Home › Forums › Research And Developement › This Is A Really Serios Project!
salam dan slm sejahtera semua..
aku rasa.. dengan kematangan dan kemantapan kita semua ada..
aku dengan ini mengusulkan..
kita sebagai satu komuniti yang cukup kuat.. dan boleh dikira mantap..
patut menyumbang sesuatu untuk negara..
ceh.. cam bagus jer..
aku cuma seseorang yang sanggup bantu..
untuk kita buat komik! .. membuat komik.. yang mungkin sedikit kesinambungan dari usaha DBP..
but this for a bit commercial..
kalau dia tak jadi sponsor pun.. aku akan BUAT dengan duit aku sendiri..
thanks alif kerana menyebut beberapa kisah tauladan masyarakat.. sperti :
si tanggang anak durhaka.
batu belah batu bertangkup..
dan sebagainya..
jadi sekarang nih misinya ialah memvisualkan segala cerita dongeng lagenda atau kisah masyarakat tuh dalam bentuk komik!..
so sekarang nih aku ingat.. nak cari sesapa yang sanggup.. lagi ramai lagi bagus utk menghasilkan bende nih sampai berjaya.. aku tahu banyak plan aku dulu gagal.. atau tidak bersungguh.. but not for this one..
tambah plak aku rasa skarang nih kedudukan aku agak ok.. so peluang pun ada..
for information ;
bende nih boleh dijual.. samada sekolah, tadika atau mana2 saja.. jadi tiada masalah bab pasaran..
dan projek nih projek berasaskan keuntungan. bukan free.. so itu bincang kemudian..
sesapa nak join.. mesej dan diskuzz disini..
setelah short list.. aku akan create hidden room.. untuk perbincangan tertutup..
kire bende nih rahsia sket la.. taknak bocor2 sana sini..
ok.. let the project begin!
InsyaAllah aku nak melibatkan diri…
mysticmind….bagi aje aku jalan ceritanya….aku akan buat…tapi satu cerita cukup la…
konsep dah dapat tangkap
idea tu ade beberapa la
nak buat dalam B/W atau kaler?
ade baiknye ko ceta detail pasal format komik ni dulu baru sembang isi sepatutnye
nanti takdela kuar soalan yg karut marut
aku nak join, aku rasa creative ent. da banyak buat cerita ni, cuma publisiti tak meluas.
sang kancil, kisah rimba,dll…ni semua untuk kanak2. dan syarikat buku pon dah banyak version
buat cerita cenggini, cuma diaorang lebih berbentuk separa komik je. senang cerita buku illustrasi.
aku no problem, aku akan share pengalaman aku buat cite dbp.
sikit sebanyak aku harap dia akan dapat membantu.
kalau berjaya boleh masuk children illustration book fest,
dulu jaafar taib ada cari orang2 berbakat untuk kategori ni untuk diketengahkan,
tapi sayangnya ramai yg melukis hantu,jembalang,aweq chun gile seksi dan robot2 je..
cthnya aku…ahahhaha
keep me updated.
aku kecewa dengan masa aku dan perkara2 berkaitan..
aku mmg nak sangat buat mende nih..
slow2 pun takpe..
setiap orang ade menyimpan impian tersendiri dalam komik ni
masa + keadaan adalah faktor segala-galanya.
aku harap impian ko tercapai nanti. aku boleh usahakan apa yang patut
ko nak mende ni publish atas nama pergh.com?
…somethin on the net, buku2 saingan yang dah dikeluarkan
cuma diorang takde buat buku 2 berorientasikan cerita tempatan.
aaa….nanti aku cari lagi, setakat ni yang buat full komik baru CESB + DBP je kot?
yang lain semua buku illlustrasi
story-wise macam mana? sape nk tulis dialog ape semua tu? i'd like to join. tho aku tak berapa pasti lg dlm bentuk apa sumbangan aku tu..
Cambest je projek ni….leh join?
Aku pun rasa ndak jugak masuk dalam rancangan bersepadu engko ni…
Mystic, bila aku mai Shah Alam aku bagi tau…ada perbincangan besar ni…
story donggeng kanak2 dari negeri lain boleh tak contoh Awang Belanga dari perlis…
aku pun rasa nak join… tolong apa yang patut… kalau editor dah masuk takkan anak buah nak dok diam jerr kot…
tak mani di pandang orang…
orang kuat Man spider tak der ker.. hehehe Leydi ooo leydi… :sengih:
aku kalu bleh nak keep story nih simple..
taknak melalut2 dan panjang2 macam dbp..
sebab kalau bleh nak jadikan one shot.
dan juga terpikir.. DAH LAMA!..
mengapa idea lama tuh tak dimplimentasikan dalam gaya baru..
i mean ubahan kepada sesuatu yang…… moden?
ingat nak hasilkan 2 versi.. Versi asal dan versi NEO
ok.. rasa2nya ramai dah nak join..
so aku decide.. for the first one, kita buat secara open.. 1 siri..
anggaran dalam 60 page or less.
yang nih gubahan berasaskan idea cerita yang asal ..
let we see..
Sitanggang anak durhaka?
tajuk kita tetap kekalkan.. tapi dalam realiti kemodenan.. tak tau laa kalau korang tak setuju ke camner..
mungkin sebagai satu experiment atau refreshing.. macam xmen = uncanny xmen etc… ada refreshing .
Nih bende yang pernah aku pikir.. aku exposed..
Tajuk : Sitanggang anak derhaka.
The Tang Gang
Sinopsis :
Tanggang adalah seorang… anak muda yang datang dari sebuah perkampungan HULU sungai..
berhijrah ke metropolitan Delta City, setelah bergaduh dengan kawan2nya yang berfikiran kolot dikampung..
demi membuktikan kata2 dia adalah betul, dia bertekad untuk memajukan diri dan mencapai cita2 dia..
(twist tanggang biasa = naik kapal = pergi bandar? kepada = Naik spaceship , pergi Delta Metro City takpun sebarang nama..
Bermula serba sedikit dengan kesusahan hidup merempat di Delta Metro.. Kene paw ngan kaki pau.. terjebak lorong Thoib, terjebak dengan kumpulan Gang Ster.. kalau belh aku nak relate dengan permasalahan semasa.. bohsia, bitch, racing, drug etc.. (aku tau dengar cam heavy.. tapi kita nak tunjukkan bende nih negative at last)
Bernasib amat malang.. sehingga dia disedarkan dan dibantu seorang SB, yang kesian tgk.. (and twist sikit kisah sb yang menghadapi masalah ngan bos yang makan rasuah dan sebagainya?.
Akhirnya Tang dapat jadi baik sekejap.. Boleh dapat kerja.. gaji. awek… hidup yang sederhana.. tapi sampai satu tahap di kene plak tikam belakang macam kebiasaan melayu.. abih semua apa yang dia dapat.. merempat merana.. dan terus balik kampung. (ramai yang patah hati camnih sebenarnya.. ) ..
Malangnya kepulangan dia ke HULU, tidak disambut baik keluarganya.. kerana kegagalan dia.. dan juga dia dah macam orang asing.. Maklumlah.. dressing, pakai subang.. gaya bercakap yang dah kurang hajar (pada orang kampung) … Apatah lagi ejekan orang2 kolot kampung dia yang kutuk dia sebab konon pergi nak berjaya.. tapi balik sebagai sampah.. So dia sedih.. dia balik ke Delta Metro semula.. dan bersumpah dalam hati dia.. dia takkan balik selagi tak berjaya.. walau apa pun.. dia akan cuba sampai berjaya.. apatah lagi ibunya berkata yang bukan2 pada dia.. (sebenarnya aku nak selit mak dia jenis berkias.. (yang dia anggap kutuk. orang bandar dah mula tak faham bahasa kias.. hanya nak straight to the point = tradisi yang hilang.. )
Sampai dibandar.. dia berusaha jejak kembali. setelah susah payah cara baik.. dia buat cara jahat dan tak elok.. Akhirnya dia berjaya.. dan ada CLAN sendiri.. TANG GANG!.. Sikapnya dah berubah..
Dia kemudiannya balik ke kampung yang dah lama dia lupa.. bahkan dia tak ingat pun kampung tuh..
tapi sebab ada 1 projek dia nak jalankan.. dia nak jahanamkan semua penduduk kampung tuh.. demi cita2 dia yang tak pernah putus. And.. pada masa nih kita kembali semula pada cerita tanggang asal.. macammana dia durhaka pada mak dia.. dan tuhan balas..
cuma ending dia.. dia tak jadi batu.. kita jadikan ia pada sesuatu yang baru..
TUh laa lebih kurang idea merapu aku..
yang sebenarnya lama dah aku pikir..
mekasih..
wahahah, triad story nih, menarik,
ahhaha, aku rasa lambok dlm MOY da buat jadi peti ais, senario pon da buat,
dia jadi peti ais jugak.
Kalu aku, sumpah jadik toilet bowl dgn berus skali…baru hina skit.. :rolleyes:
39, kami masih kat penempatan sementara dlm balairaya. Susah nak on line..Aku sokong je apa perghdotkom nak buat.
hmm..menarik tu menarik jugak,
tp aku nak tanya ni mistik, ni citer aim kat bebudak KECIK ke bebudak RUMAJA?
rumaja ok la kot. budak2 kecik aku rasaa tak sesuai kot..
kena boh 18PL kot.
byk twist ni, brape m/s ko aim? nak try buat one-shot kan?
Mungkin setelah dia dapat projek kat kampung asal dia mula rasa sesuatu yang tak kena. Musibah datang satu persatu. Sampai dia muflis abis. Isteri dan anak bini pun derhaka kat dia. Dia jadi separuh sewel. Masa dia sewel tu dia ngaku dia tu si Tenggang. Orang kampung dah lupa story si Tenggang ni.
tarakucha..
muda remaja laa..
tapi kalau bleh.. dari usia dia 16 hingga 30 or 40 tahun..
uncanny tang gang .
tak mungkin label 18 pl. .
kisah berat kompleks tapi diringankan… camne nak cakap..
cikgu.
bukan dapat projek.. tapi projek yang dia nak buat dan bangunkan..
dikawasan yang dia sendiri dah lupa itu adalah kampungnya..
yang dia tahu cuma dendam dia je..
tentang page tuh aku belum pikir lagi..
tapi yang pasti.. tidak terlalu banyak..
dan cite nih aku rasa.. tidak straight set.. mungkin ada 3.. err triologi? tak la kot..
1. ending
2. intro + intermission,
3. climax
cerita nih lebih kepada bersifat separa fiksyen.
dan Mesti masukkan elemen kemelayuan.
twist tak banyak sangat..
cuma perkara lazim : cinta, gaduh, masalah masalah sekeliling..
cuma yang aku rasa berat camne nak olah supaya tak nampak typical.. idea tuh dah ada.. cuma twist tuh nak bagi cantek sikit.. supaya orang tak bergaya “Dah agak dah..” tapi biar orang berkata ” Huh! tak sangka!” .. hehe
dengar cambest jer..
aku rasa aku mampu menulis dan buat sikit2 storyboard..
slow2 laa buat.. tak la target siap terus.
sebulan dapat 3 4 page pun ok.. (aku takmo target tinggi.. hehe ).
of course color siap skali.. (aku rasa aku boleh mewarna )
all the way.. kalau ikutkan.. aku nak crita nih.. walaupun berasal dari tanggang.. tapi ia sebenarnya lebih kepada satu cerita yang lain dari asal dia..
Ermm… sapa nak join? volunter.. kalau bleh kita proceed terus..
slow2 je ok.. bukan laju2.. takde sebarang dateline.
Minda Mistik,
Tanggang tak sedap jadi Tang gang tuk nama Clan…nanti dikatakan merosak legacy dan nama klasik dia..
bukan nak menolak pembaharuan.. atau tak mahu berpikiran baru..
pada aku laa.. hak ko la nak meneruskannya..
overall idea ok..Delta City mcm bese dengar.. apa kata nama dia Delta Goodrem City? ekeekke…
Bandar Kala Langit ke.. tapi tue pun da ada org guna… tuk ganti KL.. komik ditangani skripnya oleh Ahmad Lufti's PUTERI REFORMASI.. based on Anwar yg serba poyo tue… tapi idea depa (tuk komik tue..) agak kellasss…Izzah jd protagonis,,, dan beberapa tokoh Keadilan… mmg poyo sket… tapi BadSah… mcm penah tgk… mcm Maro/Shah dlm STARZ.. korg penah baca? Simpanan aku pun mcm da tak jumpa jer.. hilang mana ntah… bg Tazah baca ritue…
ending dia- Tanggang frosted jadi statue dah le… tapi statue tue biar nampak “something:… dan diingati..
aku nak buat scripting tuk ALADDIN… atau sebarang dalam 1001 MALAM.. tapi tak berapa hengat sgt dh versi asal… abang dia SINBAD pun okay gak.. might leave to hairi tuk karekter…
aku rasa ALADDIN mesti superb…Aly mungkin berminat…. dlm hati ALy, “ahh sudah.. aku banyak lagi projek nie,, ejejeje…”
kalo ko nak amik dr 1001 Malam
baik amik kisah yg tak familiar org dengo
Aladdin dah over rated sgt
Abu Nawas pon same
ade bnyk kisah2 ajaib dlm kitab tu
kisah Judar bin Omar pon menarik
kisah Ibrahim Al Mahdi pon orait gak
tanggang takde lagi orang buat kan?
sebab tuh aku nak buat..
Sebenanrnya nama2 tuh semua pun aku nak tukarkan kemelayuan.
dan jugak tak salah aku rasa kalau tunjukkan realiti.. macam gangster2 etc tuh..
semua bende tuh ada.. mmg rebel sikit lah..
tapi aku rasa jauh lebih rebel komik2 hongkong yang selambak kat pasaran..
bukan merosakkan crita lama..
macam aku cakap..ada 2 versi.. 1 versi asal.. 1 versi baru.
so pepaham ler..
ermm.. biasanya orang start dengan ape aa?
sinopsis dan pembinaan watak ke?
nanti aku rancang baik2..
anyway.. sesapa or semualah.. bleh terbabit..
but the finalized tuh tgk la camner..
boleh start cam biasa dengan watak2 dan props dulu..
aku ada sketch2 gak kat rumah (sori.. kat opis aku x kacau masa.. kecuali kadang2 tensen = over surfing ) ..
arrr..
Tanggang : watak
si tanggang,
mak tanggang.
penjahat kat kampung dan beberapa orang
kawan2 baik tanggang.
ayah tanggang (diwujudkan).
polis bandaran
..
aku rasa better aku draf dulu.. tapi nak start pun amatlah digalakkan..
jap..
abu nawas – umar umaiyyah- amir hamzah nie ke yg mendajal org]? aku x amik sastera SPM… aku amik
account.. tapi kantoi aa acc tue.. 😆 tak masuk sijil.. mangsa KBSM gen 1… 😆
bila aku baca Till Eulenspiegel .. jester mendajal org Jerman tue pun.. sebijik mcm antara tiga teks Arab tadi… mendajal org kampung… mmg betul la yg Barat mencedok segalanya.. sama mcm Nostradamus dengan prediction dia…
sbb overrrated la nak try baru… mystic nak try TANGGANG.. apeda kau… sbb tue lagu Spider naik.. dengan gosok menggosok..
nak Aladdin yg tak bergantung dengan lampu dia tapi cemana? x kan nak jd macam I Dream of Jeannie lak,.. keluo untuk memuaskan nafsu tuan dia? ekeeke..
Mystic.. tang TANG GANG clan je aku x suke.. yg len2.. ko da starting baguih dah tue… aku rasa dah smart sgt dah plot kasar kau linekan tadi..
Mak tanggang kasi la muka mcm fauziah Nawi sket… Tanggang lak muka mcm Apek ahahahha… mcm Pet pun okay 😆 Rosyam Noor ke..
sorry kalau mcm tak serius.. dlm tak serius nie sebenonya cari mood dan mencari idea…
perlu diingat… tak semestinya korg bersetuju dengan saranan ini… komik2 Pot Jr. .. illustrasi komik NGB oleh Wak Jenal banyak yg guna pakai muka selebriti popular atau gaya iklan2 … ini adalah langkah dan strategi pemasaran jugak… contoh terpopular masakini ialah… Fazrul Arhan byk guna muka Leonardo de Caprio… dlm illustrasi dia.. dan novel ALAF 21 pun byk guna pendekatan begitu…
setuju walaupun tak berapa setuju..
awek muka marsha :X :love: ..
hero muka mawi.. urkk..
jangan la tiru hampir sama.. amik part2 tertentu dah la..
tapi ape salah buat lain dari lain?
i mean hero = huduh, heroin pun huduh.. :unsure:
pekabo-sok-kabo kengkawang yang dihormati sekalian….
ruby semasa zaman dinasour lelama dulu ade gak cadang idea ngan member nak buat animasi dan komik al-kisah cerita rakyat yang diambik dari buku rujukn cerita-cerita hikayat dan cerita rakyat nusantara. Jadik ruby cadangkan supaya kita pergi rujuk kat perpustakaan negara bahagian koleksi cerita-cerita rakyat dan hikayat sebanyak target 60 tajuk yang samada pernah disiar or tak pernah disiarkan atau diterbitkan dalam dunia ini. :sengih:
Lepas tuh bahagikan tajuk kat kengkawan mungkin seorang ambik 1 atau 3 tajuk! Tujuannya ialah untuk memperbagaikan idea cara olahan cerita. Sebelum tuh kena buat kata sepakat nak bikin ceritanya 70 peratus original dan 30 peratus adalah olahan semula ATAU 100 peratus versi baru ATAU 100 eratus original atau sebaliknya. Tujuan olahan semula dibuat ialah untuk sesuaikan ia dibaca oleh semua lapisan umur masyarakat. CONTOH cerita Badang yang original ceritnya ialah Badang akan makan muntah jin. Idea ini agak tak sesuai untuk moral minda kanak-kanak JADI cadangkan kalau Badang terminum susu dan milo yang boleh menyebabkan Badang jadi kuat. Ini kerana minuman tersebut ada khasiat protein kalsium yang tinggi. (gituh ajelah konon ideanye…ATAU badang kena bahan mutasi kuasa besi yang merubah dia jadi mutan besi…heheee…) :sengih:
ATAU 60 tajuk tuh dipecahkan kepada kategori-kategori konsep cerita seperti SERAM, SEJARAH, FUTURISTIK, KARTUN, FANTASI dan sebagainya. Tujuannya ilah untuk memperbanyakkan kategori bahan bacaan yang mengandungi pelbagai tema, moral dan konsep persembahan olahan cerita yang sesui untuk semua al-lapisan umur masyarakat…!! :sengih:
p/s amacam ade idea lagih tak….? jangan sampai kering ideoo wokey… :sengih:
betul gak tue.. BADANG makan ikan tuna ke… makan sardin ke.. makan spinach mcm Popeye ker.. baru aa kellasss nie ada ke makan muntah hantu… nak banged teruk2 pun kita bkn tau rahsia di sebalik ke”cult”an naskhah asal.. ataupun ada disebut org sebagai apa yg ditambah2 penjajah untuk memberi rupa tahyul, lemah pada Melayu.. mcm Angan2 Mat jenin.. Lebai Malang..
sebagaimana beberapa kisah nabi dalam al- Quran dan Hadis pun ada yg mengambil versi kita panggil Israiliyat.. (ex. dua bijik Khuldi jatuh kat Hawa jd nenen.. jatuh kat Adam sebijik jer x kunyah banyak.. jd buah halkum..)- ada yg berasas.. ada yg x berasas.. kena kaji dan bincangkan semula..
Mystic.. ko intend nak buat komik nie all in white n black mcm KOMIK LUBUK (aedes+ujang ke) atau color mcm Novel Grafik Bayan.. (full color..)
Tau Edusystem kan? anak syarikat CESB gak.. aku x pasti Edusystem ada penerbitan baru.. atau buku2 baru.. CESB sgt cemerlang masa tue.. 1990s dah aa sume majalah dia ruled dengan Bambino, Fantasi, Humor, GG… ada lak projek NGB.. si Mansoor Ibrahim (SAKTI, SUPER TUAH, LINTAR) digunakan Edusystem untuk buku kanak2.. lokesan jangan citer aa lawa nak mampus.. kena lak dia lukis daun ditimpa hujan atau embun.. perghhh.. eye candy…
dan buku terbaik Edusystem sudah tentu masa tue panduan melukis Pak Jakpo bersama sorg cina tue.. lupa nama.. (dua buku).. hit dan best buy that time!!
nie aku bersembang rawak. psl reference.. selain yg terdekat dan masih leh dikesan di kedai2 backing issues (beli bundle mcm TaikoKIZ kat bangi ckp..)- Novel Klasik Creative…
kalau nak yg berat giler.. full ikut sejarah/ alter2 sket aa besenya.. nak kasi besh atau adventures .. leh cari komik PENGEMBARAAN MARCO POLO.. in black and white dan cerita dia cargas.. aku hanya ingat dan baca versi terjemahannya dalam majalah KUNTUM lama2..aritue kat thread HANG TUAH DBP ada sapa nak wat anime ke komik ke apa nak buat pengembaraan sapa.. yg sekapal dengan FERDINAND MARGILAN tue.. alahai.. lupanyaaa…
still psl references nie.. nak amik semangat, idea..
melayu kena ada selalu refresh.. sbb omputih pun suka refresh depa nyer karya agong mcm David Copperfield.. Tom Sawyer.. Huck Finn.. Three Musketeers… – hadam sume karya depa nie.. mesti terinject sket.. semangat cemana depa developed idea sampai bleh dingati sampai saat ini.. waluapun ;la nie dah ada Harry Potter,,
hah baru tingat- dulu2 kita ada version buku kanak2 tapi lokesan illustrasi penuh sebelah menyebelah text semuka… mcm komik lak.. ala2 Tarzan.. cuba cari BUJAL DAN SATALI…
dan kalau berpeluang selongkar2 library spt dicadangkan Ruby.. AWANG KENIT>. (in color.. x pasti.. saduran BI ke.. our own original text..)
haa lagi mesti kuar satu nama nie.. dlm text2 dongeng melayu.. alaa lupanya nama dia,,. ce usha Mastika lama2.. Dewan Pelajar sampai skang… aku rasa ada lagi nama pakcik nie.. dlm Dongeng Rakyat Mastika skang pun tah2 adA… alaa lupa nanti aku datang balik.. na,ma dia nie penting untuk kita tribute ke dalam projek kita..
tanggang? tang gang?
rasanya ada geng pergh kita nama tangh kan? :sengih:
i rela jadik tukang designer.
i tak kesah. aww..
Tang kan nama Oren… tue yg aku rasa tabesh tue…kaalu TANG GANG..
let it be TANGGANG.. TANGGANG CLAN KE>>
PERIKATAN TANGGANG ker.. hohohho
INI TULISAN SETELAH DIEDIT.
Sebelum (jika ada yang perasan) aku ada tulis sesuatu yang tidak
kena di sini. Jika ada terbaca mesej sebelum ni anggap sahaja mesej
tu merapu semata-mata.
IDEa seperti ini cukup bombastik. Saya cukup tertarik dengan kata Encik Mysticmind berkenaan perbincangan tertutup yang akan dilakukan selepas ini. Saya cadangkan agar ianya cepat dilakukan (perbincangan tertutup). Dunia penerbitan ini kecil dan sekejap sahaja berita seperti ini mudah tersebar ke telinga pesaing luar.
Cerita Si Tangang boleh dikategorikan bahagian motivasi
dan pendidikan. Ianya amat menarik dan aku sokong dengan
sepenuh hati tentang usaha ini. tapi macam Dramatic katakan..
lebih baik cepat bawakan perbincangan ini dalam keadaan yang
lebih selamat.
Terfikir pula jika kita buat satu cerita dongeng yang mengisahkan
Laksamana Hang Tuah dalam keadaan lebih ceria dan mungkin
berlatar belakangkan dunia baru (bukan seperti di bayangkan sebelum ni).
antaranya mungkin:
– Hang Tuah sebagai duta Melaka
Menurut Hikayat Hang Tuah, Laksamana ini amat dikagumi oleh rakyat
asing. malah dia berjaya menyatukan perbalahan di Jepun dan China. Di situ kita boleh Hilightkan dan selaras dengan konsep Melayu Glokal. Niat aku nak ubah persepsi masayarakat yang Hang Tuah hanya gagah di kalangan bangsa sendiri tetapi Hang Tuah adalah anak Melayu yang berkeperibadian tinggi dan dihormati oleh pembesar luar sewaktu Hang Tuah mengelilingi Dunia.
masalah cerita, aku yakin ramai di sini yang ada skill untuk membina cerita seperti ini.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia