Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › The Cube Trilogy
Cube (1997), HyperCube (2002) and Cube Zero (2004).
ada sikit sebanyak spoiler aaaa
ramai orang yg sebenarnya tak tahu pun kewujudan filem ni. instalmen pertama the cube pada tahun 1997 telah lebih awal menunjukkan betapa formula “survivor” memang betul2 boleh menarik penonton, long before siri survivor disiarkan di TV.
bayangkan anda dan enam orang lain stuck di dalam sebuah bilik kiub, dengan exit di setiap dinding (enam exit). setiap exit membawa ke bilik kiub yg lain, dan dari bilik kiub itu membawa ke kiub2 yg lain. namun begitu, utk keluar dari kiub2 ini tidaklah semudah yg disangka, kerana ada kiub2 tertentu mempunyai perangkap2 yg sukar dikesan.
yg menyeronokkan di dalam premis ini, sebagai sebuah trilogi scifi-thriller, ialah bagaimana setiap orang cuba bertolak ansur dengan karakter2 yg lain, dan kemudiannya mendapati satu2nya cara utk mereka melepaskan diri adalah dengan menggunakan kelebihan yg ada pada diri masing2, walau macamana bodoh sekalipun.
the cube, instalmen pertama, merupakan filem terbaik dalam ketiga2 filem ini. sungguhpun budget filem ni rendah kerana menggunakan hanya satu setting dari mula sampai habis, apparently ia berjaya menjadi sebuah filem scifi tanpa memerlukan banyak special effect sebagai “WOW” factor. cukup hanya dengan beberapa gory death yg kreatif.
di dalam filem ini, sekumpulan survivor ini mendapati mereka berada di dalam sebuah kiub. misteri demi misteri terungkai apabila secara perlahan2 mereka cuba menyelesaikan “puzzle” kiub tersebut. nombor2 yg tertera sebagai marker kepada kiub itu merupakan clue, tetapi mereka tidak dapat menyelesaikannya tanpa bantuan calculator. tetapi di kalangan mereka, ada seorang retard yg pada awalnya dilihat hanya melambat2kan pergerakkan mereka. tetapi akhirnya mereka mendapati bahawa di sebalik retardnessnya itu, dia sebenarnya boleh membuat pengiraan astronomikal, seperti mengira punca kuasa bagi nombor2 8digit. namun begitu, akibat pertelingkahan di antara karakter2 di dalam kumpulan itu, seorang demi seorang terbunuh (dengan cara yg amat kreatif).
dalam hypercube, instalmen kedua, menceritakan lebih lanjut mengenai kiub tersebut. namun begitu, pemahaman puzzle kiub ini dianjakkan kepada satu lagi dimensi. sekiranya utk menyelesaikan puzzle cube, survivor perlu menyelesaikan masalah kedudukan 3 dimensi menggunakan koordinat, kali ini, penyelesaiannya wujud dalam 4 dimensi – hypercube (atau kata nama lainnya tesseract). jadi penyelesaiannya bukanlah bergerak ke atas, depan, belakang, kiri atau kanan, tetapi juga bergerak interdimensionally. all explained in the movie.
tetapi masih misteri adalah siapakah yg membina cube dan hypercube ini? apakah tujuannya? siapa yg mengendalikannya?
dalam cube zero, instalmen terakhir, menceritakan prequel kepada the cube. di sini dimasukkan satu elemen baru: the operator. dua orang operator mengendalikan seluruh sistem kiub ini, menjadi monitor kepada orang2 yg cuba menyelamatkan diri di dalamnya. di dalam filem ini juga ada menerangkan siapakah orang2 yg terpilih utk dimasukkan ke dalam kiub itu, siapakah yg mengendalikannya dan apakah tujuannya.
semuanya diterangkan dengan lanjut di dalam filem ini, dan walaupun kebanyakkan “the truth” telah digunakan oleh x-files sehingga banyak filem takleh nak dapatkan original ending, tapi pendedahan yg dibuat banyak menjawab persoalan yg timbul dalam filem2 cube yg sebelumnya. definitely refreshing.
all in all, this is a low budget movie. paling banyak pun pada special effects boobytrap di dalam kiub2 itu. but definitely kalau korang mengidamkan cara2 mati yg kreatif, watch this movie.
the cube – 4/5
hypercube – 2.5/5
cube zero – 3/5
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia