Author Topic: Nak Study Dekat Mana?  (Read 1100 times)

fizzfai

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
Nak Study Dekat Mana?
« on: December 24, 2014, 07:49:35 PM »
Hai, Fizfai newbbie kat sini. Lepasan spm 2014 dan sangat minat grafik.

Emmm cuma nak tanya, dekat mana fiza boleh belajar grafik, takpun 2D 3D animation?
Memang fiza tau ada kat MMU, oneacademy.. Tapi family kurang berada.
Tapi teringin sangat nak kerja dekat animonsta studios.

Sebab fiza minat sangat bidang ni tapi act sek menengah dulu ambik sains tulen je  :p

Ke bidang ni tak sesuai untuk perempuan? Ke macam mana? Bole bagi pendapat? Sifu2 sekalian, hehe

Emmm kalau nak tengok hasil kerja masa sekolah ni, sila2 lah melawat

https://www.youtube.com/channel/UCSk4qZbnYMx-eFR5jJHctqg
https://www.youtube.com/user/OnePix1/videos

Terima kasih  :D :D

DinJerr

  • Moderator
  • Full Member
  • *
  • Posts: 1205
  • Buri. Hamachi.
    • View Profile
    • Hikayat Ikan Mampus (H.I.M.)
Re: Nak Study Dekat Mana?
« Reply #1 on: December 30, 2014, 08:45:13 AM »
Adik ada mengambil borang UPU? Sekiranya adik ada, boleh lihat sendiri apa kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti awam yang mungkin ada dalam lingkungan minat adik.

Tentang keperluan result apa yang mereka hendaki, itu rujuk syarat universiti masing-masing, saya tidak tahu sains tulen dah cukup ok untuk kursus untuk tidak.

Jantina tiada kaitan dalam pemilihan bidang, saya tidak tahu siapa yang brainwash adik supaya berfikir begitu.

All the best adik, nasihat saya adalah kalau ada ekspo pengajian tinggi di kawasan berhampiran tempat tinggal adik, sila pergi dengan kadar segera.

hkm

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1014
    • View Profile
Re: Nak Study Dekat Mana?
« Reply #2 on: December 30, 2014, 10:04:52 PM »
Kalau nak masuk animasi atau grafik, tak berapa nak tau sangat mana satu sekolah yang terbaik.

Tapi sementara menunggu keputusan tu, bolehlah sediakan diri sendiri dulu. Try lukis sikit-sikit kalau ada masa lapang, tengok contoh online best-best untuk grafik dengan animasi, ambik inspirasi. Sebab batu asas dalam bidang seni ni, banyak kena harapkan diri sendiri daripada sekolah. Kalau harapkan sekolah, mungkin ketinggalan sikit, haha.

Buku yang best untuk dibaca kalau animasi, cari Animator's Survival Kit. Beli buku tu kalau ada duit lebih sikit. Ada juga copy online, tapi tu pandai-pandai cari sendiri, hehe.

Eniwei, try listkan sekolah yang boleh apply, dan tanya orang yang pernah graduate dari macam-macam sekolah tu. Tanya study environment dengan kualiti kurikulum sekolah-sekolah tu. Harap-harap dapatlah petunjuk sikit sekolah mana yang bagus. Apa-apa pun, cuba belajar sendiri sementara tu.