Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Ulasan Batman Begins
Ni originalnya kat blog aku, saja nak share ngan semua disini. Lagipun dah lama gak aku tak tulis reviu filem.
Sekali lagi pihak DC Comics yang takut nak amik risiko menfilemkan karakter paling power diorang, Batman (selain Superman) dalam filem Batman Begins. Satu Yeay! kerana superhero pujaan aku (selain Spider-Man) kembali ke panggung.
Batman di layar perak aku kenal melalui sentuhan gothic Tim Burton yang mencipta satu dunia Gotham yang cukup imaginatif. Selepas Burton, pengarah-pengarah yang seterusnya macam gagal mendefinisikan Batman sebagaimana yang peminat komik kenal. Lantas Batman menjadi satu francais filem yang hancur dan mengecewakan.
Lama menghilang, kini tampil pula Batman Begins hasil sentuhan pengarah Christopher Nolan (karya Memento beliau merupakan antara premis filem yang cukup aku respek). Lama sebelum ianya siap, secara tipikal orang mula menjadi skeptikal, adakah ianya mampu menandingi Tim Burton?
Batman Begins, menurut pihak-pihak dalam Warner mengatakan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan 4 filem sebelum ini. Ianya juga bukan prequel. Lebih kepada satu permulaan era yang baru.
Tepat macam tajuknya, ianya membawa kita kepada masa Bruce Wayne mengembara jauh mencari erti diri, membawa hati yang lara akibat kehilangan mak bapak yang ditembak oleh penjenayah semasa kecil. Dia bertemu dengan Henri Ducard, yang membawanya berjumpa Ra's Al Gul dan seterusnya mengajar satu dua benda mengenai kepahlawanan dan keperwiraan. Setelah terer, Bruce kembali ke Gotham yang sedang nazak dengan pelbagai masalah sosial dan secara teknikalnya susah nak diselamatkan. Lantas dalam situasi itu, muncul hero bertopeng yang menggelarkan dirinya Batman. Hadir Batman mengubah suasana politik Gotham. Ketua penjenayah mencengkam bandar tersebut berjaya ditumpaskan namun ianya rupanya membawa kepada satu konspirasi yang lebih besar dan mencabar Batman.
Satu persoalan jelas ditanya, adakah ianya mampu menandingi Tim Burton? Aku tak tahu. Jelas sekali aku gagal nak membandingkan antara dua hasil kerja ini kerana bagiku Batman Burton dan Batman Nolan tak boleh nak buat perbezaan. Kedua-duanya amat berbeza sekali. Burton dengan cara kerjanya sementara Nolan sudah membuktikan kehebatannya dalam filem ini.
Kemudiannya kita pasti membuat perbandingan antara Keaton dan Christian Bale (budak kecik dalam Empire of the Sun serta mamat tak ada perasaan dalam Equilibrium). Mana satu lagi bagus? Juga susah untuk aku katakan kerana dua-duanya berada di bawah payung pengarah berlainan. Memang betul Keaton tampak sesuai sekali membawa Batman (cuma pendek barangkali), tapi dia sedikit kekurangan bila menjadi Bruce Wayne. Aku melihat Bale begitu hebat menggayakan manusia kelawar tersebut. Renungan beliau tatkala berhadapan dengan 4 anggota League of Shadows masa Ra's Al Gul nak masukkan mesin wap air ke dalam keretapi cukup menggerunkan. Menjadi Bruce Wayne, beliau ada ciri-ciri seorang jutawan muda, cuma mungkin masih tak cukup bagi aku. Aku tertarik dengan scene masa Bruce Wayne bawak 2 awek cun ke satu parti di hotel yang kemudiannya ikut terjun dalam kolam hiasan bersama awek-awek bimbo tu. Ah, itulah Bruce Wayne.
PS: Aku tak leh nak compare dengan Adam West sebab diorang…ahh, Adam in his own league man! Tanpa Adam West sapalah Batman!
Pengisian cerita juga agak menarik di tangan Nolan. Apa yang aku tonton adalah Batman yang menjelma menjadi satu elemen se-realistik mungkin. Antaranya ialah bagaimana kostum Batman itu sendiri yang datang dari pelbagai sumber dan punya alasan tersendiri kenapa Bruce Wayne boleh memperolehinya. Aku tertarik dengan adegan bila Bruce berborak dengan Alfred mengenai bagaimana topeng Batman diorang cantumkan dari pelbagai sumber termasuk mendapatkan pembekal dari China hanya untuk mengelakkan kalau dikesan oleh orang jahat yang idolanya adalah siri tv CSI (mungkin). Elemen kenapa dan ini sebabnya dijelaskan.
Seterusnya aku nak bercerita mengenai karakter-karakter sampingan yang lain. Michael Caine membawa watak Alfred Pennyworth. Karakter yang berjaya dibawa dengan baik. Dia adalah insan yang paling dekat dengan Bruce seterusnya penonton dapat merasai betapa hebatnya kasih Alfred sebagai pengganti ayah Bruce. Bagiku inilah karakter Alfred yang paling best sekali dalam sejarah filem Batman. Gary Oldman membawa karakter Sarjan Gordon (belum jadi Commish). Aku lihat Gary Oldman begitu sesuai sekali dengan karakter ini. Ianya bukan sekadar tempelan kerana berjuang menentang penjahat-penjahat, Gordon berjaya hidup menjadi satu-satunya rakan seperjuangan Batman di medan tempur. Morgan Freeman menjadi Lucius Fox, orang yang bertanggungjawab membekalkan pelbagai gadget kepada Batman. Wataknya muncul sekejap-sekejap, tapi cukup mengisi tunjang cerita. Katie Holmes sebagai Rachel Dawes (karakter tak ada dalam komik). Kawan Bruce sejak kecil dan kononnya love interest mamat tu. Karakter ni memang paling lemah sekali dan ianya aku rasa dicipta hanya sebab nak cukupkan format filem yang memerlukan heroin. Cess!
Orang-orang jahatnya juga muncul dengan gaya intipati baru. Kenapa aku cakap begitu? Korang kena tengok Scarecrow sebab aku langsung tak sangka modus operandinya macam tu. Amat berbeza dengan watak jahat komik ke filem yang lain. Juga perhatikan kejutan dari Ra's Al Ghul.
Fighting scene pula lebih banyak teknik close up seterusnya mengingatkan aku kepada aksi lawan Bourne Supremacy. Antara contoh seperti scene masa Batman pergi serang orang-orang Falcone di gudang. Scene di gudang itu juga merupakan satu scene yang cukup horror dan ada ketikanya rasa macam tengok filem seram bila melihat riak wajah orang-orang Falcon yang ketakutan mendengar bunyi Batman bergerak tapi tak nampak orangnya dan member-member diorang hilang satu persatu.
Secara keseluruhan, Batman Begins merupakan petanda era baru dunia filem superhero. Ending filem ini sudah menampakkan sequel. Harapnya Nolan akan terus mengarah sequelnya kerana aku sudah percaya akan hasilnya. Dan aku percaya sesiapa yang tak suka tengok X-Men, Spider-Man atau Superman kerana katanya 'tahyul', 'mengarut' atau 'tak munasabah' (ada member aku cakap macam tu) akan mempertimbangkan Batman Begins harapnya.
Baca ulasan lain kat member aku ni. nazim masnawi dan sirap —->>> aku tak tahu nak letak link. korang cut n paste je la
Tribute buat Bob Kane dan Bill Finger yang berjaya mencipta hero pujaan aku ni.
ahahaha aku pun ada singgah blog kau.. dengan tak malunya letak link… kat blog aku tanpa permisi kamu.. sowee aa..
lama da tak nampak sembang2 komik… sini..
waa bekmen dpt tgk awai… aritue Star wars dendam puak SIth ko tak dpt tgk awai kan… syiannn.. tahniah la eh dpt tinguk bekmen…
ko da tgk MACHINIST? hero bekmen nie kurus tapi rajin beromen..
adus panjang nyer… nanti2 biler aku ade masa terluang aku baca arr….
baru tgk ptg tadi…. best gak. flow dier just nice. plot dier boley paham. Batman Begins ni cam heavier skett citer dier than previous ones. tp, ok. boleh layan nyer.
cheh… dah pandai tulis ulasan filem heheheh. syabas, syabas. aku tak baca lagi. aku refuse utk baca. ni aku taip reply ni pun aku terus scroll down laju2 hahahha. friday ni aku tengok batman kat midvalley kol 9.30. lepas tu baru aku akan baca ulasan ko heheheh…
aku nak tgk kat kl next week….
Joblo kata… The film works overall, captures the true essence of Batman and provides us all a great hope for the future…”
meh baca sini.. http://joblo.com/reviews.php?mode=joblo_movies&id=1231
cheh… dah pandai tulis ulasan filem heheheh. syabas, syabas. aku tak baca lagi. aku refuse utk baca. ni aku taip reply ni pun aku terus scroll down laju2 hahahha. friday ni aku tengok batman kat midvalley kol 9.30. lepas tu baru aku akan baca ulasan ko heheheh…
mana aci tgk sorang2… opis aku dgn salim dekat2 situ gak… tak nak belanja kerrr aza… atau ko tgk dgn buah hati.. :unsure:
cheh… dah pandai tulis ulasan filem heheheh. syabas, syabas. aku tak baca lagi. aku refuse utk baca. ni aku taip reply ni pun aku terus scroll down laju2 hahahha. friday ni aku tengok batman kat midvalley kol 9.30. lepas tu baru aku akan baca ulasan ko heheheh…
mana aci tgk sorang2… opis aku dgn salim dekat2 situ gak… tak nak belanja kerrr aza… atau ko tgk dgn buah hati.. :unsure:
takdelah… aku tengok ngan boypren aku muakakkakaa π
member2 aku dah booking. nerds' night out.
Dah baca dah ulasan Bekmen ni, nanti la kalau ada masa lawat blog ko..
Vovin, promote le naskah Wilayah Kutu>>>letak le image sama..
yeh yeh, aku suka tumbler, bes gila……………aaaaaaaa…..batman begins::the reason for everything's in black
semua kena tengok citer nih… BEST!! :love:
Wave: eh, nak letak link silakan, memang aku alu-alukan. Terharu plak rasanya blog yang tak seberapa tu, bukannya blog top 10 mesia pun, ngehehe… Machinist baru nak pinjam dari member. Ko kena tengok Equilibrium (satu lagi movie Bale), perghh! stail komik sket. Tapi best woo…
Aza: takpe, tgk dulu. Tapi aku rasa reviu aku takde spoiler la.
e-j: totally heavy dan more darker than any batman movies. Serius.
Stingray: Promote kutu? kira camne tu? letak reviu kutu kat pergh ke? nak letak kat mana ek? aku tak tahu nak upload gambo la. Kalo nak baca reviu kutu bley baca kat blog aku.
Krom: Haha, siot la malam tadi. Aku tak kenal ko siot. Hehe. Bila Opie cakap ko Krom baru aku perasan. Sorry.
BTW: Ada trivia menarik —->>> sapa yang dah tengok Batman, perasan tak Barbara Gordon? Sapa tak tengok, korang bley perhatikan brief cameo Barbara Gordon. Tak caya? (Barbara Gordon = antara awek komik pujaan aku, huhuhu).
Cameo Bekgirl anak si penguasa polis di Gotham City tapi cameo yang best ialah Huntress
okies nanti, baca lagi kat blog ko..
Aik, ada cameo Huntress dalam batman begins? Bukan ke die anak batman ke? camne lak leh ada cameo? Barbara Gordon ade la, tu pun masih baby lagi. konpius nih :pergh:
ye ker…nama pon Bekmen Begins kan? har har pakcik pon cornflake nih, confius gak…. salah hb nih… sowei sowei
Best. Best gila! Sangat Best!
TERLALU BEST!
cerita ni lagi best dari Spiderman dan movie superhero yang lain.
dan cerita ni buat aku curang kepada superman. Batman
superhero nombor one!
tanpa berfikir.. aku bagi LIMA BINTANG untuk filem ni.
ok..aku dah x sabar nak tgk cite ni……..
best aaa cite nih!!! sape yg tak tgk lagi…cepat gi tgk!!bestΒ²!!! :pergh:
mmg perfect laa gaya penceritaan dier… :rolleyes: bagi aku laa!!! :sengih:
tang kereta tu off sket. kereta dia sepatutnya jenis jenis yg chick magnet tu. bukan kereta kebal
“the car, chicks love the car…”
gaya cerita lebih serious dan lebih realistik dari batman forever ngan batman and robin. aku suka tim burton, tapi ini best jugak
hahahaghaha… esok aku tgk dgn member… ponteng keje yea-yea… tak boleh tido kot malam nih..
supernothing, kalau ko nak tau.. keta batman tuh direka tanpa melihat mana keta yg sedia ader dan kelajuannya ia mampu meluncur hingga 60 batu sejam dalam masa enam saat…. bapak laju…
Citer yg best…. semua character dilakonkan dgn best….. pesaing hebat movie spiderman….. scene car-chase, bagi aku antara scene yg hebat…. stealth mode…… hu hu, gempak……… akhirnya dapat gak tgk movie superhero yg LOGIC sket……. batcave pun serabut lagi.. yg ada cuma PC flat screen jer…… mmg logic……. sapa tak tgk lagi……….. jgn tunggu lagi….. beli tiket skang , tak rugi…………. ok chow
aku bagi 5 bintang…………….
satu la hal rasa tak puas hati plak..
katenyer kreta batmobile tumbler tuh power..
enjin pun tak hingat.. turbin tuh..
tapi pasal pa banyak scene dalam tuh.. kete polis yang cikai tuh leh kepong dan ada yang siap cucuk2 angin kat blakang tuh..
err laju tang mana tuh aa..
tuh jer rasa tak best.. hehe..
ko tatau ke mistik?? kete polis gotham semua ada NOS. π
hey..sempoi aa tumbler tu.. nak satu. sigh.
surprisingly, the batsuit tak se-irritating seperti dlm byk2 gambo yg diorg tunjuk as promotion. ye laaa..asyik gelaap itam tak nampak apa detail pun. asalkan takde nipple suit sudah!
elemen memori cloth yg jadik cape dia tu agak canggih..kain yg kena elektrik pastu boleh ubak jadik bentuk apa2..cool.
awek aku pun boleh surprisingly suka citer ni.
tp agak kesian la kat budak2.. aku tatau la diorg boleh takat mana suka citer ni. very adult. aah..pedulikan! π
and bryan singer has a lot to live up to wif his superman movie next year.. dah la baju superman tu nampak gay..
asalkan takde nipple suit sudah!
ahahahhaha….. π π betul2…. saya sokong! geli sioot nipple suit tuhh…. takde releven langsung!
aku bagi 4/5
ada certain scene aku tak berkenan skit
skit je la
tapi overall movie, mmg best dan menghiburkan
DVD keluar, confirm aku beli DVD (yg gambo elok skitla)
Christopher Nolan berjaya memulakan Batman dgn baik
kita tunggu citer ke-2 Batman dibawah Nolan
aku suka katie holmes. nampaknya dia suka tak pakai bra dalam citer nih hahaha! aku suka diorang pickup detail2 kecik dalam mewujudkan batman ni, especially dalam suit design dia. asal-usul spike cangkuk kat glove batman, nampak asal usul dari ilmu ninjitsu yg dipelajari dari 'sekolah' ra's alghul. kita juga dapat mengagak mana datang booster roket kat batmobile tu. the car is a bridge maker, so kira logik gak la.
and the best part is:
movie tu start tanpa logo atau title. yg ada cuma beribu2 kelawar berterbangan. suggests that batman masih belum wujud at the start of the movie. and suddenly, the ending keluar title dia besar2… “BATMAN BEGINS”. superb touch!
nipple suit dah takde..
tapi nipple lain yang nampak lebih2 hehe..
anyway.. beribu.. err berjuta2 kelawar bertebangan tuh mmg rasa best..
batman bukan terbang tapi dia terjun.. hehe..
aku baru tgk sekejap jer.. tak dapat detail tgk lagi.
tuh pun kat rumah kawan aku..
nak cari cd ori la.. wat koleksi nih.. :X :love:
10 bintang.. hehe.. baru tgk tadi…
takde apa nak dikomen… best belaka… citer macam gini lah yg dicari oleh peminat superhero…
mlm ni nak gi tgk….. yay yay…….
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia