Author Topic: ISLAM 101  (Read 32661 times)

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1935
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #40 on: August 23, 2013, 02:21:03 PM »
aku solat jumaat kat masjid putrajaya tadi.
Imam baca khutbah pasal perpaduan
"kita sekarang diduga dengan perpecahan, bersatu lah semua. ancaman2 islam seperti bla! bla! bla!, ancaman syiah! fahaman yg menyimpang dari sunah nabi, fahaman SEKULAR! bla!bla! bla!

nasib baik la negara aku bukan SEKULAR
*sarcasm level shamdessam.
walk away. u need to do that sometimes..

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #41 on: August 23, 2013, 02:38:45 PM »
Hahah! Kira ok la tu Yon.. Malaysia ni takde sesekular Turki & tak la sesyariah Arab Saudi. Kalau nak banding kita dgn Mesir.. lagi baik skit kita ni kot? Ko tengok aritu masa Morsi naik, bini dia pakai tudung pun dibincangkan samada sesuai atau tak sebagai bini Presiden dalam paper & berita. Tu pun dah menunjukkan camna mentaliti sebahagian diorang. Takde la aku tgk tv Mesir & baca paper Arab.. tapi tu la ditulis oleh paper kita. Kita kat Malaysia, bini PM tak pakai tudung tu la yg jadi isu. Heheh!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #42 on: August 23, 2013, 02:53:29 PM »
akhirnya ada topik yg bole buat aku selalu singgah sini selalu..teruskan berbincang.

Join la skali berbincang.. baru meriah & bersemangat. Heheh!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: ISLAM 101
« Reply #43 on: August 23, 2013, 09:55:58 PM »
Fathul Bari duk cerita pasal syiah kat masjid Balakong tadi.... lama gila, 2.15 baru abes sembahyang.. sib baik aku tak mengajar time tu... (tapi emcee pun lambat gak...)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #44 on: August 23, 2013, 10:51:21 PM »
Aku skip kejap dari Syiah, kembali sebentar kepada Syeikh Hisham Kabbani yg aku sebut kat first page aritu. Dia bila kat Malaysia, nampak santun je duduk bersila.. kalau kat tempat sendiri, nampak agak freestyle plak gayanya.

http://www.youtube.com/watch?v=sFjMudf5dzk

http://www.youtube.com/watch?v=2AwLrExtq-U

http://www.youtube.com/watch?v=ncQi1FGYL9U

Maybe ade yg rasa ok dgn majlis2 camni.. tapi sori, aku tak. Kat Malaysia pun aku tengok dah start penonton qasidah & nasyid duk goyang2 badan & angkat2 tangan tinggi2.. yg pompuan2 pun sama.. siap ade rancangan dlm tv lagi. Tu konon2nya gaya ape tu ek, gaya khusyuk melayan ke? Layan, layan la jugak.. tapi jangan esok2 sampai jadi camni plak.

http://www.youtube.com/watch?v=7i-RfZxO4kc
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #45 on: August 25, 2013, 01:01:28 PM »

mungkin juga aku jadi seorang peminat fanatik ahmad dhani yahudi, lalu berfahaman wahdatul wujud.

Terlupa nak komen aritu. Tak silap aku si Ahmad Dhani ni berfahaman camtu sebab follow tarekat yg diasaskan oleh Syeikh Siti Jenar a.k.a Syeikh Lemah Abang. Sorang syeikh sufi di Jawa yg hidup sezaman dgn Wali Songo (yg merupakan guru2 sufi juga). Syeikh Siti Jenar dibawa ke pengadilan Kesultanan Demak & Wali Songo atas tuduhan menyebar ajaran sesat yg seakan2 wahdatul wujud.. dikatakan byk dipengaruhi ajaran Ibn Arabi & Al-Hallaj, cuma dikatakan ade unsur Hindu-Buddha. Dia didapati bersalah & dijatuhkan hukuman bunuh oleh Wali Songo.

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #46 on: August 25, 2013, 01:19:31 PM »
Kali ni agak lain skit.. sesaja je nak kongsi ape yg pernah aku baca satu ketika dulu.. zaman2 rajin melayan bab sejarah agama & perbandingan agama.

Kalau dilihat kepada sumbangan diorang dari segi penyebaran agama Islam di wilayah Nusantara, tak dinafikan la, memang besar sumbangan diorang..
 
Kalau dilihat kepada perkembangan awal Islam di Tanah Melayu ni, Islam tersebar luas kebanyakannya atas sumbangan golongan ulama Sufi.. tu kita tak heran la sebab sememangnya di Tanah Arab & benua India pada masa tu pun ajaran Sufi cukup meluas.

Ade juga berpendapat yg Syiah juga disebar luas pada peringkat awal.. Syiah Malaysia memang pegang ni. Well, aku percaya jugak hal ni, sebab memang ade unsur2 Syiah dlm budaya beragama org kita.. cuma tak pasti memang direct dari Syiah atau dari Syiah kepada Sufi & kemudian baru sampai kpd kita.

Ramai anggap sebelum Islam, bangsa Melayu menganuti agama Hindu-Buddha. Tapi kalau kita tengok, tak banyak peninggalan candi2 tua di Tanah Melayu, sebagaimana yg dpt kita tengok di Indo-China & beberapa tempat di Indonesia. So, adakah di Tanah Melayu, penganut Hindu-Buddha tak sembahyang di candi?

Pastu, di Tanah Melayu & Sumatera penyebaran Islam kelihatan sangat meluas.. agak meluas di Pulau Jawa.. 50-50 di area Indonesia lain.. & hampir takde di Indo-China. Kenapa Islam tak bertapak kukuh atau tersebar luas di Siam, Burma atau Bali misalnya?

Ade pengkaji yg berpendapat, kawasan2 di Nusantara seperti Tanah Melayu yg kini teguh pengaruh Islamnya, sebenarnya tak pernah dipengaruhi oleh Hindu-Buddha secara kukuh pun sebelumnya. So, ape agama majoriti bangsa Melayu di Tanah Melayu ketika tu?

Kalau dlm buku2 sejarah sekolah, tertulis yg sebelum Islam, bangsa Melayu beragama Hindu-Buddha & kepercayaan animisme. Hindu-Buddha maybe kita faham.. tapi ape animisme? Animisme ni luas bentuknya.. di Afrika lain, di Eropah juga lain, di Australia pun lain. So, camna bentuk animisme di Tanah Melayu?

Sebahagian sejarawan & pakar sosio-budaya  mengatakan sebelum Islam.. malah sebelum tibanya Hindu-Buddha ke Nusantara, masyarakat Nusantara telah memiliki agamanya yg tersendiri. Agama animisme ini disebut oleh pengkaji tanah seberang sebagai Kapitayan yg dikatakan dianuti beribu tahun sebelum tibanya Hindu-Buddha.

Kapitayan adalah kepercayaan yg memuja sesembahan utama dikenali sebagai Hyang. Nama sesembahan inilah yg kemudiannya menjadi dasar kepada perkataan "sembahyang" yg kita fahami sekarang.. gabungan antara dua perkataan, iaitu "sembah-Hyang". So, sebagai umat Islam rasanya elok la kita sama2 elakkan menggunakan istilah ni utk merujuk kepada "solat" yg jadi kewajipan kita. Walaupun dah diterima maklum akan makna yg dimaksudkan.. tapi mana lebih baik, perkataan "solat" atau "sembahyang"? Pilih saja yg lebih baik..

Hyang ni jugak disebut sebagai Sang Hyang Taya.. yg mana "taya" ni kalau dlm bahasa Melayu kuno, Jawa kuno & Sunda kuno bermakna kosong atau tiada. Ini sebab Hyang ni dianggap sebagai satu entiti yg tidak dapat digambarkan rupanya, tidak dapat dijelaskan sifatnya, tidak boleh didefinisikan, malah tidak dapat dicapai dgn akal manusia. So, agama ini tidak mewakilkan sesembahan ni dalam bentuk objek fizikal seperti patung. So, Hyang ini tidak diberhalakan kerana rupanya tidak boleh digambarkan.

Kat sini, sebahagian ahli sejarah berteori, ini barangkali menyebabkan kenapa bangsa Melayu tidak kuat dipengaruhi Hindu-Buddha cam yg dilihat di Indo-China. Bangsa yg agamanya tidak memiliki patung berhala sebagai sesembahan mungkin sedikit sukar terima agama asing yg cukup kuat dgn pengaruh keberhalaannya. Malah hal ini pula dilihat sebagai antara faktor yg memudahkan penerimaan bangsa Melayu apabila ketibaan Islam kemudiannya.

Sang Hyang dikatakan berada di alam ghaib yg disebut sebahagai "ka-hyang-an".. yg kemudian disebut sebagai "kayangan" oleh lidah kita skarang. Tu pasal la ade yg lebih prefer guna nama Perlis Darul Sunnah daripada guna nama Perlis Indera Kayangan (indera merujuk kepada entiti/dewa di langit yg menguasai alam & manusia).

Sang Hyang didakwa mengusai alam manusia melalui kuasa ghaibnya yg dikenali sebagai "tu".. perkataan kuno yg bermakna seutas benang atau tali yg menjulur. Kekuatan ghaib yg tersebar itu boleh memiliki dua sifat berlawanan.. "tu" yg bersifat baik dikenali sebagai "tuhan", manakala "tu" yg bersifat "jahat" dikenali sebagai "hantu". Kedua "tuhan" dan "hantu" kekal sebagai sesuatu yg ghaib, maka utk memujanya dikatakan memerlukan perantara objek fizikal yg memiliki sebahagian dari kuasa Sang Hyang.. lalu kat sinilah baru ade pemujaan kpd alami dengan sesaji seperti "tumpeng" bagi mendapat sebahagian kuasa ghaib yg bersifat baik yakni "tuah" dan tidak baik yakni "tulah".

Sebahagian pengkaji berpendapat, keyakinan yg kuasa ghaib Sang Hyang terbias kepada hidupan di dunia zahir ni dilihat sebagai pendorong kepada mudahnya tersebar aqidah Wahdatul Wujud oleh aliran sufisme kerana konsep pantheism dan panentheism ini sudah lama sebati dgn psyche bangsa Melayu beribu tahun sebelum kedatangan Islam lagi.

Ok, bukan la aku cerita perkara ni utk kita belajar2 benda syirik.. cuma kita tak nafikan, memang ade saki baki amalan2 syirik dlm budaya Melayu kita yg diamalkan turun temurun. So, bila kita dpt kenal pasti mana yg tak betul, baru la mudah utk kita perbetulkan hal yg tak betul tu. Harap2 dapat beri sedikit manfaat..

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4601
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com
Re: ISLAM 101
« Reply #47 on: August 25, 2013, 09:31:54 PM »
terbaik aim!

limpbizkutz1984

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 432
    • View Profile
    • muko bok!
Re: ISLAM 101
« Reply #48 on: August 25, 2013, 11:55:38 PM »
Assalamualaikum WBT

kalo boleh saya nak bertanya..sorry kalo tersimpang dr topik yg sdg dibincang

nk tnya pendapat kawan2 ttg pengajian tasawwuf atau tarikat.
saya ada pernah pergi tempat org tarikat ahmadiah di bukit abal pasir puteh kelantan. sekadar mencari2 ilmu dgn kawan2..kdg2 serius, rajin...kdg2 tak..heheh

ada la buat internet research sikit pasal tarikat ni..macam2 jumpa..ada kata sesat...ada kata ok. ada terjumpa dalam fatwa negeri sembilan cakap tarikat ahmadiah dari bukit abal ni tidak sesat..tapi bnyk pulak pandangan2 dan diskusi yang aku jumpa kata tarikat ni sesat (mungkin tarikat lain kot). ada juga bertanya2 dgn ustaz ttg pengajian tasawwuf dan tarikat ni..ada kata boleh tapi kena pastikan ilmu tauhid tu difahami dulu. baru mudah nk berjinak2 dgn tarikat n amalan dia..

kadang2 rasa takut nk gi join..kdg2 keinginan nk belajar ilmu agama tu ada juga. sbb bila pergi dgr tuan guru nya mengajar, fuuhhh,,,detail betul n kadang2 tercapai akal and ilmu aku yg mmg amat cetek ni..hari tu ada tgk rancangan Turath Ulama' kat TV1. dlm rancangan tu, ustaz yg ngajar mmg ajar dgn detail serta contoh2 dan ilmu yg di sampaikan amat berlainan (mendalam) dgn yg aku dgr dr ceramah2 kat masjid2. apa yang di ajar dlam Turath Ulama tu hampir sama dgn apa yang aku dgr dr guru di Bukit Abal tu..siap dgn contoh2 pun sama..mungkin dari kitab yg sama kot.

aku juga pernah sekali pergi majlis zikir dia hari rabu malam khamis. ada pergerakan2 tertentu..ada sambil duduk n ada sambil berdiri. tp yang di sebut adalah2 zikir2 biasa yg pada pendapt aku yg berilmu cetek ni, tak de masalh setakat zikir sebut Allah Allah..tp bila tgk video kat YouTube pasal zikir org tarikat (dari tarikat aliran lain kot), mcm ngeri jgk (mungki sbb aku bkn ahli n tak tau apa yg disebut).

so, nak tau jgk pendapat kawan2 yg ada pengalaman, mungkin ahli, atau apa2 pendapat. aku tak pasti sbnrnya isu ni boleh di bincang di public atau tak. sbb mungkin boleh timbulkan mcm2..cth yg berlaku kat raub - ratib tegak. dah jadi isu pulak bila timbul kat public. bagi aku, ni mungkin satu aliran tarikat yg amalan zikirnya adlh begitu. tp bila aku bagi tau ayah n isteri aku, diorang cam x boleh terima..
WAH WAH ATAH BUKEK, BUDOK BUAH BULEH NYAKEK!!!

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #49 on: August 26, 2013, 04:29:47 AM »
Selamat Hari Raya

Terima kasih Aimurban buka thread ini!...

Aku tak berapa minat dengan sufi atau tarikat. Bapa cakap mereka taksub pada konsep berkumpulan (organisasi - ada perjanjian, AJK, accountant, bank account, website, dll), jadi bapa suruh aku biarkan mereka, jangan campur.

Tapi kawan aku ada ikut Tarikat Nasqabandi di London. Aku saksikan dia dan kawannya lebih suka mengagungkan imam tarikat mereka dari memuliakan imam seluruh Muslim (Rasulullah). Aku tanya mereka "Siapa imam kamu?", mereka dengan bangga menjawab "Sheikh Mawlana Hadrat bla-bla-bla ya Habibi bla-bla-bla.". Aku cakap "Salah lah... Imam kita ialah Muhammad Rasulullah.. Kau akan kena rotan dengan Munkar Nankir sebab jawapan salah." Mereka terus tak mahu berbual dengan aku.

Dan mereka juga ada soalan-soalan mistikal/ misteri kegemaran mereka seperti "Bilakah Nur Muhammad bertemu Nur Allah?", atau "Bagaimana Allah ada tinggi di Arash tapi semua arah ialah wajah Allah?". Aku fikir mereka nak belajar, jadi aku ajar mereka yang sesuai dengan akal mereka, tapi mereka kata "Tak mungkin begitu!!.. Itu luar biasa dan sangat aneh!!". Jadi mereka tak mahu berkawan dengan aku. Bapa kata lain kali jangan ajar orang yang tanya soalan misteri. Cakap tak tahu sahaja.

Bapa kata, ada banyak organisasi sufi modern tertarik pada status dan kewangan, organisasi mereka kaya raya, imam mereka pakai jubah-jubah istimewa, dan mereka simpan gambar imam mereka dalam dompet... kerana itu mereka rasa mereka berbeza, lebih berkuasa, lebih istimewa, lebih lurus janlannya dari Muslimin marhaen seperti kita. Mereka yakin betul... Bapa kata kalau nak jadi sufi, ikutlah organisasi sufi, tapi kalau nak jadi Wali Allah, ikutlah sunnah Rasulullah.

Ini video ustaz shiah ditimpa kipas semasa beliau sedang mengutuk Muslim lain, wallahualam:
http://www.youtube.com/watch?v=EtXVJT_dH4w
there r kids in here... in d forum, in us.

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1935
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #50 on: August 26, 2013, 10:19:59 AM »
ada la buat internet research sikit pasal tarikat ni..macam2 jumpa..ada kata sesat...ada kata ok. ada terjumpa dalam fatwa negeri sembilan cakap tarikat ahmadiah dari bukit abal ni tidak sesat..tapi bnyk pulak pandangan2 dan diskusi yang aku jumpa kata tarikat ni sesat (mungkin tarikat lain kot). ada juga bertanya2 dgn ustaz ttg pengajian tasawwuf dan tarikat ni..ada kata boleh tapi kena pastikan ilmu tauhid tu difahami dulu. baru mudah nk berjinak2 dgn tarikat n amalan dia..

kadang2 rasa takut nk gi join..kdg2 keinginan nk belajar ilmu agama tu ada juga. sbb bila pergi dgr tuan guru nya mengajar, fuuhhh,,,detail betul n kadang2 tercapai akal and ilmu aku yg mmg amat cetek ni..hari tu ada tgk rancangan Turath Ulama' kat TV1. dlm rancangan tu, ustaz yg ngajar mmg ajar dgn detail serta contoh2 dan ilmu yg di sampaikan amat berlainan (mendalam) dgn yg aku dgr dr ceramah2 kat masjid2. apa yang di ajar dlam Turath Ulama tu hampir sama dgn apa yang aku dgr dr guru di Bukit Abal tu..siap dgn contoh2 pun sama..mungkin dari kitab yg sama kot.

aku juga pernah sekali pergi majlis zikir dia hari rabu malam khamis. ada pergerakan2 tertentu..ada sambil duduk n ada sambil berdiri. tp yang di sebut adalah2 zikir2 biasa yg pada pendapt aku yg berilmu cetek ni, tak de masalh setakat zikir sebut Allah Allah..tp bila tgk video kat YouTube pasal zikir org tarikat (dari tarikat aliran lain kot), mcm ngeri jgk (mungki sbb aku bkn ahli n tak tau apa yg disebut).
sekadar berkongsi yg aku dgr sahaja
tarekat Ahmadiah, memang diharamkan di kebanyakan tempat selain negeri sembilan
salah sorang tokohnya mantan Mufti NS, Syeikh Ahmad Said Al-Linggi. beliau yg memperjuangkan tarekat ni.
memang betul, zikirnya macam aneh. Laa Ilah Ha Illallah.
zikirnya memang kuat, untuk menghilangkan ghar-ghar. tarekat lain, ada yg lebih kepada solat sunat atau puasa kot.
ada sebab kenapa tarekat ni x diharamkan di NS. tapi x buleh cerita takut jadi fitnah. selalunya di belah2 masjid tanah, melaka, area masjid ayer limau- selalu ada majlis zikir. aku bukan pengikut tarekat ni, tetapi suka pada majlis zikirnya. hati terasa dekat pada Ustaz aku.. sifat mesra, rendah diri, akhlaknya- semua orang pun sayang. tidak la sampai kepada sayang Nabi

Bapa kata, ada banyak organisasi sufi modern tertarik pada status dan kewangan, organisasi mereka kaya raya, imam mereka pakai jubah-jubah istimewa, dan mereka simpan gambar imam mereka dalam dompet... kerana itu mereka rasa mereka berbeza, lebih berkuasa, lebih istimewa, lebih lurus janlannya dari Muslimin marhaen seperti kita. Mereka yakin betul... Bapa kata kalau nak jadi sufi, ikutlah organisasi sufi, tapi kalau nak jadi Wali Allah, ikutlah sunnah Rasulullah.
kita amik pengajaran, cerita ahmad qadiyani, nation of islam..
mula2 cari tuhan, last sekali cari dunia saja...

teringat cerita wali Allah yg mewah ditegur seorang musafir tua
musafir: sudikah kamu ajar saya cara2 mengambil wudhu?
wali: aku ulama besar, kalau sekadar wudhu, belajar saja dengan orang lain.
musafir: wallahi, tolong lah tunjuki saya. sungguh saya ingin belajar
wali: baik, selepas berniat, basuh muka, tangan dan sebagainya dengan 3 kali ulangan

*musafir melakukan 4 kali ulangan

wali: kamu telah membazir kerana melebihi kadar yang sepatutnya! Allah benci pada perbuatan kamu!
musafir: jika saya ini salah kerana membazir air wudhu, bagaimana dengan kamu yg berlebih2 pada pakaian? rumah? makanan? siapa yang Allah lebih benci wahai ulama?
walk away. u need to do that sometimes..

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #51 on: August 26, 2013, 02:36:57 PM »
TQ kpd Limpbizkutz & Yon utk info pasal Tarikat Ahmadiah tu. Pernah dgr sebelum ni tapi tak pernah meneliti pembawaannya. InsyaAllah, kalau ade masa esok2 bleh cari lebih info pasal tu.

Aku tak berani nak kata tarikat tu betul, tarikat ni tak betul. Aku tak tau camna isi kandungan ajarannya sbb aku bukan ahlinya.. aku cuma berani komen hal yg aku tau je & byk lagi yg aku tak tau sebenarnya.

Aku rasa kalau kita duduk oversea, perkara ni akan lebih mudah dinilai. Sebab kat negara2 yg liberal cam US atau Europe, aliran Sufisme ni kebanyakkannya tak pernah mengaku pun diorang ni sebahagian dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah @ Ahlul Hadith @ Ahlul Athar. Diorang anggap diorang aliran yg berbeza dari Ahlul Sunnah sebagaimana zaman Imam 4 Ahlul Sunnah dulu. Malah ade grup Sufi yg mendakwa aliran Sufisme ni dah ada lebih awal dari zaman Rasulullah SAW.

Kat Malaysia ni payah sebab dia agak bercampur aduk skit.. & ade amalan tertentu plak dibuat secara tertutup. Mainly sebab taknak berkonfrantasi dgn pihak berkuasa. Lebih kurang kat Mesir, India & wilayah2 Nusantara lain. Tapi masalhnya, semua grup berlumba2 nak pegang title Ahlul Sunnah Wal Jamaah walaupun aqidah & amalan berbeza2.. kadang2 bertentangan langsung dgn fiqh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam AsSyafie & Imam Ibn Hanbal.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #52 on: August 26, 2013, 02:54:02 PM »

ada kata sesat...ada kata ok.

Neraca penilai yg paling sempurna bukan ape yg ko kata, aku kata atau mereka kata. Neraca penilainya adalah Al-Quran & Al-Sunnah.. & kedua2 sumber agama ini dinilai berdasarkan pemahaman salafussoleh; para sahabat, tabi'in & tabi' at-tabi'in.

Rasulullah SAW bersabda; “Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para sahabat) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya (tabi' at tabi’in)” (Hadits Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Ulama Ahlul Sunnah tak kata kesemua grup tarikat aliran Sufisme sesat. Dia dinilai satu per satu.. berdasarkan ape iktikad & amalan yg dilakukan oleh tarikat masing2.. sbb lain tarikat, lain pegangannya. Bila salah aqidah & ibadatnya, baru dikatakan sesat.

Hal ni mudah kalau kita kembali kpd fundemental agama.. tapi akan jadi komplikated bila menceburkan diri dlm teknik berfikir dgn berfalsafah ala ahli kalam.

Let us get back to basic. Agama Allah SWT telah disempurnakan melalui Rasulullah SAW. Apa yg datang dari Rasulullah SAW adalah sebahagian dari agama. Ape yg bukan dari Rasulullah SAW bukan sebahagian dari agama. Ape yg dibenarkan & dihalalkan oleh Rasullah SAW, akan kekal halal sehingga hari kiamat. Ape yg dilarang & diharamkan oleh Rasulullah SAW, akan kekal haram sehingga hari kiamat.

Ingat prisip ini. Apabila membabitkan perkara2 agama, semua adalah haram hukumnya kecuali ada petunjuk & arahan dari Rasulullah SAW. Apabila membabitkan perkara2 bukan agama, semua adalah halal hukumnya kecuali ada larangan & tegahan dari Rasulullah SAW.

Secara mudahnya begini.. ibadah kepada Allah SWT adalah sebahagian dari agama. So, semua bentuk peribadahan adalah haram kecuali yg diajar Rasulullah SAW. Dalam dunia ada mcm2 cara manusia pelbagai agama beribadah kepada tuhan.. ade yg tepuk tangan, ade yg bakar colok, ade yg meniarap, ade yg menyelam dlm air, ade yg bagi sesaji dll. Semua ni haram.. kecuali ape yg Rasulullah SAW ajar, contoh solat, berdoa, berzikir, puasa, haji, zakat dsb.. & mesti mengikut tatacara yg diajar Rasulullah SAW.. bukan boleh improvise ikut sesuka ati.

Makan misal kata, bukan sebahagian dari agama. So basically, semua bentuk makanan adalah halal kecuali ade larangan dari Rasulullah SAW. Dalam dunia ade mcm2 makanan.. nasi, buah, ikan, daging, air sirap. Semua ini halal.. kecuali ape yg Rasulullah SAW larang, contohnya babi, arak, darah, binatang yg disembelih dgn tidak menyebut nama Allah SWT, makanan yg dipersembahkan utk berhala dsb.

So, secara simplenya, kalau ko nak nilai satu2 grup, ko kena nilai adakah akidah & amalan yg dipraktikkan oleh grup itu sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah SAW? Sebagai contoh, dalam ibadah & mendekatkan diri kepada Allah SWT, adakah amalan2nya sebagaimana yg diajar Rasulullah SAW kepada sahabat? Ingat, semua bentuk ibadah adalah dilarang kecuali yg diajar oleh Rasulullah SAW.. selain yg berasal dari Rasulullah SAW, semua haram! Takde benda2 baru dalam agama. Ni bukan resepi biskut raya yg ko bleh tambah kurang secukup rasa!

Kalau misal kata zikir melompat2 & terhuyung hayang terbukti ade diajar oleh Rasulullah SAW & diamalkan oleh sahabat serta salafussoleh.. bleh la amal.. tapi kalau dah tak ade bukti, tu bukan sebahagian dari agama namanya.

Agama Islam ni bukan berbentuk eksklusif. Ilmu bukan hanya utk orang tertentu. So, aku tak bleh nak terima kalau ade yg argue "hal ini tidak boleh dibincang dgn khalayak awam". Orang awam zaman skarang bukan mcm orang awam 1,000 tahun dulu atau cam tahun2 1940-an. Dan tak semestinya join tarekat sufi utk belajar agama, bro.

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #53 on: August 26, 2013, 03:00:34 PM »

Dalam sebuah athar sahih riwayat Ad-Darimi, Abu Musa Al-Asy’ari RA memberitahu Ibn Mas’ud RA bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam bulatan (halaqah) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan juga para Sahabat RA.
 
Mendengar yang demikian, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi SAW masih ramai, baju Baginda ini pun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab: “Demi Allah wahai Abu ‘Abd Ar-Rahman! Tujuan kami hanya untuk kebaikan”.

Mendengar jawapan mereka itu, Ibn Mas’ud ‘berkata: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya). Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca Al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka”. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”.

Kemudian ‘Amr Ibn Salamah berkata: “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-Nahrawan”.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #54 on: August 26, 2013, 03:09:42 PM »

Dan mereka juga ada soalan-soalan mistikal/ misteri kegemaran mereka seperti "Bilakah Nur Muhammad bertemu Nur Allah?", atau "Bagaimana Allah ada tinggi di Arash tapi semua arah ialah wajah Allah?".

Soalan2 ini cukup sesuai jika dijawab dgn kata2 Imam Malik bin Anas RA.

Imam Malik RA pernah ditanya, “Wahai Abu Abdullah, Allah bersemayam di atas ‘Arsy, bagaimana Dia bersemayam?” Imam Malik RA menjawab, “Istiwa (bersemayam) itu difahami maksudnya (secara bahasa), bagaimana caranya bersemayam itu tidak diketahui, mengimaninya adalah wajib, dan mempertanyakannya adalah bid’ah dan saya tidak melihatmu kecuali seorang pembuat bid’ah.”

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #55 on: August 26, 2013, 04:09:42 PM »

Fathul Bari duk cerita pasal syiah kat masjid Balakong tadi....

Ade info menarik yg bleh dikongsi ke, bro?

"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #56 on: August 26, 2013, 10:50:59 PM »
Mak aih! Geng2 whirling dervishes ni pun dah ade kat Malaysia rupanya! Tergezut aku!

http://www.youtube.com/watch?v=8dMnHY4GcGY

http://www.youtube.com/watch?v=DKInT6lgtdI
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: ISLAM 101
« Reply #57 on: August 27, 2013, 12:04:07 PM »
Ade info menarik yg bleh dikongsi ke, bro?

Panjang lebar khtubahnya.. satu je aku suka = dia tak pakai skrip/kertas laa masa khutbah.. tu je..

Info yang dishare pula bagi aku lebih kepada pendedahan je.. dan dia kata kalau nak atasi, kena ada ilmu (macam tambah subjek pasal shiah dalam buku sekolah.. lagi apa tah aku lupa dah). Itu je..

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: ISLAM 101
« Reply #58 on: August 27, 2013, 12:07:30 PM »
Ahaha buleh terangkan tak aim pasal whirling ni.. pelik betul aku nengok.. dari mana geng2 ni datang ek? hehe tak penah pulak aku tengok imam2 kat mesia ni pusing2 camtu..

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: ISLAM 101
« Reply #59 on: August 27, 2013, 01:08:37 PM »

Ahaha buleh terangkan tak aim pasal whirling ni.. pelik betul aku nengok.. dari mana geng2 ni datang ek? hehe tak penah pulak aku tengok imam2 kat mesia ni pusing2 camtu..

Kalau imam masjid pusing2 camtu, memang patut ditempeleng je oleh kariah & AJK masjid! Bwarghahah!

Sampai sekarang, pengaruh Hamzah Fansuri masih kuat di alam nusantara, terutama melalui golongan seniman & peminat sastera klasik yg mempromosikan kehebatan sajak2 kesufian. Kalau peringkat global ada Jalaluddin Rumi, di Nusantara kita ada Hamzah Fansuri.

Whirling Dervishes (darwish berputar?) ni basically pengikut sufi/tasawwuf aliran Tarikat Maulawiyyah atau Mevlevi Order.. diasas oleh pengikut Jalaluddin Rumi, sorang ahli Sufi dari Parsi yg terkenal dgn gelaran Maulana. Tarikat ni sangat2 berpengaruh bermula masa zaman pertengahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah (kalau tengok tahun, lebih kurang sama time dgn penubuhan Kesultanan Melayu Melaka).

Pada diorang, berpusing2 camtu adalah sebahagian cara ibadah zikir diorang. Kononnya satu hari Rumi jalan2 kat pasar, terdengar ketukan tukul & zikir "Laailaha illallah" dr sorang tukang emas. Rentak ketukan tukul & zikir tu kononnya membuatkan hati Rumi terlalu asyik hingga dia berpusing2 dgn khusyuk kegirangan. Well, tu la dia asal ibadah zikir Sufi pengikut Rumi.. sampai la skarang.

Korang tengok cara diorang ambik something sebagai ibadah.. mmg terang2an bukan dari Rasulullah SAW, tapi diambil jugak jadi sebahagian dr agama. Pastu sesetengahnya ade hati plak ngaku Ahlul Sunnah.. ntah mana sunnahnya pun aku tak tau!

Skarang, pusat tarikat ni masih kat Turki.. & dah jadi antara tarikan pelancong utama kat sana. Semakin berkembang dgn back-up dari kerajaan & UN.

Dlm vid tu, kalau tak silap aku, yg ramai2 tu follower Naqsyabandi kat sini.. cuma kata org, Naqsyabandi ni agak terbuka utk terima ibadah dari tarikat lain sebagai cara mengiktiraf jalan2 tasawwuf yg berbeza.