Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › The Seventh Seal
sebuah filem dari Sweden,dibikin pada tahun 1957 dan diarahkan oleh Ingmar Bergman.
The Seventh Seal mengisahkan Antonius Block,seorang pahlawan yg baru pulang dari Perang Salib di Jerusalem yg bertemu dgn Malaikat Maut di tepi pantai.Antonius,mengetahui masanya telah tiba telah mengajak Malaikat Maut utk bertarung dlm perlawanan catur.Maut tidak menolak.
Selepas beberapa gerakan,Antonius menghentikan sementara pertarungan itu dan mengajak Jons,pembantunya meneruskan perjalanan mereka utk pulang ke istana Antonius.Dalam perjalanannya itu,mereka telah menyaksikan kesan Black Plague yg melanda Eropah ketika itu.Kematian berada dimana-mana shj,sesiapa yg tidak tunduk pd Kristianiti akan dibakar.Pencuri berada dimerata tempat dan ketika bertandang disebuah perkampungan Jons tlh menyelamatkan seorang gadis dr ancaman Raval,seorang penipu dan pencuri.
Sebuah karavan teater kecil milik Mia dan Jof telah bertemu dgn Antonius di sebuah pekan kecil.Disitu mereka bertemu dan berkenalan dgn Plog,seorang tukang besi yg hampir membunuh Jof krn sahabat Jof,Skat tlh melarikan Lisa,isteri Plog.Kini Mia,Jof dan anak mereka Micheal telah dijemput oleh Antonius utk hidup di kastilnya bersama2 Plog dan gadis yg diselamatkan olh Jons.
Perlawanan catur Antonius disambung semula pada setiap kali mereka berhenti.Mereka tidak nampak akan Malaikat Maut kecuali Jons,yg ketika itu mengambil keputusan utk meninggalkan Antonius apabila mengetahui identiti lawan catur Antonius itu.
Pada asasnya,cerita ini mmg layan sekali.Dlm topik yg sebegini murung sekali,ada terselit komedi2 yg hitam.Contohnya apabila Skat cuba meminta Maut tidak mengambil nyawanya dgn menebang pokok dimana Skat sedang duduk didahannya.Skat memanjat pokok tersebut utk menghindari ancaman serigala,pencuri dan hantu tetapi Maut mengeluarkan gergaji dan menebang pokok itu.
Maut digambarkan dgn penuh bergaya.Tidak ada suara2 yg seram,tidak ada wajah tengkorak sebaliknya dgn mimik muka yg bersahaja dan mantel hitamnya karekter Maut masih berjaya dibawa tanpa menghilangkan auranya sebagai pencabut nyawa.
The Seventh Seal membawa kpd pengertian kehidupan dan kematian,kehidupan manusia yg penuh kekosongan dan terasa kesia-siaannya dan kematian yg tidak disambut dgn tangisan serta rasa takut sebaliknya dgn rasa gembira dan teruja.
😆 memang komidi gelap .Adakah malaikat maut boleh diajak berunding ?, masyaallah, silap-silap boleh ghosak iman kalau tak faham motive dia orang ni. hehehehe….cam kawan lama dibuatnya malaikat maut tu, siap ajak main catur, siap ajak main tebang-tebang pokok .Ea ea eah….., bukan main lawaknya yea ,
iman nak kena strong kalau tengok ceta ni…
mana nak cari cite ni ha… dvd ada ke?
yup citer ni sesape x kuat iman atau berfikiran terbuka mmg habisla
citer ni ade DVDnye,cari Criterion Collection nye series.Sbb itu restored and enhanced quality nye version.
antara dialognya (tak salah aku la)
Antonius ternampak seseorang muncul ditepi pantai
Antonius:Who are you?
Death:I am Death.
Antonius terkejut,tetapi tenang kembali
Antonius:Are you here for me?
Death:I am always with you.
Antonius:Yes,indeed you are always at my side.
Death:Are you prepared?
Antonius:My body are scared but my soul are not.I'm prepared.
Death:Very well,then.
Death dtg menghampiri Antonius
Antonius:Wait!
Death:They all said that.
Antonius:I have something in mind,do you play chess?
Death:How do you know that?
Antonius:I saw it on paintings.
Death:Well,I'm quite a skillful player.
Antonius:How about a game of chess?
Death:Are you challenging me?
Antonius:If I lose you may take my soul BUT if I win you set me free.
Death:Very well.
Antonius mengambil dua buah catur,satu hitam,satu putih.Antonius menyembunyikan tanganya dibelakang dan menghulurkan tangannya,dlm genggamannya tersembunyi buah catur tadi.Death memilih tangan kiri
Antonius:Black!
Death:It suits me well…
itu tak salh aku adalah intisari skrip di awal pembukaan cerita,bagaimana Antonius mencabar Maut berlawan catur.
😆 😆 tengah-tengah main catur, sekali kena panah petir !, dengan antonius dengan death sekali jalan.
haahhaha
gile ironik tu
tapi citer Grim and Evil lagi kurang asam
Death aka Grim kena kidnap same due budak kecik ni
Billy dan Mandy
last2 kena babysit bebudak ni lak
anyway
cerita the seventh seal ni aadelah satu contoh karya yg respon kpd keadaan dunia masa tu
time tu org risau psl perang nuklear
kat europe ramai takut gile mati dlm perang nuklear
ala biase la cold war
movie ni kirenye buat lawak la atas kebimbangan masyarakat tu
kirenye kalo dah tau nak mati tu
jangan la sedih sangat
atau janganla gelabah sgt
rilek je
gitu la kirenye ape yg aku bole bace dlm citer ni.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia