Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Tentang Dia
Aku dah lama tak tgk wayang sebenarnya… :rolleyes: Tadi ada tertengok iklan cerita ni kat tv.
Ada siapa2 kat sini dah tengok filem ni? Best ke? Mesti tonton?
Sila kongsi pendapat anda disini
Gadis berbaju biru tu sgt lawa :love: :love: :sengih:
agak ok laa utk ditonton. sekarang ni aku akan compare cerita cerita jiwang dengan 'eternal sunshine of the spotless mind'. cerita ni cicir 10km. tak adil? mmg dunia nih tak adil
aku gi tgk ngan dua org kawan aku. sorang tido halfway, dia kata ok lagi dari cerita Sahara. sorang lagi kata cerita ni cuba nak jadi deep tapi tak jadi. aku setuju ngan diorang walaupun aku tak pernah tgk sahara
aku gi tgk sebab orang kata best. overrated ahh. kalau kau ada financial constrain, jgn tgk kat panggung
aku teringat kata2 rudy suedjarwo..
Sebenarnya saya sudah bosan mengarahkan filem cinta, filem sebegini.. tapi kerana Melly, temen saya yang baik..
ada usop selam sanggup ucap camtuh?
x tgk gak lagi..
nak pegi panggung tak tau dan tak reti dah pegi sorang cam dulu.
cari cd ori ah kot.. sebab aku sapot rudy nih..
baru balik tengok kt KLCC. [img]http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt[/img]:tiket org sapot, pegi je le..
rudi soedjarwo tetap dgn tema 'friendship' (mcm dlm 'AADC' & 'Mengejar Matahari').
jgn harap lovey-dovey-fluffy-clouds-mushy-stuff psl ia sgt sangat2 mellow dan/tapi melancholic.
pada aku, citre ni sgt2 “perempuan”. maknanya, kalu perempuan yg tengok, mungkin lagi feel kot. in that sense, 'Tentang Dia' adalah counterpart yg sgt sesuai utk 'Mengejar Matahari' yg sgt2 “lelaki”.
but still, character2 dlm citre ni didevelop dgn baik dan tidak merendahkan intelek penonton.
dan cerita dia agak solid & cohesive dgn plot dan character yg believable. u can almost empathize with the characters if u let urself to.
kalu nk banding dgn 'AADC', 'Tentang Dia' menang dari byk segi. 'Eiffle I'm in Love' x yah sebut la, citre tu mmg lemah. 'Tentang Dia' adalah filem yg conventional dr byk aspek. x de apa yg eksperimental atau groundbreaking baik dr segi plot/skrip atau penyampaian. walaupun begitu, it is well-made, hence watchable. [img]http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt[/img]:so, x yah la nk compare dgn 'Eternal Sunshine..'
menjawab soalan:
+ 'wajib tonton'?: hanya kalu awek ko mendesak nk gi tengok. atau sebagai alasan utk kuar dgn awek yg ko tgh nak tekkel. kalau tak, cari VCD je.
aku tak pernah tgk AADC kat wayang. biler kuar kat tv time raya baru tgk. AADC pon bg aku takde laa syok mana pon… Oleh itu, aku pon tunggu citer ni kuar tv gak laa.
bijak tuh e-j
aku pun rasa AADC tuh pun tak best, ehh bukan tak best. tapi cam so-so jek laa. takde aku nak tertonggeng tgk cerita tuh
asl la rmai mmber aku suker sgt ngok citer AADC.. bknnyer best sgt pon..aku mmg xtgk ar typical love stories nih…bosann..esp citer yg der kait ngn bdk skolah…sme jer ngn eiffel i'm in love..nmpk sgt bdk tuh stil bdk agi..pehtu der lak scene kissing…ntah paper ntah…tp citer ttg dia ni cm mnarik lak..lagu dier pon cm mnarik2 aku..muahaha..bes gle lagu die…hee.. :sengih:
Thanks for the feedback.
Aku sebenarnya tengah nak buat cerita2 “remaja” ni, so tengah mengumpul sumber inspirasi untuk mencapai kecapaian itu.
aku pun dulu ada gak impian nak buat 'The Greatest Malay Teen Movie' adijin. apa tah jadi pada dream tuh. jadi kenangan je kut
apa yang best pasal AADC ialah filem tu berjaya capture feel remaja yang bila khalayak tonton, diorang boleh refer kat zaman remaja diorang sendiri. selain tu, ada menyelitkan apresiasi kepada penulis Indonesia yang jarang benar kita nampak dalam filem-filem remaja. selain plot and subplot yang tak berkecamuk ditambah editing yang kemas, cuba tengok sinematografinya yang memang smart. walaupun kisah cinta tipikal, namun cara penyampaiannya segar dan seimbang antara substance dan stail.
aku tetap suka AADC apsal? taktau.. maybe aku nampak ada kejujuran kt citer tu.. pastu mmg feel 100%… pastu pasal Dian tu cute giler… :p2
banyak dah feedback ckp tentang dia nie kureeng…. emm, aku nak kene tngok sendiri kot criter nie, only then i can judge the movie on my very own opinion… yerlah, lain org lain taste… seni tu subjektif.. terpulang pada individu itu utk menilai… setakat nie, AADC aku lagi prefer… basically, aku prefer sumer criter pasal teens life/love nie.. tak caya? sembilu 2005 pun aku layan kat wayang beb… hehhehe… so, next week aku akan tonton criter nie….. last monday, beratur cam sial panjang kat midvalley, skali soldout show kul 2 lebih.. hampes tol… layan pacifier jer pastu. nasib baik best!
Boring skit cite die..
QUOTE (seorang kawan perempuan@sms)
Boring skit cite die..
aku rasa dia cakap cam tu sebab hero tak hensem la kot :sengih:
at least tak sehensem Rangga dalam AADC….heeeee :sengih:
tak jugak moon, dia kata
lari mood tgk citer sedih.. eiffel lagi best
erk.. dia suka hero botak ke.. lecehh aa camni.. 😆
aku lagi suka '30 hari mencari cinta'.. takde le karattt sangat jiwang dia kan?
aku lagi suka '30 hari mencari cinta'.. takde le karattt sangat jiwang dia kan?
yer yer betul..aku sokong… :sengih:
ko ni asyik gadis jek yang sms 😆
at least kualiti citer diaorg nih (indo) melebihi dr citer2 sampah kat mesia nih (cinta fotokopie dan yg sama dgn nyer..) bukan menyokong diaorg tapi itu la kenyataan…
aku nak tgk.. bila ntah?…
citer remaja? patut pon aku tak leh relate dengan AADC, sebab aku takder rasa ceria pon zaman remaja…. study study study… duit takder duit takder duir takder….. mee magee mee magee mee magee…. gaduh gaduh dendam bengang… where got sajak dan awek cun? makan KFC pon tak pernah sampai aku grad…. air sirap jer…. makan kedai maka beza seposen pon gaduh lagi…. langsung takder apa yang di tunjukkan dalam AADC…. kenal budak pompuan pun 2-3 orang jer, tapi sumer awek orang….
tapi heran pulak aku boleh relate dengan American Pie, terminator 2 (ada remaja dalam tu), American beauty, Friday 13th dan sumer citer teen-slash. Probably more belonging to anti-social type of teens…
Tentang cinta belom tengok lagi… walaupun Melly satu2nya artis indon yang aku suka sebab aku rasa lirik dan lagu dia tak skema cam grup2 bebudak lelaki yang populer tu…. iklan dia nampak cambest, nampak cam ada depth…. tataulaa, storyline dia bunyi cam filem Erma Fatima masa dia mula2 blakon dulu (Rozana tah hapatah)….
takde ke orang melayu yang nak buat cerita cam CSI ker, Chicago Hope ker… asyik2 cerita cinta jer…
ko nak bg modal ker?… :p2
mentaliti masyarakat juga perlu diambil kira… terutama yang byk mengeluarkan wang saku utk menonton filem2 sampah…
tp kan, the same ppl yg kuarkan duit nak tengok cite sampah jugak yg kuar duit utk tengok cite dari Indo. mungkin mereka ni mmg suka2 nak layan cite chenta teenagers without amik kira tahap dia sampah atau pun ada kualiti..
lagipun Indo ni dekat sket dengan budaya rumpun kita.. walaupun kalau takde sarikata, nganga jugak akak nak paham apa yg diorang cakap! hehehe.
adoi, rindu nak tengok wayang.
tapi heran pulak aku boleh relate dengan American Pie, terminator 2 (ada remaja dalam tu), American beauty, Friday 13th dan sumer citer teen-slash. Probably more belonging to anti-social type of teens…
no.. probably you just like killing teenagers?
aku lagi suka '30 hari mencari cinta'.. takde le karattt sangat jiwang dia kan?
yer yer betul..aku sokong… :sengih:
aku pon sokong gak…
aku dr zmn remaja lagi pun bukan minat filem2 sam**h nih… mungkin persekitaran kot yg mainkan peranan….
Lek weh..lek…takde la sampah kot…cuma hampaih (hampas) je..sedang hampas kelapa lagikan
ayam makan…
Filem komersial malaysia ni kurang menampakkan kematangan dr segi skrip, kaitan jalan cerita
CG efek (mahal kos) props, qualiti gambo & serba serbi lah…samada depa kurang belajar filem
(shoot filem atau buat screenplay) atau tak berapa ada bajet…
Kurang belajar filem boleh membuatkan depa tak tau cemana nak push film agar jd best…
kos kecil masih boleh buat best kalu kena caranya. Unndang2 filem Malaysia jgk agak ketat..
boleh melimitkan penyampaianfilem…Tu yg ada pembikin film buat vcd je tu..
samaada sebab kos atau sebab censorship…
Aku ada tengok vcd “Orang Kasar” (39 beli) atas rekemen Zoy.
Directornya Harun Salim Bacik…watak utama Eman manan & Jalaludin Hasan..
….Hmm not bad…baguss.. Sungguh berbeza feelnya dr Drama kat TV walopun shot on beta je..
Bagus sebab perasaan ada turun naik bila tengok movie ni…pendek kata tak tertunggu2
Tu yang aku nampak scenario industri film kat Msia pd hari ni la…
Film Indon Tentang Dia ni aku belum la tengok…TV3 promo mcm gila best…
Harii tu nak tgk kat Mid Valey tp tak jd (39 beria-ria ajak) AADC dah tgk vcd..
hero+heroinnya berjaya mmbuat remaja feel lebeh skit…& shot jugak not bad..
CD sountrack Ttg Dia nyanyian mbuk Melly (39 beli) ok la..ada mengikut arus musik global..
Sesuai la untuk didengar remaja2 becinta kot..tp kalo untuk sountrack film cinta
matang skit aku rekomen mbuk 'Uthe' Ruth Sahanaya..yearghh..enak didengar malam gituk..
ruth? ruth? maner? maner??
QUOTE (ubdertaker @ May 5 2005, 02:19 PM)
tapi heran pulak aku boleh relate dengan American Pie, terminator 2 (ada remaja dalam tu), American beauty, Friday 13th dan sumer citer teen-slash. Probably more belonging to anti-social type of teens…
no.. probably you just like killing teenagers?
oleh kerana aku blom jumpa pirated copy citer nie (selalu aku test pirate dulu, kalo aku suka aku beli yg ori) maka tak upaya lah aku nak komen filem ni…
tai kalo tntang filem tempatan, satu citer cinta yang aku ingin nak tengok adalh kombinasi teen slash movie dan cinta… bayangkan ada sorang mamat ni fevret dia bunuh budak2 yng keje 7-11, KFC, MacD, stesen Minyak, dan apa2 jer keje yg remaja buat dengan tak ikhlas, tapi tah camner dia ter jatuh cntan dengan akak sorang mangsa dia yang terselamat… citer di lakukan dengan begitu innocent sekali, dengan mamat ni nampak cam budak baik bekerja sebagai posmen/penyanyi rock/mekanik bertemu dengan sorang akak cun kerja polis/bekas ratu cantik, tah camner bila pegi rumak awek dia baru tau adik awek dia yang gedik/kaki clubbing/pernah masuk AF/pernah jadi penyanyi tak popular – adik ni dulu pernah terselamat dari cobaan membunuh ketika dia keje kat 7-11… adik nie pulak ada boifren pan-asian/mat saleh yg keje model/chef/ahli muzik/plakon drama yg obsess dengan kejadian lalu.. mamat watakutama yg cuba lupakan kisah lama sebagai slasher tetiba dalam flashback dan kejadian bunuh remaja2 yg keje part0time ni berulang semola….. waaa, filem ni boleh buat kot, ada Awie, Erra/ Jeslina/HAns Isaac…. dan ramai artis remaja yang bakal jadi mangsa bunuh ala I know what u did last summer… Agak2 ada harapan jadi tak? gerenti filem indon tak leh lawan…. :sengih:
uishhh… giler best citer ko ni bro. ubder..
watak utama bg nasir bilal khan.. touch up skit sure nampak rumaja nyerr.. jeslina plak watak pelacur tu.. huhuhh.. :p2
sbenarnya aku lagi suka kalo citer tu pasal friendship dari cerita cinta…macam citer mimpi moon tuh…nampak cam ampeh tapi okey la….tentang dia aku tak tengok lagi…tapi aku rasa okey dari cerita cinta yang metrowealth kuarkan….
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia