
Imej dari Gamespot
Intro
Bagi yg kaki komik, mesti dah familiar dgn versi Ultimate untuk Superhero kita ni iaitu Spider-Man. Sbg mana diketahui siri2 ultimate melihat semua hero Marvel dari perspektid yg serba baru dan kiranya sesuai untuk penggemar komik generasi baru.
Since aku dah lama gak kumpul Ultimate Spidey ni so kedatangan game ni dgn hype sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk membelinya smlm. Storyline game ni diikut sedikit dari komiknya yg dilukis oleh Mark Bagley, malah stroke-stroke grafik cel shadednya juga mengikut stail Bagley. Premis ceritanya dimulakan dgn memperkenalkan Spidey dan Venom.
Cutscene dibuat dgn stail komik macam game XIII di mana pada aku kena pada tempatnya since ni game berasaskan komik.
Gameplay
Gameplay game ni secara asasnya diambil dari Spider-Man 2 di mana kita boleh sesuka hati explore kawasan bandar tempat tinggal Spidey. Dalam pada itu, lebih kurang macam Spidey 2 jugak kita kena settlekan beberapa misi-misi kecik yg ada dlm bandar tu (belasah geng picisan, selamatkan org dari jatuh, hantar org gi spital etc).
Kita main game ni dari dua perspektif berbeza, kadang2 sebagai Spidey dan ada kalanya sbg Venom. Spidey lbh pantas dan tangkas manakala Venom pulak lebih kuat dan brutal. Cerita mereka berdua ada kalanya akan bertembung dan kita juga akan ditemukan dgn beberapa hero / supervillain Marvel yg lain.
Control dia mudah, combat system pun senang. So takdela susah sgt nak biasakan diri. Swing control dan kamera angle pun memuaskan. Story mission dia menarik dan membawa korang ke dalam dunia Spidey dan Venom.
Yg tak bestnya game ni, utk menyelesaikan story mission, kita dipaksa settlekan beberapa misi kecik tadi tu yg kadang2 membosankan (lebih2 lagi misi berlumba), walaupun misi2 cerita adalah menarik dan boss fight dia memuaskan, tapi nak sampai kepada story mission tu ada kalanya terasa membosankan dan repetitive. So kat situ la downside dia.
Grafik
Cel shaded 3D graphic memang menarik. Kalau sblm ni dlm Spidey tu rupa watak2 dia semua macam hampeh, tapi dlm Ultimate Spidey semua wataknya sebijik macam dalam komik. Kalau korang pernah tgk Spider Man cel shaded yg kat TV tu, macam tu la stailnya dlm game ni. Aku amat berpuas hati dgn grafik dia.
Extras
Macam biasa, ada unlockables macam concept art, 3D char viewer, cover komik dan jugak trailer X-Men legends 2.
Kesimpulan
Pada aku game ni best utk Spidey fans. Lebih baik dari the first 2, dan ada beberapa ruang lagi dlm game play yg boleh diperbaiki. Kalau nak rasa hidup sebagai Spidey, try la game ni.