Home › Forums › Tutorials, Help-mes and How-tos! › Member’s Tutorial › Tutorial EnSalim: Digital Comic Coloring
Aku dah lama dah nak buat tutorial step by step comic coloring ni…tapi baru sekarang ni
nampaknya hasrat tu tercapai, Alhamdulilah. Sebelum ni, ada beberapa ahli pergh pernah tanya cemana
aku color beberapa work yang aku post kat sini . So aku harap tutorial ni mampu menjawab soalan tu…
Sila la baca & praktis la apa yang aku tunjuk kat bawah ni…(sakit kepala jugak nak susun tutorial ni – sejak minggu lepas)
Tutorial di bawah ni adalah dibuat dengan Adobe Photoshop 6, dan aku guna Macintosh. So segala shortcuts
adalah mengikut keyboard Mac. Keyboard PC jugak lebih kurang sama shortcuts dia, tapi aku tak sure key mana,
korang cuba la figure out dulu..Untuk tutorial ni, aku consider korang semua dah familiar dengan pshop…
Di bawah ditunjukkan cara nak merender muka, yang mana aku rasa agak tricky sikit…
Lebih mujarab jika dipraktis di kala tenang atau time tak banyak keje…
Direction: Download lineart step 1, kemudian klik & download ‘actual size’ file.
Ketika coloring dalam photoshop, bukak file sebelah menyebelah supaya senang nak refer & pick color…
Selamat coba mencoba…(Sori la, agak menjela benor tutorial ni – practically tak la sepanjang ini)
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/tutone.txt[/img]
1. Download Lineart
Sila download lineart DARIA tanpa mengubah saiz dan dpi.
Open file dengan photoshop (command+o). Make sure image dalam mode RGB
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retuttwo.txt[/img]
actual size
2. Layer Setting
Set layer saperti ditunjukkan di atas, letakkan nama ‘daria’ pada layer 1
dan setkan ‘multiply’, buat 1 lagi layer transparent di bawahnya, namakan ‘flat’
dan setkan ‘normal’
Buat lasso selection
Pada layer ‘flat’, buat lasso selection. Hold ‘option’ key dan buat selection mengikut
bentuk muka, rambut, anak mata dan bibir…
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutthree.txt[/img]
actual size
3. Fill flat colors (flattening)
Pada layer ‘flat,’ fill flat color pada muka, rambut, anak mata & bibir.
Shortcut ‘fill color’ ialah option+delete.
Sila pick color muka, rambut, bibir & mata daripada gambar di atas dengan tool ‘eyedropper’
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutfour.txt[/img]
actual size
4. Airbush tool- brush setting
Pilih airbrush tool pada toolbox dan buat brush setting saperti di atas..
Set brush pressure pada 30%,
brush diameter pada 175%,
Hardness pada 0%
Spacing pada 25%
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutfive.txt[/img]
actual size
5. Start Airbrushing
Aku buat guide circle warna hijau tu menunjukkan size brush. Dengan ‘magic wand’ select area pada
muka. Sila pick ‘foreground color’ kat toolbox tu.Spray pada dahi dgn kadar 3x klik (1), perhatikan
kedudukan brush yg mana off sikit dari selection.Then, spray pada tengah muka dengan kadar 3x klik (2).
Ok done. Senang kan?
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutsix.txt[/img]
actual size
6. Shading dahi
Buat lasso selection pada dahi.Then, sila pick color pada toolbox. Shade pada bahagian bawah dahi
mengikut pergerakan yang ditunjukkan pada kelajuan 3cm sesaat (agak2 la) .Perhatikan kedudukan
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutseven.txt[/img]
actual size
7. Shading area mata pipi dan dagu
Buat lasso selection saperti di atas.Then, set brush diameter 80% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
Then pick color pada toolbox. Shade pada lasso selection area mengikut pergerakan diatas, pada kelajuan
3cm sesaat (agak2 la) Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 40% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
dan shade bawah hidung pada kadar 2 kali klik..Perhatikan kedudukan brush.
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retuteig.txt[/img]
actual size
8. Airbrush area pipi dan dagu
Buat lasso selection saperti di atas.Then, set brush diameter 70% (shortcut: tekan bekali2 key ‘[‘)
Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso selection area pada kadar 2 kali klik.
Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 50% dan spray bahagian dagu pada kadar 2 kali klik.
Perhatikan kedudukan brush. Sekarang, engkau dah bolae nampak form muka…
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutnine.txt[/img]
actual size
9. Airbrush area pipi kanan & kiri
Buat lasso selection pada pipi kiri & kanan .Then, set brush diameter 60% (shortcut: tekan bekali2
key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso
selection area pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush. Set brush diameter 50% dan
spray bahagian dagu pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush. Sekarang, engkau dah
boleh nampak form muka…
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retutten.txt[/img]
actual size
10. Airbrush lips
Buat lasso selection macam di atas .Then, set brush diameter 30% (shortcut: tekan bekali2
key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada lasso
selection area pada kadar 2 kali klik. Perhatikan kedudukan brush.
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retuteleven.txt[/img]
actual size
11. Airbrush rambut
Select area rambut dengan tool ‘magic wand’ .Then, set brush diameter 60% (shortcut: tekan
bekali2 key ‘[‘ atau ‘]’ untuk besarkan atau kecikkan) Then pick color pada toolbox. Spray pada
selection area pada kadar 3 kali klik. Perhatikan kedudukan brush. Sekarang, engkau dah
boleh nampak lagi jelas form muka Daria ni..orait, engkorang memang best…
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/retuttwelve.txt[/img]
actual size
12. Airbrush highlights
Buat lasso selection pada area rambut, batang hidung dan bibir (atau dahi jika mahu)
Set brush diameter 150% pada rambut, 60% untuk hidung dan 30% untuk bibir.
Spray rambt mengikut pergerakan brush. Perhatikan kedudukan brush.
13. Airbrush extras
Buat lasso selection saperti datas, Set brush diameter 100%. Spray pada kadar 2x klik.
Perhatikan kedudukan brush. Tada…dah siap dah…Huiyo..cepat betul..Tahniah engkorang
dah berjaya…
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/tutfourth.txt[/img]
14. Final touch-up & 2 light sources
Ok apabila segalanya dah ok anda boleh la decide nak tambah shading atau
play with beberapa light sources. Daria dirender dengan 2 light sources.Cuba la
buat beberapa kali supaya ngko faham step2 dia. Nanti ngkorang akan lebih faham dan akan
macam tau-tau je macam mana nak render seterusnya…
The Masters
Nama-nama seperti Brian Haberlin (founder) & Liquid! adalah perintis terawal teknik ni..nama-nama
lain yang sinonim dengan comic coloring stail ni adalah seperti Justin Ponsor, Guy Major, Matt Milla
Richard Isanove, Dave Kemp, dan beberapa lagi..
Comic books
Brian Haberlin- Spawn, Witchblade, Black Widow dll.. Liquid! -BattleChaser, Uncanny X-men, Eve-Proto Mecha dll..
Justin Ponsor, Matt milla, – Danger Girl & dll.. Richard Isanove-Inhumans (bersama Jae Lee). Sebenarnya banyak work
diorang ni, sila check internet..wakka
Interviews
Sila baca interview2 untuk mengetahui sejarah & mendapat semangat juang yang tertinggi untuk buat coloring ni..
Brian Haberlin interview
Liquid!(Aron Lusen)
Richard Isanove interview
Justin Ponsor interview
websites
Liquid!graphics
Haberlin Studios
avalon studios
Moga sukses,
kalo da jadi, cuba-cuba la pos la kat sini..
Sekian, ensalim
May 2005
bagus la ko buat tutorial nie salim…. bertambah lagi knowledge dan teknik coloring… kalau di ikut2kan… lain org, lain teknik coloring dia…. ada yg pakai airbush teknik, ada yg pakai brush yg biasa(menggunakan teknik overlaping)… mcm2 ada lah… skali lagi tahniah untuk salim sebab berusaha untuk tutorial nie…apa lagi guys… grab yer mouse/tablet and get in the business!!! 😆
huuu, tengkiu2 sebab kongsi kat sini.
tqx en salim di atas perkongsian ilmu ni…
mmg ade sikit perbezaanla cara atau teknik tu bergantung kepada individu tu sendiri..
tapi yang penting.. matlamat yang sama.
walaupun en.salim tak lampirkan layer yang berlainan utk setiap langkah
(sebab dia dah YAKIN…)
bagi mereka yang baru nak tau atau amatur… ini cara yang agak bahaya
sebab kalau berlaku kesilapan… alamatnye kaler la semula.
mungkin en.salim ade teknik yang lain lagi.
meh tengok perkembangan thread ni…
Betul jugak cakap alydura tu…buat atas satu layer agak bahaya…takut tesilap
mungkin boleh buat beberapa layer..
layer bawah sekali flat color
layer kedua untuk airbrush rendering
Korang baca la Richard Isanove punya interview tu, dia ada bagi sikit tips
yang aku rasa ada banyak jugak information…
Aly: Engko bole bagi la tips sket kot..tambah2 le mana yang patut..
Tahniah sebab buat tutorial ni. Usaha yg bagus!
insyaallah…
nanti aku cuba luangkan masa untuk tips ni..
sekrang ni bz maa…
chayalh enche salim, selalunya se-layer ni taiko1 je yang buat ahahahhah…
simple & praktikal. lepas ni boleh la post yg da ikut step by step. aku nye kalering lain skek , nanti aku choba kaler atas objek yang sama
syabbas
jom kongsi ilmu mengaler masing2… setiap org lain caranya, tapi yang baru nak belajar tuh pandai2 la ikut yang mana mudah difahami… aku tak serajin ensalim la nak bikin tutorial mengaler nih… tapi insyaAllah akan diusahakan kendian hari…
nak dload actuial size kat manae aaaa???
Lineart yang didisplay kat step 1 tu, itu la actual sizenya. kecik aje..72dpi
'actual size' cuma ada kat step2 seterusnya..sebab kalau display agak makan ruang…
Er..itu ke maksud soalan engkoa tu…?
uuu aku pon nak kaler lah.. harap² boleh siap sebab kecik jer ehehehe
oicee, aku ingat ada yang hi resolution punya, okeh, yang tu pon boleh la, tapi esok lusa tulat la baru ngadap
cayalah 'salim!! :pergh:
tutorial yg sangat berguna!!
[img]http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt[/img]:(hm..apsal keyboard aku x de butang 'command' eh? camner nak kaler ni?) :manga:
sesungguhnya sudah lama aku tak buat kije sampai siap.. tapi arini siap plak hahahaha
fuh, 1st time siyot ngaler camni..! berejam jugak nak melayan
[img]http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt[/img]:(harap2nya pasal 1st time la, huhu..)
mintak krit, cikgu! ok ke ah? apa kurangnya? :unsure:
[img]http://uk.geocities.com/bohrtaag/daria1.txt[/img]
waa… dah ada percobaan nampaknya.
huii krom, glowingnyer tongkat sakti pawang rimau tu.
:sengih:
balik nanti aku nak cuba….
Huih, cepatnya korang reply…bagus2..
Saripol, hm satu style kalering, lighting & form bole nampak…ok..
Botak, waha…da ampir da ni…mungkin kena shade sikit tang idung dia tu..
Krom, ok ni…aikk..mata da ijau? takpa..takpa
[img]http://www.geocities.com/salimdawam/sydneyori.txt[/img][img]http://www.geocities.com/salimdawam/sydney.txt[/img]
Sydney Savage- Scanned dari Danger girl sketchbook
First dulu aku ingat nak pakai lineart J.Scott Campbell untuk tutorial ni..
tp kang banyak sangat guna kang skali dia sue mampos aku (bule sue ke?) So aku lokis le balik sendiri punya…
Color yg aku guna untuk tutorial ni adalah based on Justin Ponsor punya color
Ok, rendering cara ni sebenarnya penggunaan brush diameter kecik adalah minimum…
jd..untuk area yg kecik, kena buat lasso selection yg kecik pastu spray dlm area tu..
Imagine korang guna real airbrush….lasso adalah masking film..
Pasni aku mungkin tunjukkan macam mana nak fill color dalam lineart…
Err..kene tunggu le ye..lek dulu
Ensalim, saya sangat suka dengan tutorial anda. baru lah saya tau bagaimana hendak mengaler muka org dengan betul.. ensalim tak kedekut ilmulah.. ensalim la idola saya buat kali ini. terima kasih.
tapi kalau tak kaler takpekan? takde masa ler…
boleh hamba tompang bertanya?..
kenapa musti guna RGB bukan CMYK?..
x de problem ker bila nak print out nanti?..
kaler x lari ker?..
tima kaseh..
barula senang nak paham..
tima kaseh inche'..
saya cuba ya en. salim
aku pon nak lasso la liquid! kalau macam nih
ini percubaan dariku, enche selim shady..
Rootless, err.. jgn ckp camtu…terharu ako dibuatnya…tq2
sebenonya bukan ni je cara nak color dlm phshop, banyak lg…tp ini cara yg biasa dipakai ntuk color comic..
Sam mana Sam?…kata nak minum teh tarik lah ape lah..apa ntah…Kirim salam kat dia ekk…
Koma, RGB lebih senang nak control atau adjust color dan ada effect
yg lebih bagus hasilnya dalam RGB kalo dibandingkan dgn CMYK…
Pendek kata ianya berkenaan dengan color la…
Kalo nak output for color separation, just convert to CMYK tapi mesti flatten layers dulu..
Kalo ada sikit kaler lari..bole diadjust balik dlm CMYK..biasanya minimum ajer..dan certain color je-biasanya dark color
Kromosom…cuba jgn ta' coba..tu muka dia kena sirap ke tu? ahaks…lawo
Saripols- liquid paper padam segera …kaler jgn tak kaler
amer-hmmm..baguih dok ada kot
Hangpa semua sempoi..keep it sempoi bak kata madstone
thanks 4 the tutorial..
aku skang nih kalau bermasa free aku masukkan semua tutorial yang ada disini kat dalam artikel section : pergh.com/artikel
nanti kalu aku rajin aku buh gak aku punya kalering.. ghuhuhu..
Comel la enSalim nih!! :love:
Aku nak buat gak. Tapi…Kaler photoshop aku dah abisss….hu huuuu
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia