meletup, jadi ikutan, impaknya akan melahirkan banyak lagi majalah sebegitu sehingga pemerintah terancam.


Ini bukan artikel pasal majalah kartun, tapi artikel promote diri & ideologi politik diri sambil beromantika tentang nostalgia kisah hidup lalu. Heheh! Aku pun beli 1st issue mag yg disebut tu.. 3 copy masa gi ceramah DSAI kat PJ! Tapi adakah aku akan beli yg seterusnya? Hell no! Ade benda lain yg lebih berbaloi utk aku spend duit aku.

Gila-Gila melawan arus? Adakah statement ini, "Karikatur A.R Badul yang ngetop waktu itu menghiasi muka depan Gila-Gila nombor satu" menyokong argument yg mengatakan "Majalah Gila-Gila meletup kerana ia melawan arus yang menjadi budaya ketika itu"? Adakah mengeksploitasi ape yg "ngetop" pd waktu itu dikira melawan arus? Aku konfius..

Adakah Ujang & Gayour "menentang arus" dgn gaya rocknya, atau mereka meng"embrace" gaya hidup & budaya rock yg sangat menyerlah pd zaman tu? They are great in their on way.. tapi pada aku diorang hebat sebab diorang tau ape yg majoriti pembaca (anak muda) minat pd waktu tu & guna utk berkarya.

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

ShAmdeSamm

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1309
  • tengah dan masih berlari!
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #2 on: February 07, 2014, 05:18:45 PM »
saya pun minat ujang dan apo tapi dah stop beli sebab banyak tak lawak..kadang2 cerita tak masuk akal nonsense... artwork dah cantik last last cerita nonsense...
 
sama jugak dengan gempak ramai yang berbakat dan artwork pun setanding antarabangsa tapik jalan cerita ya Allah nonsense tak logik dan komik lawaknya tak lawakpun..eugh sebagai pembeli saya dah putus asa...

baik beli komik comicshouse jauh lebih murah dan komiknya pun popular.... komik malaysia mahal gila yeah i know full color watsoever tapi jalan cerita? klise...... saya punya duit saya mestila nak yang worth it.... rasanya artwork kartunis tempatan saya tidak sangkal memang berbakat dan mantap malangnya dari segi idea jalan cerita dan perkembangan watak ke laut. sorry to say.

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #3 on: February 08, 2014, 01:03:29 AM »
Betul tu Aimurban, tidak wujud arus kecuali ia sudah berlalu, dan dikenali sebagai zaman lepas. Maknanya konsep 'komik lawan arus' tidak sesuai dengan definasi 'mencipta sesuatu yang berbeza/ unik' sebagai alat komersial.

Nilai komersial zaman sekarang adalah nilai budaya zaman sekarang (current value). Dalam industri komedi atau lawak tempatan, apa yang berlaku di zaman ini ialah pembangunan budaya lawak berdiri (stand-up comedy). Walaupun pelawak zaman lepas masih hidup dan mementaskan komedi gaya zaman lepas, namun 'current value' tetap 'current value', iaitu budaya industri komedi zaman ini yang berbeza dari komedi zaman silam. Bermakna pelawak generasi baru zaman ini bukanlah bersifat 'melawan arus', tetapi mereka membangunkan sesuatu yang baru, yang berbeza dari zaman lepas.

Begitu juga industri komik tempatan, 'curent value' tetap 'current value', dengan budaya waktu ini dan kemahuan konsumer waktu ini (generasi Y - majoriti populasi negara, dengan purata perkahwinan antara generasi X melahirkan empat orang generasi Y (exponential growth)).

Tidak kira tahun apa, zaman terkini memiliki konsumer tersendiri dengan 'current value' tersendiri. Oleh itu menjual sesuatu yang ada 'current value' adalah lebih praktikal.

Generasi Y suka e-book atau e-comic kerana ia murah, tidak perlu beratur di kedai, tidak perlu mencari parkir, bayar tol atau beli lebih petrol. Hanya buat urusan online di smartphone dari dalam bilik tidur atau tandas, lalu dapat e-book atau e-comic dengan segera. Dan kebanyakannya lebih suka mencari e-comic percuma.

Budaya mencari e-comic percuma inilah yang membimbangkan pekomik serta syarikat penerbitan. Kerana apabila penerbit menjual e-comic pada seorang budak Gen Y, maka budak itu akan e-mel e-comic tersebut (format PDF, CBR, etc) pada sejuta rakannya. Ini merugikan syarikat penerbitan. Maka matilah syarikat penerbit yang berkeras mahu menjual e-comic. "Beli e-comic, atau jangan baca langsung!!", kata syarikat penerbitan. Maka mereka akan dihindari oleh generasi terkini bagaikan najis.

Dalam keadaan tertekan atau serba kekurangan, manusia atau syarikat perlu jadi kreatif untuk teruskan kewujudan diri. Mungkin strategi yang pekomik dan syarikat penerbitan boleh lakukan adalah:

1) cipta komik dalam format digital dan izinkan konsumer baca e-comic itu secara percuma (dengan mendaftar sebagai ahli)
2) cipta juga komik fizikal yang dicetak dengan tambahan mukasurat mengandungi original artwork/ sketch dan temuramah dengan pekomik (tambah nilai), agar konsumer yang menyukai e-comic itu akan beli komik fizikal sebagai collector's item.
3) buat keuntungan dengan menjual merchandise berkaitan e-comic itu (T-shirt, poster, original artwork, pin badge, bandana, topi, mug, figurine, dsb)
4) buat keuntungan dari jualan mukasurat iklan. Oleh kerana e-comic itu dibaca percuma, maka mungkin jutaan konsumer akan membacanya di internet, lalu jutaan konsumer akan mengenali jenama yang diiklankan, Ini platfom yang bagus untuk pengiklan… Namun dengan syarat - cerita haruslah unik, epik dan sangat ditagih seperti dadah.

Bermakan cara penulisan cerita itu adalah Raja… Pada pendapat ku, di zaman apa sekalipun, dan dalam bentuk teknologi media apa sekalipun, dan untuk generasi mana sekalipun, cara penceritaan adalah Raja… Cerita yang menghiburkan, berilmu dan bernilai tinggi adalah sesuai untuk semua zaman.

Komik politik hanya jadi anekdot zaman dekaden. Senafas kentut cuma di wajah takdir…

Namun aku hormati mereka sebagai manusia yang diciptakan untuk realiti itu. Mungkin mereka lebih mulia dari ku yang sekadar buat komik paranormal di Pergh.com.
there r kids in here... in d forum, in us.

soulzeshifter

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 482
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #4 on: February 08, 2014, 01:16:57 PM »
aku tak folo sangat..tapi nk kata tak folo..tau la jugak. yang pasti LANUN adalah salah satu komik yg aku suka n sekejap je terkubur. masa tu bercita2 nk folo pakej memancing toman yg diiklankan dalam komik tu.

nak kata katun jepun...msia ni banyak baca kat online je.

dari segi mata aku sdri..yg aku nmpk jualan dia cam stabil smpi skang..yg geng2 gempak punya komik2 depa bukukan tiap kartunis tu. lawak geng froggy (ala lupa plak nama tiba2) yg berkisar kat skolah tu agak lucu juga bila layan

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #5 on: February 24, 2014, 11:04:33 AM »
format ke apa ke, is a factor gak. Banyak mags dah bungkus, dan yang masih hidup (mungkin) struggle nak idup, hatta Kreko sekalipun.

tapi cerita yang relevan dan menarik tu, perlu pembacaan dan penghayatan sosio budaya lo ning cemana. Banyak artis pergi ke medium webkomik utk lebih freedom, tapi sgt risky kalau nak buat duit. Ada yang kata kena guna english untuk lebih internasional, entah, banyak je komik bahasa lain2 yang berjaya.

Banyak komik facebook jadi viral, tapi aku tak rasa pelukisnya dapat royalti utk setiap like. buat tema chenta islamik poetic, dapat la bags 50+ likes. Buat komik troll politik, dapat riban2 like. Tapi like = RM? Sampai bila nak buat kerja free (dan dosa free bila viral?)

mungkin perlu pendapat orang dalam industri ni utk komen lagi bagus. orang2 pemerhati dan pembeli bila ada budget macam aku ni cuma boleh tulis2 je, tak de efek pung.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #6 on: February 24, 2014, 02:47:01 PM »

Pd aku, kalau nak nilai dr perspektif RM.. pendapat pembeli tu la yg paling penting coz RM tu skarang ade pd diorang.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

DinJerr

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1205
  • Buri. Hamachi.
    • View Profile
    • Hikayat Ikan Mampus (H.I.M.)
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #7 on: February 24, 2014, 04:15:55 PM »
Artikel dah lama, dulu aku pun ada bermacam emosi masa baca blogpost ini, tetapi kerana dah tarik diri dari kancah pekomikan, aku senyap je. Namun, atas dasar perbincangan ilmiah, izinkan saya berkata sepatah dua.

Penulis menyatakan kejayaan sesuatu majalah itu bergantung kepada betapa melawan arusnya ia ketika itu. Ini saya tidak setuju. Urban Comics merupakan sebuah majalah yang sangat melawan arus. Kewujudannya memberi inspirasi kepada hipster komik ketika itu. Tetapi adakah ini bermakna jumlah jualan yang banyak, kerana ia sesuatu yang segar di pasaran? Atau KLP yang telah cuba menggunakan stail keluar terus seketul buku yang bukan berdasarkan komik bersiri, sama seperti modal keluaran PTS sekarang? Bagaimana pula dengan majalah Rileks, yang jika tuan-puan dapat ingat, merupakan antara majalah terawal mempamerkan stail manga di dalam sebuah komik Malaysia? Mereka ini semua melawan arus, tetapi adakah majalah-majalah ini masih wujud hari ini?

Masihkah kau ingat? Stail anime woo!
 
(Aku juga tak mahu berceloteh tentang Wuhuu, yang melawan arus dengan penghasilan majalah 100% digital. Biar orang-orang Wuhuu sendiri cerita apa yang terjadi.)

Juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Gedung Kartun akan menggegarkan negara semasa artikel ini ditulis. Kita fast-forward ke sekarang, dan di manakah Gedung Kartun hari ini? Maafkan saya jika saya berkata: sebuah hasil yang berilmiah dapat memberi teguran kepada mereka yang membacanya tanpa meyebabkan mana-mana pihak terasa tersinggung. Itulah apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Datuk Lat. Dan ini adalah kelemahan utama majalah Gedung Kartun. Instead of a shake, it just made a whimper, then all-too-forgotten by the Malaysian masses.

Apa beza pasaran komik Malaysia dahulu berbanding sekarang? Ini spekulasi saya, jangan ambil sebagai fakta ya:

Esei pertama: Sejarah (tak semestinya betul) dari kacamata saya (yang tak pakai spek)
Pembaca tidak lagi terkongkong dengan sempadan negara. Dulu banyak pembaca tidak faham bahasa Inggeris. Komik luar keluaran Marvel, DC ataupun Archie sekalipun, jumlah pembaca terhad. Antara majalah berbahasa Inggeris yang berjaya adalah MAD, dan pengkarya yang paling digemari dalam majalah ini oleh orang kita adalah (surpise? I think not) Sergio Aragones, kerana beliau menggunakan komik bisu yang mampu melanggar batasan sempadan bahasa. En.Segio menjadi inspirasi kepada ramai pekatun zaman dahulu, sampai kita boleh katakan banyak stroke asas komik dalam Gila-Gila dipinjam dari beliau.

En. Aragones yang korang agungkan tu pun tidak membenci benda yang ada kejepunan walaupun ianya bukan komik jepun. Kenapa korang sensitif sangat?
 
Menyedari bahasa adalah kunci membuka pasaran, maka sebuah syarikat di Malaysia dengan bijaknya mula mengalih-bahasa komik kungfu Jademan dari Hong Kong dan secara sekaligus memperkenalkan komik Hong Kong kepada Malaysia (yang selama ini, komik HK yang mereka paling kenali adalah Loo Foo Chi, sebuah komik yang mostly komik 4-petak tanpa suara… hei, korang dah nampak pattern dia tak ketika itu?). Boom, mulalah kebanjiran komik wuuuuwacha  dan tidak lama selepas itu, menguasai pasaran komik Malaysia (secara mutlak?).

Reaksi pekomik-pekatun Malaysia? Mereka tidak melawan. Masih di kancah majalah komik humor, sedangkan new wave komik yang mempunyai pembaca bercitarasa lain telah wujud. Tidak dinafikan majalah Ujang wujud selepas ini dan mengembalikan penguasaan komik tempatan. Tetapi mengapa kita telah menyesarkan golongan pembaca komik HK ini dari kalangan pembaca komik tempatan?

Selang separuh dekad, sebuah penerbit di Malaysia bernama ComicHouse telah melihat potensi yang sama, dan membawa masuk sebuah judul yang cult hit dengan penonton animasi berbangsa Cina: Dragonball. Dan kemudian pelbagai judul lagi seperti Sailor Moon, Yuyu Hakushu, Jojo, Dragon Quest. Sailor Moon merupakan sebuah komik aksi yang disasarkan kepada pembaca perempuan. Saya ulang: sebuah komik aksi yang disasarkan kepada pembaca perempuan. Itu sebuah pasaran yang tidak langsung diteroka komik Malaysia. Apa reaksi pekomik-pekatun kepada ini? Tiada.

Saya juga ingin celoteh sikit tentang Dragon Quest. Saya memang lama melukis komik (daripada Darjah 2 lagi), tetapi secara stail contengan simple dan syok sendiri. Semasa saya di MRSM, saya diperkenalkan kepada manga ini oleh rakan saya. Saya seorang pemain/DM Dungeons & Dragons, dan penggemar game komputer RPG. Jadi masa saya membaca karya ini, my mind was blown. Bagaimanakah ia dapat mengolah dunia game ke atas kertas dengan begitu mencengkam jiwa, sedangkan semasa saya membaca komik D&D pun tiada perasaan sebegini? Judul ini menjadi landmark bagi saya. Banyak menimbulkan persoalan. Kenapa ia sebuah komik yang suspen, lawak, inspiring, sedih… all in one? Komik-komik yang saya baca sebelum ini semuanya one-way or the other. Maka saya menjadi berminat dengan buku-buku yang dinamakan ‘manga’ ini. Dan tiba-tiba, terasa mahu melukis cerita seperti ini, stail seperti ini, olahan seperti ini.

Apa reaksi pekomik-pekatun apabila mula timbulnya manga ini? Tiada. Well, at least for a while. Mereka yang melukis stall ini akan dibabab oleh penerbit: “Hei, itu bukan komik Malaysia!”.

Dan rupa-rupanya bukan saya seorang yang bangkit dari tidur dengan kewujudan manga di pasaran Malaysia: ramai lagi soon-to-be-mangaka yang jauh lebih berbangkit mula menonjolkan bakat mereka. This is the mid-90s. Internet mula memasuki Malaysia. Dan bakat-bakat muda mula meneroka sumber ilham yang jauh lebih terpinggir dari arus perdana.

Kalau dimasukkan anime atau manga ke dalam Yahoo (korang masih ingat Yahoo?) ketika itu, antara laman dicadangkan adalah Tang’s Comic, sebuah komik web terawal yang diberi bacaan secara percuma. Pada masa AOL-Marvel mengenakan caj untuk baca komik di Internet, mamat Kanada ni buat komik suka-suka (lukisan beliau takde la selawa mana pun) dan post untuk dinikmati secara bebas oleh semua orang. Juga antara yang popular adalah Impro-Manga, sebuah laman web yang berkonsepkan pelukis-pelukis seantero internet mengambil giliran melukis sebuah komik. Impromanga merupakan gelanggang mengasah bakat ramai pelukis hari ini, termasuk pelukis Scott Pilgrim, Bryan O’Malley.

Apa reaksi pekomik-pekatun apabila mula timbulnya trend komik online ini? Tiada, tetapi golongan muda internet-aware tempatan telah mula mengorak langkah.
Saya akan scan artikel Gempak yang akan menceritakan siapa mereka ini bila saya balik rumah malam ni… kalau saya jumpa majalah tu.

Boleh dikatakan, kebanyakan penerbit komik tempatan adalah anti-reactionary. Mungkin mereka fikir “kalau kita duduk senyap-senyap, lama-lama dia blah la nanti.”, walaupun dah kena gigitan komik HK dan manga di masa lampau. Ya, sebuah majalah akhirnya bertindak ke atas ke-mainstream-an manga dan menjadi sangat manga sampai penerbit lain menyampah. Dan mereka sukses! (Ei, perlu ke terkejut? Cuba google apa maksud mainstream, duh). Tetapi online? Tiada mana satu pun penerbit di Malaysia mengambil langkah drastik.

(termasuk MDEC. Mengapa mereka equate komik digital = interactive comic, saya tidak tahu. Hasilnya kita boleh lihat hari ini… as in, tiada pun interactive comic IPCC yang berjaya. But this is a story for another day, and requires IPCC winners
themselves to explain what they thought about the whole deal.)


Comixology, antara platform edaran komik digital paling berjaya masa ini. Cuba teka berapa judul dalam katalognya adalah komik-digital-interaktif-wtf-is-it-anyway?

Dunia online banyak bawa kebaikan dan keburukan. Yang baik, kita dapat tengok karya orang lain secara percuma. Yang buruk, kita dapat tengok karya orang lain secara percuma (yakni benda yang tak percuma tetapi dipercumakan, terima kasih kepada bantuan lanun-lanun tidak bernama di merata dunia). Dimulai oleh torrent anime-anime yang stesen TV takkan mungkin akan tunjuk (korang ingat tak lagi first time tengok FLCL?), hari ini kita dapat melawat website aggregation segala mak nenek scanlations yang ada. Walaupun DMCA berjaya membunuh OneManga.com, tetapi banyak lagi website membaca manga percuma wujud dari abunya. Apakah impaknya?

Suatu ketika dahulu, pembaca komik Malaysia semuanya mengambil dari sebuah kawah kancah komik yang kecil. Kawah ini kemudian berkembang pest, sehingga tumpah merata tempt. In short: Malaysian comic readers have become very well read. And have been exposed to all sorts of comics, in terms of art style and quality. Jangan pandang rendah pembaca sekarang: mereka ada citarasa tinggi, boleh tahu baik buruk sesuatu karya. Kalau mereka sudah mula melarikan diri dari kapal bocor yang dinamakan komik Malaysia ini, maka salahkan arus globalisasi. Jika tidak mahu deal with this issue, maka ikutlah cara Korea Utara dengan menutup pagar budaya luar dari masuk. Gerenti orang kita akan baca komik orang kita sahaja. Kalau taknak macam tu, then bite the bullet and pick up the pace la. TL;DR part ini: Pembaca sekarang bukan bodoh, jadi jangan anda cuba memperbodohkan mereka.

Sedang menulis point kedua, malam nanti post.

EDIT - Oh siolan, ntah time bila auto-correct Mac ni masuk ntah. Kena proof-read balik plak.
« Last Edit: February 24, 2014, 05:10:06 PM by DinJerr »

Prizm

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 181
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #8 on: February 24, 2014, 10:35:06 PM »
Saya setuju bahawa melawan arus bukan satu faktor yg
menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah komik. Kadang2 komik
melawan arus berjaya; kadang2 pula gagal.

Kenapa pd suatu ketika komik2 Malaysia boleh maju walaupun lukisan2
atau cerita2 mereka tak berkualiti tinggi? Sebab pada masa itu tak ada byk
saingan utk merebut duit (dan juga masa) bakal pembaca. Skrg terlalu
byk saingan termasuk bahan2 bacaan lain, alat berteknologi tinggi, videogame,
filem2 di pawagam, DVD, Astro dan Facebook.

Bagaimana utk komik kita berjaya hari ini? Kita patut ikut apa majalah 2000AD buat
pada awalnya -- iaitu masuk ke pasaran-pasaran yg belum diterokai dgn sepenuhnya
(pd masa itu, pasaran2 ini termasuk Malaysia dan New Zealand). 2000AD kurang
berjaya menembusi negara2 seperti Amerika Syarikat, tapi masih boleh bertahan
kerana mempunyai jumlah pembaca yg agak besar.

Sekarang kita kena mengambil peluang dari kewujudan Afta (Asean Free Trade Area) dan cuba
masuk ke pasaran seperti Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Masa begitu singkat
sebelum "tingkap" (window) ini tertutup atau sebelum syarikat2 Barat, Jepun dan Korea
membanjiri pasaran2 berpotensi itu. Selepas berjaya bertapak di sana, bolehlah kita cuba
untuk meluaskan pasaran ke negara2 yg lebih maju dan mungkin juga boleh menarik
produser filem membikin filem berdasarkan komik2 kita.

Mmg sukar bagi sebuah majalah komik/kartun baru utk berjaya di Malaysia. Pertama, terma2
pengedaran menyusahkan penerbit -- 70 peratus pendapatan pergi ke pengedar dan
retailer, dan penerbit cuma terima 30 peratus. Jumlah kecil inilah yg terpaksa diagihkan
bagi kos pencetakan, bayaran karya2, kos kerugian disebabkan naskah2 yg tak dijual, kos
promosi, dll.

Kedua, masyarakat awam masih memandang komik sebagai bacaan ringan atau bacaan
budak2. Mungkin ini sebahagiannya adalah salah pengkarya kerana malas atau tak mampu membuat
skrip atau lukisan yg bertahap dunia. KDN juga patut dipersalahkan kerana peraturan2 yg
mengongkong pengkarya. Disebabkan persepsi yg komik tempatan adalah bahan bacaan
tahap rendah. para pengiklan pun tak berminat membantu komik2 baru -- cuma masukkan
iklan di majalah2 yg telah meraih jumlah pembaca yg tinggi seperti Gempak.

Dinjerr menulis mengenai komik online. Saya tak pasti bahawa dunia online pada
masa ini boleh memberi keuntungan kpd kebanyakan pengkarya komik (selain sbg
satu "stepping stone" ke destinasi lain).

Itulah sedikit sebanyak pendapat saya. Minta maaf kalau tersilap tulis atau bahasa (saya
mmg kekok menulis dlm BM selepas bertahun2 menggunakan B. Inggeris di ofis).

 






« Last Edit: February 24, 2014, 10:52:16 PM by Prizm »

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #9 on: February 25, 2014, 08:12:04 AM »

Comixology mmg store komik digital terbaik! Mmg tmpt utk aku kalau nak beli title digital dr Marvel & DC. Betul, komik interaktif adalah satu format yg mengarut! Komik digital biasa dgn dibaca melalui tablet is the way to go!

Try tanya ape yg comicfan nak.. konferm jawapannya lebih kurang;
A. Artwork yg gile hebat!
B. Storyline yg gile mantap!
C. Harga yg gile murah! Kalau free pun, bagus juga.. Hahah!



« Last Edit: February 25, 2014, 08:22:01 AM by aimurban »
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #10 on: February 25, 2014, 01:35:08 PM »
Sebenarnya, jawapan Aim tu yang lebeh tepat kenapa majalah kartun buleh mati..

You lawan arus ke, atau you ikut demand sebenarnya?

penberbulusenyum

  • CRB Support Squad
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2648
  • kita bukan superman..kita semua DESIGNMAN
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #11 on: February 25, 2014, 10:12:19 PM »
Artikel dah lama, dulu aku pun ada bermacam emosi masa baca blogpost ini, tetapi kerana dah tarik diri dari kancah pekomikan, aku senyap je. Namun, atas dasar perbincangan ilmiah, izinkan saya berkata sepatah dua.

Penulis menyatakan kejayaan sesuatu majalah itu bergantung kepada betapa melawan arusnya ia ketika itu. Ini saya tidak setuju. Urban Comics merupakan sebuah majalah yang sangat melawan arus. Kewujudannya memberi inspirasi kepada hipster komik ketika itu. Tetapi adakah ini bermakna jumlah jualan yang banyak, kerana ia sesuatu yang segar di pasaran? .......

saya setuju

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #12 on: February 26, 2014, 02:42:59 AM »
Aku nak komik percuma!...

Namun kasihan pekomik tak dapat duit pula.

Kalau begitu, aku beli merchandise dia. T-shirt komik tu nampak macam comel je, macam pergh-pergh je... Pekomik tu JV dengan pencetak baju agaknya, patutlah cantik.
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #13 on: February 26, 2014, 11:48:43 AM »
Bila berbicara ttg majalah komik jenaka / kartun.. pd aku, mmg dah bukan zamannya. Orang Malaysia (umat Melayu terutamanya) suka senyum & bergelak ketawa.. secocok dgn sifat laid back attitude org kita yg dah dikesan oleh org luar sejak beratus tahun dulu. Org kita perlukan jenaka dlm hidupnya. Kalau korang hidup tahun 80an & awal 90an dulu.. orang kita sekadar disajikan dgn lawak jenaka level AR Badul, R Jaafar & Jailani Kengkang, kemudian Mr Os & Salih Yacob. That's it.

So, masih ade ruang2 kosong utk keperluan jenaka dlm psyche org kita. Try tengok balik filem & sitcom zaman tu.. mau zaman skarang takde org gelak menontonnya! Lawak P.Ramlee tahun 50an & 60an lagi kelakar! So, kat situ la majalah lawak memenuhi nafsu & keperluan lawak org kita. Kenape majalah lawak cam GilaGila, Gelihati & Batu Api time tu berjaya? Sbb diorang jauh lagi lawak dr Badul & Param!

Zaman skarang, ape benda yg tak lawak kat sekeliling kita? Ko tengok, skit punya bersepah program lawak jenaka dlm semua jenis media, sampai ade channel tv khas utk lawak! Tak ke jahanam tu? Hos rancangan hiburan dah tak bleh kalau tak kelakar. Iklan produk suppliment kesihatan & minyak urut pun mesti lawak baru laku. Yg paling aku berbulu bila tengok "penceramah agama" buat makmum terbahak2 secara berjemaah dlm masjid! Yeah right, itu majlis ilmu? Tu belum tengok hal politician kita yg berperangai mcm badut 24 jam! Sape bleh lawan lawak terencat Nabil @ jenaka bangsat Zizan? Satu taman perumahan ketawa berdekah2 walaupun aku slalunya tak tau tang mana yg lawaknya diorang nih!

So, ape yg aku cuba sampaikan adalah, kalau arus suka-lawak dlm masyarakat ni berterusan & memenuhi segenap ruang lingkup hidup kita, takde harapan la majalah kartun nak bangkit balik selagi ia tak mengatasi kelawakkan pelawak tanahair, politician & penceramah agama kita!

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #14 on: March 08, 2014, 05:35:34 PM »
Tengok arini.. dlm keghairahan utk berjenaka & to be funny, dua tiga ekor artis & politician dah bagi statement konon lawak pasal kapal terbang MAS hilang. Come on laa.. how much bangsat can u be? Mmg total SOB la dlm kamus aku!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #15 on: December 06, 2014, 12:10:01 AM »
jatuh bangun komik atau majalah kartun bukan sebab arus... dalam senario publication di Msia itu dah jd perkara biasa. nak bangkit, content tu kena berubah. cara publisher juga kena berubah dalam bertindak dengan makna kata lain, publisher kena set 1 level content yg ada 'harga' utk pegang pasaran. dan nilai harga ni yang boleh pergi jauh dan bertahan lama. kebanyakkan publisher hanya sekadar cukup syarat je dalam menerima content.

taiko KIZ

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 608
    • View Profile
    • ilmu rasa
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #16 on: February 03, 2015, 06:15:25 PM »
seriusly, sekarang aku rasa sepi sunyi sejak komik tempatan dah menyepi. Aku hidup dan memfolow era kebangkitam komik-komik tahap gaban yg di hasilkan oleh Team UC, Ally dan Rock, Geng KO, dan aie juga hangat menghidupkan cerita yg tak berkesudahannya, cubaan tembakau menghidupkan kegemilangan kartininya, dan bermulanya PEKOMIK..... tapi kini semua tu dah jadi sejarah... yg tinggal mengubat rindu cuma karya ajif@ally dan aim kat sokkabar.....
orang yang mahu belajar harus tahu apa yang ingin dipelajarinya[/size]

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #17 on: February 04, 2015, 09:30:22 AM »
kepada TaikoKIZ.. ko da beli DUNIA PENDEKAR Ajif belom?? usahasama indie dia bersama satu penulis.. rupa2nya da lama depa bersuara dlm perut forum nie.. pulun game sendiri

ko windu Tembakau.. dia tgh pulun satu Hikayat.. katanyaaa..
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

taiko KIZ

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 608
    • View Profile
    • ilmu rasa
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #18 on: February 05, 2015, 10:51:44 PM »
mana aku nak dapat dunia pendekar ni wave?? online ker jual kedai??? tembakau...... aku harap dia berjaya la revemp nama dia dan karya dia... dan aku juga harap ahmad kamil dapat bangkit semula dng projek terbengkalai dia tu... asyik jadi nyamuk aedes je ahmad kamil ni hehehehe

p/s: apa cita madet skrng? lama aku tak dengar citer dia sejak dia hilang dr radar dulu, last aku dengar dia join company bidio game.... hah adijin pun apa citer, still melukis kat kanada lg ker??? fy mana fy???
orang yang mahu belajar harus tahu apa yang ingin dipelajarinya[/size]

DinJerr

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1205
  • Buri. Hamachi.
    • View Profile
    • Hikayat Ikan Mampus (H.I.M.)
Re: MAJALAH KARTUN DI MALAYSIA MATI DAN TERUS MATI?
« Reply #19 on: March 07, 2015, 01:58:53 PM »
otai otai kumik tukar bidang animation atau bideogeim. boleh kenyang sikit banding makan duit kumik je.