Author Topic: Budaya Membaca Rakyat Malaysia  (Read 11011 times)

adzakael

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3060
  • Boтум Cэпaратум
    • View Profile
    • http://www.adzakael.com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« on: October 18, 2005, 04:18:39 PM »
http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/z...131215/Article/



Quote
Baca 2 buku setahun?
Oleh Fairuz Zaidan

BACALAH atau Iqra’ yang dipetik dari Surah al-Alaq iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun lalu jelas menunjukkan betapa besarnya pengertian ilmu dalam rona kehidupan manusia.
 
 Namun, masih ada di kalangan masyarakat yang malas dan mengabaikan tabiat membaca atas alasan tidak mempunyai waktu yang cukup dan ‘pening’ melihat susunan abjad pada kandungan buku. Pening? Hmmmm... Hanya alasan!
 
 i-Kon minggu ini cuba mengupas, selain mendapatkan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia, jenis buku dan usaha bagi memperkasakan tabiat membaca. Selamat membaca!
 
 MEMANG memeranjatkan bila meneliti hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.
 
 Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik:hoye: , diikuti majalah, buku dan surat khabar. Antara jawapan yang diperoleh menerusi hasil tinjauan orang ramai ialah tidak mempunyai lebih masa atau juga kurang berminat membaca.
 
 Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah masyarakat sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak mempunyai masa untuk mentelaah sebarang bentuk bahan bacaan yang terjual di pasaran? Atau mungkinkah masyarakat tidak lagi berminat untuk membaca buku, sebaliknya lebih tertumpu kepada sumber ilmiah lain seperti Internet, televisyen atau radio untuk mendapatkan maklumat terkini?
 
 Bila melihat purata membaca buku di kalangan masyarakat kita nyata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan senario masyarakat di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan China yang menjadikan buku sebagai teman setia di waktu terluang.
 
 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat, berkata berdasarkan kajian pada 1996 itu, Perpustakaan Negara sekali lagi mengadakan kajian terbaru bagi meneliti kadar celik huruf (literasi) dan tabiat membaca di kalangan masyarakat di Malaysia.
 
 Beliau berkata, kajian bertajuk Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 yang dimulakan pada Jun lalu dengan kerjasama Jabatan Statistik dijangka dapat diketahui hujung tahun ini.
 
 
“Kajian ini merangkumi tinjauan membabitkan seramai 60,000 rakyat pelbagai peringkat usia di seluruh negara.
 
 “Dalam kajian ini juga, kita akan ketahui tahap kecenderungan masyarakat Malaysia membaca, selain bahan bacaan yang dibaca untuk dikumpulkan ke dalam data.
 
 “Tinjauan bermula Jun sehingga Ogos lalu penting bagi mengemas kini maklumat, di samping mengetahui tahap kecenderungan membaca masyarakat,” katanya yang ditemui i-Kon, baru-baru ini.
 
 Beliau berkata, kajian yang masih dalam peringkat semakan data itu bakal menjadi kayu pengukur bagi jabatan itu dalam usaha memperkasakan lagi tabiat membaca.
 
 Ditanya mengenai kelompok usia paling cenderung mengamalkan budaya membaca, Dr. Wan Ali berkata, golongan remaja mendahului senarai paling tinggi yang kerap membaca.
 
 “Kelompok ini (remaja) terutama penuntut universiti dan kolej semestinya memilih buku teks sebagai bahan bacaan wajib dan tidak terkecuali memilih bahan bacaan berbentuk hiburan dan novel sebagai pilihan mereka,” katanya. Dr Wan Ali berkata, walaupun kempen membaca dilaksanakan Julai, pihaknya turut mempromosikan kempen galakan membaca secara berterusan sepanjang tahun.
 
 Mengenai tema Rajin Membaca Pasti Berjaya, beliau berkata, setiap tema yang diketengahkan bertujuan untuk menarik minat serta sebagai galakan untuk menyedarkan rakyat pentingnya membaca buku.
 
 Beliau berkata, dalam merancakkan lagi usaha membentuk masyarakat yang gemar membaca, kerajaan juga menambahkan lagi infrastruktur perpustakaan di luar bandar dengan mewujudkan sebanyak 200 perpustakaan desa yang kini dalam tempoh 90 peratus disiapkan.
 
 Ketika ini, Perpustakaan Negara mempunyai 700,000 ahli berdaftar dengan purata seramai 3,000 pengunjung pada setiap hujung minggu, manakala purata 1,000 pengunjung setiap hari.
 
 “Pada pandangan saya, kemajuan teknologi maklumat turut sama penting dengan peranan buku kerana bagi saya masing-masing mampu memberikan maklumat dalam kita mendapatkan sumber maklumat terkini,” katanya.
 
 Ditanya juga mengenai pandangan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dipetik berkata “Jika kita meminjam buku di perpustakaan, kita sentiasa terkebelakang lima tahun.” (Berita Harian (BM) 31 Julai 2005).
 
 “Pada pandangan saya, falsafah yang dikemukakan datuk itu sebenarnya menggalakkan orang ramai memiliki sendiri buku, iaitu tidak menangguhkan untuk mendapatkan buku sendiri,” katanya yang tidak menganggap kenyataan itu sebagai mengkritik Perpustakaan Negara.
 
 Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah, berkata adalah sukar sebenarnya untuk mengukur budaya membaca di kalangan masyarakat.
 
 “Jika dikatakan orang ramai tidak baca, tetapi pada masa yang sama kita dapat lihat kebanjiran toko buku dengan penerbitan majalah dan buku pada setiap tahun.
 
 “Persoalannya, adakah masyarakat kita membeli untuk membaca atau melihat gambar semata-mata?” katanya.
 
 Dr Firdaus berkata, ketika ini sukar untuk menyaksikan amalan membacakan cerita kepada anak-anak oleh ibu bapa kerana kehadiran bentuk maklumat lain seperti televisyen.
 
 “Sekiranya amalan membacakan cerita sebelum tidur tidak kiralah cerita pendek atau sajak, saya percaya dengan sendirinya ia mampu merapatkan kemesraan keluarga secara amnya,” katanya. Apakah masa depan buku dan pengaruh teknologi maklumat (IT) terhadapnya? “IT adalah ‘penawar dan racun”, jelas Dr Firdaus.
 
 Baca, rehat dan minum di kedai buku
 
 “RAMAI yang suka buku dan baca buku tetapi lokek beli buku.” Itu kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
 
 Tambahnya lagi: “Jika ini keadaannya, sama ada anda pergi ke kedai buku dan duduk di sana dan habiskan membaca buku itu di sana, kerana mahalnya, atau pergi ke perpustakaan. Tetapi biasanya di perpustakaan buku baru lambat sampai, jadi anda akan sentiasa terkebelakang lima tahun.
 
 “Jika kita beli, dalam detak dan detik yang sama, kita membaca buku berkenaan dengan orang lain di negara lain.”
 
 Jadi, mana satu pilihan anda? Beli, baca di kedai atau pinjam di perpustakaan?
 
 Masing-masing pasti ada jawapan tersendiri. Hendak membeli mungkin tidak mampu, pinjam di perpustakaan, mungkin jadi seperti yang disebut Sasterawan Negara, `sentiasa terkebelakang lima tahun’! Mungkin bagi kebanyakan yang gemar membaca, tetapi tidak mampu membeli kerana mahal dan tidak mahu ketinggalan dengan meminjam di perpustakaan, membaca di kedai buku adalah pilihan paling sesuai.
 
 Lebih-lebih lagi, kebanyakan kedai buku utama hari ini seperti MPH, Borders dan Kinokuniya, bukan saja menyajikan bahan bacaan pelbagai dan terkini malah menyediakan ruang untuk pengunjung menghayati isi kandungan buku di situ.
 
 Tidak cukup dengan itu, ada kedai buku yang turut menempatkan kafe di dalamnya dan pelanggan boleh membaca, sambil menikmati kopi ditemani muzik yang setia berkumandang.
 
 i-Kon turut mengunjungi beberapa kedai buku utama di sekitar ibu kota bagi melihat senario di sana. Memang ramai pengunjungnya, dari yang kecil, remaja hingga ke dewasa. Ada yang sampai duduk bersila membaca buku dan ada yang khusyuk `merenung’ komputer, mencari tajuk buku yang dihajati.
 
 Rata-rata yang ditemui mengakui kunjungan ke kedai buku utama ini adalah untuk `membaca secara percuma’. Ramai juga yang beranggapan kedai buku ini adalah `perpustakaan’, malah lebih berkesan fungsinya berbanding perpustakaan sedia ada kerana menyediakan 1,001 macam bahan bacaan yang terkini.
 
 Tidak kurang juga yang `berhabis’ berbelanja di kedai buku ini, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan buku terkini, juga buku dari luar negara.
 
 Menarikkan? Oleh itu, kepada sesiapa yang jarang-jarang hendak menjejakkan kaki ke kedai buku atau langsung tidak pernah ke kedai buku sebegini..bawa-bawalah diri ke sana. Semoga kita menjadi masyarakat yang gemar membaca.
 
 Program Berkongsi Hasil Maklumat Bacaan DBP
 
Ia bertujuan menanam tabiat suka membaca di kalangan kakitangan jabatan
 
Maklumat bacaan dikongsi sesama ahli mesyuarat selama 15 minit setiap kali tamat mesyuarat (seorang setiap kali mesyuarat)
 
Program ini sudah dilaksanakan pada mesyuarat peringkat Ketua Bahagian dan akan diperluaskan dalam mesyuarat bahagian dan unit
 
 Info Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996
 
Literasi penduduk meningkat 93 peratus.
 
87 peratus penduduk benar-benar mengamalkan tabiat membaca.
 
79 peratus rakyat Malaysia membaca akhbar, majalah (47 peratus), buku (52 peratus) dan komik (32 peratus).
 
Akhbar dipilih oleh kelompok berusia 15 tahun hingga 44 tahun.
 
Majalah dibaca sebahagian besar kelompok berumur 15 tahun hingga 34 tahun.
 
Minat membaca buku dan komik pula menurun selepas umur 24 tahun.
 
 
« Last Edit: October 18, 2005, 04:21:02 PM by adzakael »

                        иаи Таворищ, соединяйтесь!
               
 What Man is a Man Who Does Not Make The World Better?
P 1:48,G 1:5, P menang,150000th post,i made that one

*^*bluelover*^*

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2167
  • Minx Blue!
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #1 on: October 18, 2005, 04:33:29 PM »
Tp rasanya yg paling byk membaca ialah ibu2 surirumah yg tidak berkeja(erm dh mmg lah surirumah x kerja) Minat pembacaan yg lebih spontan. nampak je cebisan akhbar / majalah ketika nk simpan blk pinggan mankok mahal ke dlm almari, terus baca seblum disimpan bersama2 pinggan mahal tuh.

Fakta sukar/mls membeli tetapi rajin membaca adalah bermaksud, rajin meminjam dan membuatnya sebagai harte sendiri. terutama komik.

Ada berlaku perubahan sikap pada org yg rajin membeli, terpaksa rajin memberi pinjam pd yg berminat, dgn harapan mengembangkan minat peminjam itu kepada budaya membacam akan menjadi malas membeli akhirnya. kerana, berputus asa dgn perpindahan hak milik bahan bacaannya secara paksa.

Contohnye, ako dan MAssa. MAssa adalah majalah kesygn ako dr ipt lg. ako sentiasa membeli, n if missed mana2 issue, ako akan murung. slps habisd belajar, ako angkut bw blk melaka nek bas, lantas ako simpan ia sbg harta kesayangan..ako kerap juga menyelak MASSA2 tu..

ada kwn yg perlukan sumber berita n politik scenario..then, ako pk, munkin kami sama2 bleh manfaatkan MASSA kesygn ako ni..bak kater org, ilmu sama dikongsi..Akhirnya...MASSA itu tidak ku tahu nasibnya..kerana kwn ku itu tlh berjaya dlm karier politiknya..dan still sdg membina empayar politiknya..

kerana itu ako berkabung...puasa dr membeli MAsSA kerana harga pasaran agak tinggi utk ako..rm 6/week . if ipt rm 3/week.

so..ako mampu ushar jer dr jauh...
Komik sebulan skalik.. :D :twisted:

MAri membaca! :hoye:

(note:sorry) :sengih:  
« Last Edit: October 19, 2005, 09:30:21 AM by *^*bluelover*^* »
Lock Up!

black_iii

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 378
    • View Profile
    • Sham Razi Dot Com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #2 on: October 18, 2005, 04:43:55 PM »
aku pun heran jugak... ngan budaya orang melayu nih... hari ahad hari tuh aku ade pergi Suria KLCC. masa tuh aku gi ngan kawan aku (bebudak pergh jugak). aku nak cari buku kat kedai buku yang besar kat sana tuh. ape yang dapat aku lihat kat dlm tuh, cuma terdapat segelintir orang melayu di dlm tuh :(  kenapa??? yang lain di penuhi oleh bangsa² cina, india, inggeris, dan lain² bangsa...

DIMANA KAUM MELAYU!!!!

(selepas aku membayar harga sebuah buku kat kaunter, aku keluar hendak ke Mid-Valley pulak cari lagi satu buku yang aku nak kat sana) ape yang aku lihat di luar kedai buku???? baru lah aku jumpa anak² melayu kita... bersidai di birai tembok bangunan di situ... berkepit ngan makwe dan pakwe memasing... ape yang diorang buat??? buang masa ke??? aku pun tak tahulah... banyak sangat perbezaan antara kaum melayu ngan kaum lain...

Masa aku kat Mid-Valley ape yang aku dapat lihat di sana???? hanyalah situasi yang sama seperti KLCC jugak... melayu tetap dengan habit nya yang tersendiri...
BIla kaum cina maju melayu nak melenting... tapi tak nak berubah... cuba lah berfikir seperti kaum cina fikir...

Masa aku nak bayar buku kat kaunter aku tgk ade 1 family cina kat depan aku... yang aku heran nyer diorang sanggup berhabis ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk buku anak² mereka... dimanakah kaum melayu.... :(

 

adzakael

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3060
  • Boтум Cэпaратум
    • View Profile
    • http://www.adzakael.com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #3 on: October 18, 2005, 04:56:12 PM »
ade tu ade black
tp berape ramai tu yg penting
setiap bangsa pasti ade yg sanggup spend ribu2 utk beli buku
aku sendri sanggup spend hundreds utk beli buku2 yg aku minat
dan yg aku perlukan (since aku sendri bukan berminat nak gi library pon unless kalo betul2 perlu)

 

                        иаи Таворищ, соединяйтесь!
               
 What Man is a Man Who Does Not Make The World Better?
P 1:48,G 1:5, P menang,150000th post,i made that one

black_iii

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 378
    • View Profile
    • Sham Razi Dot Com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #4 on: October 18, 2005, 05:08:49 PM »
betul jugak cakap ngko tuh Adzakael...

Mungkin ape yang aku cakap tadi salah kot... maklumlah aku nih emosi sikit bila cerita pasal bangsa melayu ngan cina....

 

overagedsista

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 966
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #5 on: October 18, 2005, 06:15:47 PM »
kalau kat UK, bila tgh tunggu bas, dlm train, tgh duduk santai, tgh tunggu org diorg mesti pegang buku, baca. Tak kirala berdiri ke duduk ke.. yg penting dr membazir masa, diorg akan baca buku..

kat Malaysia, kalau aku buat mcm tu mesti akan digelar 'poyo'...huahahaha
benkyou!!

adzakael

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3060
  • Boтум Cэпaратум
    • View Profile
    • http://www.adzakael.com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #6 on: October 18, 2005, 07:07:37 PM »
ahh pedulikkan la org nak cakap poyo ke ape
kalo nak bace kat dlm bas bacela
aku kalo bole nak membaca dlm bas gak
cume takleh sbb nanti pening2
(actually membaca dlm kenderaan bergerak tak digalakkan)

tp cube korng pikir
dulu dlm nak dekat 20 tahun lepas
org mesia cuma baca setengah muka setahun
10 tahun lps tu naik jadi 2 buku setahun
uihhh tu kan satu tanda improvement yg bagus tu

lagi satu nak tau gak tanda2 literasi tu
i mean like adekah hanya terhad pd tulisan rumi aje?
kalo die tak reti bace rumi
tapi tau baca tulisan jawi,sanskrit,kanji etc
pon masih dikira buta huruf jugak ke?

                        иаи Таворищ, соединяйтесь!
               
 What Man is a Man Who Does Not Make The World Better?
P 1:48,G 1:5, P menang,150000th post,i made that one

Ancient Warrior

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 738
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #7 on: October 18, 2005, 09:37:00 PM »
err ...melayu banyak membaca gak...baca komik kot?.. ;)  

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7971
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #8 on: October 18, 2005, 10:46:39 PM »
mmg byk membaca tapi baca URTV, Mangga, Intisari dan tah hapa-hapa lagi tah
tapi make sure gossip artis

 :hoye:  :hoye:  :hoye:  

overagedsista

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 966
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #9 on: October 18, 2005, 10:54:48 PM »
senang citer, buku ape yg korang tgh baca sekarang?
maksud aku pada waktu terdekat ni ..

a. tak baca buku langsung, guna internet je
b. Tak baca langsung, surf internet pun tak
c. novel, e-novel, cerpen, etc..
d. comic
e. magazine
f. buku2 info yg tambah knowledge...
benkyou!!

black_iii

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 378
    • View Profile
    • Sham Razi Dot Com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #10 on: October 18, 2005, 11:11:41 PM »
Quote
senang citer, buku ape yg korang tgh baca sekarang?
maksud aku pada waktu terdekat ni ..

a. tak baca buku langsung, guna internet je
b. Tak baca langsung, surf internet pun tak
c. novel, e-novel, cerpen, etc..
d. comic
e. magazine
f. buku2 info yg tambah knowledge...
jawapan aku nih ialah:

f. buku2 info yg tambah knowledge...

tajuk buku rahsia jutawan internet terbongkar :)  

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #11 on: October 18, 2005, 11:47:52 PM »
cakap jer laa ko pegi ngan aku black.. :D

btui a... aku ngan black siap kutuk2 lagi kt bdak melayu yang belangkas tuh.. tengah bejalan pun macam nak beromen jer..  :lol:
nyampah aku..
kat klcc pun.. ramai yang duk bersibai berdua-duaan..
masuk kinokuniya tuh.. rata2 chinese saja.. melayu aku rasa tak sampai pun 5%.. tuh dah termasuk kitorang bedua dah tuh..

kalo ada sesikit melayu ada laa.. tapi tak banyak.. macam bleh kata takde.. aku nampak kat komik section ada laa dalam sorang dua.. akak pompuan kat buku resepi kalo x silap..
lain2 semua chinese, tourist n etc..

paling bleh tgk melayu banyak kat park air pancut tuh semo duk kepit. tah la pose ke tak.. semacam je kepitannya..

kat mid valley mmg ramai sangat orang..
ada honda city baru punya promo.. ramai cine gak.. orang melayu sibuk duk dating jugak..
ntah la..

itu realiti.. bukan racist aaa..

soo. didiklah anak2 anda membaca sejak kecil..
dan bukannya ajar menyanyi dan gedik2 depan tv macam banyak orang 'kite' duk buat skang nih...  
Visit : + Blog + Twitter + FB

black_iii

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 378
    • View Profile
    • Sham Razi Dot Com
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #12 on: October 19, 2005, 12:07:28 AM »
betul tuh mistik....

azarimy

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6571
  • sabariah's back!
    • View Profile
    • azarimy's sketchstation v3.0
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #13 on: October 19, 2005, 03:12:29 AM »
black, mystic... korang pegi hari ahad memang aaa camtu. aku pun pelik gak. tapi yg aku realize, hari ahad org melayu banyak gi kedai buku kat tempat SELAIN dari KLCC. try pegi midvalley punya mph... gila ramai melayu. aku pun tak sure kenapa orang tak gi KLCC. maybe pasal environment kot?

C-Fu

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4419
  • Janda Gersang
    • View Profile
    • Who's here!
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #14 on: October 19, 2005, 04:05:24 AM »
Quote
ape yang dapat aku lihat kat dlm tuh, cuma terdapat segelintir orang melayu di dlm tuh :(  kenapa??? yang lain di penuhi oleh bangsa² cina, india, inggeris, dan lain² bangsa...

DIMANA KAUM MELAYU!!!!
 
kaum melayu dok depan masjid tunggu time bukak posa
Kuala Lumpur Drumline Corps in the houseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
http://www.facebook.com/group.php?gid=21309697169

Ancient Warrior

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 738
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #15 on: October 19, 2005, 12:17:27 PM »
orang melayu ni segan skit...nak pegi baca kat kedai buku atau kat mana2 diorg segan la..beli terus balik...diorg banyak baca kat rumah...

sebenarnya dalam hidup org melayu ni ada satu istilah yg dipanggil 'poyo'...kalo nampak org buat lebih baik skit mesti member2 akan cakap poyo la apalah...
dalam hidup bangsa lain takde isitilah poyo..so diorg bebas buat apa saja sebab takde sapa akan gelarkan ko poyo..!

so aku rasa perkataan 'poyo' tu patut dimansuhkan kerana ia byk menyekat kebaikan...

tapi sebelum nak menghapuskan perkataan 'poyo' ni...mentality mesti ubah dulu la ya...   :P  

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #16 on: October 19, 2005, 02:11:36 PM »
Quote
black, mystic... korang pegi hari ahad memang aaa camtu. aku pun pelik gak. tapi yg aku realize, hari ahad org melayu banyak gi kedai buku kat tempat SELAIN dari KLCC. try pegi midvalley punya mph... gila ramai melayu. aku pun tak sure kenapa orang tak gi KLCC. maybe pasal environment kot?

 
aku pegi sekali la ke mid valley tuh..
baca kisah aku kat aatas tuh btui dlu :P

selepas klcc kotorang ke midvalley..
kat mid valley ramai gile orang.. tapi dalam MPH tuh.. tuh laa yang black kata.. diia sorang jer dalam que tuh melayu. aku tunggu kat luar jer.. hehe.. lum ada budget nak beli buku.. just survey buku2 ape yang patut dibeli.

aku masih tak rasa ramai melayu membaca. tapi aku amat yakin ramai melayu kaki jiwang dan merendek setiap kali hari ahad. Absolutely .

C-Fu, ape kejadahnya uk depan masjid tunggu bebuka padahal tengahari?

Ancient : Melayu malu dan segan tak bertempat kot?.. kepit2 pegang2 tangan  (blan pose lak tuh! ) kat public selamba jer..
huh!.. tak reti akoo..
 
Visit : + Blog + Twitter + FB

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 10738
  • 神秘的な心
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #17 on: October 19, 2005, 02:14:49 PM »
aku tambah sikit lagi..
in the term of BACA. mmg zaman skang nihkita tak leh kata BACA itu hanya kat buku.. Aku percaya ramai antara kita rajin membaca kat internet.. samada bende2 berfaedah atau tidak.. danlazimnya berkaitan dengan kreja kita kan..

so.. ITU KITA!.. Orang lain?..

pegi check kat cc (jangan la kat cc dekat2 U, situ sah2 la ramai duk wat assignment.. cc utk bdak2 U tuh just 10% from other cc in malaysia agaknya.. )..

rata2 CC = budak melayu, duk main game.. tuh kire mujur main game.. selalunya aku jumpa = MAIN MYSPACE!.. tempat2 leh jumpe gambo melayu pakai separuh bogel..
Tak caye tanya Nuppy, dia minat layan myspace.. dia pun mesti pernah jumpe..

ah.. malas la nak cite..

so..melayu mmg tak Membaca..

sekian untuk edisi dedah dan siat.. :D
Visit : + Blog + Twitter + FB

*^*bluelover*^*

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2167
  • Minx Blue!
    • View Profile
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #18 on: October 19, 2005, 04:05:34 PM »
Bangsa kita ikut mood nk membeca or not kot?....mood tu dtg sensorg bila dia sunyi...means org kita lebihkan bersosial dr membawa dunia masing2 dlm keramaian.

contoh..dlm library x bleh bersembang...tp...di letakkan penguatkuasa utk mengahalang org bersembang... sebab?... :pergh:  
Lock Up!

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Budaya Membaca Rakyat Malaysia
« Reply #19 on: October 19, 2005, 04:39:32 PM »
Quote
.... tempat2 leh jumpe gambo melayu pakai separuh bogel..
Tak caye tanya Nuppy, dia minat layan myspace.. dia pun mesti pernah jumpe..

Nuppy??????  :blink: