Author Topic: Cemana Nak Buat Storyboard?  (Read 5633 times)

ApOgEE

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1032
    • View Profile
    • Art Of ApOgEE
Cemana Nak Buat Storyboard?
« on: January 23, 2004, 12:08:34 AM »
Alos... tanya skit, cemana nak buat storyboard? dia punya format. kalau buleh kasik contoh lagi baek!!

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4375
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #1 on: January 23, 2004, 12:50:27 AM »
ini digital storyboard dari ako,

proses dia dah separuh siap la. Sepatutnya storyboard ni.. dibuat dalam bentuk sketches.. yang ada thumbnail. Movement penting dalam storyboard tu.. sebelum jadi output. Tengok juga pada output apa.. kalau katun.. ada la jenih garisan dia.. kalau presentation.. ada la jenih garisan gerak untuk typho, gambar dan sebagainya.. biasanya nak kasi puas. storyboard ni diprint dalam kertas a3.. kemudian dicantumkan.. jika panjang ceritanya..

ini digital storyboard ( masa projek aku buat ni dalam W.I.P lagi.. 50%)
--

--


korang yang lain sapa ada storyboard sketches.. sila post la.. bantu kawan kita ni..
.hanya artis biasa.

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4595
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #2 on: January 23, 2004, 01:00:44 AM »
aku rasa iki patut masuk sini...dia memang keja buat storyboard ni...PM la dia...


y2kinG

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1394
  • Member no. 9
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #3 on: January 23, 2004, 01:27:37 AM »
basic format for most advertising firm:

frames (of course)

1.Discription/Caption/visuals in details (video shot e.g: pan, zoom out):
2.Duration/Length/Timeline: (for each frames)
3.Jinggles/Voice Over/SFX:
 
If there's a will, i want to be innit!

ApOgEE

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1032
    • View Profile
    • Art Of ApOgEE
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #4 on: February 20, 2004, 03:02:15 PM »
thanks pet... cuma pada format dia tu, aku tengok contoh storyboard memacam, berbeza-beza... ada apa-apa format x? atau tips ke?

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7419
  • RCW
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #5 on: February 20, 2004, 03:39:06 PM »
Storyboard tu macam lakaran idea ko...apa sequence2 benda yg ada dlm projek ko tu.

Secara asasnya:

1.Ada nama scene (scene 1, ke 2 or seterusnya)
2.Ada nama objek / pelakon / watak dlm scene tu
3.Ada tunjukkan arah pergerakan dia, pergerakan kamera / view
4.Tanggungjawab siapa utk setiap objek2 tu (biasanya ni first sekali)

Yg aku lampir kat sini cth storyboard animasi:





« Last Edit: February 20, 2004, 03:44:27 PM by PhoenixByte »

ruby

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 861
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #6 on: July 23, 2004, 04:01:19 PM »
assalamualaikum ....
Kengkawan...nih ruby ade sikit bikin nota pasal storyboard...sekadar olahan penyampaian mengikut pemahaman ruby dan guna sedikit buku rujukan..minta maap kalo ade tersalah bahasoo dan ayat carcamarba daa...! err...apoo-apoo pong...selamat membaco...dan sesiapo yang pakar cara bikin storyboard nih sila lee perturunkan ilmu muh ituh kek kamik sekaliang di pergh nih. Sesamoo lee kitak bertukoo pendapat dan ilmu ! Supayoo dapat menambahkan kreativiti memasing noo.!! Silo tulung tunjuk ajooss....arigatoTrimas! :sengih:

STORYBOARD (PAPAN CERITA)
1-Storyboard adalah peringkat kedua selepas proses rekabentuk di dalam pre-produksi. Storyboard merupakan visual satu susunan cerita yang menyerupai komik. Iaitu dimana storyboard atau papan cerita akan mengambarkan perjalanan cerita. Perjalanan cerita tersebut dilukis dalam satu scene ke satu scene (sc) terakhir.

PERALATAN  PENTING STORYBOARD:
-Peralatan melukis dan menulis. Stop Watch.(Jam Randek iaitu jam yang digunakan untuk mencatat waktu dan detik bagi mengira timming setiap dialog dalam babak). Kertas Storyboard (ruangan Nombor, Scene/Babak, Aksyen, Dialog,  Jumlah Timming)

2-Semasa proses ini seorang Storyboard Artist atau Pengarah Seni akan duduk berbincang untuk berbincang  untuk membina storyboard agar nampak menarik. Pada kebiasaannya storyboard akan dilukis oleh seorang Pengarah Seni atau seorang Storyoard Artist. Melalui skrip tersebut mereka akan menggambarkan sesuatu cerita itu dengan berpandukan 2 pembahagian iaitu berikut:

APA YANG DILIHAT DAN APA YANG DIDENGAR

1. Penampilan watak (Physical appearance)
2. Lakonan (acting)
3. Pakaian dan Dandanan (costume dan make-up)
4. Hiasan (setting)
5. Peralatan (props)
6. Masa (time)
7. Cuaca (weather)
8. Hubungan watak (physical relation)
9. Dialog. (dialogue)

BAGAIMANA IA DILIHAT DAN IA AKAN DIDENGAR

1. Format (Format)
2. Kedudukan Gambar (Shot Composition/Prpposisi)
3. Jarak Fokus dan Difinasi. (Focus Distance dan Defination)
4. Saiz Gambar (Saize of Shot)
5. Pergerakan Kamera (camera movement)
6. Sudut Kamera. (camera angle)
7. Kesan Khas (Special effect)
8. Kesan Bunyi (Sound Effect)
9. Suntingan (editing)
10. Muzik (music)

3-Selepas proses storyboard selesai, Pengarah Seni atau Storyboard Artist akan membuat Seisi Bercerita (Story Telling) dihadapan panel yang iaitu Creative Team yang terdiri daripada 5 hingga 7 orang. Biasanya ahli-ahlinya ialah Projek Pengurus, Pengarah Seni, Animator, Penulis Skrip, Storyboard Artist, Pelukis Latarbelakang, Pereka Bentuk Karektor dan Komposer Lagu/Muzik.

 :sengih:
« Last Edit: July 26, 2004, 10:46:21 AM by ruby »
rubyg'werk-revenge of the malaysian comics scene.

ruby

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 861
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #7 on: July 23, 2004, 04:48:49 PM »
PENERANGAN APA YANG DILIHAT DAN APA YANG DIDENGAR

1-Penampilan Watak. (physical appearance)
Storyboard Artist juga perlu mengetahui peranan watak-watak yang akan digunakan dalam cerita. Contoh 1: Bentuk fizikal (kurus,gemuk,tegap, tinggi, rendah), nama (Mamat, Nani, Ah Hong), umur, status, hubungan keluarga dan perangai atau sifat pada watak (pemarah,bijak, suka makan).

2- Lakonan watak (acting)
-Lukiskan lebih kepada expresi mimik muka seseorang watak dengan agresif. Contoh1 : Mimik muka sedang marah, benggang, gembira, terkejut dan ketawa.

3- Pakaian dan dandanan ( karektor design)
-Pernampilan watak semada berada di sekolah, kolej, pondok mengaji, rumah dan atau pakaian setelah berlaku transformasi.

4- Hiasan latarbelakang (setting) dan Peralataan (props)
-Dilukis mengikut rekabentuk yang ada di zaman tersebut, seperti di zaman kesultanan melayu Melaka , 50'an atau zamat moden berteknologi . Contoh 1: Rekabentuk keris, capal, basikal tua, kapal angkasa.

5- Masa
-Masa berlaku kejadian dalam cerita yang menunjukkan masa ketika dan waktu kejadian. Contoh 1: Hari petang, malam atau pagi. Jam 12.00 malam , waktu makan malam dan selepas bangun tidur.

6- Cuaca
-Keadaan cuaca yang sedang berlaku atau menyebabkan susana berubah dalam cerita. Contoh 1:Hujan, panas terik, siang, malam, ribut, angin taufan dan senja. Keadaan suasana cuaca dan masa kejadian amat penting kerana ia dapat mempengaruhi mood jalan cerita.

7-Hubungkait Watak (physical relation)
-Memahami dan mengetahui hubungan pada setiap watak utama dengan watak-watak tambahan dalam cerita. Cara ini Storyboard Artist dapat mengolah storyboard dengan lebih kreatif dan menarik. Contoh 1: Karektor A ialah samada berperanan sebagai Bapa, Ibu atau Adik dan rakan kepada karektor B.

8-Dialog.
-Storyboard Artis perlu bijak mengayakan intonasi dialog watak untuk mendapatkan timming bagi dialog yang tepat. Membaca dan memahami setiap gaya watak-perwatakan karektor. Pecahan timming digalakkan ialah untuk menjadikan jalan cerita menarik dan tidak membosankan. Ini kerana Timming dialog yang lama dalam sesuatu scene boleh melembapkan dan jalan cerita nampak kabur mesejnya. Pecahan Timming Dialog untuk Siri Animasi TV ialah 18 minit untuk Timming Dialog, 10 minit untuk Timing Scene Aksyen dan 2 minit untuk Timing Kreadit Tittle. Contoh 1: Scene Aksyen dan fastcut scene perlu ada 1 saat ?2 saat. Contoh 2: Scene Watak Berdialog perlu ada 2 saat ?4 saat dalam setiap satu scene sahaja. Contoh 3: Scene Panning serta Zoom-in boleh guna 6 sat hingga 8 saat.

PENERANGAN BAGAIMANA IA DILIHAT DAN IA AKAN DIDENGAR

1- Format
-Format Siri Animasi TV ialah Sebuah Episod x 30 minit Tayangan. 1 Musim ada 13 Episod. Manakala bagi Format Filem Animasi ialah Sebuah Filem x 90 hingga 120 minit Tayangan. Dari segi jumlah scene bagi siri ialah 250 sc hingga 300 sc untuk satu episod. Contoh 1:TV Siri Animasi Lat (350 sc-380 sc seepisod), Bola Cybers (250 sc-330 sc seepisod) .Contoh 2: Filem Animasi Sprited Away dan Putih (1000 sc - 1500 sc.)

2- Kedudukan gambar (Shot Composition)
Kedudukan image/karektor di skrin. Contoh 1: Di tengah atau tepi. Di hadapan atau di belakang sudut pandangan mata kamera. Proposisi (Pembahagian) tinggi, rendah atau bentuk badan antara karektor-karektor dengan latar belakang juga perlu dilukis dengan betul.

3- Jarak fokus dan difinasi (focus distance and defination)
Jarak focus dan difinasi yang menerangkan keadaan perspektif atau ukuran jarak diantara sesuatu objek dengan objek. Perspektif akan dilukis menggunakan horizon line dan vertical line yang tepat dapat menghasilkan lukisan perspektif animasi yang bertenaga. Contoh 1: Jarak dari atas kepala cahaya matahari yang memancar cahaya ke sebuah rumah akan memberi kesan bayang-bayang panjang pada rumah tersebut.

4- Saiz gambar (saiz of shot)
Contoh 1: Extreame Close Up (ECU), Close Up (C.U), Medium Close Up (MCU), Medium Shot (M.S), Long Shot (L.S), Extreame Long Shot (ELS).

5- Pergerakkan Kamera (Camera movement)
Contoh 1: Zoom-out, Zoom-in, Pan Kanan ke Kiri, Pan Kiri ke Kanan, Pan Atas ke Bawah dan Pan Bawah ke Atas.

6- Sudut Kamera ( Camera angle)
Contoh 1: Sudut Tinggi Kamera (High Angle), Sudut Rendah Kamera (Low Angle), Point of View (POV)

7-Kesan Khas (Special effect)
Kesan Khas boleh dibuat dengan menggunakan teknik-teknik illustrasi atau komputer effek. Contoh 1: Kesan Khas akan dilukis seperti kesan terbakar atau berapi, petir dan cakar.

8- Kesan Bunyi ( sound effect)
Storyboard perlu tahu kesan khas atau kesan bunyi yang sesuai dengan setiap scene. Contoh 1: Bunyi tapak kaki, petir, pokok tumbang dan telefon berdering.

9-Suntingan (editing)
Pengarah Seni atau Storyboard Artist akan mengedit storyboard dari segi kesinabungan scene ke scene. Dari segi timming perlu cukup mengikut format yang betul. Manakala dari segi teknikal kamera, perlu mahir dalam menggunakan dan memasukkan arahan teknik optical effect. Contoh 1: Fade In, Fade Out, Disolved dan Wipe. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap persembahan sesebuah cerita menjadi lebih lancer, menarik dan menghiburkan penonton yang menonton.

10-Muzik (music)
Muzik atau Lagu Latar juga dimasukkan di dalam Storyboard. Ini sebagai panduan kepada Juru Audio untuk membuat animatik. Contoh 1: Lirik Lagu Tema,

p/s  :sengih: sila tambah ilmu storyboard lelagih yerk...! silo tulung tunjuk ajooosss..!! arigatoTrimas!
« Last Edit: July 26, 2004, 10:33:37 AM by ruby »
rubyg'werk-revenge of the malaysian comics scene.

ruby

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 861
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #8 on: July 23, 2004, 04:52:17 PM »
:sengih:inih kiranyo Storyboard atau Pengarah Seni kena gak tahu apo kah watak karektor yang perlu direkakan...cam biasa panel CREATIVE  TEAM musti berkejasama dalam pre-produksi..!!

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: December 24, 2004, 02:01:05 PM by ruby »
rubyg'werk-revenge of the malaysian comics scene.

ruby

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 861
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #9 on: July 23, 2004, 04:56:53 PM »
:sengih:  nih storyboard artis lepas baca skrip dia akan bikin thumnail sketch kat skrip tuh...tujuannyo untuk dapatkan idea visual dari segi sudut kamera, aktifiti aksi karektor dan lukisan llatar belakang yang diterangkan dalam skrip!

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: December 24, 2004, 02:01:49 PM by ruby »
rubyg'werk-revenge of the malaysian comics scene.

ruby

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 861
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #10 on: July 23, 2004, 04:58:58 PM »
:sengih: nih pulak...ialah storyboard yang siap diclean-up..!

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: December 24, 2004, 02:02:35 PM by ruby »
rubyg'werk-revenge of the malaysian comics scene.

Nuppy

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2136
  • Univers Thin Condensed
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #11 on: July 23, 2004, 07:27:19 PM »
hahaa ruby.. memang org yg tepat la bagi info pasal storyboard nih..

err.. cam familiar je layout storyboard kat atas tu.. hehehe..  ;)  

supernothing

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1037
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #12 on: July 23, 2004, 09:56:14 PM »
aku rasa memacan format laa ada. itu suka storyboard artist laa kut. tapi yg ruby punya format tu yg aku guna masa belaja media production process dulu. banyak betul aku dah lupa
Just a ghost to the world

star

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 73
    • View Profile
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #13 on: July 25, 2004, 03:28:00 PM »
sebagai seorang storyboard artist yang penting ialah penyampaiannya itu mudah tepat dan difahami , waktu mula dalam 5-10 saat pertama mestilah menarik , menjadi tanda tanya , tapi bukan bagi pening kepala.

1) storyboard atas sekali [/COLOR]kat phoenixbyte tu adalah storyboard yang dipraktikkan di sini , oleh mana-mana Advertising Agency atau pun syarikat animasi , american style gua panggil.

2) storyboard yang tengah kat phoenix byte selalunya itu dipanggil Shooting board walaupun nak sama tapi lain bapa dan emak kerna apa ? sebab storyboard utk animator , tapi shooting board utk Film Director. namanya Film Director jadi dia nak lain dari anak-anak buahnya.

3) manakala storyboard kat bawah sekali kat yang phoenix byte buat, yang tu storyboard utk storyboard artist tu sendiri, kerna dia boleh tukar frame ke frame . dia boleh dulukan yang frame bawah naik atas dan atas turun bawah, dinamakan thumbnail , kerna dia tak dapat decide lagi namun dah nampak mana nak dipersembahkan pada producer, sebelum ke kakitangan yang lain.

4) storyboard yang ruby tunjuk tu , setahu gua ada kat jepun aje , ni Bebudak dan otai dari Lensa yang bawa style ni , tapi amat praktik kerna untuk animasi yang durationnya 30 minit punya siaran. sebab teratur ada babak , ada action , ada dialog dan untuk masa keseluruhannya.

 ada bayak cara nak selamatkan storyboard yang duration nya 30 minit , selain frame to frame , babak ke babak , aku bagi satu tips iaitu 10 scene bersamaan dengan 1min. jika dah buat tapi tak berjaya maka kena usaha cari formula. macamna nak buat storyboard dalam masa yang singkat tapi menarik. nak ajar semua dan bagi tips tak best la pulak , ala " Jiraiya pun tak ajar Naruto buat Rasengan , dia cuma bagi contoh aje" maka moga Apoogee menjadi storyboard terbaik ya.

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Cemana Nak Buat Storyboard?
« Reply #14 on: July 26, 2004, 01:27:50 PM »
Suma info dari Phoenix , kak Ruby dan Star adalah sangat Best... Lemak berkrim, disukai ramai...itu je aku nak cakap! Tenkiu..:pergh: