Home › Forums › Research And Developement › Working Title:"rasuk"
aku tgh nak buat satu projek animasi
working titlenye adelah RASUK
sptmane tajuknye,citer ni psl org kena rasuk.
bukan dgn makhluk halus kat bumi tp dgn makhluk asing.
berikut adelah sinopsisnya
HADAD, telah dititahkan oleh bapanya DAGAN, raja rakyat makhluk BAL untuk
turun ke planet Bumi dengan bimbingan ASHERA dibawah program “Penaklukan
Cakerawala”. Hadad yang masih muda dan mentah dan tidak mempunyai tubuh
sendiri digesa untuk merasuk tubuh manusia dalam usaha untuk memahami
kehidupan manusia. Walaupun Hadad tidak selesa dengan arahan rajanya, Hadad
berjaya merasuk tubuh ARYA yang telah terlantar koma di Hospital Besar KL akibat
kecederaan otak.
Seluruh keluarga Arya gembira melihat Arya bangun dari komanya yang panjang itu,
tanpa menyedari bahawa tubuh Arya telah diambil alih oleh Hadad. Semasa Hadad
mengambil alih tubuh Arya, mereka berdua bertemu dan berkenalan didalam minda
Arya.Bermula dari hari itu, Hadad mempelajari kehidupan manusia melalui panduan
Arya. Meskipun Ashera mengingatkan Hadad akan objektif utamanya iaitu demi
menakluki Bumi, Hadad telah jatuh hati dengan kehidupan manusia dan ditambah
pula dengan perasaan cinta Hadad terhadap Arya.
Begitu pun kadang-kala Hadad menghadapi masalah kerana Hadad adalah makhluk
Bal berjantina jantan dan dia berada didalam tubuh seorang perempuan.
Terpengaruh dengan propaganda identiti lelaki sejati dan wanita tulen, Hadad sedikit
demi sedikit mengubah penampilan Arya; hos manusianya; dari sifat feminin kepada
agak maskulin. Hadad juga berasa agak kurang selesa setiap kali bertemu dengan
kekasih Arya, HELMI. Pelik dengan perubahan perangai Arya, akhirnya Helmi
mengetahui perkara sebenar tetapi menganggapnya sebagai jenaka semata-mata.
Dagan yang murka dengan perkembangan terbaru ini telah menitahkan agar Hadad
ditangkap dan dihukum di planet Bal. Dagan telah mengutuskan “Hussar”, kelompok
askar elit Bal untuk menjalankan titah raja Bal itu. Satu demi satu pahlawan Hussar
dari semua peringkat telah dikalahkan oleh Hadad yang telah berevolusi menjadi
sama taraf dengan pahlawan-pahlawan Hussar planet Bal sendiri.
Apabila Arya tersedar dari komanya. Hadad berada dipersimpangan dilema kerna
kewujudannya didalam tubuh Arya memberi banyak keburukan dari kebaikan. Demi
cintanya dengan Arya, Hadad terpaksa meninggalkan Arya dan dengan hati yang
berat Hadad kembali ke planet Bal untuk melancarkan revolusi untuk menggulingkan
ayahnya. Tanpa Hadad tubuh Arya tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya
mengakibatkan Arya tidak boleh berjalan untuk selamanya. Dengan memiliki
tubuhnya yang tersendiri, Hadad memulakan pertempurannya dengan kerajaan
Dagan…
komen2 korang amat2 la dialu2kan :sengih:
ini adelah 3 karekter iaitu dr planet Bal
Dagan
Ashera
serta Hadad
aku try utk design makhluk2 non humanoid. Makhluk Bal ni diperbuat dr tenaga negatif dan pada peringkat awal pertumbuhan makhluk Bal takde badan sendri.Bandingkan Hadad dgn ayahnye iaitu Dagan, makhluk Bal peringkat tertinggi.
Dagan mmg bole form badannye yg sendiri.Sbb tu die superior dr Bal yg lain.
Ashera adelah makhluk Bal peringkat matang.
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Ini pulak karekter Arya.Aku nak buat dia seorang yg ceria dan agak atletik.
parut kat mukanya tu adelah tanda dr kemalangan yg die alami sehingga rosak otaknya.
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ada unsur parsi ke siam ke hindu ek nama watak2 ko nie…
arab pun ada.. Hadad Alwi? Diana Hadad penyanyi diva Lubnan? waahhh…
Arya kiut ah.. mcm bini Popeye..
aku puji kat penamaan watak..
apa beza RASUK ko dengan RASUK azarimy nieh?
tak baca proper.. nnt dtg lagi ehehehe…
aku dapat nama2 watak dr sini
aku rase mcm nak interpolate dr nama2 ni la
ke nak stick kat nama2 asal?
mcm bini Popeye eh si Arya tu? 😆
projek kau very serius dan nak buat unhtuk pasaran suka2.. underground atau nak come up dengan proper, big production?
subjek MERASOK nie yg ko bawakkan nie semacam jer advanced dia.. bg penonton melayu yg hanya suka tgk filem melayu.. akan menghadapai masalah nak memahami style cerita mcm nie..
tp takde la terlalu “baru” bg mereka yg biasa tgk filem2 luar..
aku punye rancangan asal adelah utk terbit movie
utk pasaran mainstream la
tp ade gak aku terpiki nak buat bersiri
citer ni mmg bukan utk level kiddies nye
hanya utk org2 matang je la (kot?)
konsep citer ni bukannye baru pon
aku even interpolate dr citer lain
tp tu la kan
aku dpt idea dr video budak Brunei kena rasuk
kes jin yg rasuk die jatuh cinta ngan budak tu
dan budak tu pon taknak halau jin yg rasuk die
hmmm…
RASOK- CINTA- JIN…
mcm pernah ku dengar subjek ini.. tp di mana ya?
kalau garapan ko menjadi.. leh hit la kot..
Aria.. brand gitar aku.. nasib baik Arya. Apapun aku minat gak tgk sinopsis. Cuma alien2 tu nampak terlalu identical pd mata aku la.. Mungkin boleh kasi hitam sket utk membezakan antara satu sama lain.. IMHO
dah baca sipnosisnya…memang best kalau projek ko ni menjadi……
ARYA? cam name lelaki je…..ARYAN!!!!
kalau leh buat la arya tu berbadan tough skit untuk menunjukkan dia tu athletic…tough skit je tau…
overall cite tu best dah pada aku……make it happen!!!
ko nak tgk Aryan eh?
haa ni haa Aryan
housemate Mafia
anyway
ni Arya memakai swimwear
:sengih:
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ni lak HELMI
bukan Helmino eh (mane pegi mamat ni?)
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
conceptual scene
Hadad bertemu Arya didalam minda Arya
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
IKLAN
sebetulnye aku tgh nak create creative team utk develop projek ni
aku dah invite beberapa org utk join the team,basically foundation of the team dah terbina
jadi sekarang ni aku nak buat open invitation
utk sesape yg berminat nak join this projek
samada sbg ahli kumpulan penulis (cerita,skrip)
ahli kumpulan visual (storyboard)
dan ahli rekabentuk kreatif (2D,3D)
(muzik/scoring dah ade org dah :sengih: )
anyway i have to remind you that
at this stage aku tak mampu menawarkan monetary reward lagi,yet
tp hopefully dlm jangkamasa beberapa bulan ni
we can attract investors to invest dlm projek ni
but until then
lets just keep it in concept stage
Begitu pun kadang-kala Hadad menghadapi masalah kerana Hadad adalah makhluk Bal berjantina jantan dan dia berada didalam tubuh seorang perempuan.
Aku paling suka part nih . 😆 . Tapi seriously yg ni lagi original dari part lain dlm cerita kau.
Part rasuk, err, macam Meet Joe Black 2 le plak. Dan aku rasa plot menakluk bumi tu dah agak tipikal dan boring.
Tapi pape hal develop la lagih utk kitorang. :pompom: :pompom:
Dan aku rasa plot menakluk bumi tu dah agak tipikal dan boring.
ehh silap. Takluk cakrawala. .
apa kata kalau kau ringkaskan lagi. Sinopsis kau tu. Katalah dalam 90 ke 100 ayat ke. Penat le nak baca. Panjang sangat. 😆 . Dah 2 kali aku try. Nak lagi cun, kau pecah kan jadi tiga Act. Apa kata.
hmmm
aku ade terpiki gak
aku nak pecahkan kpd 3-4 act
tp setiap act adelah utk satu season
yg sinopsis tu dah x leh nak ringkas dah
itu habis2 core citer ni
dlm projek ni aku cadang nak buat referencing dgn parodies
benda yg aku rase jarang dibuat kat dlm drama2 malaysia
aku rase bab takluk cakrawala tu mmg bole dimanipulasi lagi
aku x fikir that kind of plot dah distretch sampai ke limitnye
kite harus cube utk fikir create cerita around the plot
Dagan in color
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
adzakael…….err….nak tanya …cerita nih kategori konsep apa..? Dan sasaran penontonnya 18 tahun ke atas kah..? Format animation ialah 30 minit x 1 episod kah..?
p/s :sengih:
Konsep: Drama-Cinta-Aksi-Fantasi (alamak,mcm citer Hindustan la plak)
Sasaran: 15 – 40 tahun
Format: 30-45 minit per episod
citer ni akan bnyk pakai referencing,parody dan lain2
mostly dr cerita2 popular Malaysia tahun 70an,80an dan 90an
dan mungkin dr citer2 P. Ramlee serta Yusof Haslam 😈
projek ni menuntut ahli2nya utk bnyk tgk movie dan drama2
bnyk baca sokabo,majalah dan buku2
baik dr karya yg hebat dan juga tak hebat
Ashera in colour
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
kalau mcm ASTRONAUT's WIFE sedap gak..
Ini cth Hussar
namanya Melqart
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
kalo ashera waner grey….melqart ni nak letak waner aper?2D or 3D? :sengih:
Melqart pon grey jugak
cume different shade of grey
mcm Dagan pon grey,tp ade warna biru nila skit
Ashera grey tp ade warna merah cair skit
basically warna makhluk2 Bal ni start dr putih ke hitam
dan memasing ade hue tersendiri
citer ni nak buat gabungan 2D dgn 3D
think The Batman dgn Futurama
inspirasi utk korang
short movie, Elephants Dream
http://orange.blender.org/blog/elephants-d…emiere-march-24
teaser:
http://orange.blender.org/blog/elephants-d…teaser#comments
Diorang buat movie ni pakai software free, Blender. Pre Pro ke finished product ambik masa setahun. Pegila korek blog diorang, ada banyak procuction pointers kat sana.
thanks for the link
anyway ini adelah sketch musuh Hadad/Arya
Kultus Bertopeng Yang Sungguh Misteri
tribute to Stanley Kubrick,actually…
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Menarik jugak idea animasi ni.
So aku assume nak buat siri, satu benda yang jugak menarik sebab aku rasa tak banyak (ke takde) animasi yang genre berat sikit. Based on sinopsis kira berat gak la, takde la ringan cam Yookies tu.
Aku ada beberapa persoalan
1- Perihal kemalangan Arya dan otak dia, Hadad masuk dalam badan Arya tu sebab dia koma atau memang boleh masuk sesuka hati dalam mana-mana manusia? Sebab apa dia masuk dalam Arya? Pasal kemalalangan otak tu, mungkin ble relate gak ngan cerita. Tak tau aaa
2- Orang-orang Bal lain pon ble merasuk manusia jugak ke? So kalau geng jahat turun bumi, dengan fizikal diorang atau merasuk manusia? (kira ada unsur ejen smith dalam matrix la, takde jasad sendirik) Kira lawan kat bumi guna tubuh manusia.
3- Rasuk tu ada side effect ke atas manusia? atau perhaps bumi ni ada side effect untuk alien2 tu? Macam dalam cerita Invader (siri tv lama tu), alien masuk badan manusia.
4-Apa power dia orang selain merasuk? Ke takde power? So Hadad lawan orang jahat camne? Lwan tumbuk-tumbuk atau ada aura2 kinda of thing?
5- 'lelaki' masuk badan perempuan ni satu elemen menarik. Kalau pandai twist, memang menghiburkan. Satu segi ye lah, bayangkan korang masuk badan perempuan *ehemmm*. So kat situ boleh tunjuk camne dia adapt dengan benda tu. Tapi nape dia kena masuk badan perempuan? ke dia tak kenal jantina lelaki-perempuan manusia, pakai belasah masuk je?
6- Plot takluk menakluk ni agak cliche untuk sci-fi. Tapi still oke kalau kena dengan twist cerita. Mungkin boleh jelaskan kenapa nak takluk cakerawala. Mungkin ada sejarahnya yang membuatkan alien2 ni nak menakluk.
Apa lagi eh?
Nanti aaa aku post kalo aku terpikir apa2.
Komen diatas sekadar pandangan/cadangan/soalan. Kalau jadi memang menarik la. Plot/premis dah menarik dah.
good luck! :pompom: :hoye: :pompom: :hoye:
haha thanks for the questions
basically aku ade answers utk sumer questions tu
1.Ni ade kaitan dgn keupayaan Hadad sendri.Hadad ni dikire sebagai Bal juvenile.Ability die amat terhad.Dia rasuk Arya pasal die tak mampu nak take over makhluk lain,hatta seekor katak.At that time,Hadad tak mampu nak rasuk body yg mindanya agak kuat.At least dlm kes Arya,tuan punya body tak mampu nak control body die,so…Arya nye eksiden akan ade relate dgn story ni.
2.Geng2 Bal lain yg lagi kuat bukan saje bole rasuk manusia,malah kucing,pokok pisang,sampaikan benda tak bernyawa mcm lori sampah pon bole dirasuk :blink: .Tapi tahap ultimate Bal adelah utk form solid body die yg sendiri dan ini akan dipengaruhi oleh experience die merasuk benda.Aku taknak detailkan lagi tahap2 keupayaan Bal walopun aku bole tunjukkannye dlm bentuk jadual.(Since Bal bukan humanoid,bayangkan camne diorang nak manipulate lori sampah dlm pertempuran)
3.Yes,rasuk tu ade effect atas manusia.Bal adelah makhluk yg diperbuat dr pure negative energy.
4.Bal ni ade power lain selain merasuk.Hadad akan discover power ni level by level.Hadad lawan org jahat dgn pelbagai method,main aura-aura (non projectile,lebih kpd shield) dan bnyk tumbuk2.
5.Hadad dan basically makhluk Bal tak kenal jantina manusia ni,itula tujuan die dihantar utk belajar psl konsep kehidupan manusia (gender role dsb) tu yg sampai jadi Hadad terkonpius.
6.Kenape nak takluk cakerawala?basically sbb kat homeworld diorang Bal makin ramai,resource tenaga makin kurang.So diorang kena la pergi ke planet2 lain utk bermastautin.Tapi during the process,diorang discover yg merasuk makhluk lain ni dpt upgrade diorang nye chances of survival,in the end diorang jadi obsessed dan fascinated dgn kehidupan makhluk2 yg diorang rasuk ni.So in the name of knowledge and discovery,diorang nak takluk cakerawala.Cheesy,eh?
.Kenape nak takluk cakerawala?basically sbb kat homeworld diorang Bal makin ramai,resource tenaga makin kurang.So diorang kena la pergi ke planet2 lain utk bermastautin.Tapi during the process,diorang discover yg merasuk makhluk lain ni dpt upgrade diorang nye chances of survival,in the end diorang jadi obsessed dan fascinated dgn kehidupan makhluk2 yg diorang rasuk ni.So in the name of knowledge and discovery,diorang nak takluk cakerawala.Cheesy
Ahahha mmg cheesy pun.. 😆
manade nak terpk alasan lain.. citer omputih pun..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia