Errr…
Sebenarnya aku tatau nak letak kat mana (sori Mystic, kalau inappropriate, sila relocate)
(kalau boleh PIN, minta jasa baik MOD utk PIN)
Aku dalam proses utk menerbitkan SEMULA zine Avant Garde aku yg dah lama tersadai (last issue May 2006, bil 13)
dan dalam proses itu aku memerlukan sejumlah komik-komik utk dimasukkan ke dalam zine aku itu
errr…tujuan aku letak kat sini ialah sebabnya aku akan, diulangi, aku akan membayar utk kesemua komik2 yg aku terima nanti
jumlah bayaran yg MAMPU aku offer setakat ini adalah RM10 utk satu page
disebabkan distribution dan publication zine Avant Garde aku ini tidak seluas mana atau terhad, maka itulah jumlah yg mampu aku bayar buat masa ini
jumlah page aku tak kisah banyak mana TETAPI aku galakkan korang buat la 10 page (kalau 10 pages, dpt la RM100)
aku tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa dalam hal ini dgn meletakkan bayaran yg kecil utk setiap page komik, tetapi
memandangkan zine aku ini terhad pengedaran dan percetakkannya, maka aku harap harga itu memadai dan berpatutan
TETAPI, ada tetapinya…
jika aku dapati karya komik itu berpotensi utk aku masukkan dalam majalah komik aku suatu hari nanti
DAN aku akan terbitkannya kembali dalam majalah komik tersebut, maka aku akan berunding utk membayarnya dgn harga yg lebih pd masa tersebut
dan ini juga bergantung kpd masa dan keadaan…
aku juga menerima lawak loose 1 muka jika ada yg berminat utk menghantarnya, harganya juga sama, RM10 per page
tajuk dan tema adalah bebas
warna: hitam & putih sahaja
Hak cipta aku tak sentuh langsung dan ini bermakna, aku just publish dlm zine aku dan lepas tu korang boleh simpan balik, that's it
sekian terima kasih, segala bantuan aku dahului dengan terima kasih.
utk apa-apa pertanyaan, aku boleh dihubungi melalui mobilephone 0133644230 dan email ag_zine@yahoo.com serta private message