Semalam aku jumpa kartunis/penyanyi taugeh yang dah meletakkan jawatan kat MOY (macam aku jugak!) dan menceritakan tentang komik solonya yang akan keluar sikit masa lagi (minggu depan kot).
Yang bestnya komik tu nanti diterbitkan di bawah syarikatnya sendiri (takyah risau pasal copyright). Tapi yang tak bestnya, isu pengenalan komik tu nanti hanya akan dipasarkan di area lembah kelang aje. Ini kerana taugeh akan mengedarkan sendiri komik tu… kira DIY la ni! Peminat taugeh kat negeri lain takyah risau pasal dia akan membuat road-tour ke seluruh malaysia nanti sambil jual komiknya. Nantikan ajelah!!!
Nanti esok-esok aku scan covernya tunjuk kat korang dan jangan lupa tau, support local comic scene. Nantikan…. TAUGEH!!!