Home › Forums › Tutorials, Help-mes and How-tos! › Member’s Tutorial › Tutorial Keribang: Elemen Dan Prinsip Seni!
Ok , seperti yang aku janjikan aku cuba bagi sedikit input berkenaan apa yang perlu
kita atau sesiapa yang ingin menceburkan diri dlm bidang seni visual ni tahu sebelum
memulakan sesebuah karya atau design. Benda ni sebenarnya dah lama dan
sepatutnya kita tahu, mungkin aku cuma huraikan semula supaya kita sama2 sedar
bahawa apa yg kita buat tu perlu ada aturan dan prinsip yang perlu diikuti. Namun
kadang2 aturan dan prinsip ni pun kita boleh langgar gak… tapi bergantung pada
kefahaman kita dlm mendalami elemen dan prinsip seni tersebut.
Sebelum memulakan sesebuah rekabentuk atau karya, perlu diketahui beberapa
perkara asas iaitu elemen dan prinsip seni. Perkara ni selalu diabaikan atau dilupakan
oleh kita sebelum memulakan sesuatu karya. Dulu masa aku sekolah pun aku tak
pernah fikir hal nih, main lukis jek.
Selalu org keliru antara apa yg dikatakan sbg elemen dan apa yg dikatakan sbg
prinsip. Nanti aku huraikan satu persatu…… buat masa ni yg perlu difahami ialah
elemen seni ialah elemen asas yg membentuk sesebuah karya seni seperti garisan,
nilai dan warna manakala prinsip pula ialah gabungan dua atau lebih elemen seni
tersebut untuk membentuk satu prinsip yg baru seperti harmoni ,kontras atau
ryhtm/irama.
Ramai org sukar membezakan antara elemen dan prinsip tapi konsepnya mudah
sahaja, elemen ni adalah benda yg paling asas manakala prinsip pula ialah hasil
yg diperolehi hasil tindakbalas gabungan elemen seni itu tadi.
Di sini aku akan cuba huraikan sedikit demi sedikit…. Mungkin mengambil masa
sedikit tetapi insyaAllah aku cuba huraikan seringkas dan sebaik mungkin.
Mungkin juga ambil masa nak terangkan semua, so sabar la yek!
Mengapa perlu seseorang memahami elemen dan prinsip seni ini dahulu
sebelum berkarya?
Bagi seseorang yg sudah ada bakat seni dalam dirinya, tidak sukar bagi dirinya
untuk meniru sebarang objek atau lukisan org lain tetapi jika kita lihat hasilnya
tak semestinya boleh kitakan baik walaupun agak serupa. Perkara ini selalu kita l
ihat pada pelajar-pelajar sekolah yang pandai melukis tetapi kurang pemahaman
terhadap kepentingan dan penggunaan asas elemen dan prinsip seni tadi. Apa
yang membezakan antara lukisan yang ‘baik’ dengan lukisan yang ‘terbaik’ ialah
kefahaman dan kepandaian menggunakan elemen dan prinsip seni.
Bagi seseorang yang tidak ada bakat melukis tetapi berminat dlm seni, kefahaman
dalam perkara ini dapat menjadikan seseorang itu kritikal dalam pemikiran dan
dapat melihat kekurangan serta kelebihan sesuatu karya. So, orang ni boleh
menjadi pengkritik yang baik.
Kesimpulannya, sekiranya digabungkan kefahaman terhadap elemen dan prinsip
seni ini dengan bakat serta kebolehan melukis, insyaAllah karya yang dihasilkan itu
lebih bermutu dan boleh dikategorikan sebagai professional.
Selepas ni nanti aku akan huraikan pulak apa yg dikategorikan sbg elemen dan
prinsip seni. Wassalam
p/s- cuba tanya diri kita, setiap kali melukis, berapa kali kita berfikir sebelum memulakan garisan?
adakah kita fikirkan komposisi, jenis garisan, nilai, bentuk, rupa, keseimbangan dan yg lain2 sebelum
memeulakan lukisan tersebut…. kalau rasa tak pernah fikirkan hal2 tu semua, masih jauh perjalanan anda!!!
thanks cikgu….sebagai sorang yang buta seni, ini adalah tutorial yang bermakna bagi aku….
bagian p/s tu memang terkena aku… lukis langsung tak pikir, pakai balun jer….. malas pikir kot…..
harap dapat sambung, setakat boleh…
yes… Formalistik dalam karya amat penting… aku pun masih menginginkan ilmu seni… lagi banyak belajar lagi banyak yang tak tahu…. lagi cikgu…
hmm.. bagus ni.. sediakan buku nota semua!.. rasa cam duduk kat dalam bilik kuliah je..
hmmm…ni bukan rasa mcm kuliah,mmg dah nota kuliah ni,
chayalah, dapat ilmu free ni
Macam kuliah la pulak aku bagi nih… btw, cakap 39 tu betul… istilah lain bagi elemen
dan prinsip seni ni ialah formalistik. So jgn keliru antara elemen dan prinsip ngan formalistik.
Sama jek kedua2 benda tu. Ok kita teruskan kuliah…
Sebelum aku huraikan lebih lanjut berkenaan dengan elemen dan prinsip, izinkan aku
bercerita serba sedikit berkenaan dengan komposisi. Kenapa aku perlu cerita bab
komposisi ni ialah kerana ia tidak terletak dalam elemen atau prinsip tetapi komposisi
ialah susuatur elemen menggunakan prinsip-prinsip dalam rekabentuk.
Prinsip dalam seni membantu kita menyusun atau ‘organize’ elemen seni supaya ianya
dapat menarik perhatian . Ini boleh juga dikatakan sebagai bagaimana untuk mendapatkan
impak visual/ visual impact!
Di dalam apa kerja seni sekalipun, terdapat satu proses pemikiran bagaimana susunatur/
komposisi elemen seni dilakukan. Artis atau pengkarya yang bekerja dengan prinsip komposisi
yg baik biasanya akan menghasilkan karya seni yang lebih menarik dan ianya dapat menonjolkan
irama dan pergerakan dalam karya tersebut. Focal point/center of interest atau titik tumpuan
bagi karya itu pula akan lebih bertenaga dan tumpuan pemerhati terhadap karya tersebut akan
lebih kuat dengan bantuan komposisi yang sesuai. Pemahaman yang baik dalam komposisi
adalah kunci dalam menghasilkan karya yang baik. Dan pemahaman asas elemen seni seperti
yang aku huraikan kat bawah ni akan membantu pemahaman dalam komposisi ini dengan
lebih baik …insyaAllah!!
Sekarang aku senaraikan beberapa perkara atau jenis dalam elemen seni. Seperti yang aku
jelaskan sebelum ni, elemen seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni.
Ok, antara yang dikatakan sebagai elemen seni ialah:
1. Garisan– kita semua tahu apa itu garisan tapi jarang yang benar2 faham
penggunaan garisan. Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang
membentuk rupa atau ‘outline’. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai
nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal,
diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi
lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.
2. Texture/hira/jalinan– Pemahaman terhadap texture ni penting kerana setiap
objek mempunyai nilai texturenya yg tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh
dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria)
atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).
3. Warna– nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
3 ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa2 lukisan
berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan
warna adalah yg paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.
Kalau nak cerita bab warna ni, sampai sudah pun x habis. Mungkin aku akan buat satu tutorial
berkenaan dengan warna je di masa depan.
4. Shape/rupa– shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan.
Ia bersifat flat/rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar
selalu keliru antara shape dan form.
5. Form/bentuk– form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume
dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan
teknik bayangan.
6. Value/nilai– nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang
gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua
ton yg berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam
dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.
7. Saiz– merujuk kepada variasi dlm kadarbanding antara objek, garisan atau rupa.
Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah
satu dari elemen dlm seni.
Elemen seni yang aku senaraikan kat atas tu adalah sebahagian dari elemen seni yang biasa digunakan apabila kita nak menghasilkan sesuatu karya. Tetapi, kita mungkin dpt lihat banyak lagi contoh elemen seni yang boleh disenaraikan kalau merujuk kepada bahan rujukan yg lain. Perkara ini juga biasanya dirujuk apabila kita hendak menilai atau mengkritik sesuatu karya. Sebagai contoh, dlm sesebuah lukisan kita biasa dengar lukisan ni garisan yang digunakan tidak sesuai dengan ketebalan atau nilai warna yang digunakan terlalu kontras. So, elemen seni boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengkritik. Tetapi adalah lebih baik sekiranya artis atau pelukis itu sendiri peka dengan elemen seni ini sebelum memulakan karya agar karya yg dihasilkan adalah lebih baik.
Ok, cukup untuk elemen seni… nanti kalau aku rajin lagi, aku akan huraikan pulak apa yang dimaksudkan dengan prinsip seni dan pengaruh elemen dan prinsip seni ni dalam penghasilan sesebuah karya. wassalam!
Tima kasih cikgu!!
Leydi,
Kalau ko nak tambah apa2 kat sini, jgn malu2…jgn segan2! Ko pun otai gak dlm hal nih. Boring la aku sorang jek yg bagi input…ko tambah la apa yg patut!
dah lama aku tak recall benda2 camnie… yelah, blaja benda2 nie pun cuma 2 sem jer kat itm.. paham mmg la paham, paham sendiri jer la… nak bg input kat org takut ajaran sesat pulak… nasib baik ada otai keribang…
wah!… sepatutnya lebih ramai lagi ahli pergh mai masuk sini mai…
-selain tuh dalam interpretasi atau menilai karya seni, ia melibatkan “Form and Content”
Form = Formalistik, Content = Kandungan/ Makna (Ada sesetengah memanggilnya 'Bentuk dan Makna' dalam bahasa melayu)..
betul ker cikgu Keri… :sengih: kalau salah tolong betulkan..
39, mmg betul la tu.. yg aku bagi nih cuma dalam bentuk luaran atau formalistik…. kalau nak citer bab content tu plak, kena bukak satu lagi thread baru berkenaan bab tu jek… hehehe, nanti pening la plak kepala nak pikir bab isi ni nanti. Ringkasnya, dalam content nih, kita perlu menghurai berdasarkan kepada persoalan 'kenapa'/why? Dan kita boleh kupas berdasarkan kepada environment/external dahulu dan seterusnya menilai interpretasi diri sebelum menilai secara lebih dalam atau secara psikologi. InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita akan sama2 cuba kupas satu persatu…
p/s- kadang2 kita nih terlalu taksub dengan content sampai mengabaikan formalistik. Sebaik2nya biar la ianya bergerak seiring.. karya yang mempunyai formalistik yg baik biasanya masih boleh diterima oleh masyarakat umum, at least sebagai satu lukisan tetapi karya yg hanya menekankan kepada content, selalunya hanya org tertentu shj yg boleh menilainya. So fikir la samada korang nak buat karya syok sendiri atau utk masyarakat!
kawan pon nak ikut kuliah ni,
nak refresh balik….
😆 tq terima kasih daun keladi
yub betul keribang… kadang2 pemilihan 'subject matter' juga perlu dititik-beratkan sebab ia melibatkan Form & Content itu sendiri secara tidak langsung,
kalau salah pilih 'subject matter' yang kurang menepati dgn masyarakat, maka akibatnya boleh tgk sendiri penerimaannya terhadap sesetengah pengkarya,
ambil contoh: en Jailani Abu Hassan (idola aku.. hehe)- beliau merakam 'subject matter' yang berkaitan dgn enviroment kemelayuan yang mempunyai nilai dan estetika yang tersendiri, lalu diolah mengikut Form & Content melalui adaptasi ideanya sendiri. (sori la kalau lari tajuk… hehe)
wah… banyak term-term yg aku tak penah dengar… akhirnya berkesempatan jugak aku utk belajar teori art secara betul………. trima kaseh cikgu keribang…. selama nih belajar secara koboi jer……… ilmu yg sangat berguna… ok chow
ilmu yg cukup-cukup berguna
mekasey enche keribang
39, aku dah pergi ke link jailani tu… seronok aku baca tulisan dan komen yg diberi terhadap kerja jailani tu. sebenarnya tu la pandangan dan kritikan oleh sesetengah masyarakat terhadap apa yang sesetengah yg lain anggap sebagai sesuatu yg baik. Tak salah tanggapan mereka terhadap karya Jailani tu tapi bagi aku apa yg penting ialah kepuasan peribadi pengkarya itu sendiri….kalau dirasakan komen mereka tu terlalu extreme, sepatutnya si pengkritik tu la yg memulakan evolusi atau revolusi yg dimaksudkan dlm komen mereka tu.
Bagi aku, dalam konteks pembelajaran dan pengetahuan seni ni, walau di zaman apa pun kita berada sekarang, perkara2 asas seperti elemen dan prinsip seni ni wajib diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum kita nak melangkah lebih jauh. Kalau nak jadi seperti Damien Hirst tu pun, aku percaya dia tetap bermula dari pensil dan kertas. Masalahnya ramai yg terlalu ghairah nak melompat sedangkan merangkak pun belum pandai…
maaf tanya saya tak skolah.. sisi/edges masuk bahgian mana yer?
Saripol,
edges tu wujud disebabkan oleh adanya garisan/lines. Dalam garisan ni lak sebenarnya ada pecahan lagi spt blur, broken, control, curve, diagonal, freehand, thick, thin dan macam2 lagi la.. aku pun x leh nak ingat semua. Secara ringkasnya, kesan dan jenis garisan yg digunakan tu akan wewujudkan edges yg dikehendaki. So basicly, edges ni bwh elemen. Nanti aku huraikan pulak apa yg dimaksudkan dengan prinsip supaya lebih jelas apa beza antara elemen dan prinsip. Harap terjawab soalan…
Bro Keribang, usaha yg bagus ni.
Harap ada banyak lagi yg boleh dikongsi
wah terima kasih.. mmg terjawab soklan saya.. teruskan usaha murni ni..
Kita sambung lagi sedikit berkenaan dengan prinsip seni pula. Kat atas aku dah huraikan serba sedikit asas atau elemen yg biasanya ada dalam sesebuah karya dan yg seterusnya aku akan huraikan beberapa prinsip yg boleh wujud hasil dari gabungan atau kesan dari sesuatu elemen tersebut.
Prinsip seni ialah resipi yg penting dlm menjadikan sesebuah karya itu berkualiti atau tidak. Sekiranya karya tersebut ada semua elemen seperti garisan, value dan lain-lain tu tapi jika tak pandai mengolahnya dgn cara yg sesuai, hasil tersebut mungkin tidak memuaskan. Komposisi yang baik ialah prinsip menggabungkan elemen2 seni utk mewujudkan satu perletakan subjek atau objek yang estetik agar hasil akhir akan menjadi yg terbaik.
Antara prinsip seni ialah:
1) Center of Interest/ Focal Point/Titik Tumpuan – ini adalah kawasan di mana akan menarik perhatian pada pandangan yang pertama pada komposisi keseluruhan karya. Boleh juga dikatakan sbg ‘first read’ dlm olahan tersebut dan perkara yg lain dikatakan sebagai ‘second read’ dan yg seterusnya. Kawasan ini adalah yg paling penting berbanding dgn objek atau elemen lain dlm komposisi tersebut. Ianya boleh diwujudkan dengan adanya kontras dari segi value/nilai, warna yg panas dan ceria serta perletakan dalam format lukisan tersebut. Mungkin ada yg dah biasa mendengar berkenaan ‘the rule of third’dan kebiasaannya subjek utama dlm lukisan tersebut hendaklah di letakkan 1/3 dari kompisisi keseluruhan agar ianya lebih menarik dan tidak boring.
2) Balance/keseimbangan – satu perasaan kesamaan secara visual dari segi rupa, bentuk nilai, warna dll. Keseimbangan ini boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Biasanya, objek, nilai, warna texture, rupa dan bentuk boleh digunakanuntuk mewujudkan keseimbangan dlm komposisi ini.
3) Harmoni – satu perasaan yg timbul hasil dr membawa keseluruhan komposisi menjadi satu sebagai satu unit. Sebagai contoh, sekiranya dlm lukisan itu kita hanya menggunakan garisan yg beralum dan berbentuk organik, penggunaan garisan berbentuk geometric akan menyebabkan karya tersebut hilang keharmoniannya secara keseluruhan. Harmoni ini sering dikaitkan bersama dengan unity/kesatuan. Kalau ada unity dlm sesebuah karya, maka harmoni juga akan wujud.
4) Kontras– terdapat perubahan terutama dari segi nilai yg akan mewujudkan kesan perbezaan yang ketara dalam komposisi.Kontras menunjukkan perbezaan antara rupa dan boleh digunakan sbg background utk membawa objek keluar atau kedepan dlm sesuatu karya. Atau dgn kata lain, ianya juga boleh digunakan utk mewujudkan ‘area of emphasis’.
5) Movement/pergerakan– ianya adalah ‘visual flow’ atau aliran visual dlm sesuatu komposisi. Ianya wujud secara visual dan boleh dilihat melalui cadangan pergerakan yg terhasil dr perletakan objek ke objek atau susunan elemen.pergerakan ini boleh diwujudkan melalui perbezaan corak nilai seperti meletakkan nilai terang dan gelap pada satu arah susunatur sehingga membawa pandangan kita sama-sama bergerak melalui keseluruhan komposisi.
6) Rhythm/irama– irama ini berkait rapat dengan pergerakan, Ianya seperti tarian yg ada alunan objek dan bergerak seolah2 seperti irama muzik. Ianya wujud selalunya hasil dari pengulangan elemen yg sama dan beralun
7) Variety/kepelbagaian– wujud hasil dari kepelbagaian elemen dlm sesuatu komposisi. Kesan dri kepelbagaian ini mungkin akan mewujudkan kontras atau ROJAK.
Terdapat banyak lagi prinsip2 yg lain seperti repeatition/pengulangan, pattern/ corak dan lain-lain, namun yg aku senaraikan kt atas tu adalah yg biasa dilihat dan digunakan dlm sesebuah karya. Ok cukup dulu… pasni aku bukak pada sebarang soalan dan insyaallah aku cuba jawab setakat yg termampu. kalau ada yg nak kongsi idea dan ilmu pun dipersilakan.
Utk yg seterusnya nanti aku akan cuba sentuh bagaimana peranan formalistik ni penting dlm menentukan karya yg baik. Wassalam…
Askum, lama tak dengo cerita…Acai apa buat sekarang…Ari tu ada call aku pastu senyap
je la pulak…Menarik gak kuliah principal & element of design ngkoa nih..tapi
aku ingat ngko kena letak gambar laa..nak bg lg clear
Wsalam ensalim,
Acai ada ngan aku ni haaa…bilik dia berdepan ngan bilik aku jek. Dia tgh bz sikit sebab kena setup utk course baru..nak bukak course new media ngan animation lak kt unimas nih. Bz giler mamat tu…hehehe! Pasal gambar tu… insyaAllah pasni aku selitkan jugak bila aku nak huraikan lebih panjang lebar berkenaan ngan elemen dan prinsip nih. Kalau ko ada apa2 input jgn segan2 join sekali… aku sorang x boleh gak nak bagi semua! 😆
kalau x silap aku ada lg satu prinsip: “depth”.
tapi aku x sure la dia tergolong katne; wether dia sbenarnya gabungan beberapa prinsip lain ke; ke mmg bukan prinsip langsung?
boleh tolong? thnx.
'depth' kalau tak silap aku dalam huraian elemen RUANG / SPACE…
sebab apabila ada wujudnya 3 level pandangan iaitu pandangan depan, pandangan tengah dan pandangan belakang,
ia juga akan wujud bila ader perbandingan tone warna pada subject matter yang membezakan kedudukannya tersebut, dan
ia juga boleh dilihat apabila terdapat kepelbagaian saiz pada subject matter bagi membina ruang kedudukan yang berbeza,
tolong betulkan cikgu Keri kalau salah…
Untuk mendapatkan elemen yang otai Keribang sebutkan di atas jom kita tengok hasiltangan Kromosom…minta maaf Krom letak imej tanpa kebenaran, deh.
Bohtarrg…
apa yg 39 terangkan tu betul. Depth/kedalaman tu wujud hasil dari ruang/space. Aku terlupa nak masukkan ruang sbg satu elemen penting. By the way, huraian 39 tu dah tepat la tu… x yah la aku nak huraikan lagi! 😆
+ 39 & keribang: ok, thnx! next question:
salah tak kalau aku ertikan “ruang” sbg: “bhg pd komposisi/lukisan yg tidak dilukis”?
contoh mcm Mike Mignola kan, kan dia byk pakai ruang2 kosong dlm panel dia?
maksud aku, “ruang yg tidak berlukis” as opposed to “persepsi kewujudan ruang 3D”. atau ada term lain yg digunakan utk apa yg aku sebutkan tu?
+ stingray: boleh hurainkan elemen2 yg ada dlm lukisan2 Krom tu?
bohrtaag…
Hmmm, sepatutnya itu la yg patut dilihat oleh setiap pelukis atau pengkarya dalam menghasilkan artwork. Kita harus bijak memanipulasikan setiap elemen yg ada untuk menghasilkan sesuatu prinsip. Dalam konteks ruang ni, ianya memang berkait rapat dengan komposisi, malah aku sendiri selalu menggunakan ruang yg kosong sebagai sebahagian dari komposisi. Tak semestinyakita mesti memenuhkan setiap ruang yg ada untuk menghasilkan kerja yang baik. 'Rule of Third'tu pun sebenarnya mengajar bahawa subjek matter perlu ada di satu pertiga dari keseluruhan ruang dan baki dua pertiga tu mungkin boleh dibiarkan kosong.
Sama jugak bila kita melihat elemen yang lain seperti garisan atau warna, kita perlu bijak memainkan elemen tersebut untuk mewujudkan prinsip yg kita mahu seperti harmoni atau kontras. So kita perlu paham apa yg kita mahu dlm lukisan tersebut sebelum kita boleh menggunaka elemen tertentu dlm menghasilkan prinsip yg kita mahu.
p/s- ruang yg dimaksudkan di sini ialah perletakan antara subjek matter dengan subjek sekitar. Yang penting jgn letak subjek utama di tengah2 komposisi atau terlalu hampir dengan boundary line sehingga menimbulkan tangency. Kalau perlu kadang2 kita perlu bijak utk crop subjek matter dalam menghasilkan komposisi yang sesuai dan menarik. 😆
bohrtaag:
ehem…rasa2 keribang dah specify elemen2 tersebut…artwork Kromosom merupakan satu contoh dimana pelukis telah berjaya menggunakan ruang/space dengan komposisi serta dapat mengimbangkan subjek yang dilukis dengan warna latar.
p/s: kalau salah tolong perbetulkan…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia