Semalam kat astro tayang delay RAW isnin dari U.S. So ni sedikit review aku show yang dorang buat.
Habis je citer Desperate Housewive ( huh stim betul tengok mak mak lawa ni hahaha ) kat channel berapa ntah aku tak hingat, aku terus bukak channel 80.. iaitu ASSP.
Yeah..
Maka startlah WWE RAW dengan penuh sedih akan kehilangan seorang bintang bernama Eddie Guererro yang memang dorang rancangkan untuk jadi pemenang juara dunia untuk PPV ( pay per view ) seterusnya.
Dimulakan dengan barisan manusia manusia belakon yang memang tak pertayangkan langsung muka berlakon seperti mana kita lihat setiap kali ada perlawanan. Hampir lebih 50 superstar termasuk gabungan SmackDown ada dalam Raw kali ni.
Vince McMahon sebagai 'bapak kades' WWE memberi sedikit ucapan dan ditamatkan dengan berdiri sambil senyap disulam bersama 10 hentaman loceng gelanggang untuk memberi tanda hormat terakhir akan seorang jaguh yang menyambung legasi keturunan Guererro. Sebaik sahaja loceng sadis tamat gegak gempitanya, Vince melaungkan "Viva La Rasssaa" dengan air muka sedih yang
jarang dipertontonkan akan benarnya dari WWE.
Kemudian, sebuah video presentation mengenai Eddie dipertontonkan, aku respek betul sapa yang edit video tu. Dalam masa beberapa jam sahaja.. dia rajin carik tape tape lama yang ada visual eddie dan editnya bersama lagu sedih yang memang touching..
Show RAW semalam memang best, banyak gimmick best dibuat untuk penonton faham akan perasaan manusia yang sanggup dihentak berdarah darah, luka sampai patah patah tulang.. demi memberi kepuasan peminat wrestling seluruh dunia. Hampir lebih kurang 10 interview dibuat selang selang dalam show semalam.. dirakam secara cepat dan tak banyak edit terus di on airkan. Banyak expressi sedih dan luahan sebenar rakan rakan Eddie menceritakan pengalaman dan serba sedikit kisah yang berlaku di belakang gelanggang.
Paling aku sedih ialah rakan baik Eddie ketika di zaman WCW lagi, iaitu Chris Benoit, Dean Malenko dan Booker-T. Teramat sedih sekali adalah anak buah Eddie, iaitu Chavo Guerrero.. pewaris terakhir legasi Guerrero.
Banyak perlawanan gempak di on air kan. Pertarungan antara superstar RAW dan SmackDown dibuat secara mengejut.. antara paling best ialah...
John Cena vs Randy Orton - generasi ke-3 WWE
Kurt Angle vs Shelton Benjamin
...
dan beberapa lagi.. aku rasa kali ni RAW paling drastik best aku tengok kat Astro....
Presentation RAW di Mineapolis kali ni, memperlihatkan kereta bapak ayam Eddie dipertontonkan di perkarangan keluar superstar ke gelanggang. Sedih gak semalam tengok WWE takde Eddie. Aku rasa dia antara paling pandai berlakon dan mempartitionkan hidup dia antara hiburan dan realiti. Sleng mexiconya pun jadi ikut ikutan peminat WWE semenjak dari "MAMASITAAA".. hinggalah kini " Im Your PAPPIIIII ".
---
Begitulah serba sedikit, lepas ni aku nak cari lagi beberapa artikel dalam net.. nak kenalpasti punca kematian mengejut eddie dihotel tempat dia tidur.
--
Musykil, adakah sebab memang dia tahan sakit kerana impak bergusti selama 25 tahun??...
--
Rest in peace 'pappi'