Home › Forums › Research And Developement › Unit Sales & Pemasaran Komik M lemah dan mengecewakan
saya sudah ajukan pada pihak penerbit untuk keluar majalan bulanan seperti ala komik tebal jepun ala kreko seperti dicadangkan Phoenixbyte..dwi bulanan..
di mana ianya satu majalah preview untuk para-para komik M ( setiap tajuk preview 10-20pgs)…juga behind the scene news.. upcoming news..interview dan artikel mengenai komik M dan dunia komik secara amnya. juga iklan dan senarai kedai yg menjual komik M.
komen saya di blog Pn Ainon:
saya amat memahami masalah pengedaran dan masalah KomikM.
saya harap masalah ini dapat di atasi..
dan berharap Unit Komik M mempunyai unit nya sendiri serta unit pemasaran dan promosi sendiri khusus untuk KomikM..
Komik pasarannya luas dan besar jikalau kena gayanya…
kami sebagai pengkarya memainkan peranan kami dalam menghasil KomikM…
selepas itu tugas seterusnya bahagian pemasaran menjalankan tugasnya..
kedua-duanya memainkan peranan dan saling memerlukan.
biasanya rak sendiri tu aku rasa kedai buku besar jarang bagi…7E dgn mamak je selalu ada tu. Kalau kedai buku biasanya semua komik dia cram satu rak…tapi biasa kat mamak dgn 7E la pun komik2 tu kebanyakannya lagi selamat berbungkus elok tak macam kedai buku besar2 yg abis orang buat library anak beranak dia
Tang rak sendiri ini aku amat setuju 100%, bahkan kalau semua title komik-m ini berbalut plastik lagilah aku setuju, sepanjang survey aku ke kedai2 buku mmg gempakstarz ada rak sendiri dan komik2nya berbalut kemas, walaupun di mph ada jugak budak2 yg kopak plastik tu dan baca free.
yang terbaru aku dapati di mynews.com penerbitan PELANGI sedang memuncak kan terbitan aura komiknya 'KK Superboy' bersama-sama komik yang sudah dialih bahasa. Produknya boleh dikatakan banyak DAN…
Penerbitan PELANGI sudahpun ada rak komiknya sendiri dan komik2nya yg sama saiz dengan komik-m berbalut plastik. boleh tgk kat Mynews.com.( Yang aku tgk ni kat mynes.com bukit kinrara) kat tempat lain aku xtau.
sekian dimaklumkan…
Menulis perkataan 'rak' memang mudah.. tiga huruf saja. Menyebut 'rak' lagi mudah.. satu suku kata saja! Tapi ade tak sesape tau berapa kos utk satu rak cam Gempak buat tu? Agak2, berapa RM modal utk adakan benda tu, let say sebagai permulaan seluruh Lembah Klang (Selangor & KL), dgn jumlah sebanyak cam yg Gempak dah buat. As a bisnesman, aku rasa tu sure soalan pertama akan ditanya. Tu belum soal2 cam kos pengangkutan, tenaga kerja, sewa (jika ada) dll. Soalan keduanya for sure berapa unjuran sale yg bleh digenerate dari strategi tu? Kalau dah tau & yakin ianya plan yg feasible, try la submit quotation & kertas cadangan kat PTS. Cakap mulut & main congak2 dalam kepala kemudian letak icing bernama 'pengalaman' di atas tak main la zaman skarang ni.. tauke PTS tu pun banyak pengalaman.
Next question mungkin, kalau kata buat rak khas utk (i) novel, (ii) buku agama, (iii) buku kanak2, & (iv) komik.. jika tiga2 tu dibuat, peratusan sale yg manakah yg dijangka lebih tinggi? Dgn sumber2 yg terhad, agak2 mana yg akan berada di atas senarai keutamaan? Aku rasa komik pun memang ternyata bukan product utama PTS utk generate sale, so agak lumrah la kalau ianya terpaksa dikesampingkan. Kalau nak komik korang ditatang bagai minyak yg penuh, eloknya cuba publish dgn publisher yg makanan rujinya adalah komik.
Mintak satu kompeni buku utk terbitkan satu majalah komik bukan semudah mintak bini buatkan cekodok & nescafe o ais. Aku rasa kat Pergh ni ramai yg tau betapa dalamnya jurang maut bidang publishing mag kat Malaysia ni. Company otai dulu2 cam Creative Enterprise tu pun tak berani2 nak publish semula Fantasi.. dari dulu plan tak nampak2 lagi batang idung! Aku rasa bukan pengalaman yg menghalang diorang, tapi duit.. bukan duit utk publish, tapi duit yg dijangka mampu dijana melalui sale. Ko tak bleh nak marah kalau orang taknak spend duit diorang & duit company diorang ke arah tu.. tu hak diorang, duit diorang!
Aku harap bebelan aku ni bagi sikit sumbangan & idea yg baik, bukan keruhkan keadaan. Jauh di sudut hati ni, aku pun nak bidang komik ni menghasilkan pendapatan lumayan buat pengkaryanya.. tapi it is harder than some people might look. Sebab tu pun aku stop lukis komik.
it's all 'bout the Green! Maybe duit faktor utama, plus tamau amik risiko utk spend budget ke arah itu. Tp this is business, u never know until u tried. Kene ada risiko skit, tak bleh play safe gak. Maybe sales tak bagus sbb kewujudan produk tk dpt dirasa. mungkin mngambil langkah drastik akan mengubah situasi yg skrg to a better sales. why not spend a thousand to gain a million…
aku ada idea, suruh PTS crossover ngn JusMate5, buat buku ngn komik pasal Dr Rambut Leper, lobi dia kaw2 punya, untung2 dia bg fund. dari dia perabis duit buat citer kejadah tu. hahahhahaha. Pastu beli rak bnyk2…
Jual jajan dlm ada komikla
Print kecik2..wahaha..nak baca sila beli kanta khas dari PTS
why not spend a thousand to gain a million…
Aku pun dah agak statement ala2 camni akan kluar.. Tapi bro Amykamen555, bizmen yg bijak buat keputusan berdasarkan research, bukan assumption. As people say, “Assumption is the mother of all f@ck-up!”
Jangan plak ade yg bagi statement, “Aku lukis komik je, patut marketing deparment tu la gi buat research suma tu! Diorang dibayar gaji utk tu!” Aku akan cakap, kalau dah suma orang tak sanggup buat keja lebih skit dari kebiasaannya.. terima je la ape yg dah ade.
Skarang ni, pelukis komik pun kena fikir cam bizmen kalau nak idup..
Aku pun dah agak statement ala2 camni akan kluar.. Tapi bro Amykamen555, bizmen yg bijak buat keputusan berdasarkan research, bukan assumption. As people say, “Assumption is the mother of all f@ck-up!”
errr agak2 tu tak sama macam assume ke?
Beza dia lebih kurang cam ramalan kaji cuaca dengan ramalan nasib dgn tengok tapak tangan.. dua2 ramalan, tapi asas dalam membina kesimpulannya berbeza. Sama cam beza antara kira2 falak utk bajet anak bulan kelihatan ke tak dengan kira2 tembak anak panah ke langit utk tentu sesuai ke tak utk mulakan perjalanan jauh.
Eh? PB, ke ko tanya pasal perkataan “agak” aku tu? Agakkan bahawa akan ade statement cam Bro Amykamen555 bagi? Kalau “agak” yg tu, memang la tu assumption, cuma kalau itu menjadi satu “f@ck-up”, ia hanya la satu “f@ck-up” kecil2an je, tak membabitkan duit orang beribu2 dirham. Eheheh! Sori atas kesilapfahaman.
teruskan bagi idea n cadangan utk promosi pengedaran komik2M…
terima kaseh atas cadangan dan komen anda semua.
next.
Yg ade cadangan nak email serentak ramai2 tu jadi tak?
Hmm..memang nampak 'bias' layanan company antara novel dan komik.
But, this is business and bottomline is still money, fulus, ROI etc for survivor of the company itself.
Mungkin kena ada satu killer product Komik-M yg setaraf “Harry Potter” yg akan mengubah
treatment or discrimination from the bookstores against Komik-M.
betul ke bias? ke assumption sahaja? tak baik tau
He he he terima kasih semua yang memberikan buah-buahan fikiran. Aku suka dan sangat menghargai semuanya.
Mewakili PTS, kompeni memang ada rancangan dan usaha. Bukannya main terbit sahaja. Namun ada sebahagian usaha yang gagal, ada yang masih belum nampak hasil dan ada yang belum dijalankan. Yang pasti, bos tak akan biarkan duit terbakar begitu sahaja. Komen tuan-tuan di sini semuanya kami ambil nota (take note).
Topik ini bukan sahaja dipanjangkan kepada bos PTS, malah bos-bos bookstores dan outlet-outlet mag n news di seluruh negara juga. Mereka pasti baca. Teruskan berbincang.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan
tuan wanzu boleh gambar dari sini untuk jalan-jalan cari komik
di Popular Books, TMC Mall Kemasek
[IMG=http://img46.imageshack.us/img46/6301/image0607o.jpg]http://[/img]
Uploaded with ImageShack.us
SEBENARNYA.. bagi aku.. ada beberapa isu boleh dililit, relate dengan Komik- M…
1. size dan fizikal nampak macam buku- dan nampak macam sangat eksklusif.. ya betul.. komik novel grafik Gempakstarz pun size yg sama.. size manga.. tapi novel grafik gempakstarz tak nam,pak macam “buku” haa cemana tu?
bagi pengumpul komik… adalah besh kalau size KARTINI>> LOKESAN HATI yg besar2 dan tebal koleksi GG tue.. tue baru sedap sket nak kumpul dan beli..
dan memang aa CESB nyer koleksi ada yg size mcm nie.. tapi tak banyak title.. GEBANG2 Zunar.. lagi buku2 Pak Sako kot yg aku ingat.. lain semua size besor..
2. ada beberapa title komik M yg macam appeal budak2 ajer.. ahh banyak laa… kecuali yg boleh appeal remaja mcm KARTINI- LOKESAN HATI.. dan dewasa eg. LIGA PENDEKAR, PMT…
sorilah imej tak berapa nak mantap, handfon cap itik. nanti dapat $$$$ yang diumumkan PM boleh beli yag baru hehehe
hmm untuk kata sa-orang itu tak buat kerja amat berat…
Memang Kerja Sebagai Salesman kena tinjau kat semua kedai Buku…. dalam sebulan kena buat pemeriksaan dalam 2, 3 kali….
eh? ada aku kata tak ke?
well… kat aloq setaq ni komik M tak susah sgt nak cari… kat popular banyak gak la… tp tetap ramai yg X berapa kenal komik2 dr syarikat ni… aku sendiri pun baru tahu sejak lebih kurang 1/2 tahun dulu je…
ni pendapat aku ikhlas aku la… jgn plak aku kena serang lagi nanti…
masalahnya komik ni diletakkan kat sebelah komik2 keluaran syarikat lain cam gempakstarz, comic house, tora aman dan lain2… maaf la sebab cakap camni tp komik2 lain 2 lebih menarik perhatian pembaca2 komik… 4 me la salah satu masalahnya sebab kebanyakan komik M ni sekali pandang nampak lebih cam buku cerita… X nampak cam komik… rasanya sebab design komik tu kot… dgn tulisan tajuk & warna cover, sampai ke rupa buku tu sendiri… kalu X bukak dalam mmg X sangka rupanya komik… so kadang2 2 pembeli terlepas pandang sebab ingatkan buku cerita… ( dr pengalaman sendiri & kawan2… )
& di kebanyakan kedai buku diorg balut buku tu ngan plastik atau X bagi pembeli baca komik2 kat situ… nak bukak sket pun tokeh dah jeling cam nak makan org so kena la beli berdasarkan pandangan luar aje… cover komik M ni plak… ehem… kurang menarik perhatian sket berbanding komik2 lain keluaran syarikat lain… lets face it la… kaki komik ni bila nak beli komik yg 1st sekali yg akan menarik perhatian diorg ialah cover komik tu…
selain 2 macam yg wave rider cakap… kebanyakan tajuk2 komik 2 ditujukan ntuk budak2… ntuk pembaca2 remaja & ke atas memerlukan jalan citer yg lebih matang & mencabar untuk dibaca… ramai kaki2 komik dah biasa baca komik2 jepun, western, hong kong & lain2 yg lebih berat & berbelit jalan citernya… i'm not saying that u should put all the negative stuff but at least make it more exciting & stimulating…
at least that's what i'm looking 4 in comics… tapi kebanyakan jalan citer komik tempatan lebih tertumpu kpd humor & terlalu ringan jalan citernya… mmg sesuai ntuk budak2… tetapi atas drp 2 kurang sket…
lagipun budak2 & remaja ni kebanyakan bukannya mampu nak beli banyak2 sgt komik tiap2 bulan… so diorg akan cari komik2 atau majalah2 yg diorg rasakan berbaloi dgn budget diorg… idea compilation 2 bagus jugak la sebab diorg akan rasa lebih berbaloi sebab boleh dapat banyak tajuk ngan 1 volum aje… bagi diorg try baca macam2 tajuk… pas2 kalu diorg suka diorg akan beli la yg single volum punya…
tp pastikan harganya sesuai ngan budak2 la… cam kreko tu tiap2 kali diorg nak naikkan harga diorg akan buat survey dulu ntuk pastikan budak2 & remaja yg kebanyakannya pelajar2 sekolah yg bergantung kepada duit elaun dr mak bapak mampu ntuk beli majalah diorg… majalah 2 pun X payah nak fancy2 sgt… tgk kertas majalah kreko 2 cam kertas tandas je tp malajah diorg laku… asal cetakan clear & harga berpatutan…
ok… these r some of my humble opinions… kalu ada apa2 silap & salah harap jgn amik hati ye..
terima kaseh cik Sureya..
info dan input ini sangat membantu..
harap pihak penerbit & sales PTS ambil perhatian..
tang cover saya rasa kena kasi bright kut..kasi lagi ceria kalu nak grab attention..
saya rasa la…
btw, kat kedai SYABAB kat PKNS Bangi aku tgk mmg ada satu rak khas utk komik M. Memang pts bagi ke atau mmg diorang buat sendiri rak tu? Kemas gak la nampak. Satu lagi kedai ni aku tgk mmg byk promo buku2 pts
semalam ke popular jusco melaka. seorang bangsa bukan melayu asyik baca semangat gasing. kakak dia panggil pun dia suruh tunggu. tak pasti dia beli ke tak, tapinya memang ada sebuah je sebesar besar popular tu. aisemen.
standard la tu kedai buku macam tu mmg ramai baca free
sbb tu elok kena ada plastik bungkus tu…once open considered sold
mentang2 kanak2 semua kecik, bawah betul diorang taruk.. uhuhuhu
kalau ko perhati kanak2 kalo lepak popular mmg dok atas lantai baca buku bro
yeah, wave betul
aku yang kenal komik M ni beli jers. tapi yang lenlain maybe tak perasan yang komik M ni adalah komik.. sebab jenis buku dia..
komik m takda jenis cover luaran.. cam komik GTO, doremon dolu2, gempak starz pong buat jugak, baru aku perasan..
and maybe cover kena improvise.. gempakstarz ponya cover is very manga-like, nampak cam ada quality
my 4.50 sen je, nak buat makan nasik goreng cina telur mata..
ooo duk lantai ek.. tu pun kalau diorang perasan..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia