Author Topic: 50 kedai buku terbaik di Malaysia  (Read 9098 times)

Bukunota

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 14
    • View Profile
50 kedai buku terbaik di Malaysia
« on: June 27, 2008, 12:22:10 PM »
Akhbar Independent yang berpusat di London, menyenaraikan 50 kedai buku terbaik di Britain dengan 10 terbaiknya ialah Crockatt and Powell, Edinburgh Book Festival, Much Ado Books, The Aldeburgh Bookshop, The Bookshop on the Health, Mr Bís Emporium of Reading Delights, Simply Books, Abe Books, The Linlithgow Bookshop dan Tate Modern.

Saya terfikir alangkah baiknya andai kita dapat membuat satu senarai 50 kedai buku terbaik di Malaysia. Kedai buku yang disenaraikan itu, tidak semestinya kedai buku utama di ibu kota seperti MPH Bookstore, Kinokuniya dan Popular Bookstore. Kedai buku itu boleh saja kedai buku kecil di daerah-daerah terpinggir. Asalkan ia sebuah kedai yang menjual buku (dengan menggunakan kata kedai di sini, maka gerai buku tertolak dengan sendirinya) yang ada di negara kita.

Berikut saya fikirkan mengenai syarat-syarat pencalonan untuk 50 Kedai Buku Terbaik di Malaysia:-

    1. Pencalon hendaklah mengandungi nama pencalon, usia pada 2008, lokasi kini dan profesion.
    2.Percalonan hendaklah menyertakan nama kedai buku dan lokasi kedai buku, selain pencalon juga boleh menyertakan butir seperti nama individu atau syarikat pemilik kedai buku dan tahun ia mula beroperasi.
    3. Kedaibuku yang dicalonkan hendaklah masih beroperasi, mempunyai permis berbentuk kedai dan menjalankan perniagaannya di Malaysia.
    4. Pencalon hendaklah mengemukakan sebab pencalonan itu tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
    5. Pencalonan hendaklah dihantar ke e-mel lis50kb@gmail.com.

Sesiapa yang ada pandangan untuk memantapkan lagi undian ini bolehlah komen di sini atau lawati blog saya di Kawat atau e-melkan ke lis50kb@gmail.com juga.
Nazmi Yaakub bercerita tentang sastera di http://kawat.blogspot.com

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #1 on: June 27, 2008, 12:44:12 PM »

Aku calonkan kedai ni sebab semua majalah dan jenis buku aku suka ada kat sini. Markah tambahan sebab ada pejabat pos :D

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #2 on: June 27, 2008, 03:20:34 PM »
menarik
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

batmanbegins

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 953
  • aku suka komik!
    • View Profile
    • blogku
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #3 on: June 28, 2008, 09:52:05 AM »

Aku calonkan kedai ni sebab semua majalah dan jenis buku aku suka ada kat sini. Markah tambahan sebab ada pejabat pos :D

wa... kedai ni best, komik, majalah,Arkhbar, cd agama, cd syeikh saad al ghamidi,photostat, binding service... semua ada... dan kalau masuk kedai ni hati menjadi tenang dengan alunan bacaaan Alquran dari sheikh2 Mekah. :D

Bukunota

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 14
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #4 on: June 28, 2008, 12:56:50 PM »
saya catatkan pencalonan daripada phoenix, assesment oleh batman
Nazmi Yaakub bercerita tentang sastera di http://kawat.blogspot.com

Bukunota

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 14
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #5 on: June 28, 2008, 01:11:42 PM »
phoenix,
minta dapat hantar juga maklumat yg diperlukan ke e-mel lis50kb@gmail.com utk memudahkan saya menyusunnya
Nazmi Yaakub bercerita tentang sastera di http://kawat.blogspot.com

National9V

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1227
  • apo kono eh jang?!
    • View Profile
    • still alive and well
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #6 on: June 28, 2008, 01:50:27 PM »
ni kena banyak wat reasearch n ulangkaji....
Peavey Bandit 80W
Epi Explorer, LP Std., Jr., 1967 V, SG G400
Hamer Std Flametop
Jackson Kelly JS32
DS1, MT-2, GE-7

Bukunota

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 14
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #7 on: June 28, 2008, 02:56:56 PM »
national9v,
sebenarnya tak perlu buat banyak research pun. tak perlu buat perbandingan pun. yg penting calonkan kedai buku favorite saja. lepas tu barulah buat undian.
Nazmi Yaakub bercerita tentang sastera di http://kawat.blogspot.com

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6484
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #8 on: June 28, 2008, 10:00:54 PM »
kedai buku SMART dkt tingkat berapa tah kat Parkson mall kajang.. pencalonan disebabkan awek2 yg jaganya kerek nak mampuss... sombong.. tanya buku apa pun tatau... menyampah aku wakakaka.. 

err ada lagi ke kedai tue?? last aku singgah 2005 aritue ekeke..
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

Bukunota

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 14
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #9 on: June 29, 2008, 11:52:29 AM »
kedai buku SMART dkt tingkat berapa tah kat Parkson mall kajang.. pencalonan disebabkan awek2 yg jaganya kerek nak mampuss... sombong.. tanya buku apa pun tatau... menyampah aku wakakaka.. 

err ada lagi ke kedai tue?? last aku singgah 2005 aritue ekeke..

waverider,
pencalonan utk terbaik, bukan terburuk. buat list tu, nanti kena saman :))
Nazmi Yaakub bercerita tentang sastera di http://kawat.blogspot.com

masquevale

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 526
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #10 on: June 29, 2008, 03:46:37 PM »
ADa tempat best nak cari komik secondhand cam novelhut?

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6484
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #11 on: June 29, 2008, 07:42:06 PM »
ekceli penawaran kedai SMART tue besh... ada banyak buku2 berbahasa Inggeris.. mags yang latest... buku memasak yang tera2 drpd Chef Wan ada.. buku kanak2 pun banyak.. jilid DOraemon.. manga yang penting2 pun besh.. novel2 CESB dan DBP yang baru dan lama.. pemenang anugerah UTusan... menyebabkan aku selalu sticked lama kat kedai tue..     
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #12 on: June 30, 2008, 04:37:21 AM »
Parkson mall ke metro kajang wave?

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6484
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #13 on: June 30, 2008, 10:29:02 AM »
Parkson Mall laa.. tingkat berapa tah..antara 2 ke 3.. ada lagi ke idak ehh??
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #14 on: June 30, 2008, 10:35:52 AM »
aku tak pernah jumpa lak parkson mall kat kajang...sejak dari dulu mmg nama dia metro kajang...tapi ade la parkson dlm tu :D

Ni yg dkt dgn KFC tu ke?

shiori_LA

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1098
  • hmm......dah maleh nak lukis
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #15 on: June 30, 2008, 10:47:07 AM »
aku calonkan minerva book store kat jalan tuanku abdul rahman......menawarkan buku-buku sekolah rendah n menengah...ada gak alat tulis....novel berbahasa inggeris n melayu...buku2 masakan...buku2 berkaitan law...undang2 kerajaan....buku2 cerita kanak2...ada gak mangga....majalah.....ermm...apa lagi ada ek? aku pun dah lupa lama tak pegi......

p/s tapi aku takde gambor cam PB...sori...
senyum sokmo


WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6484
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #16 on: June 30, 2008, 11:13:35 AM »
aku keliru dengan Metro kajang yang kat spital tue..
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #17 on: June 30, 2008, 11:34:31 AM »
skrg dah ada lagi satu..metro point kajang :D

Nuppy

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2135
  • Univers Thin Condensed
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #18 on: June 30, 2008, 01:08:16 PM »
ADa tempat best nak cari komik secondhand cam novelhut?
kat sec 15 Bandar Baru Bangi.. nama kedai MANGAnime..

masquevale

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 526
    • View Profile
Re: 50 kedai buku terbaik di Malaysia
« Reply #19 on: July 03, 2008, 03:27:33 PM »
YE ke saye saya sebenar nak cari komik marvel/dc zaman 80/90an ^^;