Author Topic: Daulat tuanku!  (Read 8143 times)

Max_ady

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1387
    • View Profile
Daulat tuanku!
« on: November 06, 2006, 12:23:55 PM »
Quote
Titah Sultan Johor timbulkan tanda tanya

SINGAPURA 5 Nov. – Kementerian Luar Singapura menyifatkan titah Sultan Johor agar Tambak Johor dirobohkan bagi menjadikan Johor lebih maju, menimbulkan tanda tanya.

Channel NewsAsia (CNA) melaporkan jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata bahawa Singapura tidak percaya gesaan itu mencerminkan pendirian kerajaan Malaysia.

Sultan Iskandar menimbulkan kejutan pada majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) semalam apabila baginda bertitah agar tambak yang menghubungkan Malaysia dan Singapura itu diroboh.

‘‘Causeway tu, bukakan... baru negeri Johor ni maju,’’ titah baginda sebelum melancarkan projek itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Menjawab pertanyaan CNA tentang titah Sultan Johor itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata: ‘‘Saya rasa perkara paling penting ialah kita melihat titah dan komen itu dalam konteksnya yang sebenar.

‘‘Saya fikir apa yang paling penting ialah kita perlu sentiasa belajar dari masa lampau dan pastikan apa jua pembangunan yang bakal kita laksanakan, akan membawa manfaat kepada kesejahteraan kita dan demi kebaikan rakyat.’’ katanya.
– Bernama

aku dari dulu memang tersangat respek dekat tuan aku nie.  tapi yg aku nak tanya sangat pada amid, konteks yang tak sebenar pula yang mana?
 

JaymanJohn

  • Mods
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5910
  • Cube taip :jayman: ...hahaha
    • View Profile
    • http://jaymanjohn.deviantart.com
Re: Daulat tuanku!
« Reply #1 on: November 06, 2006, 03:26:35 PM »
ROBOHKAN SAJA

bina baru taknak roboh pon nak tanya kita ROBOHKAN SAJA

*^*bluelover*^*

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2167
  • Minx Blue!
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #2 on: November 06, 2006, 05:15:17 PM »
'konteks' tu ako rasa Amid gunakan utk menutup ketelanjuran bicara ketua negara (hanya pd simbol ketuanan) sahaja kot. Kerana, jika Amid mengiayakan kata2 sultan tu, means dia akan jd medium perang saraf antara Singapore n Malaysia (Johor Khususnya). Dan sepatutnya, tiada pemimpin yg berani bersuara lantang, kerana, setiap patah kata itu, akan di jadikan pelbagai jenis alasan utk mencapai situasai konflik yg berat sebelah.

Dan secara peribadi, ako melihat, seolah2 satu usaha mewujudkan kekebalan kuasa Raja semula. Umpama tikus yg mula melompat tinggi bila kucing tiada. Sorry, ni bukan sokong individu, tp ako membandingkan kekuasaan seorg Perdana menteri dan juga indiv dr institusi kesultanan.

Jika sesuatu kesultanan ini mempu mengembalikan kegemilangan sesebuah negara, ako amat bersetuju jika ianya mula mengeluarkan titah perintah. Akan tetapi, jika hanya sebagai simbol, malah buta tentang pentadbiran dan pengurusan sebuah negara di zaman global ini, ako rasa, Ampun tuanku. x cukup layak utk bertitah. Maaf... pd yg tidak selesa.
Lock Up!

Max_ady

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1387
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #3 on: November 06, 2006, 06:30:02 PM »
Blue! sultan johor dan sultan dari negeri lain adalah teramat berbeza! rakyat negeri johor pada umumnya masih mendaulatkan serta berbangga dengan sultan mereka berbanding negeri lain..

semasa baginda dilantik menjadi SPB YDP Agung, baginda seorang sahaja Raja Melayu yang tak ubahsuai Istana Negara dan segala gaji dan elauns baginda dan baginda Raja Permaisuri Agung yang diperuntukan Kerajaan  melalui Akta Parlimen tidak diambik, malah dijadikan biasiswa untuk pelajar kurang bernasib baik.

Semasa baginda menjadi Agung, baginda selalu mengundang Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad meninjau projek projek pembangunan sekitar Lembah Klang semasa Malam Minggu, secara senyap senyap. Mana ada Agung yang lain buat macam tu.

oh ye.. pada baginda sultan johor, baginda sentiasa lebih berkuasa daripada perdana menteri! itu sebab laa apabila tun mahathir menyuruh semua sultan melepaskan batalion tentera mereka, yg tak dengar kata cuma sultan johor sahaje! itupun mahathir beritahu jauh-jauh, kalau dekat-dekat memang kompom makan penerajang bugis sultan iskandar nih... dia pedulik hapeee!  anak dia sendiri dia ketuk kepala pakai tongkat depan rakyat jelata!

daulat tuanku!

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Daulat tuanku!
« Reply #4 on: November 06, 2006, 06:54:17 PM »
kalau ikutkan..
aku sokong saja.
sultan sebenarnya, power dia mengatasi PM itu sendiri.
dengan itu, perjanjian antara kerajaan boleh terbatal dengan kuasa majlis raja-raja.
apatah lagi sultan johor lebih berhak pada negaranya sendiri.

namun melihat pada usia tuanku johor. Ada sedikit pertikaian dalam penilaian beliau.

tapi aku sokong sangat.. Tambah2 dah berapa lama singapore perasan diorang hebat sangat.
Semua tanda melayu ujud kat sana pun dah lups... hatta studio jalan ampas yang glamer tuh pun dah hilang, istana geylang bla bla.

jika dulu dia kata, kita boleh bina jambatan sekerat... dan biarkan diorang nak sambung tak sekerat..

jadi apa salahnya kalau kita robohkan bahagian kita punya sekerat dan tak payah bina dah..
kita tengok siapa yang tertekan.. :)

Visit : + Blog + Twitter + FB

*^*bluelover*^*

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2167
  • Minx Blue!
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #5 on: November 07, 2006, 08:51:19 AM »
Okey. ada info yg ako x tau. Ako antara ra'ayat biasa yg tidak trima info cam ko Max. tp..ako pon dr johor. emak ako pon anak bangsawan johor , datok ako sekutu sultan Abu Bakar. Means, walau ada perkaitan x rapat, yg mana ako nampak, itu yg ako kata. Ako x menegakkan tuduhan ako, cuma, pada ako, ako kesian PM. Skang mana satu nak dia hadap. Pelbagai isu besar yg timbol. Sebagai rakyat, ako mengharapkan PM dapat fokus pd ta ta cara bgaimana nak kurg kan beban ekonomi pd rakyat. PM skang baru je dpt mandat utk menerajui negara yg dh dh ada nama. Beban menjaga nama pon dia kena tanggung. Then, baru dia nk lega kes tambak johor...jd lg cem ni..

Berkenaan kepatuhan dia pd Tun, dia sama je mcm menteri yg lain. Terpaksa akur pd arahan PM. Kerana. adakala utk menjadi pemimpin kpd pelbagai latarbelakang pendidikan, personaliti akan menuntut satu kata putus yg muktamad dr seorg ketua. Musyawarah memang bagus, tetapi, jika melibatkan pelbagai kepentingan yg 'haram' utk di war-war kan, ianya tidak bagus dan tidak berkesan. So, even ako masih memilih Tun sbegai pemimpin yg baik, PM skang juga perlu diberi ruang. Terlalu byk isu yg dibangkitkan, akan menyebabkan konsentrasi akan bercabang. tu je yg ako mcm bengang. yg lain...sultan kita ni bagus! Kalo ada apa2 isu agama & kaum, mudah je nk dpt katapemutus dr pucuk institusi negara kita. :D
« Last Edit: November 07, 2006, 08:53:00 AM by *^*bluelover*^* »
Lock Up!

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Daulat tuanku!
« Reply #6 on: November 07, 2006, 11:46:02 AM »
dah nak masuk 5 tahun dah paklah jadi PM.
bukan orang pas saja cakap.
orang umno sendiri pun dah mula cakap.

paklah is SLOW. tooo slow.

mahathir sangat berani. orang berani dia main lanyak jer.
sultan johor juga sangat berani..
tapi mmg susah nak jadi PM selepas ex-PM yang hebat cam Che Det.

bagi aku.. singapore tak patut langsung diberi peluang.. mari kita kurangkan kuasa singapore sebelum US lepak kat singapore. ;)
Visit : + Blog + Twitter + FB

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4860
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: Daulat tuanku!
« Reply #7 on: November 07, 2006, 12:23:58 PM »
betul tu.. mane lagi terkenal, Malaysia atau Singapore dalam peta dunia?

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Daulat tuanku!
« Reply #8 on: November 07, 2006, 01:09:46 PM »
selepas zaman mahatir.
singapore dan malaysia setanding..
tambah2 plak Espn tiap2 tahun ada siar SEPANG (sey-punk) MALAYSIA. :D
Visit : + Blog + Twitter + FB

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #9 on: November 07, 2006, 01:55:32 PM »
yg lempang Harun Din (atau Abu Hassan Din) tu Sultan Johor kan?

Max_ady

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1387
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #10 on: November 07, 2006, 02:30:13 PM »
maner satu nie madstone.. hassan din tu penasihat istana negara...ker harun din ulamak tu.. atau pak din tukang kebun istana!

sultan johor nie dikatakan mcm gedebe, samseng skit etc. pernah kuar paper, mcm kes adam rambo, lempang wartawan yg siarkan news tak baik etc..tp dgn khabar2 angin tersebut, sultan johor tetap prihatin dgn nasib rakyat, spt biasiswa etc.dulu diantara projek-projek besar sultan johor jugak yg berikan atau suruh buatkan...

tak tau lar aku sampai rapat sehingga bertepuk bertampar! nie aku nak kene tanya harun din nih kat bangi nie! tapi yer laa yg mana satu?

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4860
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: Daulat tuanku!
« Reply #11 on: November 07, 2006, 03:36:03 PM »
Prof. Dato Harun Din pernah menafikannye kalau tak silap aku
cume yang pasti dia pernah ditawarkan menjadi mufti di sebuah negeri 2 kali
tetapi dia menolak dengan cara baik atas sebab syaratnya tidak di penuhi oleh Sultan tersebut

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6520
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #12 on: November 07, 2006, 06:05:00 PM »
baginda  mmg agak kerek..

tp ada ramai org claimed kata dia membela org agama.. dan baguss.. serta tegas..

entahlaa..
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #13 on: November 07, 2006, 09:46:52 PM »
kesnya sbb either of the Din brothers to tegur Sultan Johor pakai rantai kat tangan
itulah kes nya....betul tak betul, aku tatau, saje tanya

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10737
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Daulat tuanku!
« Reply #14 on: November 07, 2006, 10:17:56 PM »
tuh kes Mufti johor aku rasa..
mufti tegur gelang emas masa semayang jumaat.
emas tak boleh dipakai lelaki.

aku tak tau cerita benar atau hoax jer.
dikhabarkan.. selepas ditegur dia tampar mufti tuh.
pastuh stroke sebelah badan. something like that.
pastuh minum air basuh tangan? kaki mufti tuh baru sembuh balik..

tapi bagi aku.. orang melayu selalu suka melebih2kan cerita  ;)
« Last Edit: November 07, 2006, 10:19:31 PM by mysticmind »
Visit : + Blog + Twitter + FB

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #15 on: November 08, 2006, 03:03:12 AM »
tu la masalahnya

mcm SMS Azhar Mansor nak baptiskan bebudak melayu kat gereja di perak tu la
kecoh 1 malaya, giler punya sebar benda palsu camgini
keji giler perbuatan itu!

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
Re: Daulat tuanku!
« Reply #16 on: November 08, 2006, 03:13:22 AM »
tuh kes Mufti johor aku rasa..
mufti tegur gelang emas masa semayang jumaat.
emas tak boleh dipakai lelaki.

aku tak tau cerita benar atau hoax jer.
dikhabarkan.. selepas ditegur dia tampar mufti tuh.
pastuh stroke sebelah badan. something like that.
pastuh minum air basuh tangan? kaki mufti tuh baru sembuh balik..

tapi bagi aku.. orang melayu selalu suka melebih2kan cerita ;)
yep, member aku pon ada gitau.. hey, aku dok Johor ni. (tapi bukan pure Johorian...)
versi aku dengar bukan stroke sebelah badan, tapi tangan tu je yg uhhmmm paralyzed..? Pastu baginda jumpa bomoh nak sembuh kan tapi tak dapat2...

[/align]

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #17 on: November 08, 2006, 06:48:11 AM »
Yg kes Prebet Adam mengamuk tu tak silap aku citer dia camgini
Sultan Johor main golf pukul tak masuk
caddy yg kebetulan adik (@ abg Prebet Adam) TERgelak slow je dan Sultan Johor terdgr
dan terus belasah caddy tu dgn kayu golf sampai mati
betul tak betul, tah laaa tapi itu yg askar 1 malaya kecoh
wallahu a'lam

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
Re: Daulat tuanku!
« Reply #18 on: November 08, 2006, 08:39:53 AM »
citer Sultan Johor lagi?
ntahnyee... aku dok Johor pun malas nak amik tau... aku bukan kaki gosip :P
tapi kalo askar semalaya kecoh btol la kot...?

Sblum ni max_ady ada kata org Johor masih mendaulatkan Sultan eh? Aku tengok takde la sgt... rakyat sendiri kutuk pasal peristiwa gelang emas tuh... takde pon aku nampak yg mengagung-agungkan... =? kalo nak banding dgn negeri lain aku taktau la...

[/align]

Max_ady

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1387
    • View Profile
Re: Daulat tuanku!
« Reply #19 on: November 08, 2006, 10:44:56 AM »
tu lah, masaalahnye tu selalu dengar orang kata tu vulpine... tapi yg dibawah ini benar, ia adalah ucapan sultan....

tuanku pernah bertitah :

"ingin kita mengingat kan bapak bapak sekelian, jangan kerja macam lembu tapi anak hisap dadah, biar kita pukul anak kita biar dia menangis hari ini, jangan kita menangis di kemudian hari"

dan masa pengistiharan bandar iskandar baginda bertitah lagi!

" JANGAN DENGAR CAKAP BALAU"

tak pernah pemberian satu-satu nama kepada tempat itu akan dipersoalkan oleh mana-mana sultan! tetapi sultan ini bertitah lagi..

" eh , macam mana nama kita ada dekat sini sini"

bagi orang asal johor memang mereka mendaulatkan sultan johor, tidak bagi orang luar yg masuk ke johor! kerana sejarah sultan johor itu sendiri terkenal dengan kegarangan mereka, bahkan negeri johor juga adalah negeri yg terakhir dijajah oleh british disebabkan oleh kebijaksanaan temenggong ibrahim sehinggalah sultan abu bakar. kebijaksanaan merekalah yg menyebabkan negeri johor adalah lebih maju selepas selangor dan negeri yg bersultan yg lain... nie tidak! diakibatkan orang dari negeri lain diberikan kuasa pemerintahan berbanding sultan johor itu sendiri, maka boleh bagi kebenaran utk rakyat singgapura masuk tanpa pasport, orang negeri lain yg jugak suruh supaya tambak itu kekal...