Home › Forums › Mags Review, News And Events › Umbra #9
UMBRA #9 dah hantar kat pencetak semalam…
masih terngiang2 lagi cakap2 kawan pasal deadline yang tak tentu hala ni…. memang terasa amatur…
ada beza kali ini…
1. saiz makin besar (tapi lebih nipis)… aku ambik nasihat Rio lebih setahun yang lalu…
2. Tebal 48 pages, harga lebih sikit… tambah seringgit (maap, kos cetak tinggi)… T-T
3. aku kene berutang dengan Odows, Gecko n Kulu dulu..
Komik2 yang ada:
Alifstyle: Little Ugly bercakap dengan orang mati…
Iki: Canda HAti . episod akhir…
Odows n Gecko : Enigma — 8 pages.
Neo: Red (takder terbalik dah, full pages) … 8 pages.. sori neo, takder duit lebih….
Kulu : 5 pages… budak baru dari Sabah… citer wira hebat yang control macho..
Batu: komik perasan jiwang 1 page…
Red Sigma: tak abis-abis lagi…. citer hero terlayan jiwang sat…
(Iskafiy rehat satu keluaran, sebab kimbal kene pegi blajar silat dulu…)
oleh kerana aku tak bawak sample cover… minta ihsan odows letakkan… Cover oleh Gecko dan Zedd.. cover belakang oleh kimball..
artikel untuk orang teramat boring: Bicara komik – kebangkitan komik superhero US, Komik tempatan_ kemana arah komik kita? antara idelism dan realiti…. diari penerbitan (mengarut pasal penyumbang2)…
kepada para penyumbang dan pembaca yg beberapa kerat tu, aku minta berbanyak maaf sebab terlalu lewat…. kepada pembaca yang dah lupa citer, sila-sila la baca koleksi lama.. (ada orang baca ker?)..
Kitorang memang komik picisan! hihihihihoooo!
akhirnyer… ghegegge… ok arr tu.. jgn R.I.P trusss..
lambat asalkan selamat…. smangat tu penting nak perjuang komik… aku R.E.S.P.E.C.T ko ubder and the gang (UMBRA comix) Artikel ko sumer berguna… member aku siap refer UMBRA lagi nak buat thesis ker apa tah projek dia hari tu… got the info there… menyumbang betul komik nie…. di anggap bahan bacaan picisan lagi ker? bg aku tak!
weiiiit, tahniah.
naik harga pun naikla Ubder, janji ada penghijrahan, tak kira la dari segi size atau kualiti.
sebagai ganjaran, nah aku hadiahkan buah syaitan utk kau.
habaq kat nurie…post kat aku 2…
Kat terengganu sampai takkkkkk ??????????????
Presented by Synthesizer….
Penciller- Silentgecko…
Inker- Kimball…
Colour- Zedd…
mesti beli…
harga dah berubah…harap maaf.
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
Wuih..Lawo2 tahniah kepada Ubder & Nurie yang membawa UMBRA ke tahap yg lebih berketrampilan lg..
Perubahan saiz dah tentu merubah harga..apa ada hal…RM3.50 (naik RM1 kan) standard la tu…
Cover memang maju…ada gaya internasional nih…
Tahniah kepada group artist & writers & designers UMBRA…
Ubder, aku beli..confirmed
sampai melalui pos ja, Jayman hehe..
ubder/nurie/odows, cam biasa la yer…posto2
apa kata bila siap dah siap cetak..
kita kuar beli ramai2 sambil minum kat sec. 7 shah alam..
amacam?
bkan ape.. sebab susah banget nak jumpe umbra nih.
wah.. senyap2 sampai gak #9 tuh..
dengan gembiranya aku menyatakan: “Korang memang betul-betul Pejuang!”
dengan gembiranya aku menyatakan: “Korang memang betul-betul Pejuang!”
kan aku dah cakap…
dlm thread mana tah tapi hangat la jugak!
p/s: melopong aku sekejap dibuatnya dgn cover yg camgini
terimakasih semua….. thanks skynet sebab letak,cover asal… minta maaf Kimball sebab lupa sebut nama ko…. geng synthesizer memang best..
seperti biasa sebab bajet, kitorang print limited jer…. nak test market….
buat masa ni cuma aku jer yg online, tu pun dari tempat keje…. Streamyx kitorang dah kene gantung sebab tak bayar…. line camsial… (odows sure marah nyer…) Cuma phone maintain, tapi PC tarak modem pulak…. jadi Nurie tak dapat on-line, dah lebih 2 bulan…. kalo ada apa-apa urusan, korang phone dia terus laaa 016-3564782. …
kelewatan kali ni memang silap aku…. kurang jaga bajet, takder masa, dan kadang2 lupa masa berlalu gitu cepat…
amykamen… artikel2 aku tu aku rasa cam syok senirik jer…. hahahha…. rujukan berterabur… pakai memori RAM buruk jer….
buck.. RIP takder laa…. kalo tarak duit, kitorang buat zine jer…..
izam/jayman/stingray…. cam biasa laa.. posto jer… contact Nurie….
takara, salim… aku terharuuuu….
Mystic.. thanks dengan kata semangat masa kitorang mula2 dulu… kalau nak, kitorang boleh pos…. Ko kat Shah Alam sekarang ker?
Edaran UMBRA 9 ni cuma di KL, laman seni, Alor Setar dan Hospital kangar jer…. cam biasa laa…. kat KL pon tatau pengedar tu mau ambik lagi tak… sikit sangat…
bila siap cetak?? hujung minggu depan kot…
Mystic.. thanks dengan kata semangat masa kitorang mula2 dulu… kalau nak, kitorang boleh pos…. Ko kat Shah Alam sekarang ker?
errmmmhgggmmpp, uhuk uhuk… terbatuk plak aku baca soalan nih. :sengih:
hi mystic. gyaaaaaaaahahahahaaa 😆
Ubder and nurie, aku pun nak beli, tapi siap sign aa, nanti aku amik sendirik.
kau nak markup harga sebab ada sign pun tak kisah. hehehe.
kalo buleh, sumer2 artis yang buat cover tu pun sign skalik.
Aku nak gak….bila kuar? mggu depan? mesti beli nih… , Good job!
Jap… aku tolong promote sama ye?…
hari tu aku ada JARUM mamak kedai dekat kawasan rumah aku, gerai yg aku memula beli UMBRA… aku sj je tunjuk UMBRA no. 7 padahal no 8 aku dah beli pun… kebetulan cina yg dok hantar majalah ada kat gerai tu… hahahaha… terus mamak tu tanya cina tu… hahahahahah
ni bukan merangkak dlm lumpur ni
Bernafas Dalam Lumpur lagi sesuai
😆
Mohd Ali Mohd Ibrahim jugak best!
dah besar rupanya umbra
nanti aku gi amik kat BTS. kalau aku terpergi sana :p2
tahniah umbra…aku doakan korang sampai puncak…cover yg berjaya membuatkan aku jeles hehe… :sengih:
hahahha… lain kali aku jual cover jer dah laa…. tak payah buat komik dalam….
cover ni memang 100% geng synthesizer bikin… karekters odows punya…. aku tumpang glamer jer….
zaman skang ni nampak gaya
“Judge The Book By It's Cover”
salah satu daya penarik…
salah satu bukan semua…
org nilai majalah dari byk sudut
dan penilaian itulah yg buatkan dorang beli ke tidak
sekadar pendapat
bukan ke dah lama aku cakap macam tu?
utk MAJALAH, mmg cover lah penentu interest.
cayala umbro.eh umbra. umbraa..
saiz besa mana ni?
yer cikgu-cikgu…. (setelah kene denda ketuk ketampi 100 kali)…
besar mana…. besar gempak kot…. aku nak ikut formula gempak gak…. hehehehe…. (cuma modal ciput).. mana tau dapat gak perhatian dari mamak-mamak kedai….
kalo kau nak lebih perhatian kan ubder, lepas ni kau buat size suratkhabar plak.
:sengih: :sengih:
+ symphonic suite AKIRA : battle against the clown
Sambung idea takara…Kalu umbra buat dlm format 3 segi atau bulat atau lonjong, mungkin akan lebe berketrampilan kot?
Ini sekadar idea utk menarik perhatian mamak2 seluruh semenanjung mesia .
nanti saya bawak ke meeting bored of directors dan markentin manager.
btw kawan2… aku akan “hilang” selama 4 hari…. kurang sihat… kalo ada apa2 buat cam rumah sendiri….. call nurie ker… chow.
wow, terer la abang ubder ni, buleh invisible.
lama dah blajar teknik hilang2 ni?
nanti aku amik UMBRA tu ngan kau ekk enche' ubder.
insyaAllah aku try mengembara ke Tasik belah2 selatan tu.
UBDER… aku mcm biasa aaa.. kesulitan aku disini membuatkan aku terpaksa order jarak jauh.. tapi kena simpan dulu..macam biasa jugak..
… balik bulan 10 karang baru aku amik…(*insyaAllah.*)
Issue 8 ade lg dlm simpanan kan?
P/S.. kalo takara nak yg version ade signature.. aku pun nak jugak… RM50 satu pun aku willing lagi nak bayar…(*tak sampai 10 pound kan?.. *)
tahniah!… suka bangat… confirm gua angkat satu atau lebih… cover mmg best…
terangsang btul tgk cover.. tu baru cover… blom kat dlm lagi…
Takleh jadi nih.. utk isu 10 aku kena wat cover lagi cun… arrgh….!
Sambung idea takara…Kalu umbra buat dlm format 3 segi atau bulat atau lonjong, mungkin akan lebe berketrampilan kot?
Ini sekadar idea utk menarik perhatian mamak2 seluruh semenanjung mesia .
apa kata buat berlubang ditengah2?
(cam pepsi apperentice?)
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia