Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › The Apprentice
Season 2 dah separuh jalan dah.. (aku dengar sebenarnya dah #3?)
aku sorang je ke yang minat bende2 camnih?
anyone else?
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
aku minat gak, tapi gitu-gitu jer la.. takder la ikut fanatik sangat..
sokong ivana: aku tau dia tak kan menang tapi sokong jugak
aku tak suka Trump
sbb tu aku tak follow
Trump tak cun, tak jelita
😆 😆
aku follow. boleh kata hardcore le jugak..
hehe…
apa laaa rajjj…. dah kalah nak tekel receptionist Trump lagi…..
BTW wat happen to survivor last season? tak abis pon….
apa laaa rajjj…. dah kalah nak tekel receptionist Trump lagi…..
BTW wat happen to survivor last season? tak abis pon….
hahaha ye la….siap mintak nombo talipon..cisss..
Appreantice #2 ni takde kat astro ye? aku slalu nengok kat 8TV/TV3 jek….
survivor last season #9..menang kat chris tu la..apsal lak tak abis…
ko yang nengok tak habis :sengih:
rumah aku dah takder TV, dah rosak…. aku tumpang tengok kat kedai mamak jer…..
(chris bodo2 tu boley menang?? hebat btol mamat tu)
aku fanatik gak ni. Raj mmg cool… dia kena fired mlm td… tapi tetap nak ushar Robin tu…
Member aku suruh tgk dlm internet… dah tau dah sape menang season 2 ni. Tak naklah aku… aku nak follow every week baru best.
Apa kata kita vote reramai teka sape yang kena buang minggu ni… (ala macam survivor tu), sape teka betul kita bagilah dia jadi project manager next week muahahaha… 😆
sape teka betul kita bagilah dia jadi project manager next week muahahaha… 😆
wakakaka
project manager? menarik tu!
wakaka
psst! robin tu cun giler ke cun habis?
Robin tu… mmmm…. cun gibis (cun giler habis)… muahahaha lagi ni. 😆
waaaa..aku x tgk smlm…kne wat assignmnt…huhu.. …ow?raj ke yg kne fired??saper2 yg sudi, tolon citer sket yg smlm nyer??mmber2 aku sumer xtgk…isk2..
aku pong xsuker trump gak!!cam poyo…tp suker nengok apprentice nih..beneficial la jgk…
aku mmg tak suka Trump tapi suka decision making dia…bila dia decide tu cuba kita pertikaikan …tak nampak pulak tak betul nyer…
this episode..both groups kena buat renovation…for sure yg tak siap toilet(group Raj & he's the PM) akan kalah…mmg grup ni punya t/work bodoh byk…tak der buat plan bodo dan percaya bulat2 cakap kontraktor…dah tu pi pecah dinding…aku pun tak paham sdgkan Raj ni Real Estate punyer line…kenaper ler bangang nyer dia tak pk pasal masa, budget dan nak up value ruma tu…
tapi masa Trump panggil nak buang saper pening gak aku nak pilih sapa(aku suka pk saper patut kena buang mcm aku ni Trump versi ensem … lepas dia kata Raj…too many mistake..then aku agree mmg patut pun w.p si Ivana tu nampak lebih layak dibuang pd awalnya…
Aku arap sgt la kalu bos2 kat mesia tgk citer ni(tapi kalu tengok 'buta' jer tak guna jugak)..sbb nya aku da byk jumpa bos yg buat decision bangang lagi mbangangkan X-( X-( …pilih bulu, kalu betina everythin' ok, projek tak masuk da spend gegiler, tak nak terima idea dll…) 😈 😈 😈
Aku ingatkan Trump memula nak buang si Kevin sebab dia yang beria-ria pasal kontrator tu.
Tapi bila kenang balik secara keseluruhan tu memang si Raj punya planning hancus.
Toilet tak siap… hancusss… bersepah-sepah plak tu.
Dan satu lagi yang bestnye semalam… 4 orang yang pernah kena fired dipanggil semula joint diorang.
Bradford, stacie dan dua org lagi tak ingatlah… he he.
Best gak bila diorang buat format camtu… menambahkan cabaran dalam setiap team.
Aku vote minggu ni Ivana kena fired… 😈
kena fired join balik?
familiar jer trick camgini
dlm Survivor pun ada gak itu hari
dpt peluang masuk balik
dlm Outback Jack pun ada, dah kena buang, masuk balik
cam tak idea lak…
Ubder
Survivor dah masuk season baru dah pun
Survivor Palau
Aku selalu tertido masa tgk ni…so sambung tgk masa tayang hari Sabtu kat 8TV.
itu laaa…. aku takder TV…..
hohoho..
ramai gak peminatnya..
ingatkan aku sorang jer..
sebenarnya bagi aku.. antara semua reality show program tuh.. yang nih duk 1st place bagi aku.. aku sanggup tak kuar kemana2 melainkan terpaksa.. dan kalau aku miss siri tuh.. aku sanggup tunggu ulangan tu.
minat pada siri nih bukan sebab hiburan.. tapi lebih banyak informasi yang kita leh dapat.. ilmu tuh bukan senang..
mcm kata salah sorang dalam siri tuh.. masa diberi bertemu dengan datuk bandar new york.. “ianya jauh lebih bermakna dari makan mahal dan tidur ditempat mahal atau melancong jauh, walaupun 1 jam.. ianya pengalaman yang paling berharga.. ” kalau tak silap aku, andy yang cakap.
Siri nih khusus untuk usahawan, atau individu2 yang terbabit dalam perniagaan, baik Owner, Project manager, MD etc.. dan utk budak2 bisness study (walaupun aku tahu ramai 99% budak2 bisness study lebih suka pada hiburan2 bodoh berbanding sesuatu yang bernilai camnih.)
wah.. gembiranya aku dapat berpanjang lebar bab nih
Note : sebenarnya aku tak harap topik nih lebih kepada “siapa yang bakal terkeluar, atau sapa tak guna, atau bla bla.
Aku rasa lebih suka kalau kita kaji, kita analis bende nih..
Bende2 @ peristiwa2 nih ada implement dalam kehidupan seharian kita.. dalam berkerja terutamanya. Semua skill tuh boleh digunapakai.. kecuali kalau kita semua jenis yang “cukuplah takat nih”.
Err? cita2 tinggi sangat ke aku nih? Tak kot… sekurang2nya aku berbangga ada cita2 berbanding yang takde langsung tuh.
[cut]
Malam tadi Raj terkeluar, aku rasa sikit ralat, tapi mmg lazimnya apa2 hal project manager akan kena.. kalau tak kerana bende nih pertandingan.. kalau ada extend hari, aku rasa rumah yang raj team renovate tuh jauh boleh pergi nilai dia. (minta azarimy join sekali sini.. architect view sikit).
Pendapat aku (mintak pendapat korang jugak ok!) :
idea 4 kepada 3 bilik?.. bagi aku bagus, jurunilai kata: Strategi yang baik, Trump kata: Aku lebih suka jual rumah 4 bilik dari 3 bilik? Mengapa agaknya tuh?
Rumah 4 bilik mudah jual.
3 bilik lebih lapang bagi aku, dan raj kata ia memberi lebih peluang kepada pembeli untuk ubah apa yang dia mahu.. ruang tuh juga aku nampak sangat kosong… tanpa sebarang interior (at least bidai tingkap pun takda).. itu yang kurangkan nilai. selain dari kesilapan besar tandas yang gagal disiapkan. Sebab team satu lagi siap ada bath tub.
arr.. team yang baik pun penting..
serius aku tak suka Ivana!.. jenis menikam nih.. musuh dalam selimut.
arr.. apa lagi aa.. banyak lagi aku rasa leh dapat..
pendapat korang dulu..
Madstone! dan Ubder!..
This is bussines skill.. gunakan dalam bisnes korang.
exspecially how to handle orang, pekerja dll kan?..
meh join meh.. meh..
takperrr
nanti aku beli/pinjam DVD Apprentice Season 1, 2 n 3 sekaligus
rasa mcm nak tgk la plak…
aper lagi Ubder, beli DVD, boley aku pinjam…
wakaka
yup.. mmg aku pon kalo boleh taknak terlepas tgk cite apprentice. kalo kena OT keje pon, aku akan cube utk skip 1 hour tu utk balik umah layan apprentice.
donald trump tu.. bos majalah playboy ek? kalo ye.. patutlaa tunang dia agak 'hebat'.. huhu lawa tuu..
bukan la yanniz
bos majalah playboy Hugh Hefner
Donald Trump ni pemes sbb bisnes dia
dia ada plaza sendiri Trump Plaza
pernah sekali Wrestling buat kat situ
Hulk Hogan lawan Andre The Giant Shah Alam in Wrestlemania berapa tah
ex-bini dia Ivana Trump tak silap aku
alaaa….setakat dia tu, sekali petik,
1 billion dtg sujud kat kaki nak jadi awek dia
hehhe…reality show number one for me..
aku nak tengok setakat mana si andy, fresh graduate harvard tu boleh pergi..
aku rasa cam panjang lagi nyawa dia dalam siri ni..
si Trump pun cam ada backup sket budak tu….
ex-bini dia Ivana Trump tak silap aku
alaaa….setakat dia tu, sekali petik,
1 billion dtg sujud kat kaki nak jadi awek dia
alaa…org tuh de byk duit..saper xnk??
bukan la yanniz
bos majalah playboy Hugh Hefner
Donald Trump ni pemes sbb bisnes dia
dia ada plaza sendiri Trump Plaza
pernah sekali Wrestling buat kat situ
Hulk Hogan lawan Andre The Giant Shah Alam in Wrestlemania berapa tahex-bini dia Ivana Trump tak silap aku
alaaa….setakat dia tu, sekali petik,
1 billion dtg sujud kat kaki nak jadi awek dia
owh ye ke… aiyakk//
silap info plak… mak aku yg ckp donald trump tu bos playboy.. hahaha
wakaka
dasat mak ko yanniz
sibbaik silap
kalau betol lagi aku kaget, eh…kagum
tak salah aku donald trump ni reta dia dalam 2 billion je. tak laa banyak sangat
the apprentice ni pun aku rasa just propaganda dia nak mempopularkan diri dia
dia kaya ngan main property. hotel, kondo, golf clubs. setakat yg aku tahu ler. tak salah aku Avon pun dia punya
Yang aku nampak dalam The Apprentice ialah:
Common sense. Kalau nak buat apa2 je dalam hidup, yang penting ialah common sense.
Tapi sayangnya, tak ramai yang ada, atau reti pakai common sense. Semua main taram je. Ikut suka hati. otak tak pakai.
Ko tgk Ivana masa jadik PM. Kejadahnya tanya org pasal “How do you FEEL about this and that.” Kepala hotak dia la nak main feel-feel bangang cam kat sekolah.
Lepas tu masa episod servis anjing. Punyalah banyak benda boleh buat, macam mail orderkan, set-up dengan kedai anjing for discounts on future sales. Contoh: beli makanan sebulan, dapat diskaun 5% ke, hapa ke. Buat le menda cam promosi makanan anjing baru ke, hapa ke. Cuma contact pet suppliers je. Sure ada benda diorang nak promote.
pastu dah ada polaroid kamera jauh lagi senang dan murah dari pergi basuh+kerat kuku anjing. You can get one guy to walk the dogs or something. One to handle internet ordering forms. Satu basuh anjing+ massage.
Bodoh.
Hahaha.
Yang episode kali ni masalah Raj ialah:
1. tak perlu jadikan 3 bilik dan kurangkan nilai. bathroom tu boleh buat kecik je, dalam bilik besar. Tak perlu pecahkan dinding.
2. Tak reti nak control contractor. Kena main. Tak cukup foresight untuk gauge task tu bila boleh siap, dan kemampuan contractor tu.
3. Teammate cam haram. Tau kerja je, tak tau manage.
4. Raj yang agak degil dan nak ikut philosophy gentleman dia tu.
5. Details tak jaga.
Kelebihan Mosaic ialah:
1. Cepat shift bila ada masalah. tak ngam ngan satu contractor, tukar lain.
2. Cooperation dan communication bagus. They are a real team, cause there's not so much drama and animosity.
3. Planning and scheduling bagus. Everything siap on time.
Aku suka andy, tapi dia tak cukup pengalaman la. Pandai, tapi masih terlalu muda dan tak buat terlampau banyak silap untuk belajar dari silap dia.
Jennifer M pun agak OK. As an attorney, attention to detail is good. Walaupun dia blonde, tapi dia tak bodoh. Masalah dia ialah dia agak boring.
Kelly boring. Serius boring. Kalau Bill Rancic nampak cam mamat lawak sikit.
Character paling aku minat: Carolyn. Hehehehe.
Tak reti nak control contractor. Kena main. Tak cukup foresight untuk gauge task tu bila boleh siap, dan kemampuan contractor
dan
Cepat shift bila ada masalah. tak ngam ngan satu contractor, tukar lain.
yes, benda ni memang penting kalau kau terlibat dalam bidang real estate, bila aku tengok Raj terhangak-hangak kena main kat kontraktor dia aku dah nak tergelak dah, hahaha….kau keluar dari havard ke mana ke, kalau kena dengan super contractor…lembik .Tak yah gi jauh ler, pengalaman aku nak settup sebuah cc baru-baru ni jer, aku dah cakap awal-awal kat mamat tu dah dah kalau kau nak kejar masa cari budak wiring yang kau kenal, ini tak semua main henjut contractor, survey price pun tak nak buat…, contractor ni buat kerja base on manpower, lepas tu gi la tngok-tengok budak tu kje macam mana?
wiring 20 point, 6 mata lampu. satu kipas 2 aircond mau makan seminggu ka ?, buat digelak kat budak-budak wiring je la -aku tanya member aku balik .Kau pernah survey tak kerja-kerja ni ?. Dia kata tak ada masa , hah ambik !!! sekaum dengan Raj….Kalau dah payment seminggu sama dengan payment dua hari, baik kau ambik payment yang dua hari, lagi balence lima hari tu kau dah boleh setup networking itu ini. payment pun sama gak….hei entah la…bak kata donnald trump, kontraktor ni smart ,they can take your money without you ever knowing it
hehh….aku hardcore jugak ceta-ceta ni….tapi aku dah lama tinggal bidang construction ni hehehehe….jadi penulis ler pulak…
p/s-itu pasal masa aku repair soket kat UMBRA, aku boleh menyanyi-nyayi lagi…hehehehe….siap ganti lagi… tak dak time line….heheheheh :sengih: :sengih:
Tak reti nak control contractor. Kena main. Tak cukup foresight untuk gauge task tu bila boleh siap, dan kemampuan contractor
aku ada rasa kurang setuju bab nih.
bagi aku raj x kena main, cuma kontraktor tu tak memandang serius pada kerja dia. Ada ramai kontraktor jenis macam ni (probally malay lah). Nak kontrol orang mmg susah, tak kira la ko hebat mana. Sebenarnya benda nih senang je nak handle.. bagi aku la.. Sepatutnya Raj tuh ajak la cons tuh pegi minum or makan dan diskuss … Mulut kena manis maa.. kalau nak sedap lagi.. belanja sebijik enset ke apa ke..
ermm.. any possibility about RACE? adakah mat saleh tuh pandang rendah kat raj sebab dia tak putih ke?
honestly, aku rasa lepas raj keluar nih.. team nih makin teruk.. aku tak tau sapa lagi yang sesuai dan ada karisma.. also ke'cool'an utk jadi PM tuh. E rmm ada pompuan tuh jer sorang.. tapi aku tak berani gerenti sebab perempuan vs perempuan masih teruk.. adakah perempuan mmg camtuh? ! huh! (adakah aku bakal di'fire' hehe)
team mosaic.
team nih takda masalah dalaman aku rasa… itu kelebihan besar.
seriusly.. aku tak suka lang sung ivana.. kalau ikut, aku jauh lebih suka stacie j & bradford.. but bradford dull….
//bab* lah keybod pc cc n ih.. cam haram!
dahsyatnya korang punya opinion tentang apparentice…pada aku..hanya 1st apparentice yg best n adventure….yang kedua dah banyak yg macam “being set up” dia punya storyline….ntahlah…itu pada aku…tu yg aku tak mau…
caroline pun dah pandai cakap banyak padahal dulu haram nampak dia ckp2 n komen pada peserta2…n tis time she really make me piss off sebab dia asyik mengkritik n cakap macam dia sorang jer yang betul…( she's acting like an american idol punya judges)…what the damn ******* hell she's doing…nak attract org ker aper…aku lagi suka dia masa dulu…pendiam tapi berisi..not tis time…really make me sick……tis is a reality show man….she's doing that for her publisity..konon perasan yg org tak beri perhatian kat dia…dan ini masanya nak buat mcm reality show lain buat….ah…tu yg aku fikir this 2nd apparentice like being set up n tak sedap langsung…
kalo apparentice 1, aku lebih suka troy atau kwame menang…but dia juz graduate…tak cukup pengalaman…maybe there's a discrimination there..n troy pulak budak high school jer…tapi skang dia dah famous woo….ntahler…mana2 ler…
itu pada pendapat aku…kalo rasa ada org nak bangkang…juz said it….tis is a personal opinion…
aku sokong ivana sebab dia comel :love:
aku cuma nak raj kalah* sebab pada aku dia n ngok sikit .. DONE
pas tu andy nak kalah jugak.. aku anti sikit mamat ni, bongkak
tak bertempat.. guy has serious chip on his shoulder.. come on la.
kwame pun baru grad gak, takder la emo macam andy ni.. KASI FIRE
SAMA DIA MR TRUMP.
anyway caroline banyak cakap = bagus.. dalam apprentice 1 org tak respek dia
org semua takut kat george.. tapi sekarang orang dah tahu.. dont mess with c
caroline.. kekeke
* tapi respek gak sebab dia sempat ngayat robin lepas kalah.. kekekee
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia