Home › Forums › Uptown @ Pergh! › The Elegant Universe.
Aku tak pasti samada ada sesiapa yang layan thread ni, tapi aku teringin nak tau gak…
Bebaru ni aku sambar dua bijik buku
The Elegant Universe
The fabric of the Cosmos
kedua2nya oleh brian greene…. seorang prof fizik dalam superstring theory..
To be honest, last time aku follow benda2 sains camni adalah siri TV COSMOS oleh Carl Sagan, yang memang menarik… tu bebrbelas tahun lalu..
Msa sekolah dulu, Fizik dan MAths adalah subjek fevret aku, tapi end up buat medicine…. sekali sekali rasa sedih gak sebab blaja ilmu separuh jalan jer…. jadi bila baca buku2 ni yang update knowledge tentang teori fizik walaupun untuk layman rasa seronok dan best gak, cam jumpa kawan2 lama…. teringin sangat nak blaja fizik dan maths balik….
Einstein kerja kerani opis patent jer masa kuarkan Special theory of relativity…. Umo baru 20an masa tu…. giler ah…
jadi sekatrang aku nak cari buku yang boleh layan pasal Quantum mechanics pulak… ada sesaper boleh rekemen apa-apa tak?
BTW kalo aku nak study maths balik, boleh rekemen buku2 apa tak?? bukannya nak jadi saintis ker haper, tapi saja nak tau suka2….. maklumlah, dah bebrbelas tahun tinggalkan dunia tu, rasa rindu datang lagi…..
Herm…bagus jugak.sebab ako jugak suka dgn misteri alam semesta. ako juga minat sains.cuma x sempat belek buku kt kedai buku. ..cam x cukup masa nk selak buku2 yg terlalu byk. geram jer tgk..kalo ler library ada koleksi buku yg spesific cam tuh, bahagia ako..bior ako berumah dlm library tuh. so, ubder, once i found the best ref as ur request, i'll get u know. I.Allah..tuntut ilmu pengetahuan till tiang lahad. fully agreed!
thanx bluelover….
dulu aku ada sambar buku Tao of Physics oleh Frijtoff Capra kalo tak silap aku, tentang kaitan kaitan kepercayaan Hindu Purba dan Taoism dengan teori fizik partikel , tapi walaupun cambest jer perbincangan dia, ada banyak bagian tak paham sebab banyak teori fizik baru aku tak tau…. nak folo buku ni kene ada background sikit kot baru boley layan…
lepas baca buku brian greene ni, paham la sesikit… best worr… tapi kalo suruh aku explain memang tak jalan…. macam baca novel fantasi wooo…..
xplore the unknown in science!
pastu baru cari hantu rumah….
nak study math balik?
errr…aku sendiri pun x pernah beli buku math sbb kadang2 dlm buku reference tu letak formula je pastu example calculaltion dia bg yg paling senang. Yang susah2 kena cari sendiri. Kadang2 takde pun calculation , dia letak formula je.
Entah aaa, aku selalu bergantung pada note leturer je.
err… ko nak belajar math bab ape? statistic? probability? intergration? diffrentiation? matrices? atau nak belajar semua?
ohh…btw, aku nak try buat master in mathematic, ade sesape boleh recomend kan uni. yg best tak? and lagi satu, sbb aku graduate electronic eng. boleh ke aku terus lompat buat master in math kalau aku takde degree math?
someone help me..thanks…
bila baca topik ni tetiba teringat lak satu artikel yg aku baca dlm Berita Minggu, tentang sains dengan Al-Quran.. topik yang aku baca tu tentang mengesan identiti menggunakan cap jari yg ditemui sekitar 1700an yang dulu (kalau salah betulkan) dan apa yg menarik, dlm al-Quran ada di kaitkan dengan mengenali identiti menggunakan cap jari ni cuma aku tak ingat terjemahannya.. ubder, kalau baca pasal kaitan science dengan al-Quran mungkin lebih menarik.. (atau mungkin kau dah penah baca?)
lepas aku google (tu pun baru terpikir nak google ) aku jumpa artikel ni Science and al-Quran
aku quote kan skit kat sini
The Holy Quran is basically not a book of Science. The sole object of this luminous Book that manifests His Omnipotence, Wisdom and Knowledge is to guide the mankind to the straight path and piety and develop our faculties of thought and action to perfection. But there is, indeed, a mention of various scientific facts because man’s physical development has vital bearing on his mental make-up. For instance, the scientific concepts that cosmos was created out of chaos as the heaven was something like smoke, the heavens and the earth were once a closed-up mass and then God opened them out, water gives birth to all sorts of life and sustains it and that each (planet) is gliding along its orbit were stated in the Holy Quran fourteen hundred years ago.
ohh…btw, aku nak try buat master in mathematic, ade sesape boleh recomend kan uni. yg best tak? and lagi satu, sbb aku graduate electronic eng. boleh ke aku terus lompat buat master in math kalau aku takde degree math?
ko try Universiti Wollongong, Otolia.. Cikgu Maths aku kuar dr situ aa M.A. dia.. dia ckp dia sekelas dengan budak2 Cromok… sungguh nie…
aku dengan Maths? ahahah MAths aku xde dlm sijil akoo.. (x lulus aa tue..)// x cukup K- PAX la akoo aghaaa.. atau segood Will Hunting…
australia tak nak.. unless kalo government atau company nak sponsor aku which is impossible since aku dan dpt sponsor mara utk ke UK, and kalo company nak sponsor aku pun agak impossible since aku study memain and only manage to get second class upper…. sape suh memain kan???
so,aku nak carik local uni je. Yg best and kat area lembah klang. And tak nak swasta.
err… ko nak belajar math bab ape? statistic? probability? intergration? diffrentiation? matrices? atau nak belajar semua?
kalo ikut mau blaja semuanya laa…..!!( ambitious betol aku ni) tapi aku dahlupa mana nak start…. apa yang bikin aku teringin blaja maths?? sebab aku rasa kurang puas sikit baca teori2 sains ni cuma pakai description dan cerita jer… otak aku rasa lembab…. aku teringat masa aku form 5 dulu, cikgu Fizik aku Chai Hock Beng terangkan pasal hukum Newton dan pastu tah camner dia extends ke basics Einstein pakai maths, walaupun bahasa Melau dia berterabur sket, aku rasa cam boleh follow jer sebab dia pakai rational maths… masalahnya benda2 lepas tu kene banyak pakai imaginasi , bab tu kantoi sikit sebab imaginasi aku banyak kat awek jer (remaja laaa masa tu)…
masa blaja tu aku ingat time paling best, sebab takder nak pikir2 pakai nak score exam ke bla bla bla, just enjoy the learning…. camtu gak bila aku buat senior level kat Brisbane, cikgu sains aku Mr Short yang loyar buruk citer kat kitorang pasal perangai light sebagai wave, bila dia goreng citer aku kurang paham sangat, tapi bila dia bikin maths, senang pulak….. (masa tu laa)….. masa tu maths kira cam satu language bagi aku…. (cuma aku tak sedar jer masa tu) . KAt Uni aku amik fizik dan maths sebagai elektif 1st year…. lepak2 pon boleh score gak…. tu yang aku heran apsal aku tak terus blaja menatang ni…
tapi masa tu tak klik dalam otak aku mengapa aku blaja sains dan maths…. sebab tengah gian nak glamer masuk medic…. pastu aku study nak lulus pereksa jer,dan langsung tak enjoy study (satu zaman gelap) sampai hilang haluan hidup…
bila aku follow siri Cosmos yang di hostkan oleh Carl Sagan, terasa ada sesuatu yang menarik kembali…. dari gallileo ke Newton ke Einstein ke Bohr… Masa tu memang kureng langsung mention pasal saintis2 Islam …. Bebaru ni aku terfollow sikit pasal ilmuan Islam kat TV3…. Fuyooo power2 gak diorang…. bayangkan zaman dulu2 dengan serba kekurangan dan takder komputer, diorang boleh tahu macam2…. terasa sangat betapa bodoh dan lembabnya aku di bandingkan dengan diorang…. rasa terangsang untuk blaja pulak …
pastu aku teringat zaman kecik2 darjah satu bila blajar TAuhid kat sekolah, Ustaz cakap pasal Alam semesta…. benda ni yang pada awalnya menjentik naluri ingin tahu masa kecik2 dulu….
tapi tu laaa…. bila dah besar, kerja dan bergelumang dengan remehtemeh dunia, selalu saja terlupa….
Thank Nuppy, nanti aku cuba baca pasal sains dan Islam…. cuma aku tak jumpa buku2 yang sesuai lagi….. ada dua tiga buku yang aku baca banyak pseudoscience dari borak pasal fakta…. mungkin sebab orang yang menulis pon bukan ilmuan sains/fizik, tapi menulis sebab minat jer…. :sengih:
aku ada survey gak untuk cari online textbook untuk fizik…. waaa, berlonggok wehhhh, tapi sumer tebal2, tak balik modal nak print out….
nak blaja ccalculus balik pon boleh,
http://www.dctech.com/physics/textbooks.php
sablom aku lupa… :sengih:
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia